Cara nak blurkan latar belakang gambar menggunakan Microsoft PowerPoint



Assalamualaikum dan hi.

Dah lama jugak aku tak buat tutorial pasal edit-edit gambar ni dan kali ni aku kembali dengan cara nak blurkan latar belakang gambar guna microsoft powerpoint. Kadang-kadang ada yang nak blurkan gambar belakang tapi nak guna adobe tu tak berapa mahir dan kadang-kadang tu malas nak guna atau install sebab adobe ni berat jugak sebenarnya. Aku sendiri pun malas nak guna. Jalan yang terbaik adalah guna microsoft powerpoint ni, boleh dikatakan setiap laptop dan komputer wajib ada microsoft office kan? 

Cara yang aku nak tunjuk ni sangat sesuai untuk gambar kahwin, manalaa tau kan nak tangkap gambar pengantin ja tapi ada pulak dua tiga orang lalu tepi tepi tak pun belakang pengantin tu haha.




P/S : Gambar dahulu baru baca ayat.


A) Pembukaan
- Mula-mula buka microsoft powerpoint dulu.
- Lepas tu ikut step kat bawah ni atau tengok saja gambar di atas tu.
     1. Klik Design.
     2. Cari Slide Size.
     3. Pilih Custom Slide Size.



B) Edit saiz slide
- Kemudian akan keluar satu kotak kecil macam yang diatas tu.
- Masukkan nilai Width dengan Height (ikut selera masing-masing nak saiz yang macam mana).
- Dah puas hati, tekan OK.



C) Edit saiz slide
- Bila dah tekan OK, akan keluar satu lagi kotak kecil.
- Pilih Ensure Fit.




D) Masukkan gambar
- Lepas tu ikut step kat bawah ni atau tengok saja gambar di atas tu.
     1. Cari Insert.
     2. Pilih Pictures -lepas tu pilih gambar yang nak diedit.
     3. Dah pilih, klik Insert.





E) Crop gambar
- Bila dah Insert gambar tu, hampa ejas @ perbesarkan gambar tu.
- Lepas tu hampa crop laa gambar tu ikut size slide tu.
     1. Klik pada gambar tu.
     2. Pilih Format.
     3. Kemudian tekan logo Crop tu.




F) Tambah Slide
- Klik dekat slide No. 1 tu, lepas tu tekan CTRL+C dan kemudial tekan CTRL+V.
- Copy and paste laa maksudnya.
-Rujuk 2 gambar di atas. 
- Sekarang dah ada dua slide, tadi satu saja.



F) Edit Slide No. 1
- Klik dekat slide No.1.
- Lepas tu right-click pada gambar.
- Pilih Format Picture.







G) Edit Slide No. 1
- Lepas tu, tengok belah kanan tu ada muncul satu page kecil.
- Klik pada ikon gambar tu.
- Pilih PICTURE CORRECTIONS.
- Dekat bahagian Sharpness tu, jadikan kepada -70.
- Kemudian pilih COLOR CORRECTIONS pulak.
- Dekat bahagian Color Tone, bawah tu ada Presets kan -haa bahagian ni boleh pilih nak color tu 
  macam mana, masing-masing punya selera.



H) Edit Slide No. 2
- Klik pulak kat slide No. 2.
     1. Klik pada gambar.
     2. Pilih Format.
     3. Kemudian klik pada Remove Background.




I) Edit Slide No. 2
- Bila dah tekan Remove Background tu, gambar akan jadi macam diatas tu. 
- Yang berwarna ungu tu kiranya lepas habis edit nanti background tu akan terpadam la.
- Bahagian ni kena buat dengan teliti sikit ya.
          1. Mark Areas to Keep -kena klik dan drag sekaligus dekat bahagian yang takmahu 
              dipadamkan.
          2. Mark Area to Remove -kena klik dan drag sekaligus dekat bahagian yang nak 
              dipadamkan.
- Dah siap bahagian Remove Background semua tu, klik Keep Changes.



J) Dan inilah hasilnya selepas dah buang background!



K) Edit Slide No. 2
- Lepas tu, klik pada gambar yang berada di slide No.2 tu.
- Tekan CTRL+C dan pastekan pada slide No.1 (CTRL+V).
- Hasil macam dalam gambar diatas tu.



L) Save gambar.
- Klik File.
- Cari Save As.
- Untuk nak save jadi gambar, tukar pada bahagian Save as type : JPEG ...
- Baru boleh tekan Save.



M) Untuk bahagian ni, tekan saja Just This One.




Ok, dah siap! Macam tu saja caranya. Bagi aku mudah laa, nanti hampa boleh try edit gambar macam ni. Kalau ada apa-apa hal, tinggalkan komen di bawah ni dan aku guna Microsoft Office tahun 2013 punya. Gambar yang aku guna ni hanyalah sekadar contoh sahaja.








Buku-buku untuk dijual !


Assalamualaikum dan hello.

Untuk makluman hampa yang tengah baca entri ni, buku-buku kat bawah ni aku nak jual sebenarnya. Jadi kalau ada antara hampa nak beli, boleh contact aku ya. Aku jual murah dari harga yang aku beli tu sebab buku-buku ni aku beli tahun lepas.


1. 
Short synopsis :

" Warkah ini aku persembahkan
buat mereka, 
Yang sedang jatuh,
Yang tidak tahu mana ingin dituju. 
Moga ia bantu,
dan buat kau nampak,
sayangnya Tuhan sentiasa ada."




2. 
Short synopsis :

Mo is a prisoner on the Spiral, a subterranean, circular death row. The world above him is in chaos, and it's all his fault. But each escape circles him closer to the awful truth:
At the centre of everything, there is always a twist.

 **WARNING : Contains some strong violence


3.
 Short synopsis :

Rachel catches the same commuter train every morning. She knows it will wait at the same signal each time, overlooking a row of back gardens.

She's even started to feel like she knows the people who live in one of the houses. Their life -as she sees it - is perfect. If only Rachel could be that happy.

And then she sees something shocking, and in one moment everything changes.

Now Rachel has a chance to become a part of the lies she's only watched from afar.

Now they'll see: she's much more than just the girl on the train...




4.
Short synopsis :

Aidan Jones was my brother.
But I couldn't remember his face.
Cass was adopted at an early age and life's been comfortable ever since - too comfortable, some might say.

I glance at the paper. There's a picture on the front page.
I sit down and stare at Cass. It's her. My stolen sister.
Aidans disrupted childhood has been spent shuttling between foster care and children's homes, with a brief disastrous return to his birth mother.

Their experiences couldn't be more different, but their paths are about to converge. Aidan manages to track down his lost sister, and they arrange a secret meeting. But neither of them have really thought this through.



5. 

Short synopsis :

Saba must seize her destiny and win freedom for the Dustlands. But DeMalo is strong. Her camp is weak. Loyalties falter, resentments brood and treachery bides its time. One dangerous secret could destroy her and Jack. One wrong move could destroy them all. As a fatal Blood Moon approaches, how can she succeed with the odds overwhelmingly against her?




Kalau berminat nak beli, boleh hubungi aku di :

Twitter : @sfrnfzl *mention @ dm*
Whatsapp : +601112515624 *whatsapp @ mesej sahaja*
Email : sfrnfzl@gmail.com





Cara Nak Dapatkan Semula Sijil Peperiksaan Melalui POS


Assalamualaikum dan hi.

Hari ni aku nak kongsikan kat hampa macam mana nak dapatkan semula sijil melalui POS sebab benda ini penting sebenarnya, in case hampa punya yang original hilang dan sebagainya. Cara ni untuk yang mungkin taktahu atau tak jelas lagi macam mana nak buat, aku share ni sebab aku dah alami dan aku dah pernah buat dan Alhamdulillah sijil SPM yang aku mohon tu dah sampai kat aku.

Aku harap apa yang aku tulis ni dapat laa membantu hampa-hampa yang memerlukan tu. Yang aku tulis ni untuk SPM punya, mungkin yang lain pun sama.

InsyaAllah.


Cara-caranya.

1. BORANG PERMOHONAN.

Kena download borang permohonan salinan keputusan peperiksaan. Hampa boleh download kat sini KLIK. Lepas tu hampa kena isi borang tu, pastikan semuanya diisi ya takut-takut nanti permohonan hampa ditolak. Kalau hampa klik link yang aku bagi tadi tu, ada 3 muka surat borang tapi hampa cuma print muka surat 1 saja -yang lagi 2 muka surat tu hanyalah panduan dan akuan wakil.


2. SALINAN KAD PENGENALAN.

Wajib photostat IC hampa -1 salinan sahaja.



3. SAMPUL POS
Wajiblah ada sampul pos untuk nak pos dokumen ni kan, ikut hampa laa nak guna sampul pos biasa atau sampul pos ekspres yang bersaiz A4.


4. WANG POS.
Untuk nak mohon sijil SPM ni, wang pos yang diperlukan hanyalah bernilai RM30. Nak beli wang pos di pejabat pos ada caranya, bukan pergi kat kaunter terus mintak nak beli wang pos -kalau tidak jadi macam aku yang beratur panjang tapi last-last kena isi borang. Hampa kena isi borang terlebih dahulu dengan masukkan maklumat-maklumat yang diminta dalam borang tu. Pastikan isi dengan betul tau. Lepas itu, baru hampa pergi kat kaunter mintak nak beli wang pos yang berharga RM30 dan hampa kena bayar lebih sikit -macam aku hari tu kena RM30.85, ada caj sikit jaa.


P/S : Bayar kepada tu hampa tulis PENGARAH PEPERIKSAAN

Bahagian Depan

Bahagian Belakang *Alamat jgn lupa, kena isi jugak.


5. KEPIL BERSAMA

Dah habis isi borang permohonan dan beli wang pos RM30 tu, hampa kepilkan sekali :
  •  Borang permohonan
  • Wang pos
  • Salinan kad pengenalan
dan masukkan ke dalam sampul surat yang hampa dah beli tadi.



6. POS

Seterusnya hampa pos dokumen tadi ke alamat di bawah ni :

PENGARAH PEPERIKSAAN, LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 10, BLOK E11, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA


Untuk pos biasa -masukkan ke dalam peti merah manakala pos ekspress masukkan ke dalam peti kuning -hampa tau kan, saja aku nak bagitau haha.


Maklumat tambahan.

a. Hampa kena ingat balik angka giliran SPM hampa dulu.

b. Aku syorkan baik hampa beli sampul pos ekspress sebab guna sampul tu selamat dan cepat sampai ke destinasi.

c. Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.

d. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Macam aku tulis kat atas tadi, pastikan isi dengan betul dan lengkap kalau tak rugi wang pos hampa yang berharga RM30 tu.




Ini laa sijil SPM yang aku mohon hari tu. Apa yang hampa akan dapat adalah ;
-Borang pengesahan permohonan.
- Salinan Keputusan





Ok itu saja cara-cara nak dapatkan semula sijil SPM melalui POS. Cara-cara kat atas ni adalah apa yang aku buat waktu mohon sijil SPM aku tahun lepas tapi taktau laa cara ni masih sama atau dak sekarang.

Harap bermanfaat.

Sekian.

Just some of my thoughts ...


Assalamualaikum dan hello.

Memandangkan aku tak boleh tidur sekarang taktau kenapa dan jam dah pukul 2.46 pagi, aku buat keputusan nak update satu entri baru. Mungkin entri ni pendek dan boleh jadi panjang, entahlaa ikut kerajinan aku sampai mana sebab macam-macam yang ada dalam fikiran aku sekarang untuk aku luahkan, hahaha.

1. Just discover an old korean song, Timeless.

Lagu yang aku baru jumpa ni lagu dalam bahasa korea tapi lagu ni sebenarnya remake lagu nyanyian Kelly Clarkson ft Justin Guarini yang tajuknya jugak Timeless. Baru jumpa kemarin weh and lagu ni best sebenarnya -mungkin pada aku yang jenis suka muzik jenis macam ni which is a sad song actually. Untuk lagu versi korea ni dinyanyikan oleh Zhang Li Yin ft Xiah Junsu dan lagu ni release pada tahun 2009. Sedih jugak tengok music video untuk lagu ni and music video untuk lagu ni ada Part 1 and Part 2 tau. Aku suka dua-dua versi lagu ni.

Untuk yang nak try dengar boleh klik kat bawah ni.




2. I have put cbox back in my blog!

Well aku decide nak letak balik cbox tu sebab nanti bila hampa blogwaking di blog aku, hampa boleh tinggalkan URL blog hampa dan pada masa yang sama aku boleh terjah blog hampa balik + follow (untuk yang aku tak follow lagi). Bagi aku, bukan saja tinggalkan komen malah tinggalkan jejak or leave some messages dekat cbox ni boleh menaikkan lagi semangat untuk berblogging dan satu lagi rasa best dan dihargai sebab ada rakan blogger yang sudi singgah terjah blog aku yang tak seberapa ni, Alhamdulillah dan terima kasih aku ucapkan.

Jangan lupa tinggalkan jejak hampa di cbox blog ni ya. Haha.



3. Be an active blogger -blogwalking, leaves comments and join any giveaways + segments.

Tahun 2018 ni aku nak cuba jadi an active blogger yang rajin,


- blogwalking ke blog-blog blogger lain dan seterusnya follow blog mereka ni, InsyaAllah. 



- leave comment at their blogs because Im just a silent reader before.

- join mana-mana
giveaways serta segmen-segmen yang dianjurkan oleh para bloggers yang sangat baik dan murah hati ni, moga murah rezeki selalu ya, amin.



4. Bestfriend or just a FRIEND?

Seriously I have a bestfriend yang aku dah kenal dari kecil lagi but now aku rasa macam ditinggalkan di belakang hahaha sejak dia dah sambung belajar. Balik pun jarang jumpa, dulu every week aku akan pergi rumah dia or dia akan datang rumah aku  dan bila dah berjauhan ni kami dah jarang contact each other. Tapi it’s okay, aku masih lagi berprasangka baik sebab mana tahu dia busy dengan studies dia but kadang-kadang aku tak boleh  weh, dia selalu update gambar pergi sana sini dengan kawan-kawan or for sure I think her bestfriends dekat sana. Aku bukan cemburu atau apa but terasa sikit laa macam diri aku ni telah dilupakan sebab kami dah lama berkawan, dah belasan tahun. Mungkin ini ujian persahabatan dari Allah dan aku harap persahabatan kami kekal selamanya amin. This is just my feelings....



5. Rindu zaman belajar di politeknik.

Sesungguhnya aku memang rindu zaman aku belajar di politeknik dulu, rindu kawan-kawan tu taklaa sangat Cuma rindukan persekitaran belajar kat sana. Aku paling suka time beli makanan di kafe, dulu first time beli takdapat nak agak kalau ambik lauk banyak ni, berapa harganya tapi lama-lama tu aku dah tau agak harganya. Lepas tu dulu malam-malam kalau study tiba-tiba rasa mengantuk, ajak roommate teman turun pergi beli air tin dekat mesin gedegang dekat tingkat bawah –of course Nescafe! dan dalam pukul 12 keatas aku akan basuh baju guna mesin basuh sebab time tu memang takdak orang guna. Best weh zaman tu, InsyaAllah ada rezeki aku nak sambung belajar :)




6. Fanwars? Ah, I hate that one.

Aku tak suka betul bila ada fanwars ni dan sekarang semakin menjadi-jadi sebab dulu tak macam ni, cuma biasa-biasa saja walaupun ada fanwars. Sesetengah peminat sekarang ni dah pandai claim yang idol mereka ni lebih itu lebih ini dan sikit-sikit king queen bagai. Weh rimas laa tengok semua ni, and yang jenis nak bergaduh ni memang tak matang langsung aku katakan. Tak boleh ka hampa peminat-peminat setia ni minat idol hampa dengan tenang? Susah ka? Nak bersaing tu boleh, bersaing laa secara sihat, adil dan baik. Ni tidak, nak ugut bunuh bagai dekat idol tu –kesian depa weh, manusia jugak depa tu ada hati dan perasaan. Boleh menangis, boleh takut, boleh stress. I’m sorry guys, I’m so angry and disappointed with some of kpop fans these days! They’re so rude and unmatured and scary, sometimes.


7. KPOP -I'm starting to like Lee Geon and Daewon from Madtown.

Unfortunately, Madtown had disbanded and that's what I saw and read at kpop site -Allkpop. Tak tau laa betul atau tak tapi itulah yang terjadi. Depa dua ni ada join ada join satu reality show, The Unit dan dari situ aku semakin minat kat depa dua ni. Aku memang kenal depa ni sebelum ni sebab aku ada tau jugak pasal Madtown ni. Tapi itulaaa tak berapa nak ‘beri perhatian’ sangat sebab time tu banyak artis kpop yang debut dan mungkin lebih menyerlah but trust me they are talented –Lee Geon with vocal while Daewon with dance and both of them are kind.



8. Lee Hi perform Breathe at Golden Disk Award.


Ah yang ni, keluar jugak air mata aku sambil tengok special stage yang depa buat untuk Jonghyun -Lee Hi perform lagu Breathe ciptaan Jonghyun. Sedih weh, Lee Hi pun sampai stop menyanyi sebab sebak sangat teringatkan Jonghyun. Kalau hampa nak tengok, tekan saja link kat bawah ni.


Lee Hi - Breathe
A special stage for Jonghyun.




Ok, sampai sini saja aku menaip. Panjang pulak luahan ni, harap tak jemu baca haha.
See you next time!

#BlogRev : Blog AIMISYAHIRAH.COM dan MRSLIEZ.COM !



Assalamualaikum dan hi.

Aku nak mintak maaf sebab lambat buat review dekat 2 orang pemenang bertuah itu sebab aku tak sempat, I'm so sorry guys! Biasalaa buat itu buat ini sampai tak sempat nak buat entri baru. Sebelum tu, aku hanya review benda simple saja, ikhlas dari aku -mungkin sikit saja apa yang di review tapi still ada jugak kan isi. Hahaha, mintak maaf sekali lagi andai apa yang aku review ni terkurang.


Aku review blog yang pertama ni dulu,





1. Blog AIMI SYAHIRAH ni cepat jaa, takperlu tunggu lama -ringan.

2. Pemilik blog ni cantik dan bergaya orangnya 

3. Blog dia ni bertemakan pink, cantik weh lepas tu blog dia ni simple dan nice.

4. Satu lagi, AIMI SYAHIRAH ni rajin tau join giveaway dan segmen yang dianjurkan blogger-blogger lain.







1. Blog MrsLiez ni ringan, bila aku bukak page blog dia terus terpapar elok blog dia -takpayah tunggu lama (loading).

2. Aku suka warna tema blog dan jugak header blog MrsLiez ni, simple and nice!

3. Ada banyak maklumat dan petua yang berguna, bermanfaat dalam blog MrsLiez sebenarnya serta ada jugak pelbagai jenis resepi dalam blog MrsLiez ni. Rajin-rajin melawat ke blog dia!

4. Oh, pemilik blog -MrsLiez ni cantik dan comel orangnya 



Ok, sampai sini saja review aku. Jangan lupa blogwaking ke blog AIMI SYAHIRAH dan MrsLiez ya serta tinggalkan jejak hampa di blog mereka! :)



Senarai Pemenang Segmen : REALSVIORS Bloglist!


Assalamualaikum dan hi.

Akhirnya tamat jugak segmen ni dengan jayanya, Alhamdulillah. Maaflah sebab segmen kali ni aku buat biasa-biasa saja. InsyaAllah ada rezeki lebih aku buat giveaway pulak nanti. Aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak buat 20 orang blogger yang sudi join dan memeriahkan lagi segmen REALSVIORS Bloglist! ni.


Untuk pencarian pemenang, aku guna kaedah cabutan bertuah sebab kalau guna random.org kadang-kadang tak ok sebab aku pernah alaminya haha. Buat para pemenang yang terpilih aku ucapkan tahniah dan buat yang lain belum ada rezeki lagi, jangan bersedih. InsyaAllah nanti aku buat lagi giveaway / segmen dan hampa join ya.




Ini senarai pemenang Segmen : REALSVIORS Bloglist !

Sorry ada silap ejaan sikit untuk : CIKCAPPUCCINOLATTE dan THEKRMHZUL. Mintak maaf ya.



Oh ya aku dah letak blog-blog hampa dalam bloglist aku! 


dan untuk review nanti aku tulis pada hari yang akan datang :)



TAHNIAH.

Kisah percintaan dari zaman persekolahan sehingga universiti dalam A LOVE SO BEAUTIFUL


Assalamualaikum dan hello.

Aku selalunya suka cerita pasal drama korea dalam blog ni tapi untuk kali ini aku nak cerita pasal satu drama china dan aku adalah salah seorang yang agak susah nak minat drama china ni, so bila aku cerita dalam ni kira best laa drama tu bagi aku. Ada dua @ tiga lagi drama china yang aku dah tengok tapi nanti aku akan ceritakan kemudian dan kebanyakkan drama china yang aku tengok cuma remake dari drama korea sebenarnya.

Untuk drama china ni tajuknya –A Love So Beautiful, weh hero dalam drama ni handsome betul laa, jatuh cinta aku hahaha. Heroin pun boleh tahan comel dan segak, dan yang pastinya aku suka jalan cerita drama ni. Mungkin permulaan drama ni hanya macam drama biasa yang kita selalu tengok tapi ending dia tu agak special sikit haa.

Taktau laa bagi hampa tapi bagi aku best dan aku tau banyak yang tak suka tengok drama china termasuk kawan-kawan aku, memang depa tak suka taktau kenapa tapi hampa cuba laa tengok dulu tau.

P/S : Baca dulu baru gambar :)



So kat bawah ni pelakon-pelakon untuk drama ni.

Hu Yi Tian sebagai Jiang Chen
Shen Yue sebagai Cheng Xiao Xi
Gao Zhi Ting sebagai Wu Bo Song




Drama ni bermula waktu depa nih belajar di sekolah menengah, kisah dia pasal Chen Xiao Xi (rupa selekeh/nerd) ni minat kat Jiang Chen (handsome/kemas), minat sangat-sangat tapi macam biasa laa Jiang Chen ni berlagak sikit tak mau layan Chen Xiao Xi pada mula tu dan depa dua ni berjiran. Tapi lama kelamaan dia ada laa tolong Chen Xiao Xi tu takpun dia akan tolong dalam senyap tanpa pengetahuan Chen Xiao Xi tu. Dalam masa yang sama depa dua ni adalah satu geng dan dalam geng tu ada 5 orang semuanya -2 perempuan dan 3 lelaki.

Ada seorang tu (lelaki) atlet renang -Wu Bo Song, dalam diam minat kat Chen Xiao Xi nih, selalu ada di samping dia tapi Chen Xiao Xi ni layan Wu Bo Song tu macam kawan sebenarnya. Lepas tu bila Jiang Chen ni dapat tau yang Chen Xiao Xi macam rapat dengan Wu Bo Song, dia jadi tak selesa, dia cemburu. Jadinya dia selalu kacau takpun ejek-ejek kat Chen Xiao Xi. 
Wu Bo Song

Lepas semua yang jadi, kisah depa ni diteruskan lagi dengan kehidupan di universiti. Jiang Chen pun dah mengaku Chen Xiao Xi ni girlfriend dia kat kawan-kawan dia –walaupun Chen Xiao Xi masih tak cantik lagi waktu ni. Waktu ni Jiang Chen ni tengah praktikal jadi doktor pakar bedah.

Lepas tu Jiang Chen ni dapat jadi doktor di hospital yang dia praktikal dulu dan biasalaa kan bila dah jadi doktor ni, sibuk saja kerja dia. Ada satu scene ni yang aku tak berapa ingat, Jiang Chen ni kena buat pembedahan kat pesakit dia tapi malangnya takdapat diselamatkan. Jiang Chen ni sedih sangat dan Chen Xiao Xi pun dia tak berapa nak layan. Dalam masa yang sama Chen Xiao Xi ni marah kat Jiang Chen sebab buat perangai macam tu, dia taktau pun hal apa yang dah jadi kat Jiang Chen sebenarnya dan akhirnya depa break up.

Lama sikit lepas tu, Chen Xiao Xi ni dah kerja dan dah pandai make up –cantik weh, dia kerja sebagai pelukis komik kalau tak silap aku. Haa waktu ni Jiang Chen pulak duk kejar cinta Chen Xiao Xi tapi dia dah tawar hati, sebab dah terluka dengan apa yang Jiang Chen buat dulu.




Nak tau kesudahan drama ni? Hahahaha hampa kena p tengok laaa ending dia. Drama ni ada 23 episod dan dalam episode 23 ni depa tunjuk macam mana Jiang Chen ni mula suka dekat Chen Xiao Xi waktu sekolah dulu. Dari situ hampa boleh tau laa yang Jiang Chen ni memang dah lama suka kat Chen Xiao xi cuma ego dia tu tinggi haa.




Sampai sini dulu untuk entri kali ini, jangan lupa tengok drama A Love So Beautiful ni ya !
Have a good day guys.