Wednesday, June 10, 2020

Buat Loft Bed guna Microsoft Excel.


Assalamualaikum. 
How are you today? Harapnya baik-baik belaka nah :)
Alhamdulillah, start hari ni dah boleh merentas negeri. Seronok-seronok juga tapi jangan lupa untuk jaga diri ya. 



Ok, hari ni jom aku nak tunjuk cara aku buat loft bed menggunakan tak lain tak bukan, Microsoft Excel. Loft bed yang aku design ni ikut citarasa aku sendiri, orang kata syok-syok buat ja.


Ini kejadiannya sebelum aku simpan. Sebenarnya, tak kemas mana pun hasil dia waktu ni. Memang akan nampak gila, lebih sana, tampal sini tapi percayala bila masa nak save nanti memang elok kejadiannya haha.

Meh sini nak terang serba sikit, simple aja.

yang ni untuk buat kerusi, main bedal ja janji nampak rupa kerusi haha

untuk corak floor tu, aku just guna texture ja // kalau tak jelas tengok tulisan tu, klik ja gambar ni


Itu saja untuk kali ini.
Oh ya, aku ada satu cadangan. Why not hampa komen kat bawah nak aku buat apa untuk next art aku menggunakan Excel ni? Nanti aku try buat lepas tu aku post cara aku buat kat blog ni untuk entri-entri yang akan datang.
On tak on? Hahaha.





Inilah loft bed imaginasi aku hahaha, cara malas.


Wednesday, June 3, 2020

YEH SAALI AASHIQUI | A romantic revenge film.

Assalamualaikum and hi everything, hahaha.

Hari Isnin malam tu aku ada tengok satu movie ni dekat channel 251, Astro BollyOne dan aku agak teruja untuk buat review di sini. Aku mula tengok movie ni bila dah separuh mula dah sebabnya awal-awal tu ayah aku dok tengok movie Rajinikanth dia dekat channel free tu. Bila dia pi sembahyang Isyak, aku pun apalagi terus tukar channel hahaha.



YEH SAALI AASHIQUI

Directed by: Cherag Ruparel | Written by: Vardhan & Cherag | Release Date: 29 November 2019

Starring:  Vardhan Puri and Shivaleeka Oberoi
 



Short synopsis :

A supposedly deranged man is arrested on suspicion of breaking into his ex-lover's home. But when he starts talking, he appears to be far more intelligent and twisted than anyone could have predicted.

__________________________________

Vardhan sebagai Sahil Mehra/ Surya Mehra dan Shivaleeka sebagai Mitee Deora. Movie ni tentang Sahil, yang selalu sangat ditipu oleh teman wanitanya, Mitee tetapi sentiasa maafkan teman wanita dia tu. 





Jom mula!

Masa aku dah tengok ni, ada sorang perempuan ni pi kafe kat di sekolah tempat depa belajar dan cakap yang Mitee pengsan dalam bilik dia -aku rasa depa ni belajar dekat sekolah berasrama penuh. Lepastu, ramai-ramai pakat pi kat bilik Mitee dan terus angkat dia, bawak pi hospital. 

Lepas dari kejadian tu, Mitee dah sihat balik dan kembali ke sekolah tu. Nak dijadikan cerita, sedang Sahil dengan Mitee jalan-jalan dalam sekolah tu, depa nampak Venu (roommate Sahil) tengah dok bergelak-gelak dengan geng dia sambil pegang seluar dalam wanita.

Mitee tiba-tiba bisik kat Sahil ni yang seluar dalam tu dia punya sebenarnya dan Sahil terus mintak balik kat Venu tapi Venu ni masih dok melawak lagi. Sahil pun apalagi, tumbuk terus si Venu ni dan tercetuslah pertengkaran antara Sahil dengan Venu tapi sempat dileraikan oleh kawan-kawan depa. Esok tu pulak ada jadi satu kes melibatkan Venu dan kali ni Venu pulak pi tampar si Sahil ni.

Beberapa hari lepas kejadian-kejadian tu bila Sahil masuk dalam bilik dia, dia terkejut tengok bilik dia bersepah. Habis rosak screen laptop dia dengan gambar family dia pecah, dan bila dia tengok kat dinding bilik dia -ada perkataan carut pasal ayah dia. Sahil ni apalagi, terus pi cari Venu dan serang dia. | Kalau tengok scene ni, kita agak yang Sahil ni seorang yang panas baran.

Malam tu, Sahil pi lepak kat dalam bilik Mitee. Dia mengadu yang dia ni dah rasa down sangat sebab banyak benda dah menimpa kat diri dia, macam bad luck haa. So Mitee ni pujuklah dia sambil peluk Sahil. Tiba-tiba sorang pensyarah lelaki (tak ingat nama dia weh) dapat call dari Mitee, cakap yang dia telah dirogol oleh Sahil dan Sahil pulak dapat call dari Mitee, cakap yang pensyarah lelaki tu nak rogol dia. | Haa, dah nampak permainan Mitee? Rupanya dia ada simpan dendam dekat Sahil atas masalah yang dah jadi kat diri dia sebelum-sebelum.  

Mula-mula, pensyarah lelaki tu sampai kat bilik Mitee dulu dan dia nampak Mitee dalam keadaan lemah dengan berlumuran darah dan terus dukung untuk dibawa ke hospital tapi Sahil pulak muncul dan terus tumbuk pensyarah lelaki tu sampai berdarah, sampai pengsan. Last sekali, Mitee dengan pensyarah lelaki tu kena masuk hospital.

Sahil pulak kena tangkap dengan polis dan dibicarakan kat mahkamah. Sahil ni takpuas hatilah sebab dia tak buat apa-apa pun dekat Mitee tapi dituduh merogol pulak dan dia cakap dia nak dengar pengakuan dari Mitee sendiri sebab Mitee tau dia tak buat semua tu. Lain pulak jadinya bila Mitee bagi penerangan kat mahkamah, dia cakap yang Sahil ni memang rogol dia tanpa dia relakan. Haa, Sahil ni panas laa sambil jerit-jerit dalam mahkamah yang dia tak buat semua tu.

Last sekali, mahkamah putuskan Sahil ni gila dan seorang yang tak dapat nak kawal kemarahannya, lepas tu dia dimasukan ke penjara untuk orang-orang gila -rupanya Sahil ni pernah bunuh ayah dia dulu ni. | Wow, agak scary Sahil disini.

5 tahun berlalu...

Mitee dah berjaya sekarang, kerja pun bagus dan dapat pulak teman lelaki yang sangat kaya dan sayang dia -dia punya teman lelaki nama Anuj Mathur. Sahil pulak masih terperap dalam penjara tu dan sengsara. Satu hari tu, Nanu (kawan Sahil di penjara tu) bagitau dekat Sahil yang ada orang upah dia dengan pengawal kat situ untuk nak masuk dalam penjara tu dan jumpa dengan Sahil dan orang tu adalah Surya. Bila dengar nama Surya tu, Sahil jadi marah sangat -dia mengamuk teruk. Bila Nanu tanya siapa Surya tu Sahil takmau jawab tapi akhir dia habaq jugak yang Surya tu abang dia. | Laa Sahir dengan Surya ni kembar rupanya dan yang bunuh ayah dia dulu ni sebenarnya Surya tapi dia ugut Sahil untuk mengaku bunuh ayah dia. Surya ni sangat jahat orangnya.

Bila Surya dapat masuk dalam, dia pura-pura jadi doktor dan terus pi jumpa Sahil dekat bilik yang ditetapkan. Berlaku pergelutan antara depa dua ni dan Surya pengsan di pukul oleh Nanu. Dan hasilnya depa dua tukar tempat, Sahil jadi Surya dan Surya jadi Sahil.  | Akhirnya Sahil bebas weh! Haha.

Dan sekarang dia menjalani hidup dia sebagai Surya Mehra dan akan memulakan misi untuk balas dendam kat Mitee. Sahil ni kalcau Mitee habis-habisan sampai jadi takut dan Mitee pulak pi mengadu dekat Anuj cakap Sahil ni dok kacau dia, dia tipu yang sahil ni tergila-gilakan dia dan suka kacau dia kat sekolah dulu -dia cerita semua. Anuj pulak percaya so dia pi call kat penjara tu tanya pasal Sahil and yes, they said that Sahil still in there. Banyak kali jugak Sahil ni kacau Mitee dan banyak kali juga Mitee dok mengadu kat Anuj pasal ni.  | Kat sini boleh nampak yang Mitee ni macam nak jadi gila dan memang Sahil rancang nak buat Mitee jadi gila dan nak Anuj tinggalkan Mitee. Benda ni rupanya Sahil ada plan dengan kawan-kawan sekolah dulu, depa banyak bantu Sahil untuk balas dendam -depa pun sebenarnya takpuas hati jugak dengan perangai Mitee ni, teruk! 

Tapi Anuj ni baik jugak sebab dia tak tinggalkan Mitee dan masih teruskan hubungan depa dengan pertunangan, buat meriah punya sampailah ada satu video khas untuk ditayangkan di majlis tu.Video tu rupanya ucapan dari kawan-kawan sekolah Mitee dulu, depa suruh Anuj ni tinggalkan Mitee sebab dia sebenarnya jahat dan mata duitan. Bila Anuj dapat tau perangai sebenar, dia batalkan pertunangan tu dan tinggalkan majlis tu dengan keluarga dia. Ayah Mitee pulak pengsan serta merta di situ dan terus dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bila Mitee nak pi tengok ayah dia, mak dia halang dan suruh pi dari situ dan jangan ganggu depa dua lagi, ayah dia pun takmau tengk Mitee dah. Lepas tu Mitee dapat call dari Sahil dan dia marah-marah kat Sahil, suruh Sahil munculkan diri dia. Bila Sahil dah munculkan diri, Mitee ni ambik pistol dalam bag dia terus tembak Sahil tapi tak kena. Mulalah adegan berlari-lari sambil tembak-tembak.

Last sekali, bila Mitee nampak Sahil masuk dalam bilik wad ayah dia, dia bergegas masuk dalam tu dan terus tembak Sahil dan akhirnya Sahil tewas. Takpuas hati lagi, Mitee terus ambik tong oksigen dan gunakan untuk pukul Sahil sampailah polis datang dan bawak Mitee keluar. | Waktu ni memang Mitee dah jadi gila, dia puas tengok Sahil mati berlumuran darah sambil gelak-gelak.

Bila dah beberapa hari masuk penjara, ada polis cakap yang seseorang nak jumpa Mitee. Bila p tengok rupanya Surya yang nak jumpa Mitee. Surya cakap yang dia sangat berterima kasih sebab dah tolong bunuh Sahil yang dia dah lama nak buat tapi kesian dekat Mitee sebab kena duduk dalam penjara. 

Bila Mitee beredar, tiba-tiba dia dengar siulan yang dia sangat-sangat kenal dan bila dia pusing tengok rupanya Surya tengah bersiul dan dia terus meraung marah sebabnya yang tengah bersiul tu Sahil. Hanya Sahil saja yang bersiul dengan nada macam tu dan yang Mitee tembak mati tu rupanya Surya. Sahil ni dah rancang dengan 'pak cik' dia sebelum ni. | Sahil ni tak pernah habaq dekat sesiapa pun yang dia ni ada abang kembar sebenarnya.


Akhirnya yang tewasnya si Mitee ni dan pemenangnya si Sahil!


_____________________________________________________
Apa yang aku boleh katakan, movie ni memang best dari sudut pandangan aku dan sangat puas hati dengan cara Sahil ni balas dengam dekat Mitee. Dia tak puas dengan cara yang cepat tapi orang kata dengan cara yang smooth gitu, aku suka.

Semua yang aku tulis ni tak full scene, boleh pi tengok sendiri untuk kepuasan hati haha dan teaser untuk movie ni boleh tengok di bawah ini.


Last but not least, don't judge a book by its cover :)