A Short Update : The Giveaway is Still Going ON until 04 APRIL 2018 !!

credit to owner


Assalamualaikum dan hi.


Pertama sekali aku nak mintak maaf sebab terpaksa lanjutkan giveaway ni sebab 2 minggu ini aku sibuk buat persediaan untuk kenduri adik-beradik aku, jadinya aku tak sempat nak pilih pemenang.  Mula tu aku ingat nak tamatkan minggu depan saja tapi minggu depan aku kena pergi ke Langkawi jadi untuk penyelesaiannya selain daripada nak tunggu keputusan pemenang tu, aku lanjutkan lagi giveaway ini, so rakan blog yang tak join lagi tu masih boleh join.

Selain dari itu, yang singgah diblog sambil tinggal jejak dan tinggalkan komen serta follow blog aku tu terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. InsyaAllah akan aku blogwalking dan follow back di blog hampa nanti.



ABOUT GIVEAWAY,

Boleh join giveaway di sini : Giveaway 


Senarai hadiah pulak ada dinyatakan di ruangan giveaway tu dan jugak di sini : Gift


Dan kemudian, tolong check penyertaan hampa sama ada melalui blog mahupun twitter -manalaa tau kot-kot aku terlepas pandang : Senarai Penyertaan *updated!*




Sekali lagi, aku mintak maaf dan selamat berblogging.

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends


Assalamualaikum dan hi.


Wah macam lama saja Kak Lea tak buat giveaway mahupun segmen, atau aku yang tak join sebelum ni? Hahahaha, apa-apa pun jangan lepaskan peluang yang dah ada ni -hadiah -hadiah untuk giveaway ini pun menarik serta syarat-syarat yang mudah untuk diikuti. 


Untuk maklumat lanjut, klik saja banner diatas ni.


All the best!

Check Out a New Hit Korean Film, Along with the Gods : The Two Worlds


Assalamualaikum dan hi.

Alhamdulillah aku kembali ke blog ni, niat di hati tu nak update tiap-tiap hari laa tapi aku pun ada kehidupan jugak kan -jadi sekarang baru berpeluang. Entri kali ini aku excited jugak laa nak kongsi pasal salah satu filem korea yang mendapat sambutan selepas Train to Busan dengan Battleship Island. Sebenarnya aku ni susah jugak nak tengok filem-filem dari negara Korea ni sebab tak biasa, selalu kalau untuk filem ni aku layan yang English, China dengan Tamil saja dan bagi Korea tu aku dah terbiasa dengan drama-drama depa. 

Along with the Gods, bila dah baca banyak feedback pasal filem jadinya aku memang nak sangat tengok dekat pawagam -iyalaa bila tengok dekat pawagam baru best dengan skrin yang besar + audio yang kuat + tempat yang selesa dan luas; malangnya dekat tempat wayang yang aku nak tengok tu, filem ni takdak dalam senarai dan terpaksa laa aku tunggu, then aku download tengok kat rumah saja.



FILEM : Along with the Gods : The Two Worlds
GENRE : Fantasy, Drama
PENGARAH : Kim Yong Hwa
PELAKON : Ha Jung Woo, Cha Taehyun, Ju Ji Hoon, Kim Hyang Gi, Kim Dong Wook, Do Kyungsoo, Lee Joon Hyuk,  Lee Jung Jae



Filem ni bermula dengan kematian seorang ahli bomba, Ja Hong (Cha Taehyun), yang mati sewaktu menyelamatkan seorang budak perempuan -budak perempuan tu selamat tetapi dia tak. Mula tu dia ingat dia masih hidup tetapi dengan kehadiran malaikat maut iaitu Won Maek (Ju Ji Hoon) dengan Duk Choon (Kim Hyang Gi) serta ketua mereka iaitu Gang Rim (Ha Jung Woo) untuk bawak dia ke dunia selepas itu, dia terkejut.

Bila berada di dunia (yang lebih senang aku panggil)-dunia kematian, si mati ini kena hadapi 7 percubaan selama 49 hari untuk membuktikan dia menjalani kehidupan yang mulia. Ja Hong ni kena berhadapan dengan God of Murder, Goddess of Indolence, Goddess of Deceit, God of Violence untuk perbicaraan kehidupan dia waktu dia hidup dulu. 

Dalam process pembicaraan selama 49 hari tu, macam-macam dugaan, masalah yang depa 4 orang tu hadapan, bahkan Gang Rim sampai kena ke dunia manusia untuk tengok apa punca kepada masalah yang terjadi tu dan dalam masa yang sama Gang Rim ni jugak terpaksa melibatkan diri dalam urusan manusia ni. 
Sememangnya filem ni aku sarankan untuk hampa tengok bagi yang tak berkesempatan untuk tengok lagi, sebab filem ni bagi aku best sangat dan dalam masa yang sama terpalit jugak perasaan sedih bila tengok filem ni. Aku dah tengok dua kali, dan dua kali jugak teriak.
Sampai sini dulu aku tulis pasal ni, untuk lebih lagi hampa kena laa tengok sendiri filem ni baru puas hati. Aku takmau bagi spoiler banyak sangat, tak bestlaa nanti kan.
 
Apa-apa pun, give it a try okay?


Overall, I give 9.5 out of 10.


An Update About Giveaway's Gift

Assalamualaikum dan hello.


Tinggal 15 hari saja lagi sebelum A SFRNFZL's Giveaway berakhir dan aku menjemput semua blogger-blogger yang tak join lagi tu untuk join giveaway ni, free saja dan siap dapat hadiah lagi bagi yang menang haha. Bagi yang dah join boleh check penyertaan hampa tu dah dilistkan atau dak  -kot laa aku terlepas pandang.
Untuk entri kali ni, aku cuma nak update pasal hadiah saja. Sebenarnya aku baru saja balik dari Padang Besar tadi, so aku dah beli beberaa hadiah yang akan aku bagi kepada pemenang giveaway yang aku buat tu. 

Dekat bawah senarai hadiah yang aku dah listkan sebelum ini dan mungkin aku akan ubah sedikit hadiah-hadiah tu. Jangan risau, aku ubah sikit saja dan hadiah TIDAK akan berkurangan.


001. Polaroid. 


Polaroid ni bukan polaroid sebenar tau, benda ni ownmade dari aku sendiri ja dan kualiti mungkin tak berapa nak okay but still a 'polaroid' haha. Polaroid ni aku sertakan sebagai extra gift saja untuk setiap pemenang.


002. Fridge Magnet.


Yang ni aku dah pilih elok punya, simple saja. Aku beli 3 sekali gus, sebab kalau beli satu macam tak berbaloi harga dia berbanding tiga  -beli tiga dapat murah sikit


003. Keychain.


Depa ni pon aku beli jugak, mula tu susah jugak nak pilih design mana seba comel ja semua tapi last-last aku pilih yang macam ni saja -kecil dan comel.


004. Beg Kecil.


Tadaaaa, cantik tak? Kali ini aku beli design yang boleh aku katakan cantik, aku tak beli dah yang ada tulis Padang Besar tu -cukup untuk fridge magnet dengan keychain saja.


005. Tudung.


Untuk tudung ni aku tukar kepada tudung bercorak macam dalam gambar diatas, itu contoh saja. Yang aku nak bagi ni corak lain, warna pun lain.


Untuk dua lagi hadiah tu, novel dan minyak wangi masih dalam list tau so jangan risau  -aku tak senaraikan sebab gambar aku dah publish hari tu. InsyaAllah kalau takdak apa-apa aku mungkin akan tambah pemenang dan juga hadiah lagi -mungkin laa.



That's all from me, have a good day!

How I Do Blogging and Blogwalking


Assalamualaikum dan hi.

Hari ni macam nak bercerita pasal blog pulak, kalau sebelum ni asyik tulis pasal review movie takpun lagu korea saja kan tapi hari ni mood lain pulak muncul. Bercerita tentang blog ni, ada tiga perkara yang aku nak senaraikan dan mungkin benda ni memang style aku saja kot yang aku buat sebagai seorang blogger serta bila aku 'blogwalking' ke blog rakan-rakan lain.



01. 'SIMPLE BUT NICE' BLOG

Perkara ni sangat penting bagi aku, kekemasan blog. Bukan saja rumah yang perlukan kekemasan tetapi blog juga memerlukan kekemasan. Bila blog aku sendiri kemas dan aku pun puas hati maka hati pun tenang dan ceria saja bila nak menulis entri. Bagi aku, cukup sekadar 'simple but nice' sahaja.

Sama jugak bila aku 'blogwalking' ke blog-blog lain, first impression aku adalah kekemasan blog, perkara ni sangat penting bagi aku. Kenapa? Sebab bila aku blogwalking ke blog yang kemas, mood untuk nak tau lebih lagi pasal blog tu lebih tinggi tapi bila bukak blog yang kurang kemas, or mungkin agak semak, mood tu akan berkurang. Ini pendapat aku saja laa.


02. AN ENTRY

Untuk bahagian ni, aku selalunya akan menulis dulu apa yang ada dalam fikiran aku ni, kemudian dah siap tulis secara kasar, aku akan baca balik apa yang aku tulis dan perbetulkan ayat yang mana tak sedap untuk dibaca oleh orang lain -bukan apa, zaman sekarang apa-apa perkara yang jadi pun jenis cepat viral, mana dengan wujudnya 'makcik-makcik bawang' lagi. Dah siap betulkan, aku preview dulu dan bila aku puas hati aku publish entri tu.
Oh ya, satu lagi perkara yang boleh dikatakan wajib aku buat adalah; aku akan justify setiap perenggan dalam entri yang aku tulis. Kalau aku tak buat yang tu, aku tak senang duduk hahaha -sebab aku yang jenis suka kekemasan blog.


03. COMMENT

Meninggalkan komen bagi aku adalah satu perkara yang perlu dilakukan apabila menjadi seorang blogger, tak gitu? Iyalah, perlu jugak untuk kita meninggalkan komen di blog seseorang dan kadang-kadang dengan meninggalkan komen itu boleh dijadikan semangat untuk terus berblogging. Ini apa yang aku rasai -bila ada rakan-rakan blog lain tinggalkan komen dimana-mana entri aku, aku akan rasa gembira dan semangat nak teruskan berblogging ni semakin membuak-buak. Walaupun kadang-kadang aku menjadi silent reader tetapi aku ada jugak meninggalkan komen di blog rakan-rakan lain.

Satu perkara lagi, mungkin ini penting bagi aku dan mungkin ini tak penting untuk hampa -aku suka dan akan reply komen-komen yang ditinggalkan disetiap entri di blog aku, it is as one of the token of appreciation from me for you guys who are willing to leave comments or give opinions. I'm so sorry to say this but aku rasa kalau tak reply komen ni macam sombong pulak HAHAHAHA walaupun tak sebenarnya. Dulu aku macam tu tapi sekarang aku tengah baiki perkara ni.




IKLAN : A SFRNFZL's Giveaway masih berlangsung, untuk yang tak join lagi tu jemputlah join ya. Ada lagi 17 hari lagi, sempat lagi tu.



Setakat ini 3 perkara ni saja dulu yang penting bagi aku tentang blog, InsyaAllah mungkin aku akan tulis entri baru untuk yang lain pulak. Ok aku nak tegaskan, dekat entri ni aku tak mention nama mana-mana blog tau.


Sorry entri ni macam hambar saja tapi baca sajalah.


Have a good day!