I've Got INFJ-T for Personality Test



Assalamualaikum and hello.


So semalam aku boring then aku pon buat my personality test and this is what I've got; INFJ -T. Hahaha, wow kat situ tulis yang INFJ ni yang kreatif dan  perfectionist. Kalau hampa nak buat jugak personality test ni boleh klik link kat bawah ni and terus jawab + make sure jujur jawapan tu hahaha.










Kat bawah ni aku letak result aku setelah penat menjawab 100 soalan kat situ haha 




and aku senaraikan antara artis-artis yang sama personaliti dengan aku haha:

Nicole Kidman
Adam Sandler
Nelson Mandela
Oprah Winfrey
Jamie Foxx
Mel Gibson



From INFJ BLOG ;


"Making up anywhere from 1 to 3 percent of the population, INFJ is considered to be the rarest of the 16 Myers-Briggs personality types. For this reason, INFJs often struggle with feeling different or weird, and so they often hide large parts of their personality from others, until they feel comfortable enough to reveal their true selves.
INFJs are introverts, and like any other introvert, they place a high value on alone time. They love spending time with those they are close too, but need just as much, if not more, time to themselves in order to ¨recharge¨. Even as introverts, INFJs have a strong love of people. They genuinely care about understanding others to the point that at times it can even become an obsession. Since INFJs know what it’s like to feel misunderstood, they spend a lot of time trying to really dissect the personalities of others and understand their true feelings and intentions. This often leads an INFJ to put the needs of close friends and family before their own. It is important for INFJs to spend just as much time paying attention to their own wants and needs in order to live a peaceful and happy existence.
Like other idealists, INFJs are imaginative, creative and dream of helping to make the world a better place. INFJs may at first impression come across as overly agreeable, but they have strong ideals and values, especially when it comes to helping others, and stubbornly stick to these values regardless of the person or situation. Others are usually shocked to see the side of the INFJ that comes out when their values are dismissed or questioned.
INFJs are known as the Counselor type, and it is no surprise that many INFJs choose counseling or a similar field as a career choice. INFJs are potentially the best type when it comes to helping others deal with their problems. Because of their extroverted feeling function, they are able to see the issue from the other persons perspective, but use their introverted intuition and thinking functions to separate themselves from the situation and guide the person down a healthier path. As introverts and feeling types, INFJs are great listeners and genuinely care about the concerns of others, which is a trait that makes them very appealing, and even if it is not their profession, INFJs often find themselves playing the Counselor role among friends, family, coworkers and sometimes even casual acquaintances.
INFJs are perfectionists and spend a lot of time thinking about how to make themselves and others better. In relationships, they are best matched with people who share their ideals and also strive for growth both personally and within the relationship. The ideal partner for an INFJ is someone who listens and makes effort to understand the INFJ and who also allows the INFJ to be their true selves without judgment or criticism."




So apa jenis personaliti hampa? Komen le kat bawah hahaha mana tau geng.





Adios, sviors.

Random Phone Wallpaper

Assalamualaikum and hi.





Nah aku bagi free wallpaper untuk handphone jaaa hahahaha nak buat sebagai design case pon boleh. Ambik la kalau berminat, aku buat lima dulu aku letih hahaha. Nanti aku buat lagi.












Adios, sviors.

Day 7 - A Blog Review

Assalamualaikum and hi.



Alhamdulillah hari ni dapat jugak update and habiskan blog challenge walaupun tak ikut hari yang betul haha. 

Ok untuk last challenge ni tentang A Blog Review, dan blogger yang bertuah adalah blogger Kak Lea :) Kak Lea ni antara blogger favourite aku and ada jugak yang lain, insyaallah kalau tak ada apa-apa masalah aku akan review blog lain pulak + aku letak jadi bloglist kat blog aku untuk forever hahaha.






Blog : Lea Azleeya



A little bit info about blog Kak Lea;

Before that, Kak Lea ni cantik orangnya and blog dia sangat kemas and interesting untuk para blogger lain terjah and kak Lea ni dah jadi blogger sejak 2013 lagi. Dia punya tema blog kalau ikut apa yang aku nampak adalah PINK, and satu lagi bagi aku Kak Lea ni peramah orangnya.



Why blog Kak Lea?

Setiap kali aku on ja kat blog ni mesti aku akan terjah blog Kak Lea, sebabnnya kat blog dia ni ada macam-macam tips dan juga tutorials. Selain daripada tu, Kak Lea ni selalu buat review jugak and mostly sangat best bila aku baca, seriously.  So pada yang belum follow tu, mari la sesama follow and terjah blog Kak Lea nih.



A few words from me;

Overall blog Kak Lea ni cantik and kemas lepas tu aku seronok bila terjah kat blog Kak Lea ni. Dia punya susunan kat side bar pun nice and tulisan pun senang nak baca, combination color memuaskan bagi aku sebab tak pening and bercelaru sedap mata memandang. That's all from me.



Some small gifts;



Cursor




Header










**every blog yang aku review, aku bagi free cursor dgn header**






Adios, sviors.

7 DAYS 1 WEEK - RANDOM POST

Assalamualaikum hi again~



Day 6 - Random Post



Entri yang ni untuk hari yang ke 6 blog challenge iaitu Random Post and aku nak post pasal Ji Chang Wook in We Got Married (WGM). Well aku dah jadi salah seorang peminat Ji Chang Wook ni, dah laa kacak lepas tu lakonan pon mantaplah hahaha.






Sebelum tu, WGM ni buat sesapa yang taktau adalah satu rancangan realiti, hahaha maksud aku realiti tu live laa bukan drama or movie; ianya pasal kehidupan menjadi sepasang suami isteri. Ikut dan depa laa nak letak sapa pon, macam si suami ni pelakon and si isteri ni penyanyi or sebaliknya lah. 

Aku ni minat jugak tengok WGM ni and aku suka tengok pasangan 33 Couple haha, comel sangat. Kalau sesapa yang berminat nak tengok boleh search + watch ja kat youtube tulis WGM or We Got Married, dah banyak pasangan yang join anda ada satu pasangan tu dah berkahwin dah lepas join WGM ni hahaha jodoh.






Untuk kali ni pasangan terbaru adalah pelakon Taejoon dengan penyanyi dari kumpulan A Pink iaitu Bomi. Kalau tak silap aku di awal pertemuan depa ni, Bomi ingat yang Taejoon ni Ji Chang Wook. So untuk nak suprisekan 'isteri' dia tu, Taejoon ni mintak Ji Chang Wook ni datang ke majlis 'perkahwinan' diorang ni and yeah akhirnya dia datang jugak demi kawan baiknya Taejoon nih walaupun sibuk dengan schedule dia.











Taejoon ni mintak Ji Chang Wook ni berlakon jadi dia untuk p ambik Bomi kat bilik pengantin dengan memakai topi keledar haha comelnya dia pakai topi tu. Ni aku tulis serba sikit ja laa, nak tengok lebih lanjut, tengok kat youtube.





Jumpa lagi guys ~


Adios, sviors.

7 DAYS 1 WEEK - A BOOK REVIEW

Assalamualaikum and hi.




Bertangguh jugak aku pasal blog challenge nih hahaha nak buat macam manakan kadang-kadang sibuk and kadang tu lupa, lumrah hidup manusia.







CREEPYPOSTA; Ok aku nak tulis pasal A Book Review iaitu buku creepyposta nih. Tengok tajuk pun dah tau buku ni genre apa hahaha, yeah seram. Buku ni hasil daripada Jeffrey Zain dan sebelum buku ni di terbitkan creepyposta ni agak popular jugak kat twitter, hampa boleh follow akaun twitter dia dengan nama yang sama iaitu @creepyposta.  Dalam buku ni ada tajuk-tajuk kecil antaranya ;


#SERUHANTU
#DIRASAYANGDORA
#SELFIE
#ALFATIHAH
#TAG
#FAEZIBRAHIM
#BUAHDADULANA
#MANAFONAKU







Itu antara tajuk-tajuk kecil dalam buku tu laa, aku takmau la nak list pepanjang haha, nak tau lagi hampa kena beli. Buku ni waktu aku nak beli memang rezeki aku sebab tinggal sebuah ja, nasib baik takdak orang lain ambik kalu dak memang melepas laa aku dan satu lagi buku ni memang laris sangat and selalu habis.

Semua tajuk-tajuk kecil tu memang ada hashtag (#) and agak misteri juga ada yang lawak + jalan cerita yang ada plot twist dalam buku ni. Apa-apa pun, buku ni memang sangat menarik and best untuk dibaca bagi aku yang sememangnya peminat genre seram.



Jom baca sikit sinopsis ringkas pasal buku ni;



Setiap helaian akan menghantui anda.




Ibu mengandung, pesakit jantung dan pengecut dinasihatkan 

untuk tidak membaca buku ini.



Juga, jangan baca separuh jalan. Kerana selagi anda belum 
baca sehingga ke halaman terakhir buku inim ‘dia’ akan mengikuti 
setiap gerak langkah anda – menuntut anda untuk membaca 
sehingga tamat.


CREEPYPOSTA adalah koleksi cerita seram yang dikutip 
daripada dunia yang tidak nyata (dari media Wattpad).





Aku tak sure pasal ‘dia’ tu real or apa, tapi buku ni aku ambik masa sehari ja untuk habiskan sebab memang aku takboleh stop baca hahahaha.




So apa tunggu lagi, pi beli sebelum terlambat hahaha. Selamat membaca guys :)




Adios, sviors.

KOREAN MOVIE - The Technicians

Assalamualaikum and hi.



**I'm using the word 'aku' in this entry and I would like to apologize 
to those readers who are older than me because of the word.**




OK hari ni nak tulis sikit pasal satu movie korea ni; The Technicians a.k.a The Con Artists. Aku cadangkan kat hampa untuk tengok movie ni, dia punya plot twist tu hahaha. Cerita ni memang menarik dan best untuk ditonton. 





MAIN CASTS.

Lee Hyun Woo as Jong Bae, Kim Woo Bin as Ji Hyeok, Lim Ju Hwan as President Jo's man, Kim Young Chul as President Jo and Ko Chang Seok as Koo In.








ROUGH SYNOPSIS.


Ji Hyeok adalah seorang penipu dan safecracker, dia ni bekerja dengan Koo In yang kenalkan dia dengan seorang hacker yang pandai iaitu Jong Bae. 





Ji Hyeok ni dapat tau yang Jong Bae; waktu dulu-dulu ni dia pernah buat khianat kawan-kawan dia sendiri tetapi depa tiga ni janji nak saling bekerjasama untuk curi berlian berharga di sebuah kedai barang kemas yang mewah milik Presiden Jo.


Pada masa yang sama, Presiden Jo ni tengah cari seorang safecracker yang handal untuk bantu dia curi duit berjuta-juta dolar yang disimpan di Incheon.


So bincang punya bincang memasing setuju and dipendekkan cerita, rupanya Presiden Jo ni ada niat lain and Jong Bae ni pulak masih ada perangai lama dia, dia khianat kat Ji Hyeok dengan Koo In ni. Weh geram pulak waktu ni bila aku tengok Jong Bae ni, yalaa tiba-tiba boleh buat khianat pulak dah.










Ji Hyeok pula tak boleh nak larikan diri sebab dah kena kepung dengan polis, and sebab takdak pilihan lain dia pon terjun dalam laut. Pada masa yang sama, ada salah seorang anggota polis ni p tembak Ji Hyeok. Terkejut waktu ni, boleh pulak polis tu tembak, matilaa Woobin tu aishhh hahahaha.








Lepas tu Jong Bae pulak bergaduh dengan Koo In sampai sanggup tikam Koo In and biarkan Koo In sorang-sorang kat tempat tu.







Bila Presiden Jo ni dah dapat duit tu, dia pon happy gila laa; banyakk kot duit tu. Then bila dia check duit tu, tengok-tengok semua tu bukan duit rupanya kupon jaa. Haa dia sebenarnya yang kena tipu. 




Nak tau kesudahan movie ni, hampa kena laa tengok or download sendiri hahahha, kalau aku tulis full ni tak syok pulak bagi yang tak tengok lagi hahaha.



Sikit laa untuk hampa semua, Ji Hyeok dengan Koo In tak mati. Hahaha, ok thats all from me.








Adios, sviors.

7 DAYS 1 WEEK BLOG CHALLENGE - A Tutorial

Assalamualaikum and hi.


Day 4 - A Tutorial


Last night I'd spent my time watching Asia Artist Award (AAA) on Youtube before I sleep. Well I just wanna say congratulations to BTS, EXO, SVT and B.A.P for winning awards; BTS won two awards and EXO won five awards and the rest one awards *applause*


Move to my real topic today which is a tutorial; DOWNLOAD DRAMAS/MOVIES FRO FREEMOVIESUB USING UPTOBOX.


Warning : Ada banyak Pop-ups kat laman web tu hahaha bersabar ya.



Let's start.


1. First you have to go to freemoviesub.com and choose want dramas/movies yang nak download tu.






2. Then scroll down until you found Uptobox, dan bila dah jumpa klik ja kat Uptobox tu or Right-click - Open in new tab.






3. Kemudian muncul page uptobox macam kat bawah ni (abaikan if ada gambar yang kurang cantik bila tengok tu, iklan ja tuh) and clik pada Free Download but make sure bagi kotak tu color hijau dulu, if grey takboleh download lagi + kena tunggu sampai hijau.






4. Lepas tekan Free Download tu then tunggu sat sebab dia nak Generate dulu.





5. Next, klik pulak kat Click here to start your download.






6. Finally, muncul laa kotak download macam kat bawah ni if you guys use IDM.









Adios, sviors.

SHORT STORY : PUAS

Assalamualaikum and hi.





“T-Tolong aku. Aku mintak maaf, aku salah.”rayu Jota kepada lelaki dihadapannya itu.

“Jota. Jota. Jota.”panggil lelaki tersebut sambil ketawa sekuat hatinya.

“A-Aku salah, aku tak sepatutnya buat macam tu. Wooh-”Jota tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila dia ditikam oleh lelaki tersebut.

Kemudian lelaki tersebut memenggal kepala Jota dan dibungkuskan kepala tersebut di dalam plastik hitam.




“Ok mak, orang tahu la nak jaga diri.”pujuk Myungsoo.

“Ingat  pesan mak Myungsoo, jaga diri baik-baik. Orang sekarang dah berani membunuh.”pesan Puan Kim pada anak kesayangannya itu.

“Baik mak. Ok, orang letak telefon dulu ya. Orang nak keluar ni, sayang mak.”balas Myungsoo dan terus memutuskan talian tersebut.


Mayat seorang lelaki tidak berkepala dijumpai di hadapan kilang yang terbiar. Identiti mangsa masih belum diketahui.”terang pembaca berita di kaca TV itu.


“Menakutkan.”kata Myungsoo sebaik saja melihat mayat yang dijumpai tersebut di kaca TV dan kemudian berlalu menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.


Sebaik saja Myungsoo sudah bersiap, dia kemudian mencapai beg galasnya dan terus keluar dari rumah sewanya untuk ke kolej.




Apabila dia tiba di kolej tersebut, Myungsoo didatangi oleh dua orang perempuan yang canik dan seksi iaitu Nana dan Lisa.

“Nerd, ambik ni. Put our bags at the usual place.”Lisa menghulurkan beg-beg mereka kepada Myungsoo dan berlalu pergi.

Tanpa banyak bicara, Myungsoo akur dengan arahan daripada mereka dan menuju ke kelasnya.

Myungsoo ialah seorang pelajar yang sangat fokus ketika di dalam kelas dan dia adalah antara pelajar top 3 di kolejnya itu.

Tidak seperti Suho dan Namjoon yang juga pelajar top3, mereka sangat up-to-date pada pakaian mereka tetapi lain pula bagi Myungsoo.

Bagi Myungsoo, dia lebih selesa dengan pakaian yang dia selalu pakai sekarang ini dan disebabkan itu juga, dia sering digelar ‘Nerd’ oleh pelajar-pelajar lain.




Setibanya di kelas, musuh ketat Myungsoo iaitu Minho membaling  sebungkus tepung kearah Myungsoo. Semua pelajar di dalam kelas tersebut ketawa apabila melihat Myungsoo dipenuhi dengan tepung.

Sedang mereka ketawa terbahak-bahak, pensyarah mereka pun tiba dan terus memarahi Minho.

“Minho, meet me at the office after this and you Myungsoo, go get your place now.”tegas Puan Suzy.

“Thank you, Mrs Suzy.”balas Myungsoo.

“Ok guys I have a bad new for all of you and Minho, I’m sorry to say this but your best friend and my student too,  Jota was killed last night.”sambung Puan Suzy dengan nada yang sedih.

Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut mendengar berita yang diberitahu oleh Puan Suzy tadi. Minho yang juga terkejut akan berita tersebut bangun dan terus keluar dari kelas itu.

“Jun, please go with him. I know it’s hard for him to accept this and don’t forget to inform me if anything happens.”arah Puan Suzy.

“Alright Mrs Suzy.”




Sebaik saja kelas Puan Suzy tamat, Myungsoo mengemaskan barang-barangnya dan kemudian ingin berlalu pergi tetapi dia tiba-tiba ditampar oleh seseorang.

Myungsoo mengerang kesakitan dan menyapu pipinya yang kini merah akibat ditampar. 

Sebaik saja dia mendongak kepalanya, dia melihat Nana berdiri di hadapannya dengan riak muka yang sangat marah.


“Kenapa beg aku jadi macam ni? Kau ni memang tak boleh harap langsung, dasar bodoh lembik. Nerd.”marah Nana dan berlalu pergi meninggalkan Myungsoo yang menahan sakit dan malu di hadapan rakan-rakan sekelasnnya.





Selepas daripada kejadian tadi, Myungsoo berjalan seorang diri menuju ke tempat letak motosikal dan bahunya dipegang oleh seseorang dari belakang.

“Myungsoo.”tegur Woohyun kawan karibnya.

“Woohyun, apa kau buat kat sini?”tanya Myungsoo.


“Kau ok ke? Aku dengar kau kena tampar dengan Nana tadi, betul ke?”giliran Woohyun pula untuk bertanya.

“Aku ok ja, dah biasa weh.”balas Myungsoo bersahaja.

“Eh, malam ni jom lepak nak?”ajak Woohyun.

“Malam? Tak kot, takut weh malam-malam macam ni. Kau bukan tak tahu sekarang ni musim bunuh orang. Takut aku.”terang Myungsoo kepada Woohyun.

“Alaaa kejap je. Kita minum-minum, lepas tu balik r.”pujuk Woohyun.

“Tengok dulu laa macam mana. Aku call kau kejap lagi. Aku gerak dulu eh.”balas Myungsoo kemudian berlalu pergi meninggalkan Woohyun yang sedang melambai-lambai ke arahnya.





“Jangan apa-apakan aku, tolong.”rayu Nana sambil menangis.
Tidak mengendahkan rayuan Nana, lelaki dihadapannya ketawa terbahak-bahak.


Nana kemudian mengambil batu yang berhampiran dengannya dan melemparkan batu tersebut kearah lelaki itu.

“Dasar perempuan takguna.”marah lelaki tersebut sambil mengelap darah yang mengalir laju di dahinya.


Lelaki tersebut dengan marah menikam Nana bertubi-tubi sehingga Nana tidak bernyawa lagi dan memenggal kepada Nana, kemudian pergi meninggalkan tempat tersebut.



Sebaik saja Myungsoo tiba di rumahnya, dia kemudian menghantar mesej kepada Woohyun.

To : Woohyun

Woohyun, aku join kau malam ni.


From : Woohyun

See, kau mesti takkan tolak punya. Jumpa malam ni bro,  tapi lewat sikit.


To : Woohyun

Asal pulak? Pukul berapa?


From : Woohyun
Aku ada hal yang nak siapkan. Pukul 10 ok?

To : Woohyun
Alright bro.


Myungsoo kemudian berlalu pergi untuk membersihkan dirinya dan kemudian merawat luka di dahinya.





Di kedai makan …


"Lagi mayat tidak berkepala ditemui di sebuah rumah terbiar petang tadi."ulas pembaca berita tersebut.

"Uish, bahaya laa zaman sekarang nih. Kes bunuh lepas tu penggal kepala, takut aku."Woohyun mengadu.


"Ha'a sekarang ni bahaya dan sesetengah orang tu tak boleh dipercayai."balas Myungsoo sambil menghirup teh ais kegemarannya.


"Eh, dahi kau tu dah kenapa berbalut?"tanya Woohyun tiba-tiba.

“Oh yang ni, aku jatuh tadi terhantuk kat batu besar tadi.”balas Myungsoo sambil senyum.



Namun Woohyun tidak perasan akan senyuman Myungsoo itu.


Senyuman yang penuh makna.


Dan juga


puas.






THE END.



7 DAYS 1 WEEK BLOG CHALLENGE - Appreciation Post ( Artist )

Assalamualaikum dan hello.



Day 3 – Appreciation Post ( Artist )







Ok pasal ni tetiba ja muncul nak buat so aku letak ja kat blog challenge ni. Untuk hari yang ketiga ni meh aku nak buat entri penghargaan pasal Rap Monster or his real name is Kim Namjoon, one of a members and also a leader of BTS (Bangtan Boys).




Sedikit pasal Namjoon ni; 

- His age is 22 and he's from Ilsan, Seoul
- He read lots of books and all sorts of writings while writing rap lyrics to increase his     vocabulary.
- He destroys everything he touches. Sunglasses, clothes, doorknobs, bunk bed ladders. You name it. Hence, his members call him the "God of Destruction".




Aku kadang ni update laa jugak pasal kpop nih walaupun tak banyak haha, aku tengok kat twitter kan banyak yang kutuk Namjoon ni. Ada orang kata dia ni hodoh sampai ada kat youtube baru-baru ni aku jumpa and tajuknya KPOP IDOLS WHO ARE UGLY kalau tak silap aku laa and Namjoon adalah salah seorang 'mangsa' dalam video tu. 

Some of antis kan, depa ni kata yang Namjoon ni tak handsome pon sebenarnya and hodoh but for me namjoon is a handsome man; yeah handsome with a brain macam beauty with a brain kan untuk perempuan so dia lelaki aku letak handsome haha.


Why handsome with a brain?
Sebabnya Namjoon ni memang budak pandai and dia juga pandai speaking, gosh his English are good! and dia pernah study kat New Zealand sebelum ni.

“When I was in the middle school I was an honor student, and I also the type of person who wanted to be class president but I got into the company and my life as a trainee started. So I just went to school to sleep (laughs). Before entering the company I also had a result to be able the enter the 1st of the top of the nation, but after, I fell to 2nd~3rd.”-Namjoon


A little bit from Wikipedia;

Rap Monster has many notable academic achievements. He achieved an 850 on the TOEIC when he was in junior high. He was part of the top 1.3% of the nation in the preparatory university entrance exams for language, math, foreign language and social studies, and has an IQ of 148. Alongside his native language Korean, he is also fluent in English. He watched the popular American sitcom Friends multiple times to help him learn English.


And one more about him, selain daripada menjadi leader kepada BTS and rapper dia jugak seorang songwriter and record producer; well he has composed / produced 100+ songs.





bersungguh dia nak potong bawang tu hahaha tapi tengok laa pegang pisau terbalik hahaha

Selain daripada itu, kalau hampa tengok Namjoon ni kan, muka tu serius sangat but there is the other side of him, he 's so cute and funny sometimes. Yep, at first aku tengok pun macam 'seriusnya muka dia' but hahaha he's not at all and I love his smile and dimple!



Ok sampai sini dulu. 
Boleh tengok entri geng blogger lain pasal blog challenge ni kat SINI








Adios, sviors.