Showing posts with label shortstory. Show all posts
Showing posts with label shortstory. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

SHORT STORY : PUAS

Assalamualaikum and hi.





“T-Tolong aku. Aku mintak maaf, aku salah.”rayu Jota kepada lelaki dihadapannya itu.

“Jota. Jota. Jota.”panggil lelaki tersebut sambil ketawa sekuat hatinya.

“A-Aku salah, aku tak sepatutnya buat macam tu. Wooh-”Jota tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila dia ditikam oleh lelaki tersebut.

Kemudian lelaki tersebut memenggal kepala Jota dan dibungkuskan kepala tersebut di dalam plastik hitam.




“Ok mak, orang tahu la nak jaga diri.”pujuk Myungsoo.

“Ingat  pesan mak Myungsoo, jaga diri baik-baik. Orang sekarang dah berani membunuh.”pesan Puan Kim pada anak kesayangannya itu.

“Baik mak. Ok, orang letak telefon dulu ya. Orang nak keluar ni, sayang mak.”balas Myungsoo dan terus memutuskan talian tersebut.


Mayat seorang lelaki tidak berkepala dijumpai di hadapan kilang yang terbiar. Identiti mangsa masih belum diketahui.”terang pembaca berita di kaca TV itu.


“Menakutkan.”kata Myungsoo sebaik saja melihat mayat yang dijumpai tersebut di kaca TV dan kemudian berlalu menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.


Sebaik saja Myungsoo sudah bersiap, dia kemudian mencapai beg galasnya dan terus keluar dari rumah sewanya untuk ke kolej.




Apabila dia tiba di kolej tersebut, Myungsoo didatangi oleh dua orang perempuan yang canik dan seksi iaitu Nana dan Lisa.

“Nerd, ambik ni. Put our bags at the usual place.”Lisa menghulurkan beg-beg mereka kepada Myungsoo dan berlalu pergi.

Tanpa banyak bicara, Myungsoo akur dengan arahan daripada mereka dan menuju ke kelasnya.

Myungsoo ialah seorang pelajar yang sangat fokus ketika di dalam kelas dan dia adalah antara pelajar top 3 di kolejnya itu.

Tidak seperti Suho dan Namjoon yang juga pelajar top3, mereka sangat up-to-date pada pakaian mereka tetapi lain pula bagi Myungsoo.

Bagi Myungsoo, dia lebih selesa dengan pakaian yang dia selalu pakai sekarang ini dan disebabkan itu juga, dia sering digelar ‘Nerd’ oleh pelajar-pelajar lain.




Setibanya di kelas, musuh ketat Myungsoo iaitu Minho membaling  sebungkus tepung kearah Myungsoo. Semua pelajar di dalam kelas tersebut ketawa apabila melihat Myungsoo dipenuhi dengan tepung.

Sedang mereka ketawa terbahak-bahak, pensyarah mereka pun tiba dan terus memarahi Minho.

“Minho, meet me at the office after this and you Myungsoo, go get your place now.”tegas Puan Suzy.

“Thank you, Mrs Suzy.”balas Myungsoo.

“Ok guys I have a bad new for all of you and Minho, I’m sorry to say this but your best friend and my student too,  Jota was killed last night.”sambung Puan Suzy dengan nada yang sedih.

Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut mendengar berita yang diberitahu oleh Puan Suzy tadi. Minho yang juga terkejut akan berita tersebut bangun dan terus keluar dari kelas itu.

“Jun, please go with him. I know it’s hard for him to accept this and don’t forget to inform me if anything happens.”arah Puan Suzy.

“Alright Mrs Suzy.”




Sebaik saja kelas Puan Suzy tamat, Myungsoo mengemaskan barang-barangnya dan kemudian ingin berlalu pergi tetapi dia tiba-tiba ditampar oleh seseorang.

Myungsoo mengerang kesakitan dan menyapu pipinya yang kini merah akibat ditampar. 

Sebaik saja dia mendongak kepalanya, dia melihat Nana berdiri di hadapannya dengan riak muka yang sangat marah.


“Kenapa beg aku jadi macam ni? Kau ni memang tak boleh harap langsung, dasar bodoh lembik. Nerd.”marah Nana dan berlalu pergi meninggalkan Myungsoo yang menahan sakit dan malu di hadapan rakan-rakan sekelasnnya.





Selepas daripada kejadian tadi, Myungsoo berjalan seorang diri menuju ke tempat letak motosikal dan bahunya dipegang oleh seseorang dari belakang.

“Myungsoo.”tegur Woohyun kawan karibnya.

“Woohyun, apa kau buat kat sini?”tanya Myungsoo.


“Kau ok ke? Aku dengar kau kena tampar dengan Nana tadi, betul ke?”giliran Woohyun pula untuk bertanya.

“Aku ok ja, dah biasa weh.”balas Myungsoo bersahaja.

“Eh, malam ni jom lepak nak?”ajak Woohyun.

“Malam? Tak kot, takut weh malam-malam macam ni. Kau bukan tak tahu sekarang ni musim bunuh orang. Takut aku.”terang Myungsoo kepada Woohyun.

“Alaaa kejap je. Kita minum-minum, lepas tu balik r.”pujuk Woohyun.

“Tengok dulu laa macam mana. Aku call kau kejap lagi. Aku gerak dulu eh.”balas Myungsoo kemudian berlalu pergi meninggalkan Woohyun yang sedang melambai-lambai ke arahnya.





“Jangan apa-apakan aku, tolong.”rayu Nana sambil menangis.
Tidak mengendahkan rayuan Nana, lelaki dihadapannya ketawa terbahak-bahak.


Nana kemudian mengambil batu yang berhampiran dengannya dan melemparkan batu tersebut kearah lelaki itu.

“Dasar perempuan takguna.”marah lelaki tersebut sambil mengelap darah yang mengalir laju di dahinya.


Lelaki tersebut dengan marah menikam Nana bertubi-tubi sehingga Nana tidak bernyawa lagi dan memenggal kepada Nana, kemudian pergi meninggalkan tempat tersebut.



Sebaik saja Myungsoo tiba di rumahnya, dia kemudian menghantar mesej kepada Woohyun.

To : Woohyun

Woohyun, aku join kau malam ni.


From : Woohyun

See, kau mesti takkan tolak punya. Jumpa malam ni bro,  tapi lewat sikit.


To : Woohyun

Asal pulak? Pukul berapa?


From : Woohyun
Aku ada hal yang nak siapkan. Pukul 10 ok?

To : Woohyun
Alright bro.


Myungsoo kemudian berlalu pergi untuk membersihkan dirinya dan kemudian merawat luka di dahinya.





Di kedai makan …


"Lagi mayat tidak berkepala ditemui di sebuah rumah terbiar petang tadi."ulas pembaca berita tersebut.

"Uish, bahaya laa zaman sekarang nih. Kes bunuh lepas tu penggal kepala, takut aku."Woohyun mengadu.


"Ha'a sekarang ni bahaya dan sesetengah orang tu tak boleh dipercayai."balas Myungsoo sambil menghirup teh ais kegemarannya.


"Eh, dahi kau tu dah kenapa berbalut?"tanya Woohyun tiba-tiba.

“Oh yang ni, aku jatuh tadi terhantuk kat batu besar tadi.”balas Myungsoo sambil senyum.



Namun Woohyun tidak perasan akan senyuman Myungsoo itu.


Senyuman yang penuh makna.


Dan juga


puas.






THE END.



Thursday, November 10, 2016

SHORT STORY : PERGI

Assalamualaikum dan hi.


Characters :
Yeontae 

Doha




Balik lewat dari tempat kerja bukanlah pilihan utama Yeontae tetapi kerana dibebani oleh tugasan-tugasan yang diberikan oleh bosnya itu, dia tiada pilihan lain selain daripada stay di pejabat sampai jam 10 malam.


‘Akhirnya, siap jugak kerja aku.’kata Yeontae sendirian.


 Dia kemudian mengemas barang-barang yang berselerak di atas meja dan terus mencapai beg silangnya itu, menuju keluar dari pejabatnya.


‘Alamak hujan pulak dah. Ah tak kisah la, aku kena balik jugak.’rungut Yeontae.




Setelah sampai dirumah sewanya yang dihuni bersama kawan baiknya iaitu Doha, Yeontae kemudian bergegas untuk membersihkan dirinya.


Selesai saja membersihkan diri, Yeontae menuruni anak tangga dan terus menuju ke dapur.


“Eh Doha, bila kau sampai?”tegur Yeontae pada Doha yang sedang menjamah mee goreng.


Doha tidak memberi apa-apa reaksi padanya malah tidak memandangnya langsung.


Pelik.


Murung ja Doha hari ini.


Namun Yeontae membiarkan saja.


Sebaik saja Yeontae duduk dan di hadapan Doha, Doha tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan menuju ke sinki lalu meletakkan pinggannya itu.


“Ha kau nak ke mana pulak tu, Doha?”tanya Yeontae hairan dengan tingkahlaku Doha hari ini.


Doha tidak menjawab pertanyaan Yeontae dan terus menaiki anak tangga menuju ke biliknya.


Membiarkan Yeontae keseorangan di belakang.




Selesai saja makan, Yeontae singgah dan berehat dahulu di ruang tamu sambil menonton rancangan kegemarannya Running Man dan waktu itu jam menunjukkan pukul 3 pagi.


15 minit kemudian dia terdengar seseorang menuruni anak tangga dan apabila dia berpaling, Doha sedang menuju kearahnya kemudian duduk disebelahnya.


“Doha, asal kau macam murung ja nih? Ada masalah ke?”tanya Yeontae sambil memusingkan badannya memandang Doha.


Tanpa disedari, airmata Doha mula mengalir laju membasahi pipinya.


Yeontae terkejut lalu berkata, ‘Eh Doha, kenapa ni?’


“Yeontae, maafkan aku. Aku tak sepatutnya marah kau tadi weh. Aku tak sengaja.”kata Doha tiba-tiba sambil tersedu-sedu.


“Ah pasal pagi tadi tu aku ok je bro. Rilek la, aku tak kisah pon.”balas Yeontae bersahaja.


“Yeontae, tolong maafkan aku. A-Aku m-”


“Eh kau ni dah dah la tu minta maaf. Aku dah lama maafkan.”Yeontae bersuara dan kemudian mencapai remote control untuk menukar siaran ke TV3 untuk menonton berita.




Kemudian ..



Berita terkini;  seorang lelaki berusia 27 tahun, Jung Yeontae maut di tempat kejadian apabila motosikal yang dinaikinya terbabas.”ulas pembaca berita tersebut.



“Yeontae.”





Kini Yeontae faham masalah Doha.



Dia tahu



Kenapa Doha murung.



Dan



Kenapa Doha tidak mahu bercakap dengannya.



Kerana


Aku


Aku dah



Pergi.




THE END.