Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Assalamualaikum dan hi. 


Alhamdulillah akhirnya, dapat jugak aku join segmen/giveaway sebab sebelum ni tak berkesempatan nak buat semua tu. Untuk kali ni aku join segmen dari Blogger Syed, untuk yang tak join lagi tu marilaa beramai-ramai join + support rakan blogger kita ni sebab syarat yang disenaraikan tu mudah saja haha.



Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed.

  Sebab nak jugak rakan-rakan blogger lain blogwalking blog aku ni hahaha, bila ada rakan-rakan blogger yang singgah di blog Syed so automatik diorang akan nampak senarai bloglistkan, so yeah !





Tulis short review tentang blog Seorang Syed.

  Blog Seorang Syed ni first time aku terjah memang wow, very colourful dan menarik perhatian serta cantik blog ni. Bila aku on blog aku, blog ni adalah salah satu blog favourite aku means aku selalu blogwalking la. 

  Bagi aku, owner dia pun peramah jugak - rajin blogwalking dan rajin tinggalkan komen. Lepas tu, entri-entri yang ditulis semua menarik-menarik dan panjang jugak but it's not a problem for me, lagi banyak lagi best baca.

  Again, aku memang suka sangat design Blog Seorang Syed ni, colorful, menarik, simple and nice. And Syed, terus maju dan bersemangat berblogging ! Hahaha.


Jam Tangan RM 15 ; Murah Tak Semestinya Tak Berkualiti

Assalamualaikum dan hi. 



Hari ni aku tulis pasal jam tangan, hampa mesti ada jam tangan kan? Ada sesetengah orang tak suka pakai jam tangan tapi bagi aku jam tangan adalah salah satu benda wajib dan kalau aku lupa or tak pakai jam tangan, aku jadi tak selesa. Meh sini aku nak cerita pasal jam tangan puma yang harganya cuma RM15.

Ok waktu ni tahun 2015 kalau tak silap aku laa, macam biasa setiap kali hujung minggu ja aku akan ajak mak ayah aku p nat atau pasar pagi - orang perlis panggil nat ja, taktau la negeri lain kan. Nat tu nama dia Nat Kuala sebab buatnya kat Kuala Perlis iaitu pada hari Ahad. 

Macam aku tulis kat atas tadi, aku ni jenis yang wajib pakai jam kalau nak p mana-mana. Jadinya bila sampai saja di nat kuala tu, aku dengan mak aku p dekat bahagian ikan sayur semua tu then baru aku ajak mak aku p dekat bahagian baju, kasut semua tu. Bila sampai kat situ aku ternampak ada satu-satunya tapak ni jual jam tangan, kaca mata tu- so apa lagi aku tuju straight kat tapak tu hahaha. 



Aku ni agak cerewet jugak dalam pemilihan dari segi kasut, beg dengan jam ; kalau boleh nak yang simple but nice ( harap faham perasaan tu ) hahahaha and color nak yang gelap-gelap macam koko or kelabu or black. So tengok punya tengok, nahh jumpa jugak 'kkasih hati' gitu - jenama puma (nice laa) and tanya harga, RM 15 kata si penjual tu. Aku tak cakap banyak dan terus hulur duit RM15 dan terus pakai dah memandangkan pergelangan tangan dah kosong kan hahaha.

Aku tau puma tu tak ori, gila laa yang ori punya beratus kot dan aku tak mampu lagi nak miliki haha. Lepas tu pakai dalam beberapa hari mmang selasa sangat haa dan nampak nice gitu, I mean kemas laa hahaha. Ada kawan-kawan laki kelas aku tegur 'Rii, lawa jam.' 'Cantik jam, beli mana Rii?' Pehh, senyum jugak laa bila orang tegur jam lawa hahaha - syok sendiri but aku just jawab 'Adalaa ~' Haa nampak dak aku ni, berlagak sikit hahahha lol. 

Jam setia dengan aku, aku pakai p kelas or keluar p mana-mana, tak pernah tinggal selalu ingat hahaha. Kadang tu kena air, risau jugak aku yalaa RM15 ja - tak berpuluh-puluh but memadailaa bagi aku, murah :) tapi tak rosak weh alhamdulillah. Sampai hujung 2016, tali jam mula mengelupas but aku still pakai lagi sebab jam masih ok cuma tali ja. 






Selang beberapa minggu, tali dia tu mengelupas teruk and aku memang tak leh pakai dah but aku still pakai kat rumah time buat kerja. Alhamdulillah sampai  sekarang jam ni masih elok lagi cuma itulaa nanti aku nak tukar tali baru. Buat masa sekarang aku ada beli jam baru but hahaha tak berapa ok but price berpuluh jugak.

Well, aku nak habaq yang barang murah tak semestinya tak berkualiti tapi mungkin lebih tahan lama dari yang lain? Who knows?





Book Review - Tarbiah Sentap oleh Adnin Roslan

Assalamualaikum dan Hai. 



Untuk entri kali ni aku tulis tentang buku pulak iaitu buku yang sememangnya akan tersentap bila dibaca hahaha - Tarbiah Sentap oleh Adnin Roslan.


Sinopsis;

Untuk siapakah buku Tarbiah Sentap ini?

1 Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah buat dosa. Mungkin dia lupa, yang maksum hanya Rasulullah.

2 Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah bertaubat. Mungkin dia lupa, Rasulullah pun setiap hari bertaubat tak kurang dari 100 kali sehari.

3 Untuk orang yang merasakan umur dia masih muda. Mungkin dia lupa, ajal boleh datang bila-bila.

4 Untuk orang yang terlalu over confident bahawa taubatnya pasti diterima. Mungkin dia lupa, angan-angan dan terlalu over confident adalah seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang amat yakin bahawa mereka akan masuk syurga.

5 Untuk orang yang hanya berpada dengan ilmu yang sedikit tentang taubat, sedangkan, taubat itu mempunyai rukun, syarat, halangan dan pendorong yang perlu kita semua tahu.

6 Untuk orang yang merasakan taubat adalah perkara remeh. Sedangkan, taubat adalah fardu ain ke atas setiap makhluk yang bernama manusia....

7 Untuk mereka-mereka yang nak BEBAS dari maksiat dan dosa, namun dia masih kabur tentang hakikat dosa, dan apakah cara untuk meninggalkannya.

8 Untuk mereka-mereka yang mahu libatkan diri dalam dakwah tarbiah, namun, dia tak nampak, apakah jalan yang sebenar dalam melalui dakwah dan tarbiah ini.

9 Untuk mereka-mereka yang dambakan kebahagiaan dan ketenangan yang baru merangkak ingin menuju hidayah, dan perlukan bimbingan secara terperinci.

Dan....

10 Untuk diriku sendiri, yang masih banyak cakap tak serupa bikin.



The Book;







My point of view;

First time aku mula baca, memang betul-betul sentap sebab kena dekat batang hidung sendiri. Buku Tarbiah Sentap ni memang aku recommend sangat untuk hampa nak baca, memang ada tentang kehidupan diri kita sendiri jugak - untuk yang belum baca lagi laa. 
Seriously ada part yang menusuk kalbu sampaikan aku sendiri teriak.




Ada jugak part yang 'sentap', part pasal kpop hahahaha - sebab aku kan memang minat kpop tapi its ok sebab aku hadamkan sebagai pengajaran serta peringatan, well untuk kebaikan diri sendiri jugak.

Untuk sesiapa yang terasa dengan entri ni aku mohon maaf sebab aku cuma nak reviewkan saja buku ni dan untuk yang tak beli lagi, again aku recommendkan untuk beli. Kat sini aku nak tulis - beli buku ni bukan boleh terus berubah, ambik masa jugak nak berubah even tak banyak but sikit demi sedikit.





"Kadang-kadang, ummah hari 
ini perlu di beri sentapan, 
agar, mereka yang lalai di buai mimpi, 
kembali bangkit menjadi singa!" - Tarbiah Sentap



Making #FanArt; Part Three

Assalamualaikum dan hi. 


Banyak hari juga dan mungkin berminggu dah aku tak update entri apa-apa kat blog ni, hahaha biasalah kalau dah malas serta takdak idea/mood nak menulis apapun tak jadi haa. Untuk kali ni aku buat sedikit tutorial or cara aku buat #fanartkpop - aku panggil fanart jelaa sebab taktau nama apa, abaikan.




1. Mula-mula sekali, macam biasalah kena bukak Adobe Illustrator dulu. Kemudian p dekat File - New dan akan keluar satu dialog box. Yang mana yang aku highlightkan tu, hampa pandai-pandai laa ubah/ejas mengikut kesesuaian.



2. Lepas tu, sekali lagi klik kat File - Place dan kemudian pilih laa gambar yang hampa nak guna tu.



3. Sebelum nak mulakan kerja ni, make sure dalam hampa punya Adobe tu ada bahagian Layer ( rujuk gambar di atas ) - sebab dengan adanya bahagian Layer tu senang untuk nak control buat fanart nih.
**notes - simbol manga kunci tu untuk lockkan layer



4. Satu lagi, pastikan lock dulu pada layer gambar, kemudian klik simbol Create New Layer ( rujuk gambar di atas ) untuk mulakan kerja nih. Untuk nak mula buat outline pada gambar, klik pada simbol pen @ Pen Tool ( P ) @ klik terus huruf P kat keyboard tu.



5. Pastikan jugak pada bahagian color ( rujuk gmbar di atas ), hanya outline sahaja yang ada warna. Kemudian dah boleh start buat line ikut gambar, kalau hampa rajin boleh laa buat ikut warna - contoh macam color rambut untuk gambar yang aku guna ni.



6. Bila dah siap buat line semua untuk gambar tu, macam ni laa hasilnya. Mula tu memang nampak hodoh/tak kemas but bila dah di warnakan memang cantik laa haha.



7. Untuk bahagian mewarna pulak, mula-mula klik pada mana-mana bahagian yang hampa dah buat tadi ( rujuk gambar di atas ), kemudian cari simbol Eyedropper Tool (I) @ terus tekan ja huruf I di keyboard.




8. Buat cara yang sama jugak untuk bahagian-bahagian lain dan this is the final result!




Selamat mencuba and have fun !