Showing posts with label graphic. Show all posts
Showing posts with label graphic. Show all posts

Friday, August 7, 2020

KTM Tasek Gelugor with Microsoft Excel Art | Postcard

 

Assalamualaikum semua, dah lama tak menulis di sini, jadi rindu pulak. Hope you guys are in a good condition, InsyaAllah. By the way, love this blog's new interface!


KTM Tasek Gelugor with Microsoft Excel Art.

Hari tu waktu nak balik perlis, aku naik KTM dari Tasek Gelugor. Aku p stesen pun awal sikit so lama la menunggunya. Dah alang-alang tengah rajin tu, aku shoot gambar kat stesen ni and niat nak balik lukis guna Microsoft Excel balik. Alhamdulillah, akhirnya menjadi jugak walaupun tak seberapa nak sama dan aku buat ni ambik masa 2 hari jugaklah nak siapkan bercampur dengan rasa malas, sibuk hal lain sama.

Inilah gambar yang aku shoot tu, real punya gambar,


dan yang ini aku buat balik guna Microsoft Excel, tak ikut sangat details tu cuma bagi nak seakan saja.

Using Microsoft Excel.




POSTCARD
Selepas tu, aku jadikan art aku ni sebagai mini poskad - 9cm x 9cm. Aku ada buat giving away mini poskad ni kat twitter and aku dah close dah. Tak sempat nak buat disini, next time aku buat lagi giving away poskad tu kat sini, InsyaAllah.







Satu lagi, aku ada jual poskad jugak dan sapa-sapa yang berminat boleh tengok details kat bawah ni.

The Designs;

 

 


The Details & Prices;

POSTCARD by SFRNFZL Size : A6 Paper Weight : 260gsm There are 3 prices that I offer to you; * SET A - 4pcs postcard = RM10 * SET B - 2pcs postcard = RM5 * SET C - 1pc postcard = RM3 Postage : RM5


Jadinya, ampa nak beli satu poskad saja pun boleh atau nak beli 2 pun boleh.

If ampa nak beli laa kan, boleh isi form ni : FORM

atau ampa malas nak isi form, boleh terus p DM aku kat twitter ( @sfrnfzl_ )



Ok, itu saja untuk kali ini.
Sayonara~



Monday, April 17, 2017

Making #FanArt; Part Three

Assalamualaikum dan hi. 


Banyak hari juga dan mungkin berminggu dah aku tak update entri apa-apa kat blog ni, hahaha biasalah kalau dah malas serta takdak idea/mood nak menulis apapun tak jadi haa. Untuk kali ni aku buat sedikit tutorial or cara aku buat #fanartkpop - aku panggil fanart jelaa sebab taktau nama apa, abaikan.




1. Mula-mula sekali, macam biasalah kena bukak Adobe Illustrator dulu. Kemudian p dekat File - New dan akan keluar satu dialog box. Yang mana yang aku highlightkan tu, hampa pandai-pandai laa ubah/ejas mengikut kesesuaian.



2. Lepas tu, sekali lagi klik kat File - Place dan kemudian pilih laa gambar yang hampa nak guna tu.



3. Sebelum nak mulakan kerja ni, make sure dalam hampa punya Adobe tu ada bahagian Layer ( rujuk gambar di atas ) - sebab dengan adanya bahagian Layer tu senang untuk nak control buat fanart nih.
**notes - simbol manga kunci tu untuk lockkan layer



4. Satu lagi, pastikan lock dulu pada layer gambar, kemudian klik simbol Create New Layer ( rujuk gambar di atas ) untuk mulakan kerja nih. Untuk nak mula buat outline pada gambar, klik pada simbol pen @ Pen Tool ( P ) @ klik terus huruf P kat keyboard tu.



5. Pastikan jugak pada bahagian color ( rujuk gmbar di atas ), hanya outline sahaja yang ada warna. Kemudian dah boleh start buat line ikut gambar, kalau hampa rajin boleh laa buat ikut warna - contoh macam color rambut untuk gambar yang aku guna ni.



6. Bila dah siap buat line semua untuk gambar tu, macam ni laa hasilnya. Mula tu memang nampak hodoh/tak kemas but bila dah di warnakan memang cantik laa haha.



7. Untuk bahagian mewarna pulak, mula-mula klik pada mana-mana bahagian yang hampa dah buat tadi ( rujuk gambar di atas ), kemudian cari simbol Eyedropper Tool (I) @ terus tekan ja huruf I di keyboard.




8. Buat cara yang sama jugak untuk bahagian-bahagian lain dan this is the final result!




Selamat mencuba and have fun !

Tuesday, December 6, 2016

Making #FanArt; Part Two

Assalamualaikum and hi.




Rasa macam dah lama tak post pasal graphic ni hahaha, so untuk entri kali ni aku nak share cara aku buat art macam yang di atas tu. Aku bagi nama fanart memandangkan aku pun guna gambar artis korea sebab the real name aku taktau hahaha.



Macam biasa - Software : Adobe Illustrator



Mula-mula, kena create layer baru dulu - yang ni memang basic punya okay ; File - New - letak Width dengan Height - OK.

Lepas tu placekan gambar pilihan, macam aku ni aku guna yang transparent punya background - aku pilih gambar Doyoung from NCT.





Sekarang, cari Pen Tool then buat garisan tengah, buat la line tu ala-ala kertas yang kita koyak tu. Tengok contoh kat bawah ni.







Kemudian, buat lakaran guna Pen Tool jugak - aku buat sebelah saja sebab yang sebelah lagi aku nak biar gambar real punya. Rujuk gambar bawah.







Kat bawah ni pulak hasil selepas ni lakarkan balik guna Pen Tools tu and hasil aku dah siap color semua.







Ok, last part aku warnakan line yang aku buat awal-awal tadi dengan color putih and aku tambah ketebalan dia.

Lepas tu aku hias-hias sikit, ala-ala macam phone wallpaper.







Tadaaa !! Dah siap ~
So sebelah yang lukisan and sebelah lagi real punya.
Hahaha, ni just graphic biasa-biasa jaa.








Ada soalan boleh komen kat bawah, insyaallah aku balas.





Adios, sviors.

Monday, November 7, 2016

HOW A PICTURE CHANGE INTO PHONE WALLPAPER #1

Assalamualaikum and hello my dear readers.





Hari ni aku nak kongsikan cara aku buat phone wallpaper, dari hanya satu gambar dari google menjadi phone wallpaper. Kat sini aku akan explain one by one, step by step dan serba sedikit trick yang aku guna. Tak semua aku buat menjadi so kena pepandai guna trick sikit hahaha but still working la and quite nice lol. 

Aku nak share sebab mungkin hampa-hampa pon boleh buat wallpaper guna gambar hampa sendiri or artis kegemaran or anything else. Ya memang la boleh ja nak set gambar yang dah ada tu as phone wallpaper but mana tau nak design sendiri kan or nak buat bagi hadiah kat kawan-kawan hahaha.

Untuk post yang ni baru first version, insyaallah aku akan share untuk version yang lain. So post kali ni agak panjang sikit and akan ada step by step. Jom sesama kita belajo hahaha; aku sertakan link untuk yang nak download AI tu.




Software : Adobe Illustrator

Picture from source




STEP 1 : MUST DO.

Mula-mula buka AI tu then create new layer ; File - New - adjust Width and Height - OK atau terus tekan Ctrl+N.

Lepas tu insertkan gambar yang nak diedit tu ; File - Place - choose picture - OK.

Adjust size gambar tu ikut selera memasing.











STEP 2 : EDIT GAMBAR. ( untuk kali ni aku buat image trace )


Klik pada gambar lepas tu cari Image Trace and klik pada arrow kecil kat sebelah tu ( rujuk gambar ).

Pilih nak style yang macam mana ; aku selalu guna 16 Colors.

Lepas tu dia akan loading, kena tunggu sat ; tak lama pon, tak sampai 1 jam pon haha.








STEP 3 : BUANG REAL BACKGROUND.

Klik pada gambar dan cari Expand, dah jumpa klik.

Kemudian Right-click kat gambar, choose Ungroup then dah boleh start buang background.






STEP 4 : TRICK.

Dah siap buang background tu, mesti ada kat certain part tu dia bersambung dengan main gambar. So ini trick yang selalu aku guna, hahaha.

Cari pen tool, klikkan. Ejas ketebalan and make sure warna tu bagi sama dengan background ok dan juga zoom kan gambar so it's easy to do this trick.







STEP 5 : GROUPING + BUANG BACKGROUND PUTIH.

Untuk yang ni simple ja, tekan Ctrl+A kemudian Right-click dan pilih Group.

Part nak buang background putih tu yang macam leceh sikit sebab nak kena buat keja 2-3 kali. 

Ok mula tu, save dulu gambar yang dah siap diedit ada background putih tadi; File - Save For Web... atau tekan terus Ctrl+Shift+Alt+S.

Lepas tu insert balik gambar tadi then image trace, pilih High Fidelity Quality. Kemudian Expand and Ungroup. Last remove background putih tu. Tinggal gambar orang ja.



Aku explain sikit sebab apa aku save dulu; the reason is kalau kita nak buat wallpaper mesti nak background yang lawo kan so memang nak kena remove dulu backgroud tu. Kan waktu buat trick tadi, aku ada guna pen tools kan sebab nak tutup lebihan-lebihan semua tu. 






STEP 6 : BACKGROUND PHONE WALLPAPER.


Create another layer ; Size : 1000 x 1900

Lepas tu cari Rectangle Tool then buat bentuk empat segi ; saiz tu bagi sama dengan layer.

Pilih color kegemaran memasing.




STEP 7 : BUAT FRAME.

Buat satu segiempat kecil dan warnakan dia. 

Lepas tu buat pulak outline untuk frame tu dan warnakan jugak.

Lepas tu copy pastekan gambar yang aku buang background putih tadi. Ejas ikut kesesuaian dia.






STEP 8 : HIAS + SAVE

Jangan lupa grouping balik tapi jangan group sekali dengan background tu.

Lepas tu hias ikut citarasa sendiri.

Save wallpaper tu; File - Save For Web... atau tekan terus Ctrl+Shift+Alt+S.






Ponat den menulis nih. Tak paham, tanya nah. Aku tolong takat yang boleh.




Adios, sviors.