SFRNFZL
  • WRITER
  • DISCLAIMER
  • ART GALLERY
  • TUTORIAL
  • K-STORIES
  • REVIEW

Sunday, December 12, 2021

ARI review buku | Dia Tetap Sempurna oleh Anjell

 Assalamualaikum dan hellooo!

Kali ni aku nak cuba untuk review buku pulak nah, sebelum ni asyik dok review lagu dengan filem-filem saja takpun drama korea. Jom cuba kelainan pulak.


Tajuk : DIA TETAP SEMPURNA
Karya : ANJELL
Terbitan : KARYA SENI

Sinopsis kulit belakang.

Versi pertama pertemuan mereka. 
Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya, dengan gaya selekehnya. Lelaki ini hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. 
Ya. 

Dikejar kucing!

Versi kedua pertemuan mereka.
Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-Clorox! Yang muncul di depan kini umpama putera raja turun dari kayangan. 
Kacak maut!

dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.

Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai sepasang kekasih jadian.

"After all, until the cruise ends, I'm all yours." - Eskandar Arasyah


Ya... Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu.

Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya : Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu membuatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya.

No access.


"Aku tak sempurna, Dara." - Eskandar Arasyah


"Nobody is perfect." - Dara Nailufar


"Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima." - Eskandar Arasyah


"But you have everything." - Dara Nailufar


Bagi Dara, tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia tidak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukan Dara berpegang pada kata-katanya itu?


___________________________________________________


Dari sudut aku;

Aku dah baca dua karya ANJELL ni (Dheos; review coming soon) dan ya dua-dua buku ni mempunyai jalan cerita yang menarik bagi aku. Plot-twist di setiap buku jugak tidak ketinggalan, dan yang seronoknya plot-twist tu benda yang aku tak jangka.


Eskandar Arasyah; Pertemuan pertama di antara dia dan Dara menampakkan dia seorang yang agak sombong dan agak kurang ajar akan tetapi pertemuan kedua dia dan Dara menampakkan dia adalah sebaliknya.

Aku sebenarnya suka akan watak Eskandar ni sebabnya, dia ni bukanlah seorang yang betul-betul sombong mendabik dada semua tu, sebenarnya boleh aku katakan yang Eskandar ini adalah seorang yang cool, pendiam dan suka bersendirian (buat hal sendiri). Pada masa yang sama jugak, dia boleh jadi sweet, manja dan caring pada seseorang yang dia suka (mungkin ya).


Bila dah lama sikit baca, aku dah tau si Eskandar ini bukanlah dari golongan orang yang biasa-biasa ya dan dia jugak tersangatlah misteri. Aku suka sangat vibes misteri yang penulis gambarkan tentang Eskandar ni, he's not a simple person. Sukar untuk ditafsir, sukar jugak untuk 'ditembak'. 


Dara Nailufar; Wow, what a unique name, cantik! Karakter seorang Dara ni pun aku suka jugak sebab dia ni bukan jenis yang gedik-gedik atau terlalu manja. Bagi aku, dia ni seorang yang senang berkawan dengan orang, senang mesra gitu -seperti mana dia mudah mesra dengan Audi walaupun baru kenal. Dara jugak bukanlah wanita yang lemah, she is very strong and independent woman. 

Love that!


Antara karakter-karakter lain yang ada dalam buku ini adalah -


Audi - Perkenalannya dengan Dara bagaikan anjing dengan kucing tapi lama-kelamaan hubungan mereka bertukar menjadi sahabat baik yang selesa untuk berkongsi masalah diantara satu sama lain.

Sera
- Love her character too tho and trust me, she's a good and kind woman.

Adri - Dara's past. 

dan tak ketinggalan, Fendi.

Kemunculannya membuatkan Eskandar tidak senang duduk dan Dara tertanya-tanya. Siapakah Fendi? Apa kaitan diantara dia dan juga Eskandar serta Dara? 


Favourite lines.


Being broken is an accident. But to stay in it is a choice.


"We all have poems inside of us that paper cannot handle." - Eskandar




In reality, 

mungkin kita pernah terbaca kisah-kisah 'ketidaksempurnaan' orang lain yang agak berat untuk diterima akan tetapi bersediakah kita untuk menghadapi ketidaksempurnaan yang ada pada seseorang yang sangat kita sayangi dan ianya tidak pernah kita terbayang, tidak pernah terdetik dalam hati kita bahawa benda ini akan terjadi pada diri kita sendiri.
Mampukah?


atau pada akhirnya akan terjadi,

'walaupun sepuluh kebaikan mahupun seribu kebaikan yang kau pernah buat, akan tetapi satu keburukan yang kau buat, seumur hidup orang akan ingat'.

 

Rate : ✰✰✰✰✰
Why? Because I really enjoy reading it. It's not too simple, not too cliche. The story line was so good! 

We

at December 12, 2021 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

HELLO,

My photo
Ri.
A 1995 citizen and introvert. You can call me ARI. Food and anime lover.
View my complete profile

CONTACT,

Email : sfrnfzl@gmail.com
Social Media :
Facebook | Twitter | Instagram

FRIENDS,

YOUR WORDS,

THEM

  • Nurul Rasya
    4 Famous Insta-Worthy Hollywood History Spots To Visit In Los Angeles
    5 days ago
  • Amazing Distance - Basically, Books & Everything Nice
    Survive The Night by Riley Sager | Book Review
    2 weeks ago
  • budakvanilla's
    Pengalaman beli Ipad Air 4 di website Apple Education
    2 months ago
  • SFRNFZL
    ARI review buku | Dia Tetap Sempurna oleh Anjell
    5 months ago
  • MOON
    NCT 2021 #Universe
    5 months ago
  • This is M3
    Distracted Week
    6 months ago
  • GALAKSI VIRAL
    GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM
    1 year ago
  • SIQAHIQA
    Review Buku | Nefertiti by Lily Haslina Nasir
    3 years ago

OLD STORIES,

  • December (2)
  • August (2)
  • August (1)
  • June (2)
  • May (7)
  • March (2)
  • February (13)
  • January (8)
  • December (7)
  • October (2)
  • September (5)
  • August (4)
  • July (2)
  • May (1)
  • April (2)
  • March (1)
  • February (6)
  • January (9)
  • December (7)
  • November (23)
  • October (16)
  • September (10)

WANNA READ?

  • 5 Top Commenters in My Blog, January until 8th of Febuary !
    Assalamualaikum dan hello. Alhamdulillah aku ucapkan kepada rakan blog mahupun 'visitors' yang rajin tinggalkan jejak, tingga...
  • Cara Nak Dapatkan Semula Sijil Peperiksaan Melalui POS
    Assalamualaikum dan hi. Hari ni aku nak kongsikan kat hampa macam mana nak dapatkan semula sijil melalui POS sebab benda ini pentin...
  • BTS - From NOBODY to ARTIST OF THE YEAR
    Assalamualaikum dan hi Tadi baru ja lepas main tweet tweet dengan Sis Mai hahaha and now aku beralih ke sini pulak. Actually post...
Powered by Blogger.