Assalamualaikum dan hi.
Hari ni aku nak kongsikan kat hampa macam mana nak dapatkan semula sijil melalui POS sebab benda ini penting sebenarnya, in case hampa punya yang original hilang dan sebagainya. Cara ni untuk yang mungkin taktahu atau tak jelas lagi macam mana nak buat, aku share ni sebab aku dah alami dan aku dah pernah buat dan Alhamdulillah sijil SPM yang aku mohon tu dah sampai kat aku.
Aku harap apa yang aku tulis ni dapat laa membantu hampa-hampa yang memerlukan tu. Yang aku tulis ni untuk SPM punya, mungkin yang lain pun sama.
InsyaAllah.
Cara-caranya.
1. BORANG PERMOHONAN.
Kena download borang permohonan salinan keputusan peperiksaan. Hampa boleh download kat sini → KLIK. Lepas tu hampa kena isi borang tu, pastikan semuanya diisi ya takut-takut nanti permohonan hampa ditolak. Kalau hampa klik link yang aku bagi tadi tu, ada 3 muka surat borang tapi hampa cuma print muka surat 1 saja -yang lagi 2 muka surat tu hanyalah panduan dan akuan wakil.
2. SALINAN KAD PENGENALAN.
Wajib photostat IC hampa -1 salinan sahaja.
3. SAMPUL POS
Wajiblah ada sampul pos untuk nak pos dokumen ni kan, ikut hampa laa nak guna sampul pos biasa atau sampul pos ekspres yang bersaiz A4.
4. WANG POS.
Untuk nak mohon sijil SPM ni, wang pos yang diperlukan hanyalah bernilai RM30. Nak beli wang pos di pejabat pos ada caranya, bukan pergi kat kaunter terus mintak nak beli wang pos -kalau tidak jadi macam aku yang beratur panjang tapi last-last kena isi borang. Hampa kena isi borang terlebih dahulu dengan masukkan maklumat-maklumat yang diminta dalam borang tu. Pastikan isi dengan betul tau. Lepas itu, baru hampa pergi kat kaunter mintak nak beli wang pos yang berharga RM30 dan hampa kena bayar lebih sikit -macam aku hari tu kena RM30.85, ada caj sikit jaa.
P/S : Bayar kepada tu hampa tulis PENGARAH PEPERIKSAAN
Bahagian Depan |
Bahagian Belakang *Alamat jgn lupa, kena isi jugak. |
5. KEPIL BERSAMA
Dah habis isi borang permohonan dan beli wang pos RM30 tu, hampa kepilkan sekali :
- Borang permohonan
- Wang pos
- Salinan kad pengenalan
dan masukkan ke dalam sampul surat yang hampa dah beli tadi.
6. POS
Seterusnya hampa pos dokumen tadi ke alamat di bawah ni :
PENGARAH PEPERIKSAAN,
LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 10, BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
Untuk pos biasa -masukkan ke dalam peti merah manakala pos ekspress masukkan ke dalam peti kuning -hampa tau kan, saja aku nak bagitau haha.
Maklumat tambahan.
a. Hampa kena ingat balik angka giliran SPM hampa dulu.
b. Aku syorkan baik hampa beli sampul pos ekspress sebab guna sampul tu selamat dan cepat sampai ke destinasi.
c. Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.
d. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Macam aku tulis kat atas tadi, pastikan isi dengan betul dan lengkap kalau tak rugi wang pos hampa yang berharga RM30 tu.
Ini laa sijil SPM yang aku mohon hari tu. Apa yang hampa akan dapat adalah ;
-Borang pengesahan permohonan.
- Salinan Keputusan
-Borang pengesahan permohonan.
- Salinan Keputusan
Ok itu saja cara-cara nak dapatkan semula sijil SPM melalui POS. Cara-cara kat atas ni adalah apa yang aku buat waktu mohon sijil SPM aku tahun lepas tapi taktau laa cara ni masih sama atau dak sekarang.
Harap bermanfaat.
Sekian.
good sharing.. dulu cikyan pernah suh member tlg amikkn.. tp masa tu sijil diploma.. nasib la dpt.. tp byk prosedur.. lama nk kne tggu.. huhuhu
ReplyDeleteTerima kasih, Cikyan :)
Deletemaaf nak tnyaa kalau angka giliran kiraa x ingat mcm mnaa yer?
DeleteHi.. sya dah buat ikut prosedur sama mcm kat atas tu.. utk adik sya.. sebab dia terhilangkan slip spm dia.. how to know klau slip tu sdg diproses or sdh siap kerr atau dah pos blik kerr? Because it's almost 3 weeks now.. tapi blum ada khabar.. not even a phone call
ReplyDeleteHi Zita :)
DeleteSaya sebenarnya hampir terlupa tentang sijil ni sebab mcm awak, saya tunggu lama jugak -ingat nak call diorang tapi alhamdulillah sampai. Mungkin awak perlu call diorang tnya tentang sijil tu. And one more thing, diorang pos guna pos biasa tau, bukan poslaju.
Yeke? Sya tak kisah lamaa sampai.. asal kan sampai.. sya nak cuba juga kol.. tapi nmbor takde.. puas saya cari nmbor pejabat tak jumpa.. btw, tqvm utk info :)
DeleteHai.. Sy na tanya pasal isu ni sbb sy pon almost 2 week tp bila call jawapan ttp sama katanya surat belom sampai bila check tracking surat tu dah delivered dah pon..
DeleteGood sharing Rii. Sebenarnya Siqah pun tak tahu ada prosedur nak dapatkan semula sijil spm. Hihi
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteBaru tahu benda ni.. thanks
ReplyDeleteYour welcome :)
Deletekalau yg langsung xde sijil....contact sy
ReplyDeletebellez2020@gmail.com
Saya nak ambik salinan sijil spm sy dan suami...kalau guna pos masih sama ke bayarannya?
DeleteKalau tak ingat no giliran time spm mcm mana..benda dah bertahun lama kot..mmg x ingat dah lah,..����
ReplyDeleteSama la.. Sy dah bertahun tak pergi ambil. No giliran confirm dah tak ingat.. Mcm mana ya??
DeleteKita perlu sertakan 2 smpul pos tak. Utk kmenterian hantar blk kpd kita. Or diaorang guna sampul diaorang sndri
ReplyDeleteAdakah kita perlu sertakan sampul surat beralamatkan rumah sendiri?
ReplyDeleteAda x nombor yg boleh saya hubungi untuk mengetahui status permohonan tersebut?
Hai..saya pernah pos untuk sijil SPM .wang pos RM30..tapi lepas 2 minggu surat dtg balik diorang cakap wang pos x cukup..wang pos RM50..
ReplyDeletesetakat ni x pos balik kat diorang
Bole ke guna nie untuk sijil yg tk dtuntut
ReplyDeleteHai,nak tnya,ape beza sijil spm dgn mce
ReplyDeletehi sya nak post hri kamis ni,boleh sya thu sampul apa yg sya kna beli?kena guna setem ke?dokumen2 tu boleh lipat ke waktu mask dlam smpul?dan terakhir apa yang perlu sya tlis pda tujuan kirim di blkng wang pos tu yer?
ReplyDeletehari tu saya guna sampul putih biasa je tapi yang size a4 lah. asal boleh muat borang tu dah.
Deletesaya guna setem, tanya pegawai pos tu kena beli setem yang berapa ringgit untuk pos ke putrajaya.
dokumen jangan lipat. sebab tu pakai sampul a4.
kat belakang tulis, permohonan sijil spm.
Dh dpt belum sjil tu?
DeleteMengisi borang itu, typing ke atau menggunakan tulisan tangan?
ReplyDeletetangan je.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteNak tanya... Mcm mna nak urus slip spm yg hilang? 😅
ReplyDeleteHi, nak tanya. Hanya perlu salinan Ic sahaja untuk htr brsma tu borang permohonan, atau sekali dengan slip keputusan SPM?
ReplyDeleteHello, can help? I want to take my SPM cert year 1998 and may I know how to apply? Thank You
ReplyDeletehye. kalau angka giliran xingat macam mana ya . dah 7 years ago.
ReplyDeleteMaaf bertanya.. Macam mana nk dapatkan sijil MUET ya..? Sbb saya amik bulan 9 haritu lps tu sijil MUET saya x smpai2 di rumah. Apa patut saya buat .
ReplyDeleteAssalamulaikum saya nak tnya ,sebab saya tak pernah tahu pun ada sijil spm kebanyakan saya ambil slip sahaja jE ,sijil original saya tak pernah ambil ??boleh pohon jugak kea??dari Sijil upsr lagi aku tak pernah ambil aku cuma guna slip shja jE 😅😅😅 dia macam mana yea??
ReplyDeleteassalamualaikum..nnak tanya kalau sijil pmr yg dh lama tu boleh jgk ke buat cara mcm ni?????
ReplyDeleteMasa dkt kaunter pos nk buat wang pos tu kena sebut harga skali ke rm30 tu or ckp nk buat wang pos je?
ReplyDeletehi...kalu nk ambik utk sijil pmr n spm, kena hantar 2 borang kan?? dan wang pos tu tetap RM30 ke utk 2 sijil?
ReplyDeleteNak tanya,kena sertakan sekali ke Salinan keputusan peperiksaan untuk dapatkan sijil spm
ReplyDeleteHi nak tanya ,nanti yang kalau kita baru dapat tu sama ke dengan yang asal slip spm tu???
ReplyDeleteHi nak tanya ,nanti yang kalau kita baru dapat tu sama ke dengan yang asal slip spm tu???
ReplyDeleteMacam mana kalau terlupa angka giliran
ReplyDeleteaku pon lupa jugak no angka giliran, 2 minggu lepas aku dah try pos lah buat sama seperti di atas then memang ada semua dokumen yg lengkap termasuklah jugak cek bayaran sekali tapi still menunggu lama sangat dah ni ðŸ˜
DeleteHi! Nak tanya. so dah sampai ke? Amik masa berapa hari ya?
DeleteKlo x ingat angka giliran boleh tak?
ReplyDeleteklau lupa angka giliran spm mcm mana
ReplyDelete