Sunday, February 25, 2018

A Day in Sungai Petani

Assalamualaikum dan hi.

Kelmarin aku baru saja balik dari Sungai Petani dia mana aku pergi ke sana pada Hari Sabtu pagi. Kali ni aku tak keseorangan ya,  aku pergi dengan mak aku dan tujuan kami pergi ke sana sebab pak njang aku ajak makan kenduri di rumah dia. Dalam masa yang sama angah aku pun ajak pergi kenduri di rumah sahabat amanah ikhtiar dia tu, so dah alang-alang kami pergi ke dua-dua kenduri tu -orang utara kata sekali harung saja.



Awal-awal pagi tu aku dengan mak aku naik tren dari Bukit Keteri ke Sungai Petani (harga tiket : RM8.10 seorang -dewasa) pukul 7.37 pagi, so dalam pukul 8.42 pagi macam tu kami sampai di Sungai Petani dan angah aku ambik kami di stesen KTM tu. Balik rumah angah aku kemudian pukul 12 lebih-lebih keluar pergi kenduri yang angah aku ajak tu di Kuala Ketil, jauh bebenor tempat kenduri tu dari rumah angah aku. 

Bila dah sampai, orang sana sambut baik punya dan seriously lauk kenduri dekat situ sedap-sedap belaka walaupun simple saja-ada ayam goreng, daging masak hitam dan kerabu perut lembu. Lepas tu kami terus pergi rumah pak njang dan makan pulak kat sana, lama jugak duduk situ dah sebab sepupu mak aku kan -mesti nak bersembang sat. 






Dua-dua ni memang favourite aku.


Dah habis semua tu, kami terus balik rumah dan rehat. Letih jugak dan kenyang tapi Alhamdulillah lauk-lauk kenduri sedap dan memuaskan. Petang tu pulak dalam pukul 5.30 kami keluar pulak dan kali ni pergi ke MyDin, niat tu hanya nak beli buah-buahan yang bubuh asam sekali tu tapi angah aku ajak masuk MyDin tengok-tengok barang dalam tu. Di Mydin tu aku ada jugak laa beli sikit tapi beli makanan jalaa hahaha sebab aku ni kuat jugak makan, lepas jalan-jalan dalam MyDin kami singgah makan di MarryBrown.



Kasut : RM15

Beg : RM25
Shawl : RM10

Lepas makan terus balik rumah rehat sat sebab malam tu pukul 9 kami akan keluar lagi untuk pergi ke Uptown (it's uptown at sungai petani). Kat Uptown tu aku jadi rambang mata, semua benda nampak lawa dan semua nak beli tapi aku hanya beli tiga barang saja -itupun dah berapa dah harga haha. 


Habis jalan-jalan di Uptown tu, pergi cari kedai makan pulak untuk mengisi perut nih dan lepas tu terus balik rumat rehat dan tidur. Esok tu, pukul 8.59 pagi kami dah naik tren dari Sungai Petani balik ke Perlis, Bukit Keteri. 


Letih tu memang letih tapi dalam masa yang sama best jugak.


Sampai sini dulu cerita dari aku, have a good day guys!
                           

Thursday, February 22, 2018

Girl group concept that I like.




Assalamualaikum dan hi.

I am writing this entry while listening VROMANCE’s new song, Star.



At first I don’t know what should I write for this entry but I need to write something and in the end I decide to write this topic. Aku ni jenis yang hanya suka pada boy group saja, benda biasalah kan –aku perempuan sah-sah minat lelaki.

Memang susah untuk aku nak minat girl group ni, dan sebab aku kurang suka pada sesetengah girl group ni mungkin macam takdak kena mengena tapi itulah hakikatnya. Benda ni based on their music videos (kira macam first impression la bagi aku), aku jenis tak suka betul bila music video yang bertemakan comel-comel bagai, lepas tu suara pun nak cover comel semua –memang aku reject dulu. HAHAHA, it looks like I’m rude person but I’m not actually. I’m so sorry for writing like that but I seriously don’t like cute concept and it really makes me cringe.


but,

I like girl group with bad concept or dark concept, rock concept and maybe ‘girl-crush’ concept like Mamamoo, CLC, 2NE1, Dreamcatcher, 4Minute and Blackpink. Weh aku suka betul dengan girl group yang macam tu, macam kasar gitu takyah nak comel-comel hahaha oh my god, again -aku dah macam orang yang biadap tulis macam gini lol.




Aku tau di luar sana ada yang minat konsep comel-comel begitu dan mungkin aku saja yang tak berapa nak minat yang jenis cute concept ni. Enam girl group yang aku minat ni depa punya pakaian tu memang seksi tetapi ‘aura’ depa ni ‘strong’ gitu –haih aku taktau nak explain benda nih.



Janganlah ada yang bash atau tinggalkan komen yang tak elok untuk dibaca kat bawah ni disebabkan apa yang aku tulis ini. Apa yang aku tulis ini adalah luahan aku saja, well this is my own blog right?
So aku luahkan saja hahaha.


Jangan panas pulak ya! Ok aku melawak ja.


Pendapat hampa macam mana pulak?  




Don't forget to watch their music videos below ;





Monday, February 19, 2018

Being a 'Boss' with NCT U ; #SongReview




Assalamualaikum and hello.

After two years waiting for their comeback, NCT U finally returned with a new song "Boss".


As a KPOP fan and a NCTzen, you're already know that NCT U is a rotational unit of NCT -that's mean the group does not have fixed members. This time around, the lineup includes Doyoung, Jaehyun, Mark, Taeyong, WinWin along with two new faces in this group -Jungwoo and Lucas.


This song is about being leaders and features lyrics written by NCT leader, Taeyong and maknae Mark. For me the beginning of the song has some 'bad' and 'dirty' beat while the whole song is full of dark vibe and it is a dynamic, electro-hip-hop track. I really like the beats of the song with the strong vocal line and rap line, features the members going hard with the choreography and showing their confident charisma.


At the same time, Mark has improved so much with his rapping style and I'm really amazed with Jungwoo's vocal along with Lucas's rap. I was not expecting that actually, because as you know they are the new members of NCT.



Technically, this song is fascinating and for me, if you want to help your mom clean the house, do it while listening to Boss.



Check out their music video!


Hook : 9 | Production : 8 | Vocal : 9 | Rap : 8 | Choreography : 8


"Boss" by NCT U : 10/10

Sunday, February 18, 2018

Let's 'Runaway' together with Pentagon; #SongReview



Assalamualaikum dan hi. 


Finally, Pentagon are back with their fifth mini album 'DEMO_02'!, released on 2017.


Again, this song was composed by FlowBlow along with the Pentagon's leader, Hui. At the same time, Hui also wrote the lyrics for this song together with three other members of the group, E-Dawn, Wooseok and Yuto. This song is the continuation of their previous song,  'Like This'.


From what I have noticed, the song encourages those who face the shaky future by getting up and getting ready to start something new and never give up, in the lyrics of this song that sung by Hongseok and Jinho "I never say give up, I can never give up. In this world where we stopped, you cannot lock me anymore. "


For me this song is a little bit hype but its not completely hype, I mean it's not too loud, not too crazy but it's more chill vibe. I really like both team in here which are vocal team and rapper team; the vocal team have really great vocal while the other three rappers, I like their flow of rapping. 



Overall, I really like this song and if you are all alone, and feel down, turn Runaway on.


Don't forget to check out Runaway's music video!




Hook : 8 | Production : 8 | Vocal : 9 | Rap : 7 | Choreography : 7


"Runaway" by Pentagon : 9/10

Thursday, February 15, 2018

Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka


Assalamualaikum dan hi.


Alhamdulillah aku sempat jugak join giveaway ni and today is the last day to join actually. Hadiah giveaway ni best iaitu novel Mengintai Aku Di Neraka. Sesiapa yang belum sempat join, ada masa lagi nak join. Untuk maklumat lanjut, klik saja banner di atas tu.


All the best !

Wednesday, February 14, 2018

Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com


Assalamualaikum dan hi.

I'm joining a giveaway by elihjapahar.com


AZAM BARU TAHUN 2018


1. Bekerja.

Buat masa ni aku masih lagi menganggur, mungkin tiada rezeki lagi dan InsyaAllah rezeki itu akan datang perlahan-lahan. Aku dah mohon kerja dibanyak tempat tapi itulah mungkin rezeki tidak berpihak kat aku lagi. But its okay, aku still mohon kerja lagi dan takkan berputus asa.


2. Blog.

Macam yang aku tulis sebelum ni, niat dihati ni nak update entri setiap hari tetapi apakan daya bila aku sendiri pun ada 'life' untuk dibuat. Kadang sempat dan kadang tak sempat nak tulis entri baru dan dibiarkan macam tu saja, ada jugak masa penyakit malas tu menjelma haha tapi aku harap yang aku masih lagi boleh dan gembira dengan berblogging.

3. Melancong.

Pada pendapat aku, semua orang suka melancong termasuk diri aku sendiri -baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Antara tempat-tempat yang aku teringin nak pergi melancong adalah Mekah, Korea, China dan Jepun. Aku harap ada laa rezeki aku untuk menjejakkan kaki di sana sekaligus teringin nak bawak mak ayah pergi ke Mekah sekali lagi, InsyaAllah.




Ini sahaja 'main' azam baru di tahun 2018 ni, harap-harap adalah rezeki kat aku ni suatu hari nanti. Jadinya di tahun yang baru ni aku harap, aku akan dapat bekerja dan dapat bahagi masa untuk berblogging, dalam masa yang sama aku boleh pergi melancong dengan keluarga aku. 
InsyaAllah, amin. 

Tuesday, February 13, 2018

Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger


Assalamualaikum dan hai.

Jom ramai-ramai join giveaway yang dibuat oleh Pokcikblogger, pertama kali jugak bagi aku dengar tentang minyak gonggang ni. Ada banyak jugak kegunaan dan kelebihan apabila menggunakan minyak gonggang ni, antaranya :


1.   Meredakan gatal akibat terkena gigitan serangga kecil seperti semut api, gatal 
      terkena ulat bulu.
2.   Kaki makan air (athelete foot)
3.   Kulit badan berkerapu
4.   Kecederaan kulit yang lambat kering (Luka berair)
5.   Boleh juga digunakan untuk berurut.
6.   Terkena api atau air panas
Untuk kegunaan luaran sahaja/sapu.


Untuk maklumat lanjut boleh klik saja banner di atas tu dan jangan lupa join tau.

Thursday, February 8, 2018

Senarai Penyertaan ' A SFRNFZL Giveaway' -Blog and Twitter Giveaway!


Assalamualaikum dan hai.

Alhamdulillah masih ada rakan-rakan blogger yang sudi join giveaway ni tidak kira dari blog mahupun twitter, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan dan aku hargai penyertaan hampa semua. Sebenarnya aku baru blogwalking di dua blog saja, hahaha mintak maaf . InsyaAllah lepas habis buat entri ni aku akan blogwalking ke blog-blog hampa yang dah join ni. 

Di bawah ni aku senaraikan penyertaan hampa dimana aku letakkan link entri yang hampa-hampa dah tinggalkan dibahagian komen giveaway tu dan aku senaraikan jugak twithandle yang dah reply pada tweet giveaway aku tu. Untuk yang ada tinggalkan komen di entri atau reply tweet di twitter tapi aku tak letak dalam senarai kat bawah ni, cepat-cepat bagitau aku nah.


All the best!

Untuk yang belum join lagi dan nak join tu boleh klik kat sebelah ni : A SFRNFZL Giveaway


Senarai Peserta Blog

1. https://ikashoid.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html 
2. http://pernahke-kucingmakanpizza.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
3. http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
4. https://galaksiviral.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
5. http://www.leaazleeya.com/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html


6. https://z3tty.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
7. http://ciknurul23.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
8. http://www.noormaizan.com/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
9. https://itsnurulnajihah.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
10. https://iammasitahsamsudin.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html

11. https://belogsjm.blogspot.com/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
12. https://nurazianjaafar.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
13. https://insyirahanorpiah.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
14. https://farhannajafri.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
15. http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html

16. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
17. https://syafiqahatta.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
18. http://aztieyshana.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
19. http://stnrsyfh.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
20. http://myraaaaawr.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html

21. http://kampung-kameq.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
22. http://www.nurzariniismail.com/2018/02/sfrnfzl-sfrnfzl-giveaway.html

23. https://caramelmacchiyato.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
24. http://doux-crumbs.blogspot.com/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
25. http://thesupersomething.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html

26. https://iamarch-angel.blogspot.com/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
27. https://chumellcute.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
28. https://mushyzaini.blogspot.my/2018/02/blogger-giveaway-sfrnfzl-giveaway.html
29. http://www.sheilainspire.com/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
30. http://aninashyqinlife.blogspot.com/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html


31. http://ezatty.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway.html
32. https://ailya-saffaa.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
33https://sharifahaidahana.blogspot.com.au/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
34http://missanisnabilah.blogspot.com/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
35. http://adna2029.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html 

36. https://avaeyra.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
37. https://sujuelfarahin.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
38. https://nurainahanis.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
39. http://www.sayidahnapisah.com/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
40. http://byshaz.blogspot.com/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html

41. http://hanieylatip.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
42. http://aerillhassan.blogspot.com/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
43. https://messarah.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
44. http://www.kasihjuju.com/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
45. http://nonasani.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway-blog-and-twitter.html

46https://beyoutaeful.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
47. http://www.sishawadesign.com/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
48. https://rabiadawiyah21.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
49. http://nasihattermasyhur.blogspot.my/2018/04/a-sfrnfzl-giveaway.html
50. https://siipenyuhandsome.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html



Senarai Peserta Twitter

1. @ikacooky
2. @ftn_atqh
3. @Miss_SyahBaNu
4. @flowerough
5. @_syiemaa

6. @adriana457
7. @luluuuseluu
8. @LeaAzleeya
9. @nurzetty89
10. @noormaizan

11. @ikashoid
12. @LiyaNa_Rohazi
13. @cikpurple96
14. @aninashyqin
15. @itsinsyirah

16. @HaniFadhlina
17. @syafiqahatta
18. @ShfyqhAzhr
19. @zafirahnazri
20. @ptryalya

21. @SayidahLOvechOc
22. @fezar_ 
23. @mirzahaziqah_
24. @frhhkmh
25. @Sheila_Adziz

26. @adna2029
27. @Syanissa_
28. @messarah_
29. You?

Wednesday, February 7, 2018

5 Top Commenters in My Blog, January until 8th of Febuary !


Assalamualaikum dan hello.

Alhamdulillah aku ucapkan kepada rakan blog mahupun 'visitors' yang rajin tinggalkan jejak, tinggalkan komen serta follow blog aku ini. dan tidak dilupakan jugak kepada 'silent reader' tu -TERIMA KASIH

Mintak maaf sebab tak boleh nak bagi hadiah dekat hampa semua, hanya sekadar ucapan terima kasih sahaja dari aku dulu dan InsyaAllah aku akan bagi hadiah di hari yang mendatang. Aku tau blog aku ini tak seberapa cantik seperti blog-blog lain tapi still Alhamdulillah masih ada yang sudi, dan untuk itu aku nak bagi sedikit hadiah buat salah seorang commenter di blog aku ini dan aku nak buat review  untuk 4 blogger lain tu.




Hadiah tak seberapa ini aku akan bagi kepada blogger Farah ni, semoga terus bersemangat untuk berblogging dan terimalah hadiah sehelai tudung bercorak ini.





One of my favourite blogger, Kak Siqah - seorang yang cantik dan sangat peramah. Blog Kak Siqah ni sangat cantik dan menarik bagi aku. Macam-macam ada dalam blog Kak Siqah ni, pasal kecantikan, tips dan jugak beberapa review tentang movie dan buku. 




Blogger Ika ni sangat peramah bagi aku, dan blog dia pulak simple but nice and cute! Dalam blog Ika ni ada pelbagai review tentang buku, kecantikan dan tentang buku. Aku suka betul baca review pasal buku nih. Yang belum terjah blog Ika ni, jangan lupa terjah blog dia.




Haa blogger ni dari Sabah, comel orangnya. Blog Anum ni simple jugak but kemas and nice. Pelbagai entri menarik yang ada di blog ni, so rajin-rajin laa 'blogwalking' di blog Anum.




Satu lagi blogger kegemaran aku, Kak Lea -peramah dan cantik orangnya. Suka tengok entri-entri Kak Lea ni, ada pelbagai tips dan jugak review di blog dia. Bagi aku blog Kak Lea ni sangat cantik dan jugak kemas.


Sampai sini dulu entri kali ini, kita jumpa lagi di entri yang akan datang. Maaflaa kalau review atau mungkin penulisan aku tak seberapa tapi apa yang aku tulis ni ikhlas dari aku sendiri haha. Semoga semua blogger yang ada ni terus bersemangat untuk berblogging dan jangan putu asa! InsyaAllah, amin.


Have a good day!


Tuesday, February 6, 2018

Jadi doktor pakar bedah di penjara dalam 'CROSS'.


Assalamualaikum dan hi.


I've just finish watching three episodes of this new korean drama, Cross. My first impression of this drama is really good, sebab drama ni bertemakan kedoktoran. Hampa mesti tau kan kalau drama korea pasal doktor ni best-best belaka sebab depa tunjuk adegan bedah itu sendiri. Lagi satu walaupun drama ni pasal doktor tetapi jalan cerita dia berbeza, bagi aku sangat berbezalah dan tak sama macam Doctor Stranger or Romantic Doctor, Teacher Kim or Brain -seriously NO!



Aku tengok drama ni sebabnya, yang pertama semestinya drama ni bertemakan kedoktoran dan aku sangat suka drama macam ni. Kemudian ada salah satu pelakon lelaki kegemaran aku si comel ni, Ko Gyung Pyo -sapa laa yang tak suka dia, dah laa comel lepas tu rupa dia soft sangat haha. Dan yang ketiga sebab disebalik kisah kedoktoran ada diselitkan tentang balas dendam.



 
   

The casts of Cross.


Ko Gyung Pyo sebagai Kang In Kyu
Cho Jae Hyun sebagai Go Jung Hoon
Jeon So Min sebagai Go Ji In
Kim Ji Han sebagai Lee Joo Hyeok
Jang Jin Sung sebagai Son Yeon Hee
Heo Sung Tae sebagai Kim Hyeong Beom






Synopsis :

Kang In Kyu’s father was brutally murdered 13 years ago. To take revenge on those who are responsible for his father’s death, he becomes a doctor. Kang In Kyu volunteers at a prison medical office where the murderer is imprisoned.


Drama ni tentang Kang In Kyu yang nak balas dendam untuk kematian ayah dia 13 tahun dulu dan dia ambik keputusan nak belajar dan seterusnya menjadi seorang doktor -tapi nak jadi doktor di penjara. Mesti hampa pelik kan, kenapa dia nak balas dendam tapi dia nak belajar dan jadi doktor? Macam ni, dulu ni ayah Kang In Kyu ni dijumpai mati dekat kawan bukit-bukit dan sebenarnya pembunuh ayah dia ni bedah ayah dia dan ambik organ dalaman tu. Jadi sekarang mesti hampa faham kan, dia sebenarnya berusaha nak jadi doktor tu sebab dia nak bunuh pembunuh ayah dia dengan cara yang sama ayah dia kena -which is bedah pembunuh tu dan ambik organ.



Lepas tu kenapa doktor di penjara? Sebabnya pembunuh (Hyeong Beom) ayah dia tu masih ada di penjara tetapi pembunuh tu tak kenal Kang In Kyu ni walaupun depa pernah jumpa time pembunuh tu kena tangkap dan waktu tu Kang In Kyu ni kecil lagi. Bila polis tanya Hyeong Beom ni kenapa bunuh dan ambik organ tu, dia jawab sebab duit. Haa kat sini boleh nampak yang sebenarnya ada orang atas yang bagi arahan untuk buat kerja ni tapi aku taktau lagi sapa.




Bila dia volunteer nak jadi doktor di penjara, dia pun pergi ke Shingwang Prison untuk interview tetapi ada sorang doktor ni ragu-ragu nak terima dia sebab semua keputusan exam dia tersangatlah bagus dan Kang In Kyu ni top student di universiti dia, dia jugak bagus dalam aktiviti kokurikulum. Mana ada orang yang bagus dan pandai macam tu nak jadi doktor di penjara, dan sebab tu doktor tu curiga. Tapi Kang In Kyu ni cool orang dia, nampak relax dan pendiam saja -nampak baik laa tapi dia sebenarnya menyimpan dendam.

Dan aku suka ayat Kang In Kyu ni; 

I'm different from other doctors. I didn't become a doctor to save people.
I did it to kill people, to get revenge.




Disebabkan satu inciden yang jadi di penjara tu, dia akhirnya diterima bekerja tapi masih diragui oleh doktor (Baek Ji Nam) tadi. Lepas tu Kang In Kyu ni sebenarnya dah buat peta dah sekali dengan gambar-gambar orang yang dia dah jumpa tadi. Satu lagi nak bagitau yang Kang In Kyu ni macam special sebab mata dia tu lain sikit -maksud aku bila dia tengok seseorang tu, dia boleh tau yang orang tu sakit apa dan sebagainya.

Lepas tu Kang In Kyu ni ada seorang adik perempuan tapi dah mati waktu kecil dulu sebab sakit apa ntah. Bila masukkan dia dalam hospital memang tak boleh diselamatkan dan mati, dalam masa yang sama Go Jung Hoon ni pergi ambil organ adik Kang In Kyu ni bagi dekat orang lain -haa mengamuk dia sebab bagi tanpa pengetahuan dan kebenaran Kan In Kyu sendiri. Go Jung Hoon ni boleh aku katakan macam bapak angkat kepada Kang In Kyu laa sebab dia selalu tolong Kang In Kyu waktu kecil-kecil dulu. Aku dok rasa yang organ adik Kang In Kyu ni, sekarang ada dalam badan Son Yeon Hee. Nak tau sebab apa? Haa kena tengok laa drama ni.


Aku harap kalau nak ada romantic scene tu sikit-sikit dah laa kot haha. So untuk sesiapa yang tak tengok lagi drama ni, aku sangat recommend untuk hampa tengok. 

Monday, February 5, 2018

My Top 5 BTS's Songs : Slow Version -My Choice!


Assalamualaikum and hi.

So aku kembali hari ni untuk entri yang baru dimana aku akan menulis tentang lagu-lagu BTS. Siapa BTS tu mungkin akan aku bukak cerita di entri lain, hanya sekadar tahu yang BTS adalah salah satu kumpulan dari Korea -A KPOP Boygroup, yang semakin hari semakin dikenali.

Macam aku tulis diatas tadi, entri ini bukan untuk diceritakan tentang kumpulan BTS itu sendiri tetapi tentang lagu-lagu mereka. Bukan aku kata BTS saja yang mempunyai lirik lagu yang menusuk jiwa semua tu, kumpulan lain ada jugak tetapi ada maksud disebalik lirik dari lagu mereka ni penuh makna.

Di bawah ni aku nak senaraikan Top 5 BTS's Songs : Slow Version -My Choice!


Remember, it's my OWN choices not YOURS.


1. Butterfly


Aku sangat suka lagu ni punya flow sebab sangat soft dan tenang saja, memang one of my favourite korean song ever. Bila dengar saja lagu ni rasa macam bebas dan ringan gitu, kalau sambil buat kerja tu boleh layan laa lagu ni. Di samping tu aku sangat suka salah satu lirik lagu ni which is ;


Everything feels like a dream, don't try to disappears.
-from lyrics of Butterfly.


2. Born Singer


Pertama kali dengar lagu ni, aku jadi macam sedih and I don't know why because at that time I don't even watch their live performance or read the lyrics of the song -it's just an audio only. Tapi bila tengok lirik lagu ni lepas tu tengok depa perform live and now I know why. Apa yang aku boleh katakan, lagu ni adalah tentang diri depa bila dah bergelar idol, keluar TV dan buat persembahan di hadapan orang ramai, di atas pentas -it's all about their life when being an idol. Lepas tu diselitkan bersama tentang haters yang tak suka apa yang depa buat dan suka beri kritikan tentang style depa -well macam biasa, sama ada diri tu baik or jahat tetap ada haters.
Seriously. 


and this is my favourite line of this song;

And let the haters on me, it's their job.
-from lyrics of Born Singer.



3. Young Forever


Untuk lagu ni, aku suka lirik dia -memang penuh makna laa bagi aku and I really love the chorus too ! Lagu ni aku rasa depa menceritakan tentang kehidupan harian -maksud aku dalam kehidupan ni kena ada cita-cita dan kejar cita-cita tu, jangan biarkan ia lenyap begitu saja.

Ini adalah sebahagian lirik lagu ni;

I stand on the middle of the hot, empty stage and suddenly i feel so afraid of the void. These mixed feelings with my life on the line, I pretend to be careless. This isn't the first time, I better get used to it. I try to hide it, but I can't when the heat of the show cools down. I leave the empty seats behind.
Trying to comfort myself, I tell myself the world can't be perfect. I start to let myself go. The thundering applause, I can't own it forever. I tell myself, so shameless. Raise you voice higher, even if the attention isn't forever, I'll keep singing. I want to stay this way for life, I want to stay young forever.

-from lyrics of Forever Young.



4. Sea


Lagu ni pun dia punya flow tu aku suka -very smooth dan lagu ni menceritakan tentang ketenangan dan jugak harapan, dah tajuk pun Sea kan haha. 

My favourite line of this song;


When there is hope, there are trials, when there is hope, there is despair.
-from lyrics of Sea



5. Awake by Jin


Last but not least, ramai suka kata yang Jin ni tak boleh menyanyi but hello!, please go and listen to his solo song, Awake! Best weh suara dia, seriously -smooth dan merdu weh haha.


Favourite line in this song ;

It's my fate but I want to struggle.
-from lyrics of Awake.





Lirik lagu yang kat atas ni hanyalah english translation sahaja ya, lagu depa ni dalam bahasa korea. Okay now, I will stop writing this for now. Please listen to BTS's song, its good!


Trust me.

Saturday, February 3, 2018

Best Top 3 Reality Show from tvN: Food + Cooking Edition -My Choice!



Assalamualaikum dan hi.

Kali ni aku nak kongsi rancangan realiti TV -edisi memasak, tak semua laa pasal masak tapi ada bab memasak dan makanan dalam tu. Tiga rancangan ni adalah pilihan aku sendiri dan tvN merupakan salah satu channel TV korea kegemaran aku selain daripada KBS

Seriously kebanyakkan rancangan dan juga drama dari tvN memang memuaskan dan best-best belaka, itu belum masuk tvN Movies lagi tapi untuk entri ni aku nak cerita pasal Best Top 3 Reality Show : Food + Cooking Edition-My Choice! dulu.



1. HOME FOOD RESCUE

 



CHEF BAEK @ MR. BAEK

   

 Home Food Rescue Season 2 Cast
a) Kim Guk Jin
b) Lee Jong Hyuk
c) Jang Don Min
d) Jung Joon Young



   

Home Food Rescue Season 3 Cast
a) Nam Sang Mi
b) Yang Se Hyeong
c) Lee Kyu Han
d) Yoon Doo Joon


About.
Home Food Rescue ni ada tiga  season tapi aku sempat tengok season one and season two saja. Rancangan ni, depa akan cari 4 orang selebriti tak kira laa pelakon atau penyanyi atau pelawak yang malas memasak atau tak pandai memasak untuk jadi anak murid Chef Baek.

Aku suka sangat tengok Home Food Rescue ni sebab Chef Baek ni suka kongsi tips-tips pasal masakan dan dia juga ada masak makanan yang kita sendiri tak pernah terfikir nak buat. Macam-macam lagi yang Chef Baek ni kongsi dan cara dia tu memang teratur lah aku tengok. 

Mula-mula depa join rancangan ni memang masing-masing macam tak berapa tau nak masak tapi lama-kelamaan 4 orang tu dah jadi pandai dan depa ni amalkan tips yang diberikan oleh Chef Baek tu.




  
2. YOUN's KITCHEN 



   

Youn's Kitchen 2 Cast
a) Yoon Yeo Jung
b) Lee Seo Jin
c) Jung Yoo Mi
d) Park Seo Joon


About.
Youn's Kitchen ni ada dua season tapi aku tengok season two saja dan salah satu sebabnya ada Seo Joon haha. Yang season one ada pelakon veteran lelaki -Shin Goo, tapi dia ada hal kalau tak silap aku then depa cari cast baru -yang lagi tiga orang tu memeang original cast untuk rancangan ni.

Rancangan ni, depa akan pergi kat satu tempat di luar negara macam yang season two ni buat dekat Sepanyol dan kemudian 4 orang ni nanti kena bukak restoran di situ -kena masak sendiri semua tu laa. Yang bestnya dalam rancangan ni, depa akan tunjuk macam mana nak buat sesuatu masakan tu dan depa akan senaraikan bahan-bahan sekali. 

Aku pernah cuba buat pencuci mulut korea iaitu hotteok, sedap jugak rasa dia dan sekarang family aku pun suka makan hotteok tu.Hotteok ni adalah korean pancake sebenarnya dan dalam tu boleh letak inti kegemaran hampa macam pisang, kacang atau coklat bersama-sama dengan gula perang.

Kebanyakkan pelanggan suka tengok Seo Joon dengan Seo Jin.










3. THREE MEALS A DAY

 


   

Three Meals A Day Cast -Gochang Village
a) Yoo Hae Jin
b) Cha Seung Won
c) Son Ho Jun
d) Nam Joo Hyuk



  

Three Meals A Day Cast -Fishing Village Season 3

a) Lee Seo Jin
b) Eric Mun
c) Yoon Kyun Sang



About.
Three Meals A Day ni ada banyak season dan banyak tempat tapi aku lebih suka tengok yang Gochang Village dengan Fishing Village Season 3. Rancangan ni depa akan pilih 3 ke 4 selebriti untuk menjalani kehidupan sebagai orang kampung -bercucuk tanam, bela kambing, ayam dan sebagainya.

Yang bestnya part memasak, walaupun cara memasak macam dulu-dulu tapi hasil masakan tu memuaskan haha. Untuk yang Gochang Village ni ada Cha Seung Won sebagai tukang masak dan yang Fishing Village ada Eric (SHINHWA). Pergh, skill memasak depa dua ni memang terbaik dan bila tengok makanan yang depa masak memang terliur.










Bila hampa tengok tiga rancangan ni, dalam masa yang sama hampa boleh salin resepi apa yang depa masak -well ada english subtitles kan haha. Ada juga kelebihan tengok rancangan-rancangan macam ni, kita boleh cuba buat resepi baru atau cuba masak masakan korea.


Yang ada di tvN sekarang hanyalah Youn's Kitchen sahaja, lagi dua rancangan tu dah lama ditayangkan -tahun lepas.


Sampai sini saja untuk entri ni, see you again!