Friday, March 17, 2017

PENGALAMAN HANTU ; Bahagian Satu.

Assalamualaikum dan hello.



Another entry for today! Cuma nak kongsikan pengalaman aku tentang 'mereka' yang kadang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan kadang itu 'berkesempatan' melihat 'mereka'. Nak percaya atau tidak, suka hati hampalaa hahaha.


Pengalaman #1.

Kejadian ni jadi pada waktu malam, waktu tu aku dengan angah aku ni at the same time berebut nak masuk bilik air tapi bila sampai ja depan bilik air, kami nampak tok kami tengah ambil wuduk so kami pi kat ruang tamu balik tengok TV sambil berdiri. Tunggu punya tunggu, tok masih tak keluar lagi dari bilik air. Heran jugak kami sebab ambik wuduk ja kan, lagipun kalau tok keluar bilik air kami memang akan nampak tok. 

Dalam kami tengah dok tunggu to sambil tengok TV dulu, mak pulak muncul depan kami dan tanya 'Ni pasai apa masing-masing dok berdiri ni?' 

Then aku jawab, 'Nak masuk bilik air laa tapi tok ada.'

Mak aku balas, 'Laa tok dok tidoq laa.'

Angah aku pulak cakap,'Aik? Biaq betoi mak. Tadi kami nampak tok dok ambil wuduk.'

Mak aku gelak kat kami, 'Tak percaya? Pi tengok kat dalam bilik tok.' 

So kami dua pun pi and guess what, tok memang dok tidoq weh. Sedap jaa dia lena mimpi mana hala dah tu. Lepas tu kami terus pi kat bilik air, takpuas hati lagi sebenarnya hahaha and yes takdak sapa dalam bilik air tu. Habis sapa laa yang kami nampak tengah ambik wuduk tu? Jadinya aku tengok angah dan angah pulak tengok aku then dua-dua lari pi kat mak. Niat nak membuang u jadi terbantut pulak haha.

The end.


Pengalaman #2.

Waktu ni aku masih belajar di politeknik and time ni semester 3 kalau tak silap aku. So aku dapat Blok B1 tingkat 3, dalam bilik tu ada 4 orang dan bilik tu memang besar jugak laa bagi aku. Kalau aku tinggal sorang dalam bilik tu, agak seram jugak laa. Blok B1 ni bersebelahan dengan Blok B2 dimana di B2 ni dulu ada kes budak perempuan india bunuh diri so seboleh-bolehnya aku takmau laa duduk di B2. 

Nak dijadikan cerita, waktu ni pukul 4.45 pagi macam tu aku dah bangkit. Aku ni kalau duduk kamsis suka bangkit awal dalam pukul 4.30 - 5.30 macam tu, yalaa kadang-kadang tu baju nak p kelas tak iron lagi haha. So bila aku bukak jaa pintu bilik memang sunyi habis laa dah masing-masing takbangun lagi. Nak nak pulak buka jaa pintu, depan tu straight ja nampak Blok B2 haa ambik kau. 

So keluar dari bilik, dalam selangkah dua macam tu, tetiba aku dengar bunyi orang berjalan sambil pakai gelang kaki- ting! ting! ting!, sekali tu jaa. Hampa bayangkanlaa waktu tu pukul 4.45 pagi lepas tu aku sorang pulak dan sunyi jaa haa memang laa. Bila dengar jaa bunyi tu, automatik aku terfikir pasal budak india yang bunuh diri tu. Haaa, nak patah balik memang tak boleh laa kaki ni memang tak bergerak, memang stop kat situ jaa. 

Aku tak tau laa pasai pa dengan diri aku waktu tu sebab aku memang berdiri jaa kat situ and tunggu kot kot ada bunyi ting tu lagi tapi alhamdulillah nasih baik tak muncul benda pelik-pelik waktu tu kalau dak aku tak tau nak senyum ka nak teriak ka haha.

The end.