Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Sunday, May 3, 2020

Rii's Newsletter; Volume 02

Assalamualaikum everyone.
How's your puasa? Harapnya semua baik-baik saja, InsyaAllah.

Today was a tired day for me.



What to watch; A GOOD MOVIE FROM JAPAN.

Hidarite Ippon no Shuuto (2020), kisah tentang Tanaka Masayuki yang aktif bermain bola keranjang. Dia sangat suka dengan bola keranjang, macam bola keranjang ni hidup dia. Akan tetapi malang tidak berbau, dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia dikejarkan ke hospital dan disana, doktor mengesahkan Masayuki ni mengalami pendarahan otak due to cerebral arteriovenous malformation. 


Walaupun dia selamat menjalani pembedahan, Masayuki masih berada dalam keadaan koma selama beberapa hari. Setelah beberapa hari dalam keadaan koma, Masayuki telah sedarkan diri dan nasib masih tidak menyebelahi dirinya kerana bahagian kanan tubuhnya lumpuh.

Apakah nasib Masayuki?
Dapatkan dia bermain bola keranjang kembali?


My thoughts :
Salah satu filem kegemaran aku untuk tahun ni, filem ni based on true story actually. Teriak jugak aku tengok filem ni sebabnya, first tu sedih tengok keadaan dia dan lepas tu sedih yang gembira tengok semangat dia. Satu lagi, aku suka macam mana Masayuki ni punya ibu bapa, cikgu-cikgu dia dan kawan-kawan dia tetap bagi semangat dan dorongan kat Masayuki ni.

Best filem ni, cuba laa tengok -8/10.



Two RECOMMENDED KOREAN DRAMA For Today.

 


Memorist (2020),
When Dong Baek was a high school student, he suddenly gained a supernatural power. Whenever he touches somebody, he can read that person's memory. Dong Baek reveals his memory reading ability to people and he becomes a detective. 


Dah tengok ke belum drama ni? Aku tengok dah tapi sekerat ja, takat episod 1 dan 2 tapi menarik jugak drama ni dan ada Yoo Seung Ho (my favourite tau).



Find Me in Your Memory (2020),

Find Me in Your Memory depicts a love story between Lee Jung Hoon and Yeo Ha Jin. Lee Jung Hoon works as an anchorman at a broadcasting station. He has hyperthymesia, a condition that allows him to remember nearly every moment in his life. Meanwhile, Yeo Ha Jin is a top actress. She has forgotten her past. Due to this, she lives as she pleases.

Aku tak tengok lagi tapi masukkan dalam list dulu sebab ada Kim Dong Wook. Minat dia sebab tengok lakonan mantap dia dalam drama The Guest. Drama ni dia nak sweet tapi tak sweet sangat, haha.




Currently watching the ONGOING NEW ANIME.


Kami no Tou (2020), Tower of God centers around a boy called Bam, who has spent most of his life trapped beneath a vast and mysterious Tower, with only his close friend, Rachel, to keep him company. When Rachel enters the Tower, Bam manages to open the door into it as well, and faces challenges at each floor of this tower as he tries to find his closest companion.

Currently watching this new anime dan suka sangat sebab genre dia aksi dan misteri. 




A brand new KOREAN ENTERTAINMENT SHOW.

Road To Kingdom (2020), salah satu rancangan yang aku nantikan. Kalau sebelum ni ada versi perempuan iaitu, Queendom dan kali ni versi lelaki pulak.

Bagi aku versi lelaki ni agak gempak jugak tapi syarat-syarat dia tu tak berapa nak syok sikit. Baru release Khamis hari tu, episod 1.

Untuk kali ni ada 7 kumpulan semuanya,

  • Pentagon
  • ONF
  • TheBoyz
  • Oneus
  • Golden Child
  • Verivery
  • TOO
dan memandangkan aku ni #multifandom so semua aku minat hahaha.


I am anticipating for the next episode!



Dan akhirnya sampai disini dulu aku bercerita.
See you next time!

#StayatHome #StaySafe

Monday, March 12, 2018

Check Out a New Hit Korean Film, Along with the Gods : The Two Worlds


Assalamualaikum dan hi.

Alhamdulillah aku kembali ke blog ni, niat di hati tu nak update tiap-tiap hari laa tapi aku pun ada kehidupan jugak kan -jadi sekarang baru berpeluang. Entri kali ini aku excited jugak laa nak kongsi pasal salah satu filem korea yang mendapat sambutan selepas Train to Busan dengan Battleship Island. Sebenarnya aku ni susah jugak nak tengok filem-filem dari negara Korea ni sebab tak biasa, selalu kalau untuk filem ni aku layan yang English, China dengan Tamil saja dan bagi Korea tu aku dah terbiasa dengan drama-drama depa. 

Along with the Gods, bila dah baca banyak feedback pasal filem jadinya aku memang nak sangat tengok dekat pawagam -iyalaa bila tengok dekat pawagam baru best dengan skrin yang besar + audio yang kuat + tempat yang selesa dan luas; malangnya dekat tempat wayang yang aku nak tengok tu, filem ni takdak dalam senarai dan terpaksa laa aku tunggu, then aku download tengok kat rumah saja.



FILEM : Along with the Gods : The Two Worlds
GENRE : Fantasy, Drama
PENGARAH : Kim Yong Hwa
PELAKON : Ha Jung Woo, Cha Taehyun, Ju Ji Hoon, Kim Hyang Gi, Kim Dong Wook, Do Kyungsoo, Lee Joon Hyuk,  Lee Jung Jae



Filem ni bermula dengan kematian seorang ahli bomba, Ja Hong (Cha Taehyun), yang mati sewaktu menyelamatkan seorang budak perempuan -budak perempuan tu selamat tetapi dia tak. Mula tu dia ingat dia masih hidup tetapi dengan kehadiran malaikat maut iaitu Won Maek (Ju Ji Hoon) dengan Duk Choon (Kim Hyang Gi) serta ketua mereka iaitu Gang Rim (Ha Jung Woo) untuk bawak dia ke dunia selepas itu, dia terkejut.

Bila berada di dunia (yang lebih senang aku panggil)-dunia kematian, si mati ini kena hadapi 7 percubaan selama 49 hari untuk membuktikan dia menjalani kehidupan yang mulia. Ja Hong ni kena berhadapan dengan God of Murder, Goddess of Indolence, Goddess of Deceit, God of Violence untuk perbicaraan kehidupan dia waktu dia hidup dulu. 

Dalam process pembicaraan selama 49 hari tu, macam-macam dugaan, masalah yang depa 4 orang tu hadapan, bahkan Gang Rim sampai kena ke dunia manusia untuk tengok apa punca kepada masalah yang terjadi tu dan dalam masa yang sama Gang Rim ni jugak terpaksa melibatkan diri dalam urusan manusia ni. 
Sememangnya filem ni aku sarankan untuk hampa tengok bagi yang tak berkesempatan untuk tengok lagi, sebab filem ni bagi aku best sangat dan dalam masa yang sama terpalit jugak perasaan sedih bila tengok filem ni. Aku dah tengok dua kali, dan dua kali jugak teriak.
Sampai sini dulu aku tulis pasal ni, untuk lebih lagi hampa kena laa tengok sendiri filem ni baru puas hati. Aku takmau bagi spoiler banyak sangat, tak bestlaa nanti kan.
Apa-apa pun, give it a try okay?


Overall, I give 9.5 out of 10.


Tuesday, February 6, 2018

Jadi doktor pakar bedah di penjara dalam 'CROSS'.


Assalamualaikum dan hi.


I've just finish watching three episodes of this new korean drama, Cross. My first impression of this drama is really good, sebab drama ni bertemakan kedoktoran. Hampa mesti tau kan kalau drama korea pasal doktor ni best-best belaka sebab depa tunjuk adegan bedah itu sendiri. Lagi satu walaupun drama ni pasal doktor tetapi jalan cerita dia berbeza, bagi aku sangat berbezalah dan tak sama macam Doctor Stranger or Romantic Doctor, Teacher Kim or Brain -seriously NO!



Aku tengok drama ni sebabnya, yang pertama semestinya drama ni bertemakan kedoktoran dan aku sangat suka drama macam ni. Kemudian ada salah satu pelakon lelaki kegemaran aku si comel ni, Ko Gyung Pyo -sapa laa yang tak suka dia, dah laa comel lepas tu rupa dia soft sangat haha. Dan yang ketiga sebab disebalik kisah kedoktoran ada diselitkan tentang balas dendam.



 
   

The casts of Cross.


Ko Gyung Pyo sebagai Kang In Kyu
Cho Jae Hyun sebagai Go Jung Hoon
Jeon So Min sebagai Go Ji In
Kim Ji Han sebagai Lee Joo Hyeok
Jang Jin Sung sebagai Son Yeon Hee
Heo Sung Tae sebagai Kim Hyeong Beom






Synopsis :

Kang In Kyu’s father was brutally murdered 13 years ago. To take revenge on those who are responsible for his father’s death, he becomes a doctor. Kang In Kyu volunteers at a prison medical office where the murderer is imprisoned.


Drama ni tentang Kang In Kyu yang nak balas dendam untuk kematian ayah dia 13 tahun dulu dan dia ambik keputusan nak belajar dan seterusnya menjadi seorang doktor -tapi nak jadi doktor di penjara. Mesti hampa pelik kan, kenapa dia nak balas dendam tapi dia nak belajar dan jadi doktor? Macam ni, dulu ni ayah Kang In Kyu ni dijumpai mati dekat kawan bukit-bukit dan sebenarnya pembunuh ayah dia ni bedah ayah dia dan ambik organ dalaman tu. Jadi sekarang mesti hampa faham kan, dia sebenarnya berusaha nak jadi doktor tu sebab dia nak bunuh pembunuh ayah dia dengan cara yang sama ayah dia kena -which is bedah pembunuh tu dan ambik organ.



Lepas tu kenapa doktor di penjara? Sebabnya pembunuh (Hyeong Beom) ayah dia tu masih ada di penjara tetapi pembunuh tu tak kenal Kang In Kyu ni walaupun depa pernah jumpa time pembunuh tu kena tangkap dan waktu tu Kang In Kyu ni kecil lagi. Bila polis tanya Hyeong Beom ni kenapa bunuh dan ambik organ tu, dia jawab sebab duit. Haa kat sini boleh nampak yang sebenarnya ada orang atas yang bagi arahan untuk buat kerja ni tapi aku taktau lagi sapa.




Bila dia volunteer nak jadi doktor di penjara, dia pun pergi ke Shingwang Prison untuk interview tetapi ada sorang doktor ni ragu-ragu nak terima dia sebab semua keputusan exam dia tersangatlah bagus dan Kang In Kyu ni top student di universiti dia, dia jugak bagus dalam aktiviti kokurikulum. Mana ada orang yang bagus dan pandai macam tu nak jadi doktor di penjara, dan sebab tu doktor tu curiga. Tapi Kang In Kyu ni cool orang dia, nampak relax dan pendiam saja -nampak baik laa tapi dia sebenarnya menyimpan dendam.

Dan aku suka ayat Kang In Kyu ni; 

I'm different from other doctors. I didn't become a doctor to save people.
I did it to kill people, to get revenge.




Disebabkan satu inciden yang jadi di penjara tu, dia akhirnya diterima bekerja tapi masih diragui oleh doktor (Baek Ji Nam) tadi. Lepas tu Kang In Kyu ni sebenarnya dah buat peta dah sekali dengan gambar-gambar orang yang dia dah jumpa tadi. Satu lagi nak bagitau yang Kang In Kyu ni macam special sebab mata dia tu lain sikit -maksud aku bila dia tengok seseorang tu, dia boleh tau yang orang tu sakit apa dan sebagainya.

Lepas tu Kang In Kyu ni ada seorang adik perempuan tapi dah mati waktu kecil dulu sebab sakit apa ntah. Bila masukkan dia dalam hospital memang tak boleh diselamatkan dan mati, dalam masa yang sama Go Jung Hoon ni pergi ambil organ adik Kang In Kyu ni bagi dekat orang lain -haa mengamuk dia sebab bagi tanpa pengetahuan dan kebenaran Kan In Kyu sendiri. Go Jung Hoon ni boleh aku katakan macam bapak angkat kepada Kang In Kyu laa sebab dia selalu tolong Kang In Kyu waktu kecil-kecil dulu. Aku dok rasa yang organ adik Kang In Kyu ni, sekarang ada dalam badan Son Yeon Hee. Nak tau sebab apa? Haa kena tengok laa drama ni.


Aku harap kalau nak ada romantic scene tu sikit-sikit dah laa kot haha. So untuk sesiapa yang tak tengok lagi drama ni, aku sangat recommend untuk hampa tengok. 

Friday, October 13, 2017

Permulaan cerita yang menarik dalam, MAD DOG | Episod 1 & 2

Assalamualaikum dan hi.



Dah lama rasanya aku tak merasai 'keseronokkan' tengok drama korea ni selepas aku tengok Goblin. Bukan apa aku ada tengok beberapa drama korea baru ni cuma bila lepas tengok episod 1, keinginan nak tengok episod-episd seterusnya ni takdak - takdak feel gitu. Tapi semalam mood untuk tengok drama korea tu dah datang akhirnya dan drama korea yang aku nak tulis ni adalah drama baru, Mad Dog - baru ada 2 episod saja tapi best betul bagi aku seriously!


Drama ni memang aku recommend untuk hampa yang peminat drama korean di luar sana tengok drama yang best ni. Tapi better hampa pakat tengok bila dah complete semua 16 episod sebab apa tau, mungkin hampa akan jadi macam aku nak tau apa akan jadi seterusnya tapi untuk nak tunggu episod selanjutnya - 3 dan 4 kenalah tunggu hari Rabu dan Khamis akan datang, lambat lagi haha;
but untuk yang ada channel KBSWorld, akan ditayangkan hari Khamis dan Jumaat


Ok meh aku tulis sikit pasal cerita Mad Dog ni sebab aku dah tengok and the first two episodes are really awesome, trust me!



Sinopsis pendek.


Choi Kang Woo adalah bekas detektif, tetapi kini bekerja sebagai penyiasat insurans veteran. Dia mengetuai satu pasukan yang cuba mendedahkan kes-kes penipuan insurans.




Lakonan hebat daripada Yoo Ji Tae sebagai Choi Kang Woo yang dulunya adalah seorang detektif tetapi kini dia bekerja sebagai penyiasat insurans selepas kematian isteri dan anak lelakinya yang mati sebab kapal terbang yang depa naik tu terhempas dan juga Woo Do Hwan sebagai Kim Min Joon iaitu seorang lelaki yang genius dan mempunyai seorang abang iaitu seorang pilot.



Episod 1;

Choi Kang Woo
*source : google*

*source : google*

Kim Min Joon
*source : google*  

Choi Kang Woo dan 4 ahli pasukannya iaitu Jang Ha Ri, Park Soon Jung dan Oh Noo Ri dalam undercover untuk mencari bukti tentang seorang lelaki ni yang selalu exercise di hospital, ada tempat khas untuk lelaki tu. Dah dapat bukti semua tu, Choi Kang Woo ni akhirnya pergi jumpa lelaki tu dan lepas tu dia akan buat report polis untuk tangkap lelaki tu. Lepas tu Choi Kang Woo dan pasukan dia nih buat pulak siasatan tentang runtuhan bangunan dia mana struktur bangunan tersebut tak kukuh dan pemilik yang bina bangunan tu tak mengaku bersalah. Sebenarnya Kim Min Joon ni ada di awal permulaan drama haa, tapi aku terus nak tulis tentang pertengahan dalam episod 1 ni  muncul Min Joon ni yang aku anggap mula-mula macam nerd sebab dari segi pemakaian dan style diri dia rupanya dak sebab dia ni macam psyco sikit sebenarnya hahaha.



Episod 2;

Isteri dan anak lelaki Kang Woo
Abang Min Joon, Kim Bum Joon -Assistant Pilot


Untuk episod ni, drama ni back balik time sebelum isteri and anak Kang Woo ni mati. Isteri dan anak dia ni nak pergi bercuti sebenarnya dan kalau tak Kang Woo ikut sekali tapi tikes dah habis, dia beli lewat sebab dia ada hal yang perlu di selesaikan. Tengok punya tengok rupanya pilot yang bawak kapal terbang tu rupanya abang kepada Min Joon dan abang Minjoon ni jadi macam kena serangan apa ntah, dia jadi kaku dan tak boleh bergerak. Jadinya Kang Woo ni marah sangat-sangat kat abang Min Joon ni, yalaaa sapa laa tak marah bila dah jadi macam ni melibatkan nyawa.  In the end of episod 2 ni Min Joon bagitau yang dia adalah adik kepada pilot tu. 





Part yang paling sedih time Kang Woo ni buat pengecaman mayat untuk isteri dan anak lelaki dia lepas tu dengan Min Joon untuk abang dia.

Maaflaa kalau penulisan ni tak memuaskan hampa yang dah baca hahaha, aku cuma bagi intro macam-macam tu saja. Nak tau lebih lanjut, kenalaa tengok online - kena tengok sendiri baru best weh. 


Nah aku bagi link : MAD DOG

Kalau tak boleh bukak, bagi tau aku then aku bagi link lain haha.


Last but not least, again mungkin apa yang aku tulis ni hampa tak faham dan jalan penyelesaiannya hampa kena tengok lah, itu yang mampu aku bagitau haha. Serius tak menyesal, give it a try okay? 




Have a great day!

Sunday, December 25, 2016

#MyTravelokaEscapade : Perkara-perkara yang akan aku lakukan di South Korea jika menang percutian PERCUMA dari Traveloka

Assalamualaikum dan hi. 


Alhamdulillah masih ada masa untuk menulis dan juga berblogging walaupun sedikit. Well, beberapa hari ni aku agak sibuk dan tidak berpeluang untuk menulis apa-apa entri tapi hari ni here I am.



Setiap orang semestinya ada niat or keinginan untuk melancong tidak kiralah di mana saja destinasi yang ingin dituju, begitu juga aku yang teringin untuk melancong lebih-lebih lagi ke luar negara.



dan sekarang  ada satu berita baik buat aku dan juga buat korang yang ingin melancong di mana Traveloka ada buat satu kontest dimana korang boleh memenangi FREE trip to your dream destination. Wow, sapa yang tak mahu dapat FREE VACATION dari Traveloka !! Syarat-syarat pun senang nak ikut, korang perlu pilih satu destinasi pilihan daripada sepuluh dan kemudian ceritakan kenapa nak pergi ke sana.




So, destinasi pilihan aku adalah …





SOUTH KOREA




South Korea sememangnya pilihan aku dan aku harap sangat dapat pergi ke sana suatu hari nanti. Bagi seseorang macam aku yang sangat sukakan KPOP, South Korea adalah salah satu negara yang wajib aku pergi, yes  ianya percutian impian aku. Ada banyak benda yang aku nak buat kat sana !! Oh my god, I’m so excited and now let me tell how I’d explore South Korea if I won the free vacation.





Menikmati ‘Street Food’ dan ‘shopping’ di Myeongdong Street.



Bila aku tengok saja drama Korea, mesti ada ‘street food’ ni antaranya yang teringin aku nak makan adalah kek ikan disana, why? Aku tahu di Malaysia ni ada saja kek ikan tetapi aku lebih tertarik dengan kek ikan kat sana dan juga teringin nak rasa Tteokbokki, memang terliurlah bila tengok diorang makan. Selain tu, aku tering nak bershopping di Myeongdong and boleh dikatakan Myeongdong ni tempat yang popular jugak dikalangan pelancong.




Melihat istana Korea dengan lebih dekat.


Ini adalah tempat yang akan aku pergi bila aku berada di Korea dan tak kisah sama ada istana Gyeongbukgung atau Deoksugung atau mana-mana istana, aku akan pergi salah satu daripadanya. Sebelum ni aku hanya tengok istana di sana dalam drama-drama Korea saja, jadi sekarang aku berpeluang menjejakkan kaki di sana malah boleh tengok real lagi. Dan aku boleh berpengalaman memakai hanbok dan juga photoshoot sambil berlatarbelakangkan  bangunan dan halaman di istana Korea.




Melawati diantara tiga syarikat yang popular- SM Ent, JYP Ent, YG Ent.



Wow, tempat ni sememangnya wajiblah bagi aku untuk dilawati. Siapa yang tak kenal tiga syarikat terbaik malah popular boleh aku katakan di Korea ini. Aku tak pasti samaada boleh masuk ke dalam syarikat tu untuk lawati tetapi kalau boleh bergambar depan bangunan tu pun sudah memadai bagi aku dan mana tahu rezeki aku untuk terjumpa dengan mana-mana artis di antara tiga syarikat tu. Oh my god, I’m soooooo happy and excited !!




Mengimbau kembali kenangan ‘Winter Sonata’ di Nami Island.



Oh my god, Nami Island adalah tempat yang digemari ramai dan sesiapa yang ada demam Winter Sonata ni pasti tidak akan lepaskan peluang untu ke sana begitu juga aku yang teringin untuk menjejakkan kaki ke sana, Nami Island. Permandangan di sana malah berjalan kaki sambil di hiasi oleh pokok-pokok yang cantik lagi indah juga daun-daun yang berguguran, MasyaAllah boleh bayangkan tak? Sooooo romantic !! Dan aku akan tangkap gambar kat tengah-tengah tu macam Jun Sang dengan Yoo Jin.




Melihat permandangan dan melakar kenangan di Namsam Tower.




Wajib wajib dan wajib pergi apabila menjejakkan kaki di Korea. Boleh dikatakan pasangan yang bercinta tak kiralah pelancong mahupun rakyat Korean sendiri yang dah berkahwin atau kekasih pasti akan pergi ke Namsan Tower ni. Aku memang teringin sangat nak ke Namsan Tower ni dan nak beli locks tu dan kuncikan kat sana dan juga aku taknak lepaskan peluang untuk bergambar dengan semua lock yang ada disitu, banyak sangat lock.

Selain tu aku boleh merasai untuk menaiki kereta kabel kat sana, well kereta kabel di sana ber beza dengan di Malaysia. Yang di sana punya besar and yeah permandangan yang sangat menarik!






Ok, ini adalah serba sedikit aktiviti-aktiviti yang boleh aku fikirkan, aku lakukan buat masa sekarang di South Korea and I’m so excited when writing all this! Banyak tempat-tempat menarik dan pengalaman-pengalaman yang seronok serta menikmati permandangan yang cantik dan indah di sana. #MyTravelokaEscapade







Sunday, October 16, 2016

Ji Sung in Kill Me, Heal Me

Assalamualaikum dan hi. 



Jisung, hampa kenal dak ni? Bukan pemain bola tu, bukan yang tu Park Jisung. Kalau peminat kpop mungkin kenal la dia ni sapa but yang non-kpoppers ni tak kenal kot, mungkin sapa yang tengok drama Kill Me, Heal Me kenal? Hahaha. Jisung ni adalah seorang pelakon yang bagi aku talented la, dia boleh lakonkan pelbagai lakonan. Serius memang terbaik, bak kata orang korea daebak! Sebelum ni dia berlakon cerita Secret Love dan banyak lagi la tapi in this drama lakonan dia memang the best.

Sedikit sebanyak pasal drama Kill Me, Heal Me nih; dimana watak utama dia Jisung ni as Cha Do Hyun adalah seorang anak dari keluarga yang kaya. Cha Do Hyun ni suffers from dissociative identity disorder (DID), ada 7 personaliti yang berbeza. Haa bab ni laa yang aku kata dia talented tu. Bayangkan dalam satu drama dia boleh berlakon 7 watak. Kalau hampa ada tengok cerita Hyde Jekyll and Me, ada Hyun Bin as hero dalam drama tu. Dia ada 2 personaliti saja but yang ni ada 7. Well orang lain pon boleh buat jugak tapi entry ni aku buat khas untuk Ji Sung ja hahahaha. 






1. As himself; Cha Do Hyun.


Yang ni memang diri dia yang normal la dimana dia seorang yang baik hati dan suka membantu orang lain. 



2. Shin Se Gi


Seorang lelaki kasar  yang muncul apabila Cha Do Hyun mengalami keganasan. Kiranya Shin Se Gi ni adalah seorang yang kuat lawan semua tu, macam ada aura hitam di situ haha. Dia boleh menjadi ganas, tetapi dia tidak pernah menyakitkan kanak-kanak dan wanita.




3. Perry Park


Seorang lelaki berusia 40 tahun with an affinity for fishing and building bombs. Dia ni akan muncul bila Cha Do Hyun rindukan sweetside bapanya. Perry Park ni lawak orangnya.




4. Ahn Yo Sub



A suicidal, seorang budak lelaki bijak yang berusia 17 tahun and an artist. Dia ni muncul bila Cha Do Hyun cuba untuk membunuh diri ketika di High School. Dia ada saudara kembar, Yo Na.




5. Ahn Yo Na


Yo Na ni sangatlah nakal dan berusia 17 tahun dan juga sukakan kpop idols. Dia muncul bila Cha Do Hyun mengalami banyak kesakitan atau tekanan mental, dan perlu bertahan itu secara sembunyi-sembunyi. Yo Na ni tertarik pada Oh Ri-on ( lakonan Park Seo Joon ) dan adik kembar kepada Yo Sub. Bila tengok part Yo Na ni, memang lawak weh, tak larat gelak. Memang menjadi Ji Sung ni berlakon jadi perempuan. Hahahah.




6. Nana

Seorang gadis berusia 7 yang memiliki sebuah teddy bear bernama Nana dan mendedahkan bahawa namanya adalah Cha Do-hyun. Dia adalah penjelmaan kebimbangan zaman kanak-kanak Do-hyun.




7. Mr. X



Seorang lelaki misteri yang tiba-tiba muncul dan mengaku sebagai bapa Na-na. Haa Mr. X ni muncul nak last-last episod, tetiba ja.



Overall, aku suka lakonan Ji Sung. Dia orang first yang aku tengok bawak 7 watak dalam satu drama. Bravo weh bravo. Antara 7 personaliti ni, yang mana satu fav. hampa?




Bagi aku, aku suka Shin Se Gi sebabnya dia ni kuat and boleh protect orang and satu lagi aku suka Ahn Yo Na hahaha sebab nampak annoying dgn watak tu tapi lawak gila tambah-tambah bila dia bergaduh dengan heroin dalam drama tu.



Oklah, that's all for now.