Assalamualaikum dan hi.
Alhamdulillah
masih ada masa untuk menulis dan juga berblogging walaupun sedikit. Well,
beberapa hari ni aku agak sibuk dan tidak berpeluang untuk menulis apa-apa
entri tapi hari ni here I am.
Setiap orang
semestinya ada niat or keinginan untuk melancong tidak kiralah di mana saja
destinasi yang ingin dituju, begitu juga aku yang teringin untuk melancong
lebih-lebih lagi ke luar negara.
dan sekarang ada satu berita baik buat aku dan juga buat
korang yang ingin melancong di mana Traveloka ada buat satu kontest dimana
korang boleh memenangi FREE trip to your dream destination. Wow, sapa yang tak
mahu dapat FREE VACATION dari Traveloka !! Syarat-syarat pun senang nak ikut,
korang perlu pilih satu destinasi pilihan daripada sepuluh dan kemudian
ceritakan kenapa nak pergi ke sana.
So, destinasi
pilihan aku adalah …
SOUTH KOREA
South Korea sememangnya
pilihan aku dan aku harap sangat dapat pergi ke sana suatu hari nanti. Bagi
seseorang macam aku yang sangat sukakan KPOP, South Korea adalah salah satu
negara yang wajib aku pergi, yes ianya
percutian impian aku. Ada banyak benda yang aku nak buat kat sana !! Oh my god,
I’m so excited and now let me tell how I’d explore South Korea if I won the
free vacation.
Menikmati ‘Street
Food’ dan ‘shopping’ di Myeongdong Street.
Bila aku tengok
saja drama Korea, mesti ada ‘street food’ ni antaranya yang teringin aku nak
makan adalah kek ikan disana, why? Aku tahu di Malaysia ni ada saja kek ikan
tetapi aku lebih tertarik dengan kek ikan kat sana dan juga teringin nak rasa
Tteokbokki, memang terliurlah bila tengok diorang makan. Selain tu, aku tering
nak bershopping di Myeongdong and boleh dikatakan Myeongdong ni tempat yang
popular jugak dikalangan pelancong.
Melihat istana Korea
dengan lebih dekat.
Ini
adalah tempat yang akan aku pergi bila aku berada di Korea dan tak kisah sama
ada istana Gyeongbukgung atau Deoksugung atau mana-mana istana, aku akan pergi
salah satu daripadanya. Sebelum ni aku hanya tengok istana di sana dalam drama-drama
Korea saja, jadi sekarang aku berpeluang menjejakkan kaki di sana malah boleh
tengok real lagi. Dan aku boleh berpengalaman memakai hanbok dan juga photoshoot
sambil berlatarbelakangkan bangunan dan
halaman di istana Korea.
Melawati
diantara tiga syarikat yang popular- SM Ent, JYP Ent, YG Ent.
Wow, tempat ni
sememangnya wajiblah bagi aku untuk dilawati. Siapa yang tak kenal tiga
syarikat terbaik malah popular boleh aku katakan di Korea ini. Aku tak pasti
samaada boleh masuk ke dalam syarikat tu untuk lawati tetapi kalau boleh
bergambar depan bangunan tu pun sudah memadai bagi aku dan mana tahu rezeki aku
untuk terjumpa dengan mana-mana artis di antara tiga syarikat tu. Oh my god, I’m
soooooo happy and excited !!
Mengimbau
kembali kenangan ‘Winter Sonata’ di Nami Island.
Oh my god, Nami
Island adalah tempat yang digemari ramai dan sesiapa yang ada demam Winter
Sonata ni pasti tidak akan lepaskan peluang untu ke sana begitu juga aku yang
teringin untuk menjejakkan kaki ke sana, Nami Island. Permandangan di sana
malah berjalan kaki sambil di hiasi oleh pokok-pokok yang cantik lagi indah juga
daun-daun yang berguguran, MasyaAllah boleh bayangkan tak? Sooooo romantic !!
Dan aku akan tangkap gambar kat tengah-tengah tu macam Jun Sang dengan Yoo Jin.
Melihat permandangan
dan melakar kenangan di Namsam Tower.
Wajib wajib dan
wajib pergi apabila menjejakkan kaki di Korea. Boleh dikatakan pasangan yang
bercinta tak kiralah pelancong mahupun rakyat Korean sendiri yang dah berkahwin
atau kekasih pasti akan pergi ke Namsan Tower ni. Aku memang teringin sangat
nak ke Namsan Tower ni dan nak beli locks tu dan kuncikan kat sana dan juga aku
taknak lepaskan peluang untuk bergambar dengan semua lock yang ada disitu,
banyak sangat lock.
Selain tu aku
boleh merasai untuk menaiki kereta kabel kat sana, well kereta kabel di sana
ber beza dengan di Malaysia. Yang di sana punya besar and yeah permandangan
yang sangat menarik!
Ok, ini adalah
serba sedikit aktiviti-aktiviti yang boleh aku fikirkan, aku lakukan buat masa
sekarang di South Korea and I’m so excited when writing all this! Banyak
tempat-tempat menarik dan pengalaman-pengalaman yang seronok serta menikmati
permandangan yang cantik dan indah di sana. #MyTravelokaEscapade
Excited! Siqah pun excited tiap kali dengar korea. Tu yang suka tengok drama Korea. Fefeeling lebih 😍 serius semua tempat di atas cantik. Siqah wish nak pergi nami island masa autumn pulak. Nak tengok daun warna warni 😍
ReplyDeleteBest of luck ye :)
Kan, kalau dapat p memang hadiah bermakna laa hahahha and yep nami island tu teringin sgt nk p. Tq siqah :)
Deletehi, saya datang singgah sini sambil klik nuffnang :)
ReplyDeleteall the best..sy punya masih diperam hehe
ReplyDelete