Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Sunday, May 3, 2020

Rii's Newsletter; Volume 02

Assalamualaikum everyone.
How's your puasa? Harapnya semua baik-baik saja, InsyaAllah.

Today was a tired day for me.



What to watch; A GOOD MOVIE FROM JAPAN.

Hidarite Ippon no Shuuto (2020), kisah tentang Tanaka Masayuki yang aktif bermain bola keranjang. Dia sangat suka dengan bola keranjang, macam bola keranjang ni hidup dia. Akan tetapi malang tidak berbau, dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia dikejarkan ke hospital dan disana, doktor mengesahkan Masayuki ni mengalami pendarahan otak due to cerebral arteriovenous malformation. 


Walaupun dia selamat menjalani pembedahan, Masayuki masih berada dalam keadaan koma selama beberapa hari. Setelah beberapa hari dalam keadaan koma, Masayuki telah sedarkan diri dan nasib masih tidak menyebelahi dirinya kerana bahagian kanan tubuhnya lumpuh.

Apakah nasib Masayuki?
Dapatkan dia bermain bola keranjang kembali?


My thoughts :
Salah satu filem kegemaran aku untuk tahun ni, filem ni based on true story actually. Teriak jugak aku tengok filem ni sebabnya, first tu sedih tengok keadaan dia dan lepas tu sedih yang gembira tengok semangat dia. Satu lagi, aku suka macam mana Masayuki ni punya ibu bapa, cikgu-cikgu dia dan kawan-kawan dia tetap bagi semangat dan dorongan kat Masayuki ni.

Best filem ni, cuba laa tengok -8/10.



Two RECOMMENDED KOREAN DRAMA For Today.

 


Memorist (2020),
When Dong Baek was a high school student, he suddenly gained a supernatural power. Whenever he touches somebody, he can read that person's memory. Dong Baek reveals his memory reading ability to people and he becomes a detective. 


Dah tengok ke belum drama ni? Aku tengok dah tapi sekerat ja, takat episod 1 dan 2 tapi menarik jugak drama ni dan ada Yoo Seung Ho (my favourite tau).



Find Me in Your Memory (2020),

Find Me in Your Memory depicts a love story between Lee Jung Hoon and Yeo Ha Jin. Lee Jung Hoon works as an anchorman at a broadcasting station. He has hyperthymesia, a condition that allows him to remember nearly every moment in his life. Meanwhile, Yeo Ha Jin is a top actress. She has forgotten her past. Due to this, she lives as she pleases.

Aku tak tengok lagi tapi masukkan dalam list dulu sebab ada Kim Dong Wook. Minat dia sebab tengok lakonan mantap dia dalam drama The Guest. Drama ni dia nak sweet tapi tak sweet sangat, haha.




Currently watching the ONGOING NEW ANIME.


Kami no Tou (2020), Tower of God centers around a boy called Bam, who has spent most of his life trapped beneath a vast and mysterious Tower, with only his close friend, Rachel, to keep him company. When Rachel enters the Tower, Bam manages to open the door into it as well, and faces challenges at each floor of this tower as he tries to find his closest companion.

Currently watching this new anime dan suka sangat sebab genre dia aksi dan misteri. 




A brand new KOREAN ENTERTAINMENT SHOW.

Road To Kingdom (2020), salah satu rancangan yang aku nantikan. Kalau sebelum ni ada versi perempuan iaitu, Queendom dan kali ni versi lelaki pulak.

Bagi aku versi lelaki ni agak gempak jugak tapi syarat-syarat dia tu tak berapa nak syok sikit. Baru release Khamis hari tu, episod 1.

Untuk kali ni ada 7 kumpulan semuanya,

  • Pentagon
  • ONF
  • TheBoyz
  • Oneus
  • Golden Child
  • Verivery
  • TOO
dan memandangkan aku ni #multifandom so semua aku minat hahaha.


I am anticipating for the next episode!



Dan akhirnya sampai disini dulu aku bercerita.
See you next time!

#StayatHome #StaySafe

Tuesday, January 9, 2018

Kisah percintaan dari zaman persekolahan sehingga universiti dalam A LOVE SO BEAUTIFUL


Assalamualaikum dan hello.

Aku selalunya suka cerita pasal drama korea dalam blog ni tapi untuk kali ini aku nak cerita pasal satu drama china dan aku adalah salah seorang yang agak susah nak minat drama china ni, so bila aku cerita dalam ni kira best laa drama tu bagi aku. Ada dua @ tiga lagi drama china yang aku dah tengok tapi nanti aku akan ceritakan kemudian dan kebanyakkan drama china yang aku tengok cuma remake dari drama korea sebenarnya.

Untuk drama china ni tajuknya –A Love So Beautiful, weh hero dalam drama ni handsome betul laa, jatuh cinta aku hahaha. Heroin pun boleh tahan comel dan segak, dan yang pastinya aku suka jalan cerita drama ni. Mungkin permulaan drama ni hanya macam drama biasa yang kita selalu tengok tapi ending dia tu agak special sikit haa.

Taktau laa bagi hampa tapi bagi aku best dan aku tau banyak yang tak suka tengok drama china termasuk kawan-kawan aku, memang depa tak suka taktau kenapa tapi hampa cuba laa tengok dulu tau.

P/S : Baca dulu baru gambar :)



So kat bawah ni pelakon-pelakon untuk drama ni.

Hu Yi Tian sebagai Jiang Chen
Shen Yue sebagai Cheng Xiao Xi
Gao Zhi Ting sebagai Wu Bo Song




Drama ni bermula waktu depa nih belajar di sekolah menengah, kisah dia pasal Chen Xiao Xi (rupa selekeh/nerd) ni minat kat Jiang Chen (handsome/kemas), minat sangat-sangat tapi macam biasa laa Jiang Chen ni berlagak sikit tak mau layan Chen Xiao Xi pada mula tu dan depa dua ni berjiran. Tapi lama kelamaan dia ada laa tolong Chen Xiao Xi tu takpun dia akan tolong dalam senyap tanpa pengetahuan Chen Xiao Xi tu. Dalam masa yang sama depa dua ni adalah satu geng dan dalam geng tu ada 5 orang semuanya -2 perempuan dan 3 lelaki.

Ada seorang tu (lelaki) atlet renang -Wu Bo Song, dalam diam minat kat Chen Xiao Xi nih, selalu ada di samping dia tapi Chen Xiao Xi ni layan Wu Bo Song tu macam kawan sebenarnya. Lepas tu bila Jiang Chen ni dapat tau yang Chen Xiao Xi macam rapat dengan Wu Bo Song, dia jadi tak selesa, dia cemburu. Jadinya dia selalu kacau takpun ejek-ejek kat Chen Xiao Xi. 
Wu Bo Song

Lepas semua yang jadi, kisah depa ni diteruskan lagi dengan kehidupan di universiti. Jiang Chen pun dah mengaku Chen Xiao Xi ni girlfriend dia kat kawan-kawan dia –walaupun Chen Xiao Xi masih tak cantik lagi waktu ni. Waktu ni Jiang Chen ni tengah praktikal jadi doktor pakar bedah.

Lepas tu Jiang Chen ni dapat jadi doktor di hospital yang dia praktikal dulu dan biasalaa kan bila dah jadi doktor ni, sibuk saja kerja dia. Ada satu scene ni yang aku tak berapa ingat, Jiang Chen ni kena buat pembedahan kat pesakit dia tapi malangnya takdapat diselamatkan. Jiang Chen ni sedih sangat dan Chen Xiao Xi pun dia tak berapa nak layan. Dalam masa yang sama Chen Xiao Xi ni marah kat Jiang Chen sebab buat perangai macam tu, dia taktau pun hal apa yang dah jadi kat Jiang Chen sebenarnya dan akhirnya depa break up.

Lama sikit lepas tu, Chen Xiao Xi ni dah kerja dan dah pandai make up –cantik weh, dia kerja sebagai pelukis komik kalau tak silap aku. Haa waktu ni Jiang Chen pulak duk kejar cinta Chen Xiao Xi tapi dia dah tawar hati, sebab dah terluka dengan apa yang Jiang Chen buat dulu.




Nak tau kesudahan drama ni? Hahahaha hampa kena p tengok laaa ending dia. Drama ni ada 23 episod dan dalam episode 23 ni depa tunjuk macam mana Jiang Chen ni mula suka dekat Chen Xiao Xi waktu sekolah dulu. Dari situ hampa boleh tau laa yang Jiang Chen ni memang dah lama suka kat Chen Xiao xi cuma ego dia tu tinggi haa.




Sampai sini dulu untuk entri kali ini, jangan lupa tengok drama A Love So Beautiful ni ya !
Have a good day guys.