Showing posts with label varietyshow. Show all posts
Showing posts with label varietyshow. Show all posts

Sunday, May 3, 2020

Rii's Newsletter; Volume 02

Assalamualaikum everyone.
How's your puasa? Harapnya semua baik-baik saja, InsyaAllah.

Today was a tired day for me.



What to watch; A GOOD MOVIE FROM JAPAN.

Hidarite Ippon no Shuuto (2020), kisah tentang Tanaka Masayuki yang aktif bermain bola keranjang. Dia sangat suka dengan bola keranjang, macam bola keranjang ni hidup dia. Akan tetapi malang tidak berbau, dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia dikejarkan ke hospital dan disana, doktor mengesahkan Masayuki ni mengalami pendarahan otak due to cerebral arteriovenous malformation. 


Walaupun dia selamat menjalani pembedahan, Masayuki masih berada dalam keadaan koma selama beberapa hari. Setelah beberapa hari dalam keadaan koma, Masayuki telah sedarkan diri dan nasib masih tidak menyebelahi dirinya kerana bahagian kanan tubuhnya lumpuh.

Apakah nasib Masayuki?
Dapatkan dia bermain bola keranjang kembali?


My thoughts :
Salah satu filem kegemaran aku untuk tahun ni, filem ni based on true story actually. Teriak jugak aku tengok filem ni sebabnya, first tu sedih tengok keadaan dia dan lepas tu sedih yang gembira tengok semangat dia. Satu lagi, aku suka macam mana Masayuki ni punya ibu bapa, cikgu-cikgu dia dan kawan-kawan dia tetap bagi semangat dan dorongan kat Masayuki ni.

Best filem ni, cuba laa tengok -8/10.



Two RECOMMENDED KOREAN DRAMA For Today.

 


Memorist (2020),
When Dong Baek was a high school student, he suddenly gained a supernatural power. Whenever he touches somebody, he can read that person's memory. Dong Baek reveals his memory reading ability to people and he becomes a detective. 


Dah tengok ke belum drama ni? Aku tengok dah tapi sekerat ja, takat episod 1 dan 2 tapi menarik jugak drama ni dan ada Yoo Seung Ho (my favourite tau).



Find Me in Your Memory (2020),

Find Me in Your Memory depicts a love story between Lee Jung Hoon and Yeo Ha Jin. Lee Jung Hoon works as an anchorman at a broadcasting station. He has hyperthymesia, a condition that allows him to remember nearly every moment in his life. Meanwhile, Yeo Ha Jin is a top actress. She has forgotten her past. Due to this, she lives as she pleases.

Aku tak tengok lagi tapi masukkan dalam list dulu sebab ada Kim Dong Wook. Minat dia sebab tengok lakonan mantap dia dalam drama The Guest. Drama ni dia nak sweet tapi tak sweet sangat, haha.




Currently watching the ONGOING NEW ANIME.


Kami no Tou (2020), Tower of God centers around a boy called Bam, who has spent most of his life trapped beneath a vast and mysterious Tower, with only his close friend, Rachel, to keep him company. When Rachel enters the Tower, Bam manages to open the door into it as well, and faces challenges at each floor of this tower as he tries to find his closest companion.

Currently watching this new anime dan suka sangat sebab genre dia aksi dan misteri. 




A brand new KOREAN ENTERTAINMENT SHOW.

Road To Kingdom (2020), salah satu rancangan yang aku nantikan. Kalau sebelum ni ada versi perempuan iaitu, Queendom dan kali ni versi lelaki pulak.

Bagi aku versi lelaki ni agak gempak jugak tapi syarat-syarat dia tu tak berapa nak syok sikit. Baru release Khamis hari tu, episod 1.

Untuk kali ni ada 7 kumpulan semuanya,

  • Pentagon
  • ONF
  • TheBoyz
  • Oneus
  • Golden Child
  • Verivery
  • TOO
dan memandangkan aku ni #multifandom so semua aku minat hahaha.


I am anticipating for the next episode!



Dan akhirnya sampai disini dulu aku bercerita.
See you next time!

#StayatHome #StaySafe

Monday, May 8, 2017

Random Stories with K-Stories

Assalamualaikum dan hai. 



Alhamdulillah my laptop is back and safe haha. Entri kali ni aku nak menulis tentang beberapa cerita pasal kpop sebab beberapa minggu ni mood seronok tengok drama and reality show korea. So aku dah bagi warning haa, it's about kpop.


Produce 101 Season 2 - male version 



Buat masa sekarang aku tengah syok layan reality show or survival show iaitu Produce 101 tapi yang ni Season 2 punya, yang Season 1 aku tak layan pun just tengok gitu-gitu saja sebab para peserta semua perempuan kan. Untuk season terbaru ini, aku akan layan sampai final episod sebab para peserta semuanya lelaki hahaha - biasalaa kan lumrah kehidupan dimana lelaki minat perempuan dan perempuan minat lelaki. 


Amboi ayat.



Kali ini pengacara wanita iaitu BoA iaitu seorang penyanyi manakala untuk Season 1 dulu Jang Keun Suk - pelakon. Aku taktau laa sebab aku tak tengok yang season lepas punya tapi aku suka sangat BoA nih sebab dia suka bagi kata-kata semangat dekat para peserta.


Oh ! Lupa nak explain kat hampa pasal Produce 101.




Well, Produce 101 ni sebenarnya survival show dimana melibatkan 101 trainees dari pelbagai agensi, contohnya Jellyfish Ent., Pledis Ent. dan sebagainya. Pada permulaan episod, semua peserta kena buat persembahan di depan para pengajar untuk nak tentukan ranking kelas - A to F but the rules to be in A class are quite though walaupun persembahan depa mantap elok but still dapat B or C. 




For next episode, depa kena pilih ahli group dan buat persembahan, battle group performance - jadinya 2 group akan dapat 1 lagu yang sama. Lepas habis ja buat persembahan semua, BoA akan umum 60 orang peserta sahaja yang akan kekal untuk episod seterusnya untuk yang selebihnya akan disingkirkan. 





Pehh sedih weh part ni.

Aku recommend laa kat hampa untuk tengok bukan apa, untuk nak ketahui perjalanan kehidupan untuk nak jadi artis korea yang satu dunia tergila-gilakan ni bukannya semudah muncul di dalam televisyen dan terus mendapat tempat di hati para peminat. Sebelum nak debut jadi artis nih, as a trainee macam-macam dugaan yang perlu dihadapidan salah satunya berjauhan daripada keluarga.

Well, ada manis ada pahitnya gituu.



Three Best Asian Drama - recommended.


Yang pertamanya drama korea iaitu Man to Man yang mana watak utamanya adalah Park Hae Jin. Drama ni adalah drama action + love genre tapi pehh bagi aku memang best sangat, hampa dah boleh start tengok dah sebab sekarang dah episod 5 kalau tak silap aku. 

Tengok tau.




Next, sapa kat sini peminat Princess Hours? Haaa, aku sarankan hampa tengok drama Thailand ni iaitu Princess Hours a.k.a Princess Hours Thai tajuk dia, remake drama Princess Hours sebenarnya. MasyaAllah, dia punya hero tu comel kot hahaha seriously! Dekat youtube dah ada sampai episod 3.

Give it a try okay? 



Last, yang ini aku rasa drama terbaru dan mungkin jugak drama latest yang Oguri Shun berlakon - Crisis. Aku ni memang minat tengok Oguri Shun ni, dengan gaya dia yang cool haha. Aku baru tengok episod 1 petang tadi, best kot action jugak. 

Masukkan dalam list hampa nah!


Wednesday, December 28, 2016

TELATAH SEO JIN, ERIC DAN KYUN SANG DALAM 3 MEALS A DAY SEASON 3 - FISHING VILLAGE

Assalamualaikum and hi.


Baru saja lepas tengok 3 Meals A Day - Fishing Village ni; episod 10 semalam and pagi tadi aku ulang tengok balik. Mulanya aku takmau tengok yang Fishing Village ni, sebab still dok syok yang Gochang Village tu hahaha walaupun dah habis, siap download lagi. Tapi hari tu aku saja try tengok, haa bajet belagak takmau tengok sangat tapi dah terpikat. Start dari waktu tengok tu until now, setiap Rabu malam mesti duduk depa TV hahaha.







3 Meals A Day - Fishing Village; 

Actually 3 Meals A Day yang aku tengok ni yang season three punya, ada lagi yang lain cuma yang sempat aku tengok yang ni dengan yang Gochang Village tu. Aku cadangkan hampa semua untuk tengok rancangan ni, best tau try laa tengok sekali. 

Untuk yang season three ni castnya ialah Pelakon Lee Seo Jin, Pelakon dan Penyanyi Eric Mun dan Pelakon Yoon Kyun Sang. Untuk yang tak kenal depa-depa ni; Seo Jin ada berlakon dalam drama Marriage Contract, Eric dia ni ketua dan jugak ahli kumpulan senior Shinhwa + dia lead actor dalam Spy Myung Wol dan Kyun Sang pulak aku first kenal dia dalam drama Pinocchio ; dia jadi abang kepada Lee Jong Suk.








Part yang paling best dalam 3 Meals A Day ni adalah time memasak, Eric punya skill memasak memang thumbs up laa ; kemas dan jugak teratur. Betullah orang kata artis ni atas pentas lain, bila real life lain. Sebab apa aku kata macam tu, hahahaha Eric ni kalau hampa tengok kat atas pentas memang wow memang bercharimalah but bila hampa tengok dalam rancang ni, dia kadang tu rajin termenung sendiri. Bila tengok balik, aku macam 'Hmm, depa ni pun orang macam kita jugak tapi depa artis.'







Kyun Sang pulak, dia ni comel sangat dan blur jugak pada mulanya but lama-lama dia banyak belajar dari 'abang-abang' dia and now dah pandai buat. Kyun Sang ni kuat makan, setiap kali time nak makan mesti bekas makan termasuk pinggan camca semua extra besar kat dia. And kucing-kucing dia pon comel sangat ; Kong dengan Mong.

 





Seo Jin ni dia macam belagak sikit cara dia tapi dak pon, saja jaa tu + dia punya lesung pipi dalam kot haha. Dia laa yang rajin nyalakan api bila time nak masak and rajin kumpul kayu + pemandu bot haha dan juga tukang masak nasi. But satu ja dia ni, suka pakai cermin mata hitam hahaha. 







Ericar








Setakat ni, aku memang seronok tengok rancang ni and macam-macam resepi yang aku belajar dari rancangan ni antaranya ; Kalguksu @ secara kasarnya mee gunting. Hahaha, aku dah try buat dua kali dah. Not bad and sedap hahaha.








Have a nice day and until we meet again ~


Sunday, December 18, 2016

INFINITY CHALLENGE - Reunion 16 years Sechs Kies with Ko Ji Young

Assalamualaikum and Hi :)





Wahhh, aku still tak boleh nak move on lagi dengan 'Reunion 16 years Sechs Kies with Ko Ji Young' yang aku tengok dkt Infinity ChallengeLike seriously memang aku tak boleh move on hahahaha.

Mesti ada yang tertanya Sechs Kies? Apa tu? Rancangan ke apa? Ko Ji Young? Sapa?
Ok mai sini aku terang satu persatu. Harap ada yang memahami haha. Aku tau pasal Sechs Kies ni dulu sejak tahun 2010 mcm tu ( minat kpop kan ) adalaa tau sikit-sikit. Maksud aku pernah dengar. Diorang ni boyband mcm Super Junior, Shinee tu tapi diorang ni ada sebelum Super Junior haa. Mungkin ada yang tau pasal group GOD or H.O.T? Haa Sechs Kies ni satu batch dgn diorang laa.

Diorang ni debut tahun 1997, perghhh waktu tu aku muda gilaaa hahaha. Lepas tu tahun 2000 diorang disbanded. Sechs Kies ni maksud dia 'Six Crystal'. Diorang ni ada dua sub unit iaitu Black Kies and White Kies and ada 6 org ahli dalam group ni; Eun Ji Won, Kim Jae Duc, Ko Ji Yong, Jang Su Won, Lee Jae Jin and Kang Sung Hoon.



[ Sechskies zaman dulu]



Salah sorang member Sechs Kies ni, Ko Ji Yong dah berhenti daripada dunia hiburan. Tak penah muncul kat TV sebabnya dia sendiri cakap yang dia ni takdak talent. Sekarang dia dah jadi business man yang berjaya. Kiranya peminat-peminat even some Sechs Kies's member ni tak pernah jumpa dia selepas diorang disbanded. Gila lamaa wehh, 16 tahun bukan 1, 2 tahun. So team Infinity Challenge ni p laa cari Ji Yong ni sebab nak mintak dia join seklai la kan dgn members lain. Nak buat reunion kot but Ji Yong tak bagi kata putus.



Infinity Challenge Ep 478

Ok ada satu part tu, Jaesuk bagitau laa diorang ni pasal Ji Young, maksud aku Jaesuk ni ada contact Ji Young. Lepas tu Jaesuk kata tapi ...... ( waktu ni aku jadi sebak pasai pa tak tau) Ji Yong kata agak sukar kalau nak join diorang. 


[ tengok reaksi diorang, muka hambar gila ]









Then Jaesuk kata ada orang untuk gantikan tempat Ji YongJaesuk dah cari org yang nak sama macam Ji Yong untuk nyanyi sekali dengan diorang. Waktu ni aku tergelak dah muka sorang-sorang makin hambar lagi. Jaesuk pon pi jemput org tu, tengok-tengok muncul Ji Yong ( aku dah agak dah Ji Yong akan mai punya demi members group dia kan, waktu ni aku teriak sikit. lama kot, 16 tahun tak jumpa.) Waktu ni diorang jadi awkward sampai taktau nak buat apa, kaku weh. Hahaha.





[ Sechs Kies 2016 !! ]


Lepas tu team Infinity Challenge ni bawak diorang p satu stadium ni, members Sechs Kies kecuali Ji Yong kena tutup mata diorang. Bila semua buka jaa penutup mata tu, pehhhh peminat diorang banyak kot sambil pegang belon warna kuning. Warna kuning tu warna khas untuk group diorang, macam kumpulan GOD color biru. Bagi aku waktu tu sekali lagi aku teriak sikit. 





And now, diorang dah aktif balik but as 5 members saja.

[ Happy reading yo ! ]