Tuesday, January 9, 2018

Kisah percintaan dari zaman persekolahan sehingga universiti dalam A LOVE SO BEAUTIFUL


Assalamualaikum dan hello.

Aku selalunya suka cerita pasal drama korea dalam blog ni tapi untuk kali ini aku nak cerita pasal satu drama china dan aku adalah salah seorang yang agak susah nak minat drama china ni, so bila aku cerita dalam ni kira best laa drama tu bagi aku. Ada dua @ tiga lagi drama china yang aku dah tengok tapi nanti aku akan ceritakan kemudian dan kebanyakkan drama china yang aku tengok cuma remake dari drama korea sebenarnya.

Untuk drama china ni tajuknya –A Love So Beautiful, weh hero dalam drama ni handsome betul laa, jatuh cinta aku hahaha. Heroin pun boleh tahan comel dan segak, dan yang pastinya aku suka jalan cerita drama ni. Mungkin permulaan drama ni hanya macam drama biasa yang kita selalu tengok tapi ending dia tu agak special sikit haa.

Taktau laa bagi hampa tapi bagi aku best dan aku tau banyak yang tak suka tengok drama china termasuk kawan-kawan aku, memang depa tak suka taktau kenapa tapi hampa cuba laa tengok dulu tau.

P/S : Baca dulu baru gambar :)



So kat bawah ni pelakon-pelakon untuk drama ni.

Hu Yi Tian sebagai Jiang Chen
Shen Yue sebagai Cheng Xiao Xi
Gao Zhi Ting sebagai Wu Bo Song




Drama ni bermula waktu depa nih belajar di sekolah menengah, kisah dia pasal Chen Xiao Xi (rupa selekeh/nerd) ni minat kat Jiang Chen (handsome/kemas), minat sangat-sangat tapi macam biasa laa Jiang Chen ni berlagak sikit tak mau layan Chen Xiao Xi pada mula tu dan depa dua ni berjiran. Tapi lama kelamaan dia ada laa tolong Chen Xiao Xi tu takpun dia akan tolong dalam senyap tanpa pengetahuan Chen Xiao Xi tu. Dalam masa yang sama depa dua ni adalah satu geng dan dalam geng tu ada 5 orang semuanya -2 perempuan dan 3 lelaki.

Ada seorang tu (lelaki) atlet renang -Wu Bo Song, dalam diam minat kat Chen Xiao Xi nih, selalu ada di samping dia tapi Chen Xiao Xi ni layan Wu Bo Song tu macam kawan sebenarnya. Lepas tu bila Jiang Chen ni dapat tau yang Chen Xiao Xi macam rapat dengan Wu Bo Song, dia jadi tak selesa, dia cemburu. Jadinya dia selalu kacau takpun ejek-ejek kat Chen Xiao Xi. 
Wu Bo Song

Lepas semua yang jadi, kisah depa ni diteruskan lagi dengan kehidupan di universiti. Jiang Chen pun dah mengaku Chen Xiao Xi ni girlfriend dia kat kawan-kawan dia –walaupun Chen Xiao Xi masih tak cantik lagi waktu ni. Waktu ni Jiang Chen ni tengah praktikal jadi doktor pakar bedah.

Lepas tu Jiang Chen ni dapat jadi doktor di hospital yang dia praktikal dulu dan biasalaa kan bila dah jadi doktor ni, sibuk saja kerja dia. Ada satu scene ni yang aku tak berapa ingat, Jiang Chen ni kena buat pembedahan kat pesakit dia tapi malangnya takdapat diselamatkan. Jiang Chen ni sedih sangat dan Chen Xiao Xi pun dia tak berapa nak layan. Dalam masa yang sama Chen Xiao Xi ni marah kat Jiang Chen sebab buat perangai macam tu, dia taktau pun hal apa yang dah jadi kat Jiang Chen sebenarnya dan akhirnya depa break up.

Lama sikit lepas tu, Chen Xiao Xi ni dah kerja dan dah pandai make up –cantik weh, dia kerja sebagai pelukis komik kalau tak silap aku. Haa waktu ni Jiang Chen pulak duk kejar cinta Chen Xiao Xi tapi dia dah tawar hati, sebab dah terluka dengan apa yang Jiang Chen buat dulu.




Nak tau kesudahan drama ni? Hahahaha hampa kena p tengok laaa ending dia. Drama ni ada 23 episod dan dalam episode 23 ni depa tunjuk macam mana Jiang Chen ni mula suka dekat Chen Xiao Xi waktu sekolah dulu. Dari situ hampa boleh tau laa yang Jiang Chen ni memang dah lama suka kat Chen Xiao xi cuma ego dia tu tinggi haa.




Sampai sini dulu untuk entri kali ini, jangan lupa tengok drama A Love So Beautiful ni ya !
Have a good day guys.


12 comments:

  1. I love this drama! It was so cute and sweet that my mouth and cheeks hurt because I kept smiling and grinning like crazy! :D

    ReplyDelete
  2. wooo ini cerita yang orang dok sebut2 tu.. semanis gulaaa katanya hehe..

    ReplyDelete
  3. mcm best je crita nih...nk tgk laa...

    ReplyDelete
  4. i'm watching the drama right now and Cheng Xiao Xi is so cute!

    ReplyDelete
  5. ituDewa Poker Domino QQ | Ceme Judi Domino QQ | Agen Domino QQ | Domino QQ Online | Agen Poker |

    MAINKAN DAN MENANGKAN HADIAH TOTAL PULUHAN JUTA, TANPA DI UNDI !!!
    Jika Telah Mencapai Turn Over Selama Satu Bulan (periode per-tanggal 6 OKTOBER - 6 NOVEMBER 2019)
    Maka Member Berhak Mendapatkan Hadiah Langsung Sesuai Dengan Daftar Hadiah Yang Ada Di Bawah Ini:

    - Juara 1 DAIHATSU ALYA 1.0 D MANUAL (Senilai Rp.100.000.000,-)
    - Juara 2 YAMAHA XABRE 150 (Senilai Rp.30.000.000,-)
    - Juara 3 SAMSUNG GALAXY TAB S5E 4/64GB (Senilai Rp.7.000.000,-)

    SYARAT DAN KETENTUAN : ituDewa

    Yuk Langsung Gabung Tunggu Apa Lagi !!! Daftar ituDewa
    Minimal Deposit Rp.25.000,- Dan Withdraw Rp.50.000,-
    Bonus Cashback 0,3% Dan Referral 20%
    Promo Bonus Deposit NEW MEMBER 10%

    => Menerima Deposit Via : OVO, PULSA XL, PULSA TELKOMSEL

    Line: ituDewa
    WeChat : OfficialituDewa
    Telp / WA : +85561809401
    Livechat : ItuDewa Livechat

    ReplyDelete
  6. If you're trying hard to lose fat then you absolutely need to try this totally brand new custom keto plan.

    To create this keto diet service, certified nutritionists, fitness couches, and professional chefs have united to produce keto meal plans that are powerful, convenient, economically-efficient, and satisfying.

    From their first launch in early 2019, 100's of people have already remodeled their figure and well-being with the benefits a good keto plan can offer.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-proven ones provided by the keto plan.

    ReplyDelete