Sunday, October 16, 2016

Ji Sung in Kill Me, Heal Me

Assalamualaikum dan hi. 



Jisung, hampa kenal dak ni? Bukan pemain bola tu, bukan yang tu Park Jisung. Kalau peminat kpop mungkin kenal la dia ni sapa but yang non-kpoppers ni tak kenal kot, mungkin sapa yang tengok drama Kill Me, Heal Me kenal? Hahaha. Jisung ni adalah seorang pelakon yang bagi aku talented la, dia boleh lakonkan pelbagai lakonan. Serius memang terbaik, bak kata orang korea daebak! Sebelum ni dia berlakon cerita Secret Love dan banyak lagi la tapi in this drama lakonan dia memang the best.

Sedikit sebanyak pasal drama Kill Me, Heal Me nih; dimana watak utama dia Jisung ni as Cha Do Hyun adalah seorang anak dari keluarga yang kaya. Cha Do Hyun ni suffers from dissociative identity disorder (DID), ada 7 personaliti yang berbeza. Haa bab ni laa yang aku kata dia talented tu. Bayangkan dalam satu drama dia boleh berlakon 7 watak. Kalau hampa ada tengok cerita Hyde Jekyll and Me, ada Hyun Bin as hero dalam drama tu. Dia ada 2 personaliti saja but yang ni ada 7. Well orang lain pon boleh buat jugak tapi entry ni aku buat khas untuk Ji Sung ja hahahaha. 






1. As himself; Cha Do Hyun.


Yang ni memang diri dia yang normal la dimana dia seorang yang baik hati dan suka membantu orang lain. 



2. Shin Se Gi


Seorang lelaki kasar  yang muncul apabila Cha Do Hyun mengalami keganasan. Kiranya Shin Se Gi ni adalah seorang yang kuat lawan semua tu, macam ada aura hitam di situ haha. Dia boleh menjadi ganas, tetapi dia tidak pernah menyakitkan kanak-kanak dan wanita.




3. Perry Park


Seorang lelaki berusia 40 tahun with an affinity for fishing and building bombs. Dia ni akan muncul bila Cha Do Hyun rindukan sweetside bapanya. Perry Park ni lawak orangnya.




4. Ahn Yo Sub



A suicidal, seorang budak lelaki bijak yang berusia 17 tahun and an artist. Dia ni muncul bila Cha Do Hyun cuba untuk membunuh diri ketika di High School. Dia ada saudara kembar, Yo Na.




5. Ahn Yo Na


Yo Na ni sangatlah nakal dan berusia 17 tahun dan juga sukakan kpop idols. Dia muncul bila Cha Do Hyun mengalami banyak kesakitan atau tekanan mental, dan perlu bertahan itu secara sembunyi-sembunyi. Yo Na ni tertarik pada Oh Ri-on ( lakonan Park Seo Joon ) dan adik kembar kepada Yo Sub. Bila tengok part Yo Na ni, memang lawak weh, tak larat gelak. Memang menjadi Ji Sung ni berlakon jadi perempuan. Hahahah.




6. Nana

Seorang gadis berusia 7 yang memiliki sebuah teddy bear bernama Nana dan mendedahkan bahawa namanya adalah Cha Do-hyun. Dia adalah penjelmaan kebimbangan zaman kanak-kanak Do-hyun.




7. Mr. X



Seorang lelaki misteri yang tiba-tiba muncul dan mengaku sebagai bapa Na-na. Haa Mr. X ni muncul nak last-last episod, tetiba ja.



Overall, aku suka lakonan Ji Sung. Dia orang first yang aku tengok bawak 7 watak dalam satu drama. Bravo weh bravo. Antara 7 personaliti ni, yang mana satu fav. hampa?




Bagi aku, aku suka Shin Se Gi sebabnya dia ni kuat and boleh protect orang and satu lagi aku suka Ahn Yo Na hahaha sebab nampak annoying dgn watak tu tapi lawak gila tambah-tambah bila dia bergaduh dengan heroin dalam drama tu.



Oklah, that's all for now. 





4 comments:

  1. omg shin se gi, the charming bad guy, masa drama tengah hot dulu kan, kitorang classmate dah macam ape dah berderet letak shin se gi sbg whatsapp profile,lepastu berebut nak jadi awek dia.kahkahkah...

    dah degree tp mcm bebudak, fenomena shin se gi.kalah watak utama cha do hyun walaupun orang yang sama je

    ReplyDelete
  2. Kan, shin segi sangatlah handsome walaupun depa tu org yg sama. Hahaha. Yup dlu mmg hot drama ni.

    ReplyDelete
  3. cerita ni serious best! Fatin suka betul tengok..lagi2 ji sung berlakon byk watak dalam drama ni..kelakar betul bila dia jadi ahn yo na..hehe

    ReplyDelete
  4. kill me heal me serius best gilaa ! and truee, kagum dgn ji sung ni sbb dia sgt talented boleh berlakon sampai 7 watak kott. dah la different characters. and the most i like is shin se gi ! though org yg sama but in charac of se gi lagi hensem hahahaa. and plus klau se gi merajuk comel je hahaa. bila part yo na mmg tak kering gusi gelak tgk. I cant forget this dramaa huhuu ><

    ReplyDelete