How I Do Blogging and Blogwalking


Assalamualaikum dan hi.

Hari ni macam nak bercerita pasal blog pulak, kalau sebelum ni asyik tulis pasal review movie takpun lagu korea saja kan tapi hari ni mood lain pulak muncul. Bercerita tentang blog ni, ada tiga perkara yang aku nak senaraikan dan mungkin benda ni memang style aku saja kot yang aku buat sebagai seorang blogger serta bila aku 'blogwalking' ke blog rakan-rakan lain.



01. 'SIMPLE BUT NICE' BLOG

Perkara ni sangat penting bagi aku, kekemasan blog. Bukan saja rumah yang perlukan kekemasan tetapi blog juga memerlukan kekemasan. Bila blog aku sendiri kemas dan aku pun puas hati maka hati pun tenang dan ceria saja bila nak menulis entri. Bagi aku, cukup sekadar 'simple but nice' sahaja.

Sama jugak bila aku 'blogwalking' ke blog-blog lain, first impression aku adalah kekemasan blog, perkara ni sangat penting bagi aku. Kenapa? Sebab bila aku blogwalking ke blog yang kemas, mood untuk nak tau lebih lagi pasal blog tu lebih tinggi tapi bila bukak blog yang kurang kemas, or mungkin agak semak, mood tu akan berkurang. Ini pendapat aku saja laa.


02. AN ENTRY

Untuk bahagian ni, aku selalunya akan menulis dulu apa yang ada dalam fikiran aku ni, kemudian dah siap tulis secara kasar, aku akan baca balik apa yang aku tulis dan perbetulkan ayat yang mana tak sedap untuk dibaca oleh orang lain -bukan apa, zaman sekarang apa-apa perkara yang jadi pun jenis cepat viral, mana dengan wujudnya 'makcik-makcik bawang' lagi. Dah siap betulkan, aku preview dulu dan bila aku puas hati aku publish entri tu.
Oh ya, satu lagi perkara yang boleh dikatakan wajib aku buat adalah; aku akan justify setiap perenggan dalam entri yang aku tulis. Kalau aku tak buat yang tu, aku tak senang duduk hahaha -sebab aku yang jenis suka kekemasan blog.


03. COMMENT

Meninggalkan komen bagi aku adalah satu perkara yang perlu dilakukan apabila menjadi seorang blogger, tak gitu? Iyalah, perlu jugak untuk kita meninggalkan komen di blog seseorang dan kadang-kadang dengan meninggalkan komen itu boleh dijadikan semangat untuk terus berblogging. Ini apa yang aku rasai -bila ada rakan-rakan blog lain tinggalkan komen dimana-mana entri aku, aku akan rasa gembira dan semangat nak teruskan berblogging ni semakin membuak-buak. Walaupun kadang-kadang aku menjadi silent reader tetapi aku ada jugak meninggalkan komen di blog rakan-rakan lain.

Satu perkara lagi, mungkin ini penting bagi aku dan mungkin ini tak penting untuk hampa -aku suka dan akan reply komen-komen yang ditinggalkan disetiap entri di blog aku, it is as one of the token of appreciation from me for you guys who are willing to leave comments or give opinions. I'm so sorry to say this but aku rasa kalau tak reply komen ni macam sombong pulak HAHAHAHA walaupun tak sebenarnya. Dulu aku macam tu tapi sekarang aku tengah baiki perkara ni.




IKLAN : A SFRNFZL's Giveaway masih berlangsung, untuk yang tak join lagi tu jemputlah join ya. Ada lagi 17 hari lagi, sempat lagi tu.



Setakat ini 3 perkara ni saja dulu yang penting bagi aku tentang blog, InsyaAllah mungkin aku akan tulis entri baru untuk yang lain pulak. Ok aku nak tegaskan, dekat entri ni aku tak mention nama mana-mana blog tau.


Sorry entri ni macam hambar saja tapi baca sajalah.


Have a good day!

25 comments :

  1. Haii ccl singgah sini ..
    Bagi ccl blogwalking ni sangat penting juga . Bru blogger2 lain tahu akan kewujudan kita

    ReplyDelete
  2. pendapat kita sama..singgah sini ya..hehee..

    ReplyDelete
  3. sama la kita suka justify entri jugak. Baru nampak kemas dan best nak baca :D

    ReplyDelete
  4. Kekemasan blog memang penting and of course blogwalking pun penting jugak

    ReplyDelete
  5. Samalah, Mai tak suka blog yang macam bangunan tak siap, kekeke.

    ReplyDelete
  6. hahaa. it's true ! mush pun xsuka blog jenis nampak serabut kalau boleh better buat blog skin sendiri tapi kemas ikut citarasa sendiri :D

    ReplyDelete
  7. Betul tu kalau masuk blog tu kemas boleh lepak lama-lama 😅

    ReplyDelete
  8. Yep I agreed with you, kekemasan blog itu sangat penting

    ReplyDelete
  9. Yes. Kekemasan blog sangat penting. Tak suka dengan blog yang serabut dan satu lagi blog ada lagu. Hehe. Jenuh nak cari mana nak off kan lagu itu 😅 Kita sama bab justfiy entri. Hee. Tak suka jugak bila tak sama perenggan 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul, kadang tu volume dkt laptop lupa nak off bila bukak jaa blog yang ada lgu ni mengelabah terus.

      Delete
  10. Haiii...singgah sini di petang hari. Saya setuju dengan 'simple but nice' punya style. Pembaca pun takkan bosan dan sakit kepala bila baca entry dekat blog yg kemas. hehehe

    ReplyDelete
  11. Samalah kita. Selalu justify kan all the paragraphs :D

    ReplyDelete
  12. Iyetu blog yg kemas mmg rasa nak explore kan apa blogger tu share dlm blog dia. Hihi

    ReplyDelete

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates