A Day in Sungai Petani

Assalamualaikum dan hi.

Kelmarin aku baru saja balik dari Sungai Petani dia mana aku pergi ke sana pada Hari Sabtu pagi. Kali ni aku tak keseorangan ya,  aku pergi dengan mak aku dan tujuan kami pergi ke sana sebab pak njang aku ajak makan kenduri di rumah dia. Dalam masa yang sama angah aku pun ajak pergi kenduri di rumah sahabat amanah ikhtiar dia tu, so dah alang-alang kami pergi ke dua-dua kenduri tu -orang utara kata sekali harung saja.



Awal-awal pagi tu aku dengan mak aku naik tren dari Bukit Keteri ke Sungai Petani (harga tiket : RM8.10 seorang -dewasa) pukul 7.37 pagi, so dalam pukul 8.42 pagi macam tu kami sampai di Sungai Petani dan angah aku ambik kami di stesen KTM tu. Balik rumah angah aku kemudian pukul 12 lebih-lebih keluar pergi kenduri yang angah aku ajak tu di Kuala Ketil, jauh bebenor tempat kenduri tu dari rumah angah aku. 

Bila dah sampai, orang sana sambut baik punya dan seriously lauk kenduri dekat situ sedap-sedap belaka walaupun simple saja-ada ayam goreng, daging masak hitam dan kerabu perut lembu. Lepas tu kami terus pergi rumah pak njang dan makan pulak kat sana, lama jugak duduk situ dah sebab sepupu mak aku kan -mesti nak bersembang sat. 






Dua-dua ni memang favourite aku.


Dah habis semua tu, kami terus balik rumah dan rehat. Letih jugak dan kenyang tapi Alhamdulillah lauk-lauk kenduri sedap dan memuaskan. Petang tu pulak dalam pukul 5.30 kami keluar pulak dan kali ni pergi ke MyDin, niat tu hanya nak beli buah-buahan yang bubuh asam sekali tu tapi angah aku ajak masuk MyDin tengok-tengok barang dalam tu. Di Mydin tu aku ada jugak laa beli sikit tapi beli makanan jalaa hahaha sebab aku ni kuat jugak makan, lepas jalan-jalan dalam MyDin kami singgah makan di MarryBrown.



Kasut : RM15

Beg : RM25
Shawl : RM10

Lepas makan terus balik rumah rehat sat sebab malam tu pukul 9 kami akan keluar lagi untuk pergi ke Uptown (it's uptown at sungai petani). Kat Uptown tu aku jadi rambang mata, semua benda nampak lawa dan semua nak beli tapi aku hanya beli tiga barang saja -itupun dah berapa dah harga haha. 


Habis jalan-jalan di Uptown tu, pergi cari kedai makan pulak untuk mengisi perut nih dan lepas tu terus balik rumat rehat dan tidur. Esok tu, pukul 8.59 pagi kami dah naik tren dari Sungai Petani balik ke Perlis, Bukit Keteri. 


Letih tu memang letih tapi dalam masa yang sama best jugak.


Sampai sini dulu cerita dari aku, have a good day guys!
                           

8 comments:

  1. bestnya jalan2..seronok laa... cikyan suti pon duduk rumah je..hahha

    ReplyDelete
  2. letih tu belakang kira..kalau dah berjalan memang tak ingat langsung letih apatah lagi lenguh kaki

    ReplyDelete
  3. aduih sedapnya kerabu ngan perut lembu T_T

    ReplyDelete