Rasai kelainan gabungan biskut dan keju dengan Biskut Gery Cheese Crackers !



Assalamualaikum dan hi.

Dah lama rasanya aku tak menulis pasal makanan, kalau dulu rajin laa jugak menulis pasal rasepi masakan tapi sekarang banyak tulis pasal movie yang aku dah tengok tak pun pasal korea -tak drama korea, artis korea mahupun rancangan korea. Haha tak lepas jugak aku nih dari korea, ada saja nak diceritakan dalam blog ni. Jadi untuk entri hari ni aku nak tulis pasal makanan pulak, sapa yang tak suka makan kan.

Jadi pilihan makanan yang aku nak cerita pada hari ni adalah biskut gery, dah popular sangat dah biskut ni cuma baru hari ni berpeluang nak tulis nak bercerita dalam blog ni.


Biskut Gery Cheese Crackers



Biskut ni adalah salah satu biskut kegemaran aku sebabnya ada keju, aku kalau keju saja mesti aku suka sebab aku salah seorang peminat tegar keju. Biskut Gery ni sebenarnya ada dua perisa -yang satu tu keju (which is real cheese) dan satu lagi coklat dan jugak semestinya dua dua sedap.

Bungkusan biskut ni sangatlah comel bagi aku dan senang untuk aku nak bawa kemana-mana saja memandangkan bungkusan dia kecil dan muat untuk diletakkan di dalam beg aku. Lepas tu dalam bungkusan yang comel tu ada 5 paket dan setiap paket itu ada dua keping biskut. Wahh sangat memuaskan bagi aku dan kalau tiba-tiba rasa lapar ambik saja biskut gery ni dan makan. Mudah bukan?





Aku tau mesti ramai yang dah makan biskut gery ni dan untuk hampa yang belum cuba lagi tu cepat-cepat pergi beli dan cuba makan sebelum kehabisan murah dan berbaloi laa bagi aku -yang aku beli ni harganya RM4.90 sahaja.


6 comments :

  1. Biskut ni macam famous sangat dekat Malaysia tapi tak pernah jumpa pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yaka? Hahaha InsyaAllah nanti Farah akan jumpa biskut ni! :)

      Delete
  2. sy pon suka cheese.. best.. mkn hari2 pon xpe. xde mslh. hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, cheese is everything! Hahaha.

      Delete
  3. yang ni makan tak cukup sepeket ngeh3.. keje nak ngap n ngap n ngap..

    ReplyDelete

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates