KARI DAGING KAMBING - INTROVERTED GIRL

Saturday, January 7, 2017

KARI DAGING KAMBING

Assalamualaikum dan hi.




Hari ni nak share resepi yang aku dah masak, mungkin yang lain dah tau tapi aku nak share jugak sebab aku baru tau resepi haha. Actually aku tak tau apa nama resepi ni so aku letak Kari Daging Kambing

Resepi dari suami angah aku, dia orang Pakistan and dia ajar angah aku resepi sana then aku mintak angah aku ajarkan. Bagi aku, masakan ni tak susah pun sebenarnya ( haa belagak lol).

Here we go.







BAHAN-BAHAN :

Daging kambing (ikut korang berapa slices nak)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu kari daging
2-3 biji ubi kentang
1 biji bawang besar (blend@potong)
3 biji cili padi
Lada hitam
Jintan manis
Air 
Garam





CARA-CARA :

Potong daging kambing kecil-kecil kemudian basuh.
Rebus daging kambing tadi sampai kering air.


Untuk bagi daging lembut : Masukkan daging dalam kuali dan isikan air sampai hapus daging tu. Kemudian masukkan sedikit gula. Biar sampai kering air or daging tu lembut. Kalau tak lembut lagi, tambah air lagi.



Untuk kuah, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
Tumis bawang yang dah diblend@dipotong tadi sampai naik bau.
Masukkan tomato dan masak sampai jadi pes, kira sampai hancur laa dan masukkan cili padi.

Masukkan lada hitam dan jintan manis, make sure lada hitam dan jintan manis ditumbuk bagi halus dulu. Kemudian kacau sebati.

Masukkan kari daging dan kacau. Kemudian masukkan sedikit ait, lebih kurang setengah cawan sebab takmau bagi pekat.

Masukkan ubi kentang dan biarkan mendidih.

Perasakan dengan sedikit garam.

Last, masukkan daging kambing dan gaul semua sekali.



Boleh dimakan dengan nasi. Selamat mencuba ^^



さようなら

3 comments:

  1. Ringkasnya resepi! Mudah sangat ni. Mai kalau pegi mamak wajib amik kari kambing ni, fav.

    ReplyDelete
  2. Sis kalau kambing suka yg panggang jer. Boleh makan berpinggan pinggan. Hehe

    ReplyDelete
  3. Ringkas gile resepi.. Boleh cuba nanti... tengok gambar cam sedap.. Nyummm

    ReplyDelete