Sunday, May 31, 2020

Learn making art using Microsoft Excel with ARI! | Bahagian 1

Assalamualaikum semua, hi :)

Aku ingat nak buat a simple/quick art tutorial art guna microsoft excel. Selalunya kalau buat art ni mesti guna photoshop@illustrator kan atau yang sama sewaktu dengannya. Mungkin berguna untuk ampa yang tak mahir nak guna photoshop@illustrator atau macam aku nih, yang malas nak install depa dua tu (sebab laptop lama rosak dan sekarang aku guna laptop recon ja dulu) tapi memang nak buat art ja kejanya.

Kalau ada yang berminat, boleh laa baca post aku yang ni dan seterusnya~


Jom hari ni aku nak ajar serba sedikit buat art menggunakan tiga 'benda' ni with microsoft excel ;

1. GRADIENT.
 ____________________________________________________________

Buat bentuk dulu.
Insert - Shape - Pilih shape yang nak digunakan.

Buang outline.
Klik kat shape yang baru buat - Format - Shape Outline - No Outline

Shape Fill - Gradient - More Gradients

Harap pahamlah bila tengok gambar ni. Tak paham, tanya ya :)

Klik kat benda yang aku bulatkan dengan color merah tu dan pilih la color yang nak digunakan. Repeat sampai habis, dan ejaslaa jarak antara benda-benda tu mengikut citarasa sendiri.


Ok, dah siap! Macam tu saja nak buatnya, simple-simple aja. Harap ampa paham nah, kalau tak paham tu jangan segan silu tanya aku. Jangan risau, aku tak makan orang nah :) 

HAHAHA




Untuk nak buat background yang macam gambar kat bawah ni, step dia sama jugak tau. Ikut kreativiti masing-masing ya.






to be continued...



EXTRA POST,
This one is my latest art!





Monday, May 25, 2020

Aku buat art baru guna Microsoft Excel.




 Assalamualaikum and Eid Mubarak!


Memandangkan masih dalam perintah kawalan pergerakan so why not kan isi masa lapang? Haha, lagipun my favourite ni. Post kali ni, penuh gambar with caption ja, tulis tak banyak mana pon.

Aku mula...



Apa yang aku guna?
Benda asas saja aku guna iaitu Microsoft Excel dengan Paint, lepas tu bahan utama -gambar.



Apa yang aku buat?
Kali ni aku buat gambar Suga a.k.a Agust D (he's making a comeback with Daechwita), aku buat lakaran biasa saja, tak details sangat. Gambar pun, screenshot kat music video baru dia tu.



Mula-mula wajiblah Insert gambar yang nak digunakan dulu.

Kalau gambar tu takberapa jelas, aku akan zoom untuk memudahkan aku jugak.
 Alamak, lupa nak screenshot yang satu ni lahai. Untuk nak mulakan buat outline, aku buat macam ni ; Insert - Shape - cari Curve.


Ini hasil buat outline tu.Nampak tak kemas, tak elok langsung kan?

Macam mana aku buat coloring?
Untuk coloring ni, aku klik dekat bahagian mana yang aku nak color.

Shape Outline, then choose No Outline.

Shape Fill, then choose the colors.


The Outlines!

Kalau nak buat kedut-kedut tu, guna curve jugak the ikut line saja. Lepas tu, untuk ketebalan line tu, boleh pilih kat Shape Ouline - Weight.

Ok yang ni dah siap coloring dah. Baru nak nampak ghupaaaa!
Buat background pulak.
Untuk background kalau nak buat plain color pon boleh tapi aku saja ja nak bagi ala-ala sama, so kali ni guna gradient pulak. Tak akan jadi sama betul-betul, so-so jaa. 

First pilih bentuk mana yang nak guna. Kemudian, 

Shape Fill - Gradient - More Gradient.

Gradient Fill - Directions 

Lepas tu edit dekat Gradient stops. Ha, kena main dengan color sikit kat bahagian ni.

Inilah hasil.

Siap semua jangan lupa grouping!! Klik dekat salah satu shape then right-click - Group - Group.

Inilah outcome dia. Sama dak sama dak? Haha.

Save as .png jangan dilupakan ya!
Bila dah siap grouping, copy artwork tu or guna ctrl+c dan paste (or ctrl+v) dekat Paint. Then ejas bagi elok, save as .png!!!!


Aku ada buat yang lain jugak antaranya depa-depa kat bawah ni.

yang ni aku guna wallpaper bunga-buga, sofa tu buat pakai gradient ja sebab malas nak buat outline



_____________________________________________________________________


Ini paling favourite aku sebab puas hati dengan hasil baju dia tu, nak sama and the shirt looks nice!


_____________________________________________________________________


yang ni buat mata sama sebab jelas hahaha






Ok siap! Happy reading y'alls! Sorry ya kalau ada silap ka apa, satgi aku edit balik.
Bye, ada kejoo nak buat :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
#StaySafeStayHome



WILL BE BACK HERE FOR BLOGWALKING! DROP YOUR URLs!!

Thursday, May 21, 2020

Life in 2020 | Hari raya, Korban Kasih and Laptop.


Assalamualaikum everyone. Tak lama dah nak raya, yay!


Sambutan Hari Raya.

Hari raya tahun ni takdak lah meriah mana, kurang kemeriahannya sebab along dengan angah aku tak boleh balik. Nak buat macam mana kan, kena patuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Bukan untuk orang lain pun, untuk kebaikan diri sendiri jugak. Kalau kita tak jaga tak didik diri kita sendiri, sapa lagi kan? Itupun ada lagi yang dok gigih nak try balik kampung jugak, cuba nasib katanya.

Persiapan raya?

Persiapan tu tetap ada tapi tak seberapa, rumah tu wajiblah kena kemas. Dari segi kuih raya pulak, tahun ni aku buat sendiri -lagi sedap dan puas hati, kek pun aku buat jugak. Baju raya ada jugaklah sepasang, itu pun along belanja -terima kasih! Untuk menu wajib raya setiap tahun di runah aku iaitu laksa yang ayah aku buat dari kuah sampai laksa tu sendiri tetap ada. 

Sebenarnya raya bagi aku agak kurang meriah sejak tok aku meninggal, dah 5 tahun macam tu -rasa tu 'agak' suram. Sekarang ni, cukup sekadar sambut bersederhana (bagi aku laa) dan bersyukur kerana masih boleh sambut hari raya bersama keluarga. Alhamdulillah.

Persiapan raya hampa macam mana?



Drama Korban Kasih.

Pakat dah tengok ke drama ni? Best jugaklah, ada bab kehidupan, kekeluargaan dan tak dilupakan bab percintaan. Not too sweet and just nice, memang aku sukalah drama ni. Bagi aku one of the best drama melayu yang aku tengok memandangkan aku ni jenis kurang tengok drama melayu, hahaha. 


Drama lakonan Dynas Mokhtar, Saharul Ridzwan, Umi Nazeera, Azrel Ismail, Zara Zya, Ezzaty Abdullah. Lagu ost drama ni pun best, boleh pi cari kat youtube - Sampai Syurga nyanyian Ezad Lazim & Idayu. Drama ni panjang sikit episod dia, semua sekali ada 30 episod dan hari Sabtu ni adalah episod akhir.

Aku tulis sinopsis sikit untuk gambaran, 


Saharul Ridzwan (Jalil) | Azrel Ismail (Jamil) | Zara Zya (Fatimah) | Ezzaty Abdullah (Along)

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil, adiknya Fatimah dan Kak Longnya.


Untuk maklumat lanjut, masuk di sini : Korban Kasih



Laptop and laptop recon.



Ah laptop, one of the most important thing buat aku sebab dengan adanya laptop, macam-macam benda aku boleh buat. Aku nak print dokumen-dokumen penting kena guna laptop. Kadang-kadang nak tengok movie nak download lagi, wajib guna laptop hahaha dan yang penting nak berblogging. Kalau guna handphone tu boleh saja tapi aku tak akan puas hati dan tak berapa seronok -sebabnya saiz screen tu kecik. 

Aku ada beli laptop baru-baru ni tapi yang recon saja laa, laptop lama aku dah innalillah -sedihnya lahai. Kena jugak beli sebab memang nak guna, recon pun oklah janji boleh buat kerja, nak beli yang ori tu kena tunggu duit cukup sikitlah -laptop recon ni murah jugaklah harga dia, RM499 and dapat free mouse + bag. 
Nice!

Jaga dan sayangilah laptop anda.




Nantikan new post dari aku ya! Adios~

Tuesday, May 19, 2020

PLOT TWIST movie yang aku suka! Bahagian 1

Assalamualaikum dan salam ramadhan everyone!
Terima kasih sangat-sangat sudi tinggalkan komen-komen hampa. Aku dah baca, aku dah balas dan aku sangat menghargai semua tu.


Sapa yang macam aku, suka movie yang penuh dengan PLOT TWIST? Kita geng!
Meh sini aku nak share beberapa movie yang sebegitu.
Jom mula,


Kshanam (2016), a telugu movie.

Sebelum aku mula, filem ni ada remake iaitu versi hindi -Baaghi 2 (2018) dan versi tamil -Sathya (2017).

Kisah ni bermula dengan Shweta, kereta dia kena curi dan dia jugak di pukul sampai koma selama beberapa bulan. Bila dah sedarkan diri, dia terus cari anak dia -Riya. Bila dah lama cari tak jumpa, dia nekad hubungi Rishi (bekas teman lelakinya) yang sekarang berada di luar negara.


Lepas dapat panggilan dari Shweta, Rishi balik ke India untuk jumpa dengan Shweta. Bila dah jumpa, Shweta ceritakan semua perkara yang terjadi. Rishi pun niat nak tolong dan kesian dekat Shweta ni, siasat punya siasat, semua cakap Shweta ni gila,  jiran-jiran dia pun cakap tak pernah nampak Riya sebenarnya. Suami Shweta sendiri, Karthik pun cakap Shweta ni ada masalah mental.


Dan lebih mengejutkan, Karthik bagitau Rishi yang depa ni sebenarnya takdak anak. Apa yang terjadi sebenarnya ni? Wujud ke tidak Riya ni?


Betul ke Shweta ni takdak anak?

Siapakah Riya?

Apa kaitan Shweta, Riya dan ACP Jaya?




Forgotten (2017), a korean movie.

Popular sangat filem ni.

Filem ni tentang Jin Seok (Kang Ha Neul) berpindah ke rumah baru bersama dengan mak ayah dia serta abang dia iaitu Yoo Seok (Kim Mu Yeol). Mula-mula tu depa ni hidup bahagia satu keluarga sampai satu malam tu, Jin Seok ternampak abang dia kena tarik masuk dalam kereta. Dia pun terus kejar kereta tu dan nak selamatkan abang dia tapi tak kesampaian. Abang dia pun hilang macam tu ja.

19 hari berlalu, tiba-tiba Yoo Seok muncul balik. Jin Seok ni happy sangatlah sebab abang dia hidup lagi, tapi Jin Seok macam pelik sikit tengok abang dia -macam yang balik tu bukan abang dia tapi orang lain, mak ayah dia pun dah lain perangai. Kemudian Jin Seok ni mula sedar yang depa semua ni sebenarnya bukan keluarga dia. Dia mula larikan diri dan terus pergi ke balai polis. 



Bila dia buat laporan  tu, dia cakap  umur dia 17 tahun tapi tiba-tiba polis tu cakap yang Jin Seok ni sebenarnya dah tua, umur dah 41 tahun.


Mana satu umur betul Jin Seok?

Siapakah sebenarnya mak, ayah dan Yoo Seok

Dimanakah keluarga sebenar Jin Seok?


dan ...
Siapakah Jin Seok ini sebenarnya?



Rustom (2016), a hindi movie.  **ada spoiler sikit di bawah**

Rustom Pavri (Akshay Kumar) adalah seorang pegawai tentera laut India dan mempunyai seorang isteri yang sangat cantik, Cyntia. So kerja sebagai tentera ni selalu takdak dirumah lah dan kena berkorban demi negara tercinta. Disebabkan itu, Cyntia berlaku curang dan menjalinkan hubungan dengan kawan Rustom, Vikram

Bila Rustom dapat tau pasal hal ni, dia marah dan terus keluar dari rumah tu tanpa dengar penjelasan dari isterinya. Dia pergi pinjam pistol dari Naval Ship, siap rekod dalam buku pinjam lagi dan terus menuju ke rumah Vikram. Sampai ja kat rumah Vikram, dia terus ke bilik Vikram


Tiba-tiba pembantu rumah Vikram ni terkejut sebab terdengar 3 das tembakan dan bergegas pi kat bilik tu. Dia terkejut sebabnya bila dia sampai, dia tengok Vikram ni dah mati, badan dia penuh dengan darah. Rustom pulak tinggalkan tempat tu sambil ditangannya pegang pistol dan terus serah diri kat Inspector Vincent.


Ending dia, Rustom ni dibebaskan dan tak bersalah.

Persoalannya, betul ke Rustom yang tembak Vikram?




I will stop here now, wait for the next part!
Adios~

Wednesday, May 6, 2020

Aku dan Microsoft Excel

Assalamualaikum. Hi everything! 

Macam mana puasa? Ok ke idok?

Apa menu untuk berbuka puasa hampa semua hari ni? 
Aku ada sup daging dan masak lemak buah setoi.



Hari ni aku nak bercerita tentang Microsoft Excel, selalunya antara Word, PowerPoint dengan Excel ni, paling tak berapa suka Excel lah sebabnya bagi aku agak rumit juga dan tak selalu pun guna dia. Tapi selama aku dok berblogging ni, aku dapat tau yang Excel ni bukan untuk buat kira-kira semua tu saja tapi boleh buat ART jugak.

Ha, tak percaya? Kena percayalah sebab sekarang aku memang dok guna Excel ni untuk buat arts dan kini menjadi salah satu hobi aku. So, kalau macam ada masa lapang atau bosan, aku on laptop, bukak Excel.

Sebelum tu, aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat Kak Dani sebab aku discover ArtExcel ni dari blog dia. Aku belajar setiap tutorial kat blog dia tu sampai apa yang aku dapat buat sekarang tapi aku masih tak mahir lagi, nak kena improve lagi.

Bagi aku nak buat benda macam ni ambik masa laa, kalau mula-mula aku belajar aku guna basic shape macam bulat, segitiga, segiempat tu ja tapi sekarang aku cuma guna Curve saja. Nak guna Curve pulak kena banyakkan bersabar, macam aku ni jenuh laa sebab aku buat based on gambar, aku ikut balik outline setiap benda dalam gambar tu -quite detail jugak lah. 



Meh aku tunjuk sikit apa yang aku buat.




Untuk yang ni aku lupa nak printscreen, gambar real aku dh delete haha, jadi tinggal result ja.


Untuk yang ni pulak aku details sikit, ada mata, mulut, hidung semua tu. Tak berapa nak menjadi, aku try saja. 




Untuk buat semua ni, aku hanya guna;

  • Microsoft Excel as 'drawing board'
  • Curve untuk nak melukis. (Insert - Shapes - Curve)
  • Coloring and outlines
  • Some pictures untuk decorations from google.
  • Paint untuk save gambar as png.


Semua ni aku buat cara 'malas' tapi hasil dia lawa lah haha.
Penat tu penat but bagi aku berbaloi dia punya result.
Puas hati!

Sampai sini dulu weh, ada jugak laa waktu malas nak menaip macam laa ni. 
Apa-apa pun, selamat berpuasa dan stay safe!

Sunday, May 3, 2020

Rii's Newsletter; Volume 02

Assalamualaikum everyone.
How's your puasa? Harapnya semua baik-baik saja, InsyaAllah.

Today was a tired day for me.



What to watch; A GOOD MOVIE FROM JAPAN.

Hidarite Ippon no Shuuto (2020), kisah tentang Tanaka Masayuki yang aktif bermain bola keranjang. Dia sangat suka dengan bola keranjang, macam bola keranjang ni hidup dia. Akan tetapi malang tidak berbau, dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia dikejarkan ke hospital dan disana, doktor mengesahkan Masayuki ni mengalami pendarahan otak due to cerebral arteriovenous malformation. 


Walaupun dia selamat menjalani pembedahan, Masayuki masih berada dalam keadaan koma selama beberapa hari. Setelah beberapa hari dalam keadaan koma, Masayuki telah sedarkan diri dan nasib masih tidak menyebelahi dirinya kerana bahagian kanan tubuhnya lumpuh.

Apakah nasib Masayuki?
Dapatkan dia bermain bola keranjang kembali?


My thoughts :
Salah satu filem kegemaran aku untuk tahun ni, filem ni based on true story actually. Teriak jugak aku tengok filem ni sebabnya, first tu sedih tengok keadaan dia dan lepas tu sedih yang gembira tengok semangat dia. Satu lagi, aku suka macam mana Masayuki ni punya ibu bapa, cikgu-cikgu dia dan kawan-kawan dia tetap bagi semangat dan dorongan kat Masayuki ni.

Best filem ni, cuba laa tengok -8/10.



Two RECOMMENDED KOREAN DRAMA For Today.

 


Memorist (2020),
When Dong Baek was a high school student, he suddenly gained a supernatural power. Whenever he touches somebody, he can read that person's memory. Dong Baek reveals his memory reading ability to people and he becomes a detective. 


Dah tengok ke belum drama ni? Aku tengok dah tapi sekerat ja, takat episod 1 dan 2 tapi menarik jugak drama ni dan ada Yoo Seung Ho (my favourite tau).



Find Me in Your Memory (2020),

Find Me in Your Memory depicts a love story between Lee Jung Hoon and Yeo Ha Jin. Lee Jung Hoon works as an anchorman at a broadcasting station. He has hyperthymesia, a condition that allows him to remember nearly every moment in his life. Meanwhile, Yeo Ha Jin is a top actress. She has forgotten her past. Due to this, she lives as she pleases.

Aku tak tengok lagi tapi masukkan dalam list dulu sebab ada Kim Dong Wook. Minat dia sebab tengok lakonan mantap dia dalam drama The Guest. Drama ni dia nak sweet tapi tak sweet sangat, haha.




Currently watching the ONGOING NEW ANIME.


Kami no Tou (2020), Tower of God centers around a boy called Bam, who has spent most of his life trapped beneath a vast and mysterious Tower, with only his close friend, Rachel, to keep him company. When Rachel enters the Tower, Bam manages to open the door into it as well, and faces challenges at each floor of this tower as he tries to find his closest companion.

Currently watching this new anime dan suka sangat sebab genre dia aksi dan misteri. 




A brand new KOREAN ENTERTAINMENT SHOW.

Road To Kingdom (2020), salah satu rancangan yang aku nantikan. Kalau sebelum ni ada versi perempuan iaitu, Queendom dan kali ni versi lelaki pulak.

Bagi aku versi lelaki ni agak gempak jugak tapi syarat-syarat dia tu tak berapa nak syok sikit. Baru release Khamis hari tu, episod 1.

Untuk kali ni ada 7 kumpulan semuanya,

  • Pentagon
  • ONF
  • TheBoyz
  • Oneus
  • Golden Child
  • Verivery
  • TOO
dan memandangkan aku ni #multifandom so semua aku minat hahaha.


I am anticipating for the next episode!



Dan akhirnya sampai disini dulu aku bercerita.
See you next time!

#StayatHome #StaySafe

Friday, May 1, 2020

Rii's Newsletter; Volume 01.

Assalamualaikum.
Hi everything, aku kembali. OK dah.

I'm going to proceed my new post now, enjoy reading.


Sejak-sejak PKP ni, aku macam beralih angin pulak dan taktau kenapa tapi macam berubah terus -tukar citarasa gitu. Sebelum ni, aku more kepada benda-benda berkaitan pasal Korea tetapi sampai hari ni aku lebih berminat kepada 'Thai stuffs'. Well, apa salahnya tukar citarasa sedikit untuk kali ini. Akan tetapi, minat aku pada benda-benda berkaitan dengan Korea ni masih ada. Jadi, kali ini kandungan untuk penulisan blog aku ni ada campuran tentang Korea dan Thailand.



THAILAND DRAMA THAT I ALREADY WATCHED.



Switch (2017), also known as Leh Lub Salub Rarng

Drama ni lakonan mantap 'real-couple' -Nadech dengan Urassaya yang mempunyai 10 episod sahaja. Drama ni kisah tentang Ramin (Nadech) iaitu seorang polis berpangkat tinggi dari unit khas, juga seorang 'playboy' yang memandang rendah pada wanita dan Petra (Urassaya), seorang 'superstar' yang sombong, juga memandang rendah pada lelaki. Takdir telah menemukan mereka berdua dan malangnya, roh mereka telah bertukar badan disebabkan sesuatu yang terjadi.

OK, aku stop tulis ringkasan sinopsis dia kat situ ja. Takmau la bagi spoiler kat mereka yang tak tengok lagi, nanti tak best. Rasanya ramai yang dah tengok drama ni, sebabnya ada ditayangkan kat TV3 dan popular jugak dekat facebook. Aku tengok dekat facebook ja senang, lagipun ada 10 episod saja tak banyak sangat. 

Seronok drama ni sebab dari segi jalan cerita yang menarik, ringan saja -just nice bagi aku dan lawak weh. Bab lakonan pulak memang superb lah sebabnya Nadech kena bawa watak perempuan -macam kena lemah-lembut, ayu sikit kan and Urassaya bawa watak lelaki -kasar, ganas pulak tu so memang menjadilah depa dua orang ni. 


So, agak-agak pengakhiran drama ni macam mana?
Ha, kena tengok sendiri la.



THAILAND DRAMA THAT I CURRENTLY WATCH AND I WILL WATCH.

My Husband in Law (2020) - This is the latest Thai drama yang tengah popular sekarang ni, lakonan Mark Prin dan Mew Nittha.

Kisah tentang Muey (Mew), tinggal dengan mak angkat dia yang juga kawan baik mak dia (her mother already passed away). Dalam masa yang sama dia minat dekat anak mak angkat dia tu, Thian (Mark) tetapi Thian tak suka Muey sebab Muey ni bukanlah gadis idaman dia. Unfortunately, mak Thian paksa Thian kahwin dengan Muey dan as a result, Thian was not happy at all with the marriage. Thian ni nak seseorang yang 'perfect material' gitu untuk jadi isteri dia.


Buat masa sekarang takboleh nak olah banyak sangat sebab baru release dua episod saja tapi sedih pulak, kesian tengok Muey tu -cinta tak terbalas.




Hua Jai Sila (2019) - Tahun lepas punya drama, yang ni aku tak tengok lagi so masukkan dalam list dulu. Ramai jugak yang recommend drama ni -ada free time, aku tengok.

Kisah tentang Tor (Thanapob), iaitu anak kepada seorang perempuan simpanan dan lelaki kaya. Bila maknya mati, Tor tinggal dengan keluarga ayahnya. Malang buat dirinya, Tor dianiaya oleh ibu tiri serta adik-beradik tirinya. Pada masa yang sama, Tor ni ada seorang kawan baru, namanya Mingta /

Suatu malam, Tor dikejar oleh ibu tirinya dan melompat ke dalam sungai dan dianggap telah mati. 
Selepas beberapa tahun, muncul seorang lelaki yang kaya-raya bernama Sila. 

Siapakah Sila?
Kenapa Mingta rasa Sila ini macam seseorang yang dia pernah kenal?





RECENT KOREAN DRAMA FROM NETFLIX.
Extracurricular (2020) - Drama ni yang aku nanti-nantikan selain The World of Married dengan The King: Eternal Monarch.

'It’s the story about teenagers and the incidents that happen at their school and surroundings. It will also narrate the changes that Ji Soo, a student with poor social skills, goes through as he meets a new friend named Kyuri. The drama will also heighten the tension by featuring various temptations that students face in real life.' -sinopsis dari dramacool.

Dan aku tak tengok lagi drama ni, dari segi poster tu nampak gaya macam best. Aku dah download dua episod dan malam ni baru nak tengok, sambil dok tengok episod 1 dan episod 2 tu, bolehlaa aku download episod 3 dengan episod 4. Drama ni ada 10 episod semuanya kalau tak silap aku.


Untuk yang nak tengok online, boleh klik SINI.






FAVOURITE OST OF THE DAY.

Huh Gak - Farewell in Tears
sedihnya dengar lagu ni weh nak nak pulak tengok translation lirik dia, boleh rasa macam mana perasaan Sun Woo. Untuk official music video, tengok kat SINI dan untuk translation pulak kat SINI.


Aku kan tak tengok lagi drama ni, just tengok short scenes saja kat youtube dengan facebook. Uish, sakit hati jugak dekat semua orang dalam drama ni, baik si suami, si kawan baik dengan si anak and takboleh percaya dekat sesiapa pun dalam drama ni. Aku nak tunggu complete episod dulu then baru aku start tengok. 



ANIME THAT I CURRENTLY WATCHING.


Black Clover (2017) - Asta dilahirkan tanpa ada kuasa apa pun, hanya seorang budak lelaki biasa yang nak sangat jadi Wizard King. Sama jugak dengan kawan baik Asta iaitu Yuno bercita-cita nak jadi Wizard King jugak, tetapi si Yuno ni ada kuasa dan seorang yang genius.

Adakah Asta akan berjaya menjadi Wizard King?
Bagaimanakah persahabatan Asta dan Yuno akan bertahan?


Anime is one of my favourite, very much! and aku suka genre yang action and super powers.
Lately ni aku dok tengah layan Black Clover yang sekarang dah episod 132 tapi aku baru tengok takat 119. Taktau bila nak habis anime ni but mostly beratus-ratuslah episod. Jenuh aku nak mengejarnya lahai, take time jugak haha.





OK sampai sini dulu aku menaip. 
Jumpa pulak di post aku yang akan datang.
Enjoy reading and jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah.



Selamat berpuasa, everyone.
#StaySafe #SocialDistancing