Wednesday, May 6, 2020

Aku dan Microsoft Excel

Assalamualaikum. Hi everything! 

Macam mana puasa? Ok ke idok?

Apa menu untuk berbuka puasa hampa semua hari ni? 
Aku ada sup daging dan masak lemak buah setoi.



Hari ni aku nak bercerita tentang Microsoft Excel, selalunya antara Word, PowerPoint dengan Excel ni, paling tak berapa suka Excel lah sebabnya bagi aku agak rumit juga dan tak selalu pun guna dia. Tapi selama aku dok berblogging ni, aku dapat tau yang Excel ni bukan untuk buat kira-kira semua tu saja tapi boleh buat ART jugak.

Ha, tak percaya? Kena percayalah sebab sekarang aku memang dok guna Excel ni untuk buat arts dan kini menjadi salah satu hobi aku. So, kalau macam ada masa lapang atau bosan, aku on laptop, bukak Excel.

Sebelum tu, aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat Kak Dani sebab aku discover ArtExcel ni dari blog dia. Aku belajar setiap tutorial kat blog dia tu sampai apa yang aku dapat buat sekarang tapi aku masih tak mahir lagi, nak kena improve lagi.

Bagi aku nak buat benda macam ni ambik masa laa, kalau mula-mula aku belajar aku guna basic shape macam bulat, segitiga, segiempat tu ja tapi sekarang aku cuma guna Curve saja. Nak guna Curve pulak kena banyakkan bersabar, macam aku ni jenuh laa sebab aku buat based on gambar, aku ikut balik outline setiap benda dalam gambar tu -quite detail jugak lah. 



Meh aku tunjuk sikit apa yang aku buat.




Untuk yang ni aku lupa nak printscreen, gambar real aku dh delete haha, jadi tinggal result ja.


Untuk yang ni pulak aku details sikit, ada mata, mulut, hidung semua tu. Tak berapa nak menjadi, aku try saja. 




Untuk buat semua ni, aku hanya guna;

  • Microsoft Excel as 'drawing board'
  • Curve untuk nak melukis. (Insert - Shapes - Curve)
  • Coloring and outlines
  • Some pictures untuk decorations from google.
  • Paint untuk save gambar as png.


Semua ni aku buat cara 'malas' tapi hasil dia lawa lah haha.
Penat tu penat but bagi aku berbaloi dia punya result.
Puas hati!

Sampai sini dulu weh, ada jugak laa waktu malas nak menaip macam laa ni. 
Apa-apa pun, selamat berpuasa dan stay safe!

24 comments:

  1. menarik nya! tak pernah tau excel boleh buat art!! menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, bukan biasa-biasa excel ni. Haha.

      Delete
  2. fuhh lawaa taktau pulak dari excel pun boleh lukis-lukis.. while me tak habis discover lagi excel dahla kerja assignment test semua pakai excel je skrg pun huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kan, bnyak kegunaan sebenarnya. Haha, kita pun tak hbs jugak discover dan mungkin takkan habis.

      Delete
  3. uwaaa tak sangka dia punya hasil sangat lawa! ni kalau tak mention hasil dari apa orang tak tembak tu dari excel!

    ReplyDelete
  4. kalau kreatif, semua benda jadi :)

    ReplyDelete
  5. laa excel pun boleh buat macam ni ke? haha nampak sangattttt.. bestnya boleh lukis sendiri kartun

    ReplyDelete
  6. Wahhh I baru tahu! Ilmu baru yang best ni. Will try later hehe :)

    ReplyDelete
  7. saya pun tak berapa suka dengan Excel, tapi waw Excel pun boleh lukis-lukis! Discovery baru ni >___<

    ReplyDelete
  8. napa x belajar guna software adobe illustrator @ photoshop... lagi mudah kalo dah pandai melukis cam ni...

    ReplyDelete
  9. perasan dulu ada orang buat thread dekat twitter pasal artexcel... tapi tak pernah pulak nak try.. tengok ni nampak lawa pulak !

    ReplyDelete
  10. saya pernah tengok org share video kat twitter, dia lukis pakai excel je. nampak susah gila
    you're so talented! saya ni nak guna excel utk kira2 pun tak berapa pandai lagi, awak siap boleh melukis T__T

    power sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis! Ada2, uncle dari jepun tu mmg power betul.

      Delete
  11. selalu tengok orang buat art macam nie guna powerpoint tapi nie lagi power, guna microsoft excel, kalau dah kreatif memang kreatiffff laaa! :D

    keep it up! :)

    ReplyDelete