Tuesday, May 19, 2020

PLOT TWIST movie yang aku suka! Bahagian 1

Assalamualaikum dan salam ramadhan everyone!
Terima kasih sangat-sangat sudi tinggalkan komen-komen hampa. Aku dah baca, aku dah balas dan aku sangat menghargai semua tu.


Sapa yang macam aku, suka movie yang penuh dengan PLOT TWIST? Kita geng!
Meh sini aku nak share beberapa movie yang sebegitu.
Jom mula,


Kshanam (2016), a telugu movie.

Sebelum aku mula, filem ni ada remake iaitu versi hindi -Baaghi 2 (2018) dan versi tamil -Sathya (2017).

Kisah ni bermula dengan Shweta, kereta dia kena curi dan dia jugak di pukul sampai koma selama beberapa bulan. Bila dah sedarkan diri, dia terus cari anak dia -Riya. Bila dah lama cari tak jumpa, dia nekad hubungi Rishi (bekas teman lelakinya) yang sekarang berada di luar negara.


Lepas dapat panggilan dari Shweta, Rishi balik ke India untuk jumpa dengan Shweta. Bila dah jumpa, Shweta ceritakan semua perkara yang terjadi. Rishi pun niat nak tolong dan kesian dekat Shweta ni, siasat punya siasat, semua cakap Shweta ni gila,  jiran-jiran dia pun cakap tak pernah nampak Riya sebenarnya. Suami Shweta sendiri, Karthik pun cakap Shweta ni ada masalah mental.


Dan lebih mengejutkan, Karthik bagitau Rishi yang depa ni sebenarnya takdak anak. Apa yang terjadi sebenarnya ni? Wujud ke tidak Riya ni?


Betul ke Shweta ni takdak anak?

Siapakah Riya?

Apa kaitan Shweta, Riya dan ACP Jaya?




Forgotten (2017), a korean movie.

Popular sangat filem ni.

Filem ni tentang Jin Seok (Kang Ha Neul) berpindah ke rumah baru bersama dengan mak ayah dia serta abang dia iaitu Yoo Seok (Kim Mu Yeol). Mula-mula tu depa ni hidup bahagia satu keluarga sampai satu malam tu, Jin Seok ternampak abang dia kena tarik masuk dalam kereta. Dia pun terus kejar kereta tu dan nak selamatkan abang dia tapi tak kesampaian. Abang dia pun hilang macam tu ja.

19 hari berlalu, tiba-tiba Yoo Seok muncul balik. Jin Seok ni happy sangatlah sebab abang dia hidup lagi, tapi Jin Seok macam pelik sikit tengok abang dia -macam yang balik tu bukan abang dia tapi orang lain, mak ayah dia pun dah lain perangai. Kemudian Jin Seok ni mula sedar yang depa semua ni sebenarnya bukan keluarga dia. Dia mula larikan diri dan terus pergi ke balai polis. 



Bila dia buat laporan  tu, dia cakap  umur dia 17 tahun tapi tiba-tiba polis tu cakap yang Jin Seok ni sebenarnya dah tua, umur dah 41 tahun.


Mana satu umur betul Jin Seok?

Siapakah sebenarnya mak, ayah dan Yoo Seok

Dimanakah keluarga sebenar Jin Seok?


dan ...
Siapakah Jin Seok ini sebenarnya?



Rustom (2016), a hindi movie.  **ada spoiler sikit di bawah**

Rustom Pavri (Akshay Kumar) adalah seorang pegawai tentera laut India dan mempunyai seorang isteri yang sangat cantik, Cyntia. So kerja sebagai tentera ni selalu takdak dirumah lah dan kena berkorban demi negara tercinta. Disebabkan itu, Cyntia berlaku curang dan menjalinkan hubungan dengan kawan Rustom, Vikram

Bila Rustom dapat tau pasal hal ni, dia marah dan terus keluar dari rumah tu tanpa dengar penjelasan dari isterinya. Dia pergi pinjam pistol dari Naval Ship, siap rekod dalam buku pinjam lagi dan terus menuju ke rumah Vikram. Sampai ja kat rumah Vikram, dia terus ke bilik Vikram


Tiba-tiba pembantu rumah Vikram ni terkejut sebab terdengar 3 das tembakan dan bergegas pi kat bilik tu. Dia terkejut sebabnya bila dia sampai, dia tengok Vikram ni dah mati, badan dia penuh dengan darah. Rustom pulak tinggalkan tempat tu sambil ditangannya pegang pistol dan terus serah diri kat Inspector Vincent.


Ending dia, Rustom ni dibebaskan dan tak bersalah.

Persoalannya, betul ke Rustom yang tembak Vikram?




I will stop here now, wait for the next part!
Adios~

4 comments:

  1. menarik... masuk watchlistt!
    plot twist movie favoritku, semua yang adaptasi Agatha Christie hahah..

    ReplyDelete
  2. suka plot twist yg buat kita sampai terkejut speechless..hahaha

    ReplyDelete