Best Top 3 Reality Show from tvN: Food + Cooking Edition -My Choice!



Assalamualaikum dan hi.

Kali ni aku nak kongsi rancangan realiti TV -edisi memasak, tak semua laa pasal masak tapi ada bab memasak dan makanan dalam tu. Tiga rancangan ni adalah pilihan aku sendiri dan tvN merupakan salah satu channel TV korea kegemaran aku selain daripada KBS

Seriously kebanyakkan rancangan dan juga drama dari tvN memang memuaskan dan best-best belaka, itu belum masuk tvN Movies lagi tapi untuk entri ni aku nak cerita pasal Best Top 3 Reality Show : Food + Cooking Edition-My Choice! dulu.



1. HOME FOOD RESCUE

 



CHEF BAEK @ MR. BAEK

   

 Home Food Rescue Season 2 Cast
a) Kim Guk Jin
b) Lee Jong Hyuk
c) Jang Don Min
d) Jung Joon Young



   

Home Food Rescue Season 3 Cast
a) Nam Sang Mi
b) Yang Se Hyeong
c) Lee Kyu Han
d) Yoon Doo Joon


About.
Home Food Rescue ni ada tiga  season tapi aku sempat tengok season one and season two saja. Rancangan ni, depa akan cari 4 orang selebriti tak kira laa pelakon atau penyanyi atau pelawak yang malas memasak atau tak pandai memasak untuk jadi anak murid Chef Baek.

Aku suka sangat tengok Home Food Rescue ni sebab Chef Baek ni suka kongsi tips-tips pasal masakan dan dia juga ada masak makanan yang kita sendiri tak pernah terfikir nak buat. Macam-macam lagi yang Chef Baek ni kongsi dan cara dia tu memang teratur lah aku tengok. 

Mula-mula depa join rancangan ni memang masing-masing macam tak berapa tau nak masak tapi lama-kelamaan 4 orang tu dah jadi pandai dan depa ni amalkan tips yang diberikan oleh Chef Baek tu.




  
2. YOUN's KITCHEN 



   

Youn's Kitchen 2 Cast
a) Yoon Yeo Jung
b) Lee Seo Jin
c) Jung Yoo Mi
d) Park Seo Joon


About.
Youn's Kitchen ni ada dua season tapi aku tengok season two saja dan salah satu sebabnya ada Seo Joon haha. Yang season one ada pelakon veteran lelaki -Shin Goo, tapi dia ada hal kalau tak silap aku then depa cari cast baru -yang lagi tiga orang tu memeang original cast untuk rancangan ni.

Rancangan ni, depa akan pergi kat satu tempat di luar negara macam yang season two ni buat dekat Sepanyol dan kemudian 4 orang ni nanti kena bukak restoran di situ -kena masak sendiri semua tu laa. Yang bestnya dalam rancangan ni, depa akan tunjuk macam mana nak buat sesuatu masakan tu dan depa akan senaraikan bahan-bahan sekali. 

Aku pernah cuba buat pencuci mulut korea iaitu hotteok, sedap jugak rasa dia dan sekarang family aku pun suka makan hotteok tu.Hotteok ni adalah korean pancake sebenarnya dan dalam tu boleh letak inti kegemaran hampa macam pisang, kacang atau coklat bersama-sama dengan gula perang.

Kebanyakkan pelanggan suka tengok Seo Joon dengan Seo Jin.










3. THREE MEALS A DAY

 


   

Three Meals A Day Cast -Gochang Village
a) Yoo Hae Jin
b) Cha Seung Won
c) Son Ho Jun
d) Nam Joo Hyuk



  

Three Meals A Day Cast -Fishing Village Season 3

a) Lee Seo Jin
b) Eric Mun
c) Yoon Kyun Sang



About.
Three Meals A Day ni ada banyak season dan banyak tempat tapi aku lebih suka tengok yang Gochang Village dengan Fishing Village Season 3. Rancangan ni depa akan pilih 3 ke 4 selebriti untuk menjalani kehidupan sebagai orang kampung -bercucuk tanam, bela kambing, ayam dan sebagainya.

Yang bestnya part memasak, walaupun cara memasak macam dulu-dulu tapi hasil masakan tu memuaskan haha. Untuk yang Gochang Village ni ada Cha Seung Won sebagai tukang masak dan yang Fishing Village ada Eric (SHINHWA). Pergh, skill memasak depa dua ni memang terbaik dan bila tengok makanan yang depa masak memang terliur.










Bila hampa tengok tiga rancangan ni, dalam masa yang sama hampa boleh salin resepi apa yang depa masak -well ada english subtitles kan haha. Ada juga kelebihan tengok rancangan-rancangan macam ni, kita boleh cuba buat resepi baru atau cuba masak masakan korea.


Yang ada di tvN sekarang hanyalah Youn's Kitchen sahaja, lagi dua rancangan tu dah lama ditayangkan -tahun lepas.


Sampai sini saja untuk entri ni, see you again!

10 comments :

  1. wahh awk suka tengok cook show eh, hihi xpernah layan lg reality show bab masakan ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup saya suka tengok, best sambil-sambil tu boleh try masak sekali haha.

      Delete
  2. hehehe sebab ada DooJoon tengokla jugak sikit2 tapi tak follow hehe..

    ReplyDelete
  3. Siqah ada tengok jugak Yoon’s Kitchen S2. Tertarik sebab ada Seo Joon. Hihi. Cerita lain tak pernah tengok lagi. Tak layan lagi reality show masak2. Takut nak start. Takut terjebak. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seo Joon handsome kan? Hahaha, kita suka dia!

      Delete
    2. Handsome! Suka dia dalam She Was Pretty dan satu lagi drama tu, ala lupa nama. Drama comel2 tue. Hehe

      Delete
  4. Tengah layan Youn's Kitchen juga sekarang. Suka tengok view tempat tu :D

    Yang first show tu tak pernah dengar sebenarnya. As for Three Meals A Day tu, pernah tengok yang ada Eric tu je. Dua seasons pertama tak pernah tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang first show tu seronok sebab Chef Baek ni best orgnya. Kan, cantik betul tempat yang depa shoot tu, Eric pandai masak kan? Haha

      Delete
  5. however it additionally causes you recognize how to do them through sorted out printed material that keeps you on the correct heading. texas roadhouse providence ri

    ReplyDelete

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates