Thank you and farewell, 2017.



Assalamualaikum dan hi.


Tinggal beberapa hari saja lagi nak masuk tahun 2018 dan umur kita pun akan bertambah hahaha, semakin tua semakin matang bukan semakin muda ya. Banyak yang ingin aku cerita apa yang jadi dalam tahun 2017 dalam blog ni dan akan aku taip satu persatu biar nampak terurus. Sama macam orang lain, dalam setahun ni ada banyak benda, banyak perkara yang kita hadapi baik sedih mahupun gembira cuma mungkin dengan cara yang berbeza.

Biar aku taip dahulu apa yang aku nak cerita.


1. Finally aku dah graduate!

Alhamdulillah tahun ni akhirnya aku dah konvo, biasalaa lama jugak belajar untuk nak dapatkan diploma ni cuma sekarang aku tak sambung belajar lagi untuk degree. Aku tengah cari kerja sekarang, itu pun susah laa nak dapat kerja -nak yang ada pengalaman. Sedih tu sedih laa tapi nak buat macam mana takdak rezeki lagi. Aku ada tulis pasal pre-convo aku dalam blog ni dan hampa boleh baca haha.

A Story of My Pre-Convocation


2. Naik tren dari Bukit Keteri ke Sungai Petani.

Aku sebenarnya jarang untuk keluar rumah satunya mak ayah aku tak bagi aku keluar sorang-sorang , bukan apa depa risau takut apa-apa jadi kat aku -itu dulu laa masa belasan tahun. Lagipun aku ni bukan jenis keluar pun aku lebih suka duduk di rumah sambil tu baca buku and tengok movie, kalau ada kawan-kawan ajak lepak baru aku keluar laa haha. So sekarang memandangkan angah aku kerja di Sungai Petani dan adanya kemudahan KTM ni lagi mudah laa untuk aku p melawat angah aku, dan untuk kali ini aku p sana sorang-sorang -angah aku akan p ambik kat stesen KTM. Macam biasa, bila naik tren ni hampa boleh tengok perangai orang macam mana dan hampa boleh baca pengalaman aku naik tren kat bawah ni.

Pelbagai Ragam Sesetengah Manusia Apabila Menaiki Tren


3. Pulau Pinang, USM dan konvokesyen.

Alhamdulillah tahun ni akak aku pun konvo jugak di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang dan aku p teman dia untuk konvo, dan suami dia jugak -suami akak aku ni kerja kat Pulan Pinang. Aku saja laa sebab mak dengan ayah aku tak p, depa tak sihat dan angah aku pulak dia kerja, memang tak boleh cuti. Sebelum pergi sana akak aku dah tempah hotel, iaitu Nashmir Hotel. Best jugak kat situ dan bagi aku memang selesa laa. Bila hari konvo tu, akak aku masuk dewan and aku just jalan-jalan kat tapak pesta konvo tu. Boring tu boring laa sebab dah sorang jaa kan tapi nak buat macam mana kena hadapi laa haha.


4. Beli dua buku baru.

Hujung tahun ni aku sempat beli 2 buah buka saja hahaha iaitu Split oleh Nurul Ain Syuhada dengan Hater oleh David Moody. Aku ada review pasal Split ni tapi untuk Hater belum lagi sebab baru jaa beli minggu lepas and baru baca jaa -so far, not bad buku ni bagi aku. 

#BookRev - Split by Nurul Ain Syuhada



5. Dapat 'souvenir' dari Korea

Haa kawan baik aku pergi Korea dengan kawan pejabat dia, wah bestnya weh. Jeles tu ada tapi takdak rezeki lagi untuk aku jejakkan kaki ke Korea, InsyaAllah one day maybe. Aku ingatkan dia tak beli apa-apa kat aku hahaha tapi hari tu dia ajak jumpa then dia bagi benda-benda ni kat aku, haha seronok bila ada orang ingat kat kita nih.



6. Farewell, Jonghyun

Ah pasal ni, sedih sebenarnya dan masih tak percaya tapi nak buat macam mana dah itu pilihan yang dia nak buat. Orang sekerang memandang 'depression' itu hanya masalah sampingan, biasa-biasa saja tapi tidak, ia adalah satu penyakit yang boleh membawa kepada bunuh diri. So kalau ada kawan-kawan or sedara yang ada depression, jangan laa dibuat main -ajak dia bersembang dan mungkin boleh kongsi masalah yang dihadapi. Sebenarnya sebelum dia mati, dia keseorangan waktu tu -itu apa yang aku baca dekat twitter. Ingat, sedih tu boleh tapi jangan melebih tau -ada aku tulis pasal Jonghyun dalam blog ni. Aku pun minat kpop jugak tapi tahu batas :)


Jonghyun, although he is gone but he will always be remembered



Ok sampai takat ni saja aku nak cerita dalam blog ni hahaha, mungkin nanti aku aku tengok balik apa yang aku dah buat pada tahun 201 hahahaha.




Azam aku untuk tahun 2018

1. Nak bekerja dan ada gaji sendiri.
2. Nak jejak kaki ke Mekah dengan mak ayah dan jugak nak pergi Korea.
3. Nak ada kereta sendiri.


Moga-moga ada rezeki dan tercapailah azam baru aku ni,  dan moga azam hampa yang tengah baca ni tercapai jugak.




InsyaAllah amin.




12 comments :

  1. Replies
    1. Selamat tahun baru jugak buat Azian and family :)

      Delete
  2. Hope you'll achieve your goals! :)

    ReplyDelete
  3. semoga azam awak pada tahun 2018 tercapai...amin..

    ReplyDelete
  4. #1 Memang susah sangat nak cari kerja sekarang ni. Tabahla, jangan putus asa, rezeki tu ada punya. Tahniah dah convo!

    #4 Bagus betul beli buku, Lya dah lama tak beli buku, tak membaca haih. Azam tinggal azam jela

    #5 Bestnya dapat souvenir dari Korea. Lepas ni boleh jejak kaki ke sana dan beli souvenir untuk orang pulak ye hihi

    #6 Heartbreak bila dapat news pasal Jonghyun. Tak sangka yang dia akan ended up this way T__T

    Semoga 2018 lebih baik dari 2017 utk awak ye

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah dah habis belajar. Cari kerja susah juga nanye kan, akak dulu pun join satu program anjuran Khazanah, lepas tu dapat praktikal kat tempat kerja sekarang dan stay terus kat sini. Dah 7 tahun kerja tempat yang sama.

    Say Hi to ur sister. Akak pun USM jugak. Tapi USMKK, bukan induk. Hehe.

    Akak suka anything pasal Korea 😍

    Semoga azam 2018 tercapai. Semoga dipermudahkan semuanya. Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnya akak dah hbis praktikal terus stay. Thank you kak Siqah ! :)

      Delete

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates