Keganasan yang 'extreme' dalam 'In Hell'


Assalamualaikum dan hai.

Semalam aku join ayah dan mak aku tengok movie english ni, In Hell. Ingatkan biasa-biasa tapi best rupanya ada lawan-lawan. Aku kalau ada scene lawan ni memang syok nak tengok haha, so aku tengok dari awal sampai habis -cuma scenes yang sembang banyak tu aku skip sikit laa. Movie ni jangan bagi budak-budak tengok sebab ada keganasan yang melampau, ada pukul sana sini, mati dan sebagainya lah dan kalau nak tengok sambil makan tu bagi aku better hampa makan dulu laa sampai habis then baru tengok haha.


Van Damme, 2017

Dalam movie ni ada Van Damme, salah seorang pelakon kegemaran aku dan sekarang dah tua lebih kurang 50 lebih umur dia but still kacak lagi. Movie-movie yang dia berlakon memang best dan action semua so memang seronok tengok bagi aku laa yang memang minat genre jenis action/thriller ni.

By the way, movie ni yang lama punya iaitu tahun 2003.


As usually, kenal pelakon utama untuk movie In Hell ni,

Van Damme sebagai Kyle LeBlanc
Lawrence Taylor sebagai Inmate 451
Marnie Alton sebagai Grey LeBlanc


Kyle LeBlanc ni adalah seorang pekerja yang bekerja di Rusia dan pada suatu malam, dalam telefon dia terdengar isteri (Grey LeBlanc) dia ni diserang dan kemudia di cepat-cepat balik ke rumah dia tetapi isteri dia tu tak sempat diselamatkan -mati. Lepas tu dia kejar laki tu dan bila dah dapat depa dua ni kena p mahkamah tetapi lelaki yang bunuh isteri dia tu iaitu Sergio, didapati tidak bersalah -rasuah mungkin. Bila dapat tau keputusan tu Kyle tak puas hati dan dia terus capai pistol polis yang berdiri dekat dia tu dan tembak Sergio tu berulang kali sampai mati.

Disebabkan itu Kyle dijatuhi hukuman penjara tanpa hukuman, dan ditempatkan di penjara (aku lupa nama penjara tu) yang pegawainya jahat-jahat belaka dan menerima rasuah. Kat dalam penjara pulak, ada kawan bilik dia nama Billy Cooper berumur 21 tahun selalu kena pukul dan diperkosa oleh seorang banduan jahat ni -he's gay! 

Ada satu malam tu Kyle p serang banduan jahat tu tapi depa gaduh sat jaa sebab ada pegawai tu tahan depa dan Kyle ditempatkan di penjara bersendirian, kemudian dia kena pindah p sel sebilik dengan Inmate 451 -dia ni selalu bunuh rakan sebilik dia.
Inmate 451

Billy


Dalam masa yang sama pegawai atasan ni selalu buat pertaruhan dengan geng-geng dia bila ada pergaduhan terancang. Mula tu Kyle tak join tapi lama kelamaan dia join lawan dengan banduan jahat yang aku kata gay tadi tu, Kyle ni lawan sampai dia tu mati. Lepas dari kejadian tu Kyle ni dipaksa untuk lawan dengan orang lain dan dia pun lawan dan selalu menang. Lama-lama dia sedar, apa yang dia buat tu sebenarnya dipertaruhkan dan dia berhenti daripada berlawan tapi pihak atasan tak puas hati dan terus gantung dia kat tengah-tengah tempat lawan -banyak hari jugak dia kena gantung dan banduan-banduan lain tak mampu nak buat apa.




Ending dia, pegawai penjara yang jahat tu dengan pegawai atasan kena bunuh oleh Inmate 451 dan dia tolong Kyle untuk melepaskan diri dari penjara tu. Movie ni best haa walaupun yang lama punya, cuma aku cerita sekarang ringkas dan kalau nak tau lebih lagi hampa kena tengok sendiri laa haha.



Ingat jangan bagi budak-budak tengok, bagi aku tak bagus untuk tontonan mereka hahaha. Sampai sini dulu ya, see you next time!



Post a Comment

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates