Thursday, February 16, 2017

BTS - From NOBODY to ARTIST OF THE YEAR

Assalamualaikum dan hi


Tadi baru ja lepas main tweet tweet dengan Sis Mai hahaha and now aku beralih ke sini pulak. Actually post ni aku nak tulis tentang satu kumpulan lelaki dari Korea, kalau nak baca silakan hahaha kalau takmau pun takpa sebab mungkin ada yang tak berminat pasal 'kpop' kan.

Kpop memang tak asing lagi di Malaysia, bahkan bukan di Malaysia saja tapi di seluruh negara. Bila sebut saja 'kpop' mesti kenal Bigbang, Wonder Girls, Girls Generation, Super Junior, 2NE1, SHINee, EXO kan? Mereka mereka ni adalah artis daripada 3 syarikat entertainment besar di korea iaitu SM Entertainment, YG Entertainment JYP Entertainment and takat yang aku tengok artis dari SM Entertainment yang boleh dikatakan paling popular dan Bigbang + 2NE1 from YG Entertainment but sadly 2NE1 and Wonder Girls dah dibubarkan. Aku mengaku laa yang aku pun ada jugak minat artis dari 3 syarikat ni antaranya SHINee.



BTS dulu

BTS kini



Tapi suatu ketika dulu dalam tahun 2014-2015, kalau aku tanya dekat sesetengah peminat korea 'kenal BTS or Bangtan dak?' dan berkemungkinan jawapannya 'tak kenal' atau 'sapa tu?' Kat sini aku boleh bagitau sebab apa, ini mengikut pandangan aku saja nah and no harsh words to me okay? Bagi aku mungkin peminat-peminat tak kenal Bangtan atau lebih dikenali sebagai BTS ni sebabnya depa ni bukan dari 3 syarikat tersebut. BTS dibentuk di BigHit Entertainment di mana yang aku tau BigHit ni hanya syarikat biasa saja.


Meh sini aku cerita sikit pengenalan pasal BTS nih;

BTS yang juga dikenali sebagai Bangtan Boys yang mempunyai 7 orang ahli iaitu Rap Monster (realname : namjoon ) as leader, Jin (realname : seokjin) + Jimin + Jungkook + V (realname : taehyung) as vocals and Suga (realname : Yoongi) + J-Hope (realname : Hoseok) as rappers. Depa ni di bentuk oleh BigHit Entertainment dan di korea BTS ni disebut Bangtan Sonyeondan.



**Kalau hampa ada tengok Hwarang, mesti hampa kenal V hahaha**


Ok sekarang ni aku nak cerita macam mana depa ni daripada takpernah dapat anugerah apa-apa sampai ke hari diorang dapat anugerah utama. Selalunya bila aku tengok any award macam Melon Music Awards, Golden Disk Award, Seoul Music Award dengan MAMA, artis yang menang MAIN AWARDS hanyalah artis dari 3 syarikat besar tadi; SM YG JYP. Itu apa yang aku laa takat yang aku pernah tengok (haa, jangan nak bash aku bagai hahaha lol)

BTS ni debut sebagai artis pada tahun 2013 dengan lagu No More Dream, tapi tak pernah menang dekat mana-mana music show tapi depa dapat award sebagai New Artist of The Year di Melon Music Award. Bila BTS ni ada dapat beberapa awards, mula laa ada haters yang cakap itu ini pasala BTS, kutuk depa ni. Lepas tu ada jugak yang cakap yang depa ni takboleh p jauh, just biasa-biasa jaa. Biasalaa kan bila someone tu berjaya ada jaa yang tak puas hati.


Kat bawah ni aku senaraikan antara isi hati daripada ahli-ahli BTS sendiri dan juga apa yang haters pernah kata kat depa ni (ni aku translate malay balik secara kasar ja);




BTS dipanggil 'arrogant rookie' dan 'the kpop dirt' masa depa debut dulu.

Ada orang pernah tanya dekat Rap Monster, apakah komen yang sangat terluka pernah dia dengar untuk dirinya dan jawapannya adalah 'Tinggalkan BTS'.

Rap Monster dengan Jin adalah ahli yang kurang diminati peminat dan ada haters cakap yang Jin hanya ada rupa yang kacak tapi takdak talent pun sebenarnya dan BTS akan maju kalau takdak dia.

Ada orang pernah tanya dekat Jimin, macam mana awak boleh kurus sangat dan jawapannya adalah 'Berlapar'.

Peminat selalu cakap yang J-Hope, Suga dan Rap Monster ni adalah ahli kumpulan BTS yang hodoh.

Dulu Suga dengan Rap Monster ni adalah underground rapper, then bila depa dapat masuk BTS, peminat gelar depa ni sebagai 'fake rappers'.



"Ianya satu perkara yang bagus bila orang mendengar muzik melalui V and Jungkook yang kacak. Ianya mesti bagus." - Suga


"Awak takperlu datang untuk tengok/jumpa kami kalau awak penat. Jangan buang masa untuk kami, tiada apa yang istimewa pada kami." - J-Hope


"Tolong sayangi setiap ahli dengan sama rata. Jangan tinggal seorang pun." - V




Dari tahun 2013 sampai awal 2015 depa ni tak pernah menang dalam mana-mana music show pun tapi depa jugak ada berharap untuk menang sebenarnya. Ada satu part tu yang Suga cakap "We don't make any money!". Tetapi disebabkan hasil titik peluh dan usaha dari BTS sendiri juga sokongon padu dari peminat BTS sendiri yang dipanggil ARMY, pada 5th Mac, BTS dapat no 1 di music show, The Show dan lepas tu depa menang 5 kali di musci show antaranya; Music Bank, Show Champion, M! Countdown. Lagu depa yang bertajuk I Need You yang menyebabkan depa menang sejak dua tahun debut sebagai artis. 

Ada satu lagi perkara pasal diorang di mana BTS waktu ni tak ada banyak duit untuk nak buat music video, well nak buat music video pun guna kos yang besar jugak. Mungkin sesetengah tau pasal ni and mungkin sesetengah tu tak tau. Kalau hampa ada tengok music video untuk lagu Run, kat situ ada beberapa orang macam ganster pakai hoodie kan; haa yang tu semua manager managet depa and ada jugak dalam tu guna beberapa buah kereta dimana kereta-kereta tersebut adalah milik producer depa sendiri.



Tapi kini dengan kejayaan BTS dan populariti mereka yang melonjak naik, depa dah ada duit dan boleh buat music video yang best and cantik gitu. Dari awal depa debut memang depa banyak terima kutukan laa and depa memang down sangat tapi ARMY ni sentiasa mengembalikan semangat depa nih. 

Sebenarnya BTS ni memang sangat berbakat, Rap Monster produce depa punya lirik dan sebagainya. Rap dari J-Hope, Suga and Rap Monster memang best and vocal dari Jin, Jimin, Jungkook and V memang menawan bagi aku hahaha, seriously.



Kini, BTS dah menang dua MAIN AWARD iaitu Best Album of The Year dengan Artist of The Year pada tahun lepas, 2016. Bayangkan daripada New Artist dah jadi Artist of The Year, memang cita-cita depa jadi kenyataan. Itupun ada jugak yang tak puas hati cakap yang undian untuk BTS tu hanya undian kesian jaa. Hahhaha haters kan, biarlaa. Laa nih, kalau BigHit Entertainment upload jaa music video baru dari BTS, tak sampai 24 jam pun view dah mencecah berbelas million.

Aku tulis kat sini pasal BTS sebab just nak tunjuk yang depa ni bukanlaa terus jadi popular tapi depa ni bermula dari bawah dengan hanya dari syarikat yang kurang dikenali, ksyarikat biasa-biasa saja. Sekarang nih BTS dah jadi rolemodel bagi artis-artis yang baru debut dari syarikat-syarikat kecil/ kurang dikenali macam BigHit dulu. 

Panjang pulak aku tulis and bersemangat pulak tu. Hahaha, aku jugak salah seorang ARMY weh sebab tu laa and semua pasal BTS ni aku bukan main tulis jaa, aku buat research dulu hahaha. Have a good day and leave your comments/thoughts, muahciked.


8 comments:

  1. Lya YG stan, semua retis YG Lya suka especially bigbang haha. but plus BTS! Diorang punya lagu memang best2 tak pernah mengecewakan especially young forever! Best gilaa. Memang diorang ni from zero to hero!

    ReplyDelete
  2. BTS memang den follow dari No More Dream lagi sebab lirik dia very closed to our heart, dan sebenarnya kalau tengok BTS punya international fan base memang strong gila c: sebab dari awal depa debut, depa selalu upload video dekat youtube ._. tambah dengan mixtape lagi fuh talented takpayah cakap. BTS & BigHit memang kerja keras as a team :')

    kadang-kadang emosi bila fikir yang macam mana daripada bawah, daripada bukan sape2 up to this moment sampai semua orang tahu lol sampai saya jelez sebab dahramai kenal kah kah kah

    a proud army, nevertheless.

    ReplyDelete
  3. Hehehe tak kenal tapi baca gak sampai habis walaupun tak berapa faham sebab excited tengok nama sendiri kat entry ni, hahaha <3

    ReplyDelete
  4. Even BTS bukan group yang paling saya minat, tapi memang diakui diorang punya muzik sentiasa terbaik. Combination vokal VMinKook especially. Konsep-konsep pun sentiasa terbaik. And their fandom was the best. They really support each other :D

    ReplyDelete
  5. alamak sy tak minat korea. tp artis korea mmg comel2. hehe

    ReplyDelete
  6. i started following them after watching their 'danger' dance practice wearing man's hanbok in 2014 i think.. i really have soft spots for good dance choreos.. and only after blood sweat n tears that i learned their names! :P

    ReplyDelete
  7. I started following them since no more dream era. Lirik lagu tu buat Lyn tertarik dengan kumpulan ni. And bila minat dari awal ni, rasa bangga je bila tengok anak-anak bangtan dah famous sekarang ni huhu over je.

    ReplyDelete
  8. Saya ARMY kat sini ! Mula kenal ngan Bangtan since Boy In Luv pastu mulalah google lagu2 yg pernah ada, semua best !

    ReplyDelete