Cerpen Pendek : Surprise! - INTROVERTED GIRL

Thursday, February 23, 2017

Cerpen Pendek : Surprise!



Pernah tak korang keluar nak pergi mana-mana lepas tu tengok-tengok handphone habis bateri. Ha macam tulaa yang jadi kat aku sebab aku ni jenis tak ambik hal pasal telefon ni. Bila kawan lama ajak lepak, aku on saja dan bila nak keluar terus capai handphone sekali.

Aku ingat lagi malam tu aku tengah kemas meja aku dan bersiap sedia untuk balik rumah. Macam ni laa aku, jenis rajin bekerja sampai malam. Kawan-kawan pejabat aku ada jugak nasihat kat aku macam ‘Ingat Jan, jangan kerja sampai lewat malam’ ‘Sudah sudah la tu Jan, dah lewat ni’ tapi aku biarkan saja, malas pulak aku nak layan diorang tu lagipun aku ni jenis yang kena siapkan kerja dulu baru hati ni lega dan tenang.

Sebaik saja aku masuk dalam kereta aku terus menghidupkan enjin kereta aku dan tiba-tiba handphone aku vibrate. Inilah perangai aku yang tak bagus sebab suka silentkan handphone, aku lebih suka biar silent dan vibrate ja dan bila dah sampai rumah baru aku off silent tu. Aku capai handphone aku dan terus baca whatsapps yang diterima.



Adam;
     Ijan, aku baru ja sampai Malaysia semalam.
     Jom lepak kejap lagi?


Kau ni, serius ke? Asal tak cakap awal yang kau nak balik Malaysia?
Lama gila kot tak jumpa kau.

Adam;
     Haha, saja nak buat surprise kat kau.
     Jom laa malam ni eh?

Saja ja kau ni. Aku baru ja keluar dari office nih.
Aku cari kedai lepak dulu, lepas tu nanti aku send location kat kau.

Adam;
     Ok cun.
     Jumpa kejap lagi.



Mesej whatsapps kami berhenti di situ dan aku kemudian beredar dari tempat kerja aku untuk mencari tempat lepak yang best buat kami bergosip. Gilalah, memang lama kot tak jumpa dengan kawan baik aku sendiri. Bukan senang dia nak balik Malaysia, dah alang-alang ada kat sini baik jangan lepaskan peluang yang ada.



Setelah hampir 45 minit mencari tempat lepak untuk kami bergosip, akhirnya aku tenampak warung kecil di tepi jalan. Aku memarkir kereta dihadapan warung tersebut dan aku melihat sekeliling warung tersebut. Cun lah warung ni, pelanggan pun ada seorang dua saja tambah pulak dengan persekitaran yang bersih di warung ni.

Sebaik saja aku keluar dari kereta, aku terus menuju ke meja untuk duduk dan ingin menghantar whatsapps kepada Adam. Tetapi nasib malang menimpa aku di mana handphone aku takdak bateri, langsung takdak bateri. ‘Aduh, takdak bateri pulak.’

Ketika aku sedang merungut seorang diri, tiba-tiba datang seorang pakcik berbaju kemeja lengan pendek yang berwana coklat dan sangat lusuh serta berkain pelikat biru sambil tersenyum kepada aku.

Anak ni nak minum apa?”Pakcik tu tanya aku dan terus aku jawab, “Saya nak air kosng je dulu.”

Sebaik saja pakcik tu beredar, tiba-tiba Adam muncul di hadapan aku. ‘Woi Adam, bila masa kau sampai ha?”Gila terkejut kot tiba-tiba ja muncul.

Adam yang kini duduk di hadapan aku hanya mampu tergelak apabila melihat wajah terkejut aku. “Mesti kau terkejut kan, aku baru ja sampai ha.”

Sedang asyik kami bersembang, pakcik tadi datang ke meja kami sambil membawa makanan dan minuman yang kami order tadi. Aku makan nasi goreng biasa dengan air kosong lepas tu Adam pulak makan maggi goreng dengan sirap ais.



Aku melihat jam tangan aku, alamak dah pukul 2 pagi laa. Kemudian aku bergegas bangun pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Selesai saja membuat bayaran, aku meminta diri untuk beredar sebab dah lewat sekarang, esok kena masuk kerja.

“Adam, nanti bila-bila kau balik sini lagi kau roger aku tau. Bukan senang kita nak lepak macam ni.”

“No hal bro. Thanks belanja aku, jumpa lagi bro dan jaga diri.”Adam membalas dan kemudian melambai-lambai kearah aku. Sebaik saja aku memasuki kereta, aku terkejut apabila mendapati kelibat Adam yang tadi berada di hadapan kereta aku kini tiada.

‘Aik, laju ja Adam ni jalan. Aku baru ja masuk kereta.’Aku membebel seorang diri.



Ketika sampai di persimpangan Kampung Meja, aku tiba-tiba teringat yang aku tertinggal jaket aku dekat warung tadi. Niat di hati tu nak ambik esok ja tapi jaket tu jaket kesayangan aku kot, jadinya aku cepat-cepat patah balik dan memandu laju untuk sampai ke warung tadi.

‘Aik, aku rasa warung tadi ada ja kat sini.’Aku mengomel sendirian.
Aku tak puas hati sebab warung yang aku berhenti lepak dengan Adam tadi tidak kelihatan lalu aku membuat keputusan untuk meneruskan lagi perjalanan aku untuk mencari warung tersebut.

Dah hampir 40 minit aku memandu sepanjang jalan ni tapi warung tadi masih tak kelihatan. Mungkin malam kot lepas tu gelap pulak dan akhirnya aku membuat keputusan untuk datang ambik jaket aku keesokkan harinya.



Apabila sampai saja di rumah, aku meletakkan beg aku dan kemudian terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Sebaik saja selesai membersihkan diri, aku kembali ke ruang tamu untuk menonton televisyen sebelum aku masuk tidur.

Sedang aku asyik menonton rancangan ulangan drama korea Goblin , baru aku teringat yang handphone aku takdak bateri. Kemudian aku mengambil handphone aku dan mengecasnya lalu aku letakkan di atas meja di hadapan aku.

Aku baru ja nak pegang remote control tapi aku mematikan niat aku itu, aku kemudian memandang tajam handphone aku dan cepat-cepat aku on handphone tu. Sebaik saja handphone aku dah on, terus aku bukak whatsapps dan mesej Adam.



Kau ada kat mana bro?



Aku teringat kembali yang aku hantar location kat Adam tadi tapi macam mana Adam boleh muncul pulak. Lepas tu aku perasan yang Adam ni diam dan senyum ja tadi, aku pulak yang petah berbicara. 

Pelik.

Aku melihat mesej yang aku hantar kat Adam, grey-tick. Mungkin tengah drive kot aku rasa. Baru ja nak letak balik handphone atas meja, tiba-tiba ada call pulak yang masuk.

Mak.

Tiba-tiba pulak mak aku call tengah-tengah pagi buta nih.

“Assalamualaikum, ya mak.”

“Shafizan, kamu ni tak reti ke nak tengok handphone kamu tu? Tak reti ke nak jawab call dari mak? Berpuluh kali mak call kamu tapi langsung tak angkat.”Mak memarahi aku bertubi-tubi dan aku hanya mendengar bebelan mak itu.

“Ye mak, orang salah. Orang mintak maaf. Kenapa mak call nih?”Aku mengakui kesalahan aku sebab aku tau selagi aku tak cakap macam tu, mak mesti tak berhenti membebel.

“Ni haa mak nak bagitau yang Adam kemalangan pagi tadi. Sekarang dia ada di hospital kat ICU.”Terang mak.

“Eh mak ni, takpayah nak buat lawak. Tahulaa orang tak jawab call mak tadi tapi jan-”

“Jan, benda-benda macam ni mak tak suka buat main-main tau. Mak Adam call tadi cakap Adam accident.”Terang mak aku lagi.

Tidak sempat mak aku meneruskan kata-katanya, aku segera memutuskan panggilan tersebut. Apa yang dah berlaku ni? Habis dengan sapa aku lepak tadi? Bermacam-macam soalan muncul dalam kepala aku dan aku tidak senang duduk. Sekarang dah pukul 3.30 pagi lepas tu aku pulak duduk sorang dalam rumah ni, memang tak kelakar la mak.

Aku kemudian membuka whatsapps untuk melihat mesej yang aku hantar kepada Adam tadi, blue-tick. Ah, tiba-tiba ja aku rasa seram sejuk. Selang beberapa minit kemudian aku menerima mesej whatsapps dari Adam.


Adam;
     Aku kat belakang kau, Jan.


Sebaik saja aku membaca mesej tersebut, jantung aku berdegup kencang.


Tak kelakar weh.


Tiba-tiba

Kedua-dua belah bahu aku dipegang erat dari belakang.


dan Adam berbisik,


Surprise!




_____________________________________________

Mula tu nak buat watak perempuan, Lisa and Rose tapi tak sesuai pulak sebab jalan cerita sampai pukul 3-4 pagi. In the end, Shafizan and Adam jadi pilihan ^^

3 comments:

  1. Seriously surprise..
    Baru baca cerita tentang warung misteri di Melaka mcm dalam cerita ni..

    ReplyDelete
  2. lel.. adam's spooky face, nice choice!

    ReplyDelete
  3. Kinda creepy and funny at the same time. Kesian Jan bertubi-tubi dia kena lepas ni dia ikut jejak langkah Adam masuk ICU lah gamaknya. Hahahahahaa

    ReplyDelete