UNEXPECTED ENDING IN 'THE UNINVITED' - SVIORS

Wednesday, February 15, 2017

UNEXPECTED ENDING IN 'THE UNINVITED'

Assalamualaikum and hi


Dalam dok malas nak menaip tapi aku kuatkan jugak dan inilah hasinya hahaha. Minggu lepas kalau tak silap aku dalam pukul 1 pagi macam tu, aku ada tengok satu movie ni kat channel 434, cerita hantu. Well aku kalau cerita hantu ni memang nak tengok jugak walaupun pukul 1 pagi and akhirnya aku tengok jugak movie tu sorang-sorang. Tajuk movie tu adalah The Uninvited yang di keluarkan pada tahun 2009.

Kat bawah ni aku tulis sinopsis dari aku sendiri and gambar aku cari kat google ja haha sebab tengok kat TV jaa kalau kat laptop aku dah printscreen haa.



Watak-watak utama : Anna | Alex | Rachel 


Movie ni bermula dengan Anna kembali ke rumahnya untuk hidup dengan ayah dan kakak dia, Alex selepas Anna ni dimasukkan ke hospital mental berikutan kematian mak dia. So bila dia sampai kat rumah dia, dia terus cari Alex dan kemudian dia p pulak kat bilik dia. Tetiba dia nampak Alex ni tengah mandi kat laut dekat dengan rumah yang mak dia duduk waktu sakit dulu, kira macam rumah kedua laa. 

Bila dia dah nampak Alex, then dia cepat-cepat nak p jumpa kakak dia tu sebab lama gila kan tak jumpa tetapi tetiba ja Rachel iaitu kekasih ayah dia muncul. Rachel ni tegur dia, nak bermesra dengan Anna la kononnya but Anna ni just senyum-senyum macam tu jaa sebab dia tak berapa suka kat Rachel ni. Bayangkan laa, ayah dia tu agak tua bercinta pulak dengan perempuan muda dan cantik macam Rachel lepas mak dia pulak baru mati kan.




Sedang Anna dok cari Alex, tetiba Alex muncul dari belakang dia. Depa sembang macam-macam sampai Alex marah and tanya Anna sebab apa dia tak reply surat Alex. Then Alex jawab yang dia tak pernah dapat apa-apa surat pun waktu dia duk kat sana. Bila dah dengar jawapan macam tu, Alex ni bengang laa and terus p jumpa ayah depa then marah-marah.

Sejak Anna balik ke rumah dia, dia sering dihantui oleh hantu, kadang hantu mak dia and kadang tu dia nampak hantu 3 orang budak dan Anna yakin yang Rachel adalah punca kematian mak dia. 





Ada satu malam tu Anna dengan Alex ni berpakat nak cari identiti sebenar Rachel; nama dan alamat semua tu and lastly jumpa jugak sapa Rachel yang sebenarnya; dulu Rachel ni orang gaji untuk family Anna ni. So baru laa depa tau yang nama sebenar Rachel ni Mildred Kemp; seorang pembantu rumah yang suka dekat majikannya sendiri and dia bunuh isteri majikan dia dengan anak-anak depa melalui suntikan. 

Macam-macam cara dah Anna dengan Alex ni nak bagitau ayah dia tentang Rachel tapi bila Anna nak bercakap, Rachel pun muncul. Sampai satu hari tu, ayah depa kena p mana ntah and tidur kat luaq, kiranya macam outstation. 

Bila ayah depa dah keluaq outstation, Anna dengan Alex ni buat rancangan nak perangkap Rachel ni. Tapi tak sempat sebab Rachel ni dah dengar perbualan depa nih ni and Rachel ambik tindakan dulu. Dalam pergelutan di antara Anna dengan Rachel ni, Anna akhirnya berjaya melepaskan diri dan terus p cari kakak dia.

Lepas tu Anna jumpa Alex ni terlendang atas lantai sebab dah kena suntik dengan Rachel. Alex ni suruh Anna keluar selamatkan diri and p buat report macam tu and Anna terus p balai polis. Samapi saja sana, Anna terus buat laporan cakap yang Rachel ni nak bunuh dia dengan Alex nih; waktu ni aku dah agak yang polis ni pun satu kepala dengan Rachel tu. Polis tu pun tengok semacam jaa kat Anna ni then terus capai kot dia and cakap kat Anna ni suruh tunggu dalam bilik dia tu. 

Dalam duk tunggu polis tu, Anna tertidur and bila dia terjaga dia nampak mak dia kat depan dia. Bila mak dia makin dekat dengan dia, wajah Rachel muncul. Anna pun gelabah laa sebab tiba-tiba Rachel muncul and nak larikan diri tapi tak sempat sebab polis tadi pegang kaki dia and Rachel tu suntik dia, so Anna jadi lemah.

Then Rachel bawah Anna ni balik rumah, lepas tu letak dalam bilik dia dan tukar baju semua. Mula tu Anna nak capai pisau yang ada di hujung meja sebelah katil dia tapi tak sempat sebab Rachel nampak so dia tak mampu nak buat apa. Dalam Rachel tengah tukar baju dia, tiba-tiba Alex muncul dari belakang sambil bawak pisau and then tetiba pandangan Anna jadi gelap.


Time ni aku dok rasa yang Rachel ni dah bunuh Alex ni tapi Anna terjaga dari tidur dia, mungkin then kat luar pintu bilk dia, Anna nampak banyak darah. Dia ikut titisan darah tu sampai laa kat luar rumah dan dia berhenti di depan tong sampah. Lepas tu dia bukan tong sampah tu, adalaa plastik hitam dan bila dia bukak plastik hitam tu nahhhh rupanya Rachel yang kena bunuh.



Anna terkejut waktu tu then muncul pulak kakak dia, Alex sambil pegang pisau yang penuh dengan darah. Anna tengok Alex dan Alex kata dia tepaksa buat untuk kebaikan depa jugak. Lepas tu depa berpeluk sambil Anna pujuk Alex ni.

Lepas tu, ayah depa pulak bagi and terkejut tengok depa dua yang penuh dengan darah. Ayah dia tanya apa dah jadi, Anna balas yang sebenarnya Rachel ni jahat and so on laa. Dia suruh Alex terang kat ayah depa perkara sebenar pasal Rachel tapi tetiba ayah dia marah and yang sangat mengejutkan aku; ayah dia kata Alex sebenarnya dah mati.

Bayangkan aku punya laa tunggu movie ni ingat yang Rachel ni jahat semua tuptup ayah dia kata yang Alex ni dah mati and bila Anna ni tengok tangan dia, tudiaa rupanya dia sebenarnya yang bunuh Rachel. Rupanya Alex dengan mak dia ni mati sebab kebakaran di rumah kedua depa tu.

In the end movie ni, Anna dihantar balik ke hospital mental tu. Lepas tu ada seorang perempuan kira macam jiran depan bilik dia cakap kat Anna sambil senyum "Welcome home." and perempuan tu tutup pintu bilik dia, rupanya nama dia adalah Mildred Kemp. 



4 comments:

  1. Mak ai berbelit jalan cerita. Tapi macam best je, mmg kena cari la ni, tak pernah tengok lagi. Best cerita plot twist ni, kadang2 kena tengok dua kali untuk paham, hahaha.

    Rii, rinduler...mcm lama pula tak jenguk sini.

    ReplyDelete
  2. Twister sangat.. tak mampu nak tengok.. hehehe..
    Kalau baca bestlah..

    ReplyDelete
  3. Cam menarik jerk jalan cite dia... Tapi berbelit sikit.. ekeke.. Kalau akak tgk cite antu kol 1 pg jwbnye dok selindung bawah selimut la.. Hahaha..

    Lama tak dtg jenguk Rii... Rii ape kabooo??

    ReplyDelete