Wednesday, December 28, 2016

TELATAH SEO JIN, ERIC DAN KYUN SANG DALAM 3 MEALS A DAY SEASON 3 - FISHING VILLAGE

Assalamualaikum and hi.


Baru saja lepas tengok 3 Meals A Day - Fishing Village ni; episod 10 semalam and pagi tadi aku ulang tengok balik. Mulanya aku takmau tengok yang Fishing Village ni, sebab still dok syok yang Gochang Village tu hahaha walaupun dah habis, siap download lagi. Tapi hari tu aku saja try tengok, haa bajet belagak takmau tengok sangat tapi dah terpikat. Start dari waktu tengok tu until now, setiap Rabu malam mesti duduk depa TV hahaha.







3 Meals A Day - Fishing Village; 

Actually 3 Meals A Day yang aku tengok ni yang season three punya, ada lagi yang lain cuma yang sempat aku tengok yang ni dengan yang Gochang Village tu. Aku cadangkan hampa semua untuk tengok rancangan ni, best tau try laa tengok sekali. 

Untuk yang season three ni castnya ialah Pelakon Lee Seo Jin, Pelakon dan Penyanyi Eric Mun dan Pelakon Yoon Kyun Sang. Untuk yang tak kenal depa-depa ni; Seo Jin ada berlakon dalam drama Marriage Contract, Eric dia ni ketua dan jugak ahli kumpulan senior Shinhwa + dia lead actor dalam Spy Myung Wol dan Kyun Sang pulak aku first kenal dia dalam drama Pinocchio ; dia jadi abang kepada Lee Jong Suk.








Part yang paling best dalam 3 Meals A Day ni adalah time memasak, Eric punya skill memasak memang thumbs up laa ; kemas dan jugak teratur. Betullah orang kata artis ni atas pentas lain, bila real life lain. Sebab apa aku kata macam tu, hahahaha Eric ni kalau hampa tengok kat atas pentas memang wow memang bercharimalah but bila hampa tengok dalam rancang ni, dia kadang tu rajin termenung sendiri. Bila tengok balik, aku macam 'Hmm, depa ni pun orang macam kita jugak tapi depa artis.'







Kyun Sang pulak, dia ni comel sangat dan blur jugak pada mulanya but lama-lama dia banyak belajar dari 'abang-abang' dia and now dah pandai buat. Kyun Sang ni kuat makan, setiap kali time nak makan mesti bekas makan termasuk pinggan camca semua extra besar kat dia. And kucing-kucing dia pon comel sangat ; Kong dengan Mong.

 





Seo Jin ni dia macam belagak sikit cara dia tapi dak pon, saja jaa tu + dia punya lesung pipi dalam kot haha. Dia laa yang rajin nyalakan api bila time nak masak and rajin kumpul kayu + pemandu bot haha dan juga tukang masak nasi. But satu ja dia ni, suka pakai cermin mata hitam hahaha. 







Ericar








Setakat ni, aku memang seronok tengok rancang ni and macam-macam resepi yang aku belajar dari rancangan ni antaranya ; Kalguksu @ secara kasarnya mee gunting. Hahaha, aku dah try buat dua kali dah. Not bad and sedap hahaha.








Have a nice day and until we meet again ~


1 comment:

  1. kekoreaan adik Rii.. Sekarang dh tak follow korea ni dik.. Dulu akak antu korea jugak.. Zaman2 autumn in my heart.. winter sonata.. Haaa itu tau lee.. hehehe skrg dah tataw lagik.

    ReplyDelete