#MyTravelokaEscapade : Perkara-perkara yang akan aku lakukan di South Korea jika menang percutian PERCUMA dari Traveloka - SVIORS

Sunday, December 25, 2016

#MyTravelokaEscapade : Perkara-perkara yang akan aku lakukan di South Korea jika menang percutian PERCUMA dari Traveloka

Assalamualaikum dan hi. 


Alhamdulillah masih ada masa untuk menulis dan juga berblogging walaupun sedikit. Well, beberapa hari ni aku agak sibuk dan tidak berpeluang untuk menulis apa-apa entri tapi hari ni here I am.



Setiap orang semestinya ada niat or keinginan untuk melancong tidak kiralah di mana saja destinasi yang ingin dituju, begitu juga aku yang teringin untuk melancong lebih-lebih lagi ke luar negara.



dan sekarang  ada satu berita baik buat aku dan juga buat korang yang ingin melancong di mana Traveloka ada buat satu kontest dimana korang boleh memenangi FREE trip to your dream destination. Wow, sapa yang tak mahu dapat FREE VACATION dari Traveloka !! Syarat-syarat pun senang nak ikut, korang perlu pilih satu destinasi pilihan daripada sepuluh dan kemudian ceritakan kenapa nak pergi ke sana.




So, destinasi pilihan aku adalah …





SOUTH KOREA




South Korea sememangnya pilihan aku dan aku harap sangat dapat pergi ke sana suatu hari nanti. Bagi seseorang macam aku yang sangat sukakan KPOP, South Korea adalah salah satu negara yang wajib aku pergi, yes  ianya percutian impian aku. Ada banyak benda yang aku nak buat kat sana !! Oh my god, I’m so excited and now let me tell how I’d explore South Korea if I won the free vacation.





Menikmati ‘Street Food’ dan ‘shopping’ di Myeongdong Street.



Bila aku tengok saja drama Korea, mesti ada ‘street food’ ni antaranya yang teringin aku nak makan adalah kek ikan disana, why? Aku tahu di Malaysia ni ada saja kek ikan tetapi aku lebih tertarik dengan kek ikan kat sana dan juga teringin nak rasa Tteokbokki, memang terliurlah bila tengok diorang makan. Selain tu, aku tering nak bershopping di Myeongdong and boleh dikatakan Myeongdong ni tempat yang popular jugak dikalangan pelancong.




Melihat istana Korea dengan lebih dekat.


Ini adalah tempat yang akan aku pergi bila aku berada di Korea dan tak kisah sama ada istana Gyeongbukgung atau Deoksugung atau mana-mana istana, aku akan pergi salah satu daripadanya. Sebelum ni aku hanya tengok istana di sana dalam drama-drama Korea saja, jadi sekarang aku berpeluang menjejakkan kaki di sana malah boleh tengok real lagi. Dan aku boleh berpengalaman memakai hanbok dan juga photoshoot sambil berlatarbelakangkan  bangunan dan halaman di istana Korea.




Melawati diantara tiga syarikat yang popular- SM Ent, JYP Ent, YG Ent.



Wow, tempat ni sememangnya wajiblah bagi aku untuk dilawati. Siapa yang tak kenal tiga syarikat terbaik malah popular boleh aku katakan di Korea ini. Aku tak pasti samaada boleh masuk ke dalam syarikat tu untuk lawati tetapi kalau boleh bergambar depan bangunan tu pun sudah memadai bagi aku dan mana tahu rezeki aku untuk terjumpa dengan mana-mana artis di antara tiga syarikat tu. Oh my god, I’m soooooo happy and excited !!




Mengimbau kembali kenangan ‘Winter Sonata’ di Nami Island.



Oh my god, Nami Island adalah tempat yang digemari ramai dan sesiapa yang ada demam Winter Sonata ni pasti tidak akan lepaskan peluang untu ke sana begitu juga aku yang teringin untuk menjejakkan kaki ke sana, Nami Island. Permandangan di sana malah berjalan kaki sambil di hiasi oleh pokok-pokok yang cantik lagi indah juga daun-daun yang berguguran, MasyaAllah boleh bayangkan tak? Sooooo romantic !! Dan aku akan tangkap gambar kat tengah-tengah tu macam Jun Sang dengan Yoo Jin.




Melihat permandangan dan melakar kenangan di Namsam Tower.




Wajib wajib dan wajib pergi apabila menjejakkan kaki di Korea. Boleh dikatakan pasangan yang bercinta tak kiralah pelancong mahupun rakyat Korean sendiri yang dah berkahwin atau kekasih pasti akan pergi ke Namsan Tower ni. Aku memang teringin sangat nak ke Namsan Tower ni dan nak beli locks tu dan kuncikan kat sana dan juga aku taknak lepaskan peluang untuk bergambar dengan semua lock yang ada disitu, banyak sangat lock.

Selain tu aku boleh merasai untuk menaiki kereta kabel kat sana, well kereta kabel di sana ber beza dengan di Malaysia. Yang di sana punya besar and yeah permandangan yang sangat menarik!






Ok, ini adalah serba sedikit aktiviti-aktiviti yang boleh aku fikirkan, aku lakukan buat masa sekarang di South Korea and I’m so excited when writing all this! Banyak tempat-tempat menarik dan pengalaman-pengalaman yang seronok serta menikmati permandangan yang cantik dan indah di sana. #MyTravelokaEscapade







4 comments:

  1. Excited! Siqah pun excited tiap kali dengar korea. Tu yang suka tengok drama Korea. Fefeeling lebih 😍 serius semua tempat di atas cantik. Siqah wish nak pergi nami island masa autumn pulak. Nak tengok daun warna warni 😍

    Best of luck ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kalau dapat p memang hadiah bermakna laa hahahha and yep nami island tu teringin sgt nk p. Tq siqah :)

      Delete
  2. hi, saya datang singgah sini sambil klik nuffnang :)

    ReplyDelete