Wednesday, November 2, 2016

SHORT STORY : BESTFRIEND

Assalamualaikum dan hi.




1. A short and simple story.
2. Penulisan aku biasa saja, hanya sekadar bacaan di waktu lapang.
3. Maaf jika pembacaan hampa terganggu/ tidak menyenangkan kerana penulisan ini.
4. Enjoy reading.










"Jongin, kau takdak kelas ke pagi ni?"tanya Kyungsoo sambil memasukkan buku dan nota ke dalam beg galasnya.


"Kelas aku cancel hari ni. Encik Chen balik kampung."balas Jongin sambil menarik selimut merah kesayangannya itu.


"Oh oklah kalau macam tu, aku gerak dulu. Apa-apa whatsapp aku."kata Kyungsoo dan terus keluar untuk ke kelas pagi.


Jongin dan Kyungsoo bersahabat baik sejak umur mereka 5 tahun lagi, dan ibubapa mereka juga mengenali di antara satu sama lain.

Apabila mereka semakin dewasa, Jongin kini memiliki wajah yang kacak dan sangat popular di tempat belajarnya iaitu Seoul University. Lain pula bagi Kyungsoo. dia digelar budak 'nerd' oleh para pelajar di universiti tersebut. 


Kemana sahaja Kyungsoo pergi, dia pasti akan diganggu oleh para pelajar tersebut, tidak kira pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Bagi mereka, Kyungsoo adalah 'bahan' untuk dibuat lawak dan untuk dimalukan sahaja.


Bagi Jongin, Kyungsoo adalah sahabat baiknya buat selamanya dan dia juga sudah menganggap Kyungsoo sebagai abangnya sendiri. 





Setibanya Kyungsoo di kelasnya, dia terus menuju ke tempat duduk di sebelah Suho. Lima minit kemudian, sekumpulan pelajar perempuan yang amat popular di universiti tersebut yang diketuai oleh Jessica memasuki kelas tersebut sambil memandang tajam kepada Kyungsoo.



'Pehal pulak minah ni renung aku.'desis hatinya sendiri.


"Baiklah, setakat ini saja kelas kita. Kalau kamu ada apa-apa masalah tentang subjek ni, boleh jumpa saya di bilik saya ya."pesan Encik Jin kepada para pelajarnya.


Tidak sampai lima minit Encik Jin keluar dari kelas tersebut, Jessica tiba-tiba bangun dan terus menuju tepat ke arah Kyungsoo.


"Hoi kau, budak nerd."tegur Jessica yang berdiri di hadapan Kyungsoo bersama gengnya.


"Kau pehal?"balas Kyungsoo.


"Kau ni memang tak sedar diri kan. Dah laa nerd, selekeh pulak tu. Aku bagi amaran dekat kau, jangan dekat dengan Jongin. Sebab kau lah, status Jongin tercemar."ugut Jessica dan kemudian berlalu meninggalkan Kyungsoo yang terkejut mendengar kata-kata tersebut.


Jongin adalah anak kepada CEO di sebuah syarikat terkenal dan Kyungsoo pula hanyalah anak kepada seorang petani. 

"Bro, kau sabar ye."pujuk Suho sambil menepuk bahu Kyungsoo.


"Aku ok je. Dah biasa kena maki macam ni."balas Kyungsoo bersahaja.





Jam dipergelangan tangan Kyungsoo menunjukkan pukul 8 malam dan akhirnya Kyungsoo selamat sampai dirumah sewanya itu.


"Lewat kau balik Kyungsoo."tegur Jongin sambil menonton berita di televisyen.


"Ha'ah, aku kena siapkan assignment Miss Fei sebab esok petang last hantar."terang Kyungsoo lalu duduk di sebelah Jongin.


"Kau awal pulak balik harini? Memang takdak kelas langsung ke hari ni?"giliran Kyungsoo pula bertanya.


"Adalaa, satu kelas je hari ni. Pukul 3 tadi kelas Encik Ho."balas Jongin.



"Oh, ingatkan kau free je hari ni. Oklah, aku mandi jap. Berbau dah aku ni."kata Kyungsoo sambil ketawa dan berlalu menuju kebiliknya.



10 minit kemudian...


Kyungsoo kembali duduk di sebelah Jongin dan mencapai surat khabar berita harian untuk dibacanya akan tetapi niatnya terbantut sebaik saja berita tergempar muncul di kaca televisyen tersebut.





BERITA TERGEMPAR : Seorang gadis berusia 20 tahun dijumpai tergantung di dalam bilik air di apartment lama yang sudah tidak didiami. Mayat akan di bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian tersebut.




"Eh, kesiannnya. Kau agak bunuh diri ke kena bunuh tu?"tanya Kyungsoo kepada Jongin.


"Entah."jawab Jongin bersahaja sambil bermain handphonenya.


"Kau ni kan senang je jawab. Aku serius ni."marah Kyungsoo.





Keesokkan harinya, Kyungsoo ke tempat belajarnya seperti biasa.  Dalam perjalanannya untuk ke kelas, dia ditegur oleh Suho.

"Kyungsoo."tegur Suho.


"Oh Suho, awal pulak kau sampai hari ni. Selalunya kalau kelas Miss Fei, kau la yang paling lambat."perli Kyungsoo.


"Kau ni diam ah."balas Suho sambil menepuk beg galas Kyungsoo.



"Eh kau tau tak semalam, ada orang jumpa mayat Jessica kat apartmen lama."sambung Suho.


"Kau ni Suho, biar betul?"tanya Kyungsoo dengan riak nya sangat terkejut.


"Betul la weh, takkan benda macam ni aku nak main-main."akui Suho pada Kyungsoo.


"Apa puncanya? Kau tau?"tanya Kyungsoo lagi.


"Aku dengarkan, dia kena bunuh."bisik Suho perlahan.


"Ish gila lah. Manusia sekarang memang takdak hati dengan perasaan. Takut aku."kata Kyungsoo kerisauan.


"Itulah, lepas ni kita kena hati-hati. Tak kira laa lelaki or perempuan, kena jaga keselamatan."pesan Suho.


"Betul tu. Bahaya zaman sekarang."tambah Kyungsoo pula.





Sebaik saja kelas subjek Marketing tamat, Kyungsoo dan Suho menuju ke kafe kegemaran mereka untuk mengisi perut yang menangis untuk minta diisi. Sedang Kyungsoo dan Suho menjamu selera, datang dua orang lelaki yang dikenali sebagai Taemin dan Minho iaitu antara pelajar popular di universiti tersebut. 


"Oih nerd."tegur Taemin sambil berdiri di hadapan Kyungsoo.


Kyungsoo yang sudah tahu perangai Taemin dan Minho hanya mengendahkan teguran tersebut.


"Pekak rupanya budak ni. Aku ingatkan nerd je tapi pekak sekali."tambah Minho pula.


"Korang berdua ni pehal? Kitaorang tak cari pasal pon dengan korang nih."marah Suho tiba-tiba.


"Perh nerd sekarang dah ada geng la tapi sama-sama nerd jugak."kata Taemin sambil ketawa kepada Suho.


"Dah dah la tu. Aku nak makan ni, menyemak ja korang berdua ni."Kyungsoo tiba-tiba bersuara.


"Dah berani kan kau sekarang, tunggu kau nanti. Tunggu eh."kata Taemin dengan nada yang keras dan berlalu pergi bersama Minho.


Kyungsoo kemudian mengajak Suho untuk meninggalkan kafe tersebut kerana malu dipandang serong oleh para pelajar di kafe tersebut.





11.30 malam.


Enjin kereta motosikal Jongin kedengaran dan Kyungsoo bergegas untuk membuka pintu untuk Jongin.



Alangkah terkejut Kyungsoo apabila mendapati kesan-kesan darah pada muka dan baju Jongin.


"Jongin, apa dah jadi kat kau ni?"tanya Kyungsoo terkejut.


"Aku tolong orang, ada accident tadi."balas Jongin.


"Yeke? Kat mana? Teruk ke?"tanya Kyungsoo lagi.


"Kat depan universiti ha. Teruk jugak tapi nasib baik ambulans sampai cepat."terang Jongin dan kemudian dia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.


Sebaik saja Jongin memasuki bilik air, dia kemudian mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya dan memberusnya sehingga sapu tangan tersebut bersih dan untuk seketika Jongin memandang cermin dihadapannya dan dia senyum seorang diri.





Keesokkan harinya...


Kyungsoo singgah sebentar di koperasi tersebut untuk membeli surat khabar berita harian untuk dibacanya sambil menuju ke kelas.


Dan dia sangat terkejut apabila membaca berita utama di surat khabar tersebut.





Dua orang pelajar Seoul Universiti dijumpai mati ditikam bertubi-tubi di dalam semak-samun. Mangsa-mangsa tersebut dikenali sebagai Taemin dan Minho iaitu pelajar jurusan akhir di universiti tersebut.




"Gila lah."kata Kyungsoo sebaik saja habis membaca berita tersebut.


Kemudian bahunya ditepuk seseorang dari belakang.


"Kyungsoo."tegur Jongin.



"Eh Jongin. Jom ke kelas, nanti bising pula Encik Xiao."balas Kyungsoo sambil menarik tangan Jongin.






Kyungsoo.



Aku akan sentiasa lindungi kau.



Sebab


Kaulah satu satunya



Bestfriend aku.







THE END.






9 comments:

  1. wah rajinnya. bagus penulisan kalau setiap hari kita asah mesti lagi bagus. :)

    ReplyDelete
  2. means Jongin la y bunuh.. best nya penulisan kalau jdi drama pun best, tbawa dgn cerita ni

    ReplyDelete
  3. Mula2 ingat kyungsoo yang bunuh rupanya jongin.

    Best jalan citer.Keep it up!

    ReplyDelete
  4. confused nak touching ke nak seram kalau ada bestfriend macam ini. Cita awak melekat-lekat dalam kepala la. Suka sangat ><

    ReplyDelete
  5. Ala.. pendek sangat.. Tak puas baca..
    Ohsem giler..

    ReplyDelete