Kari Daging Kambing - INTROVERTED GIRL

Friday, September 23, 2016

Kari Daging Kambing



Assalamualaikum dan hi.

Another recipe dari aku haha. Actually aku tak tau apa nama resepi ni so aku letak Kari Daging Kambing. Resepi ni dari angah aku pulak, masakan dari Pakistan. Hahaha abang ipar aku orang Pakistan sebenarnya.

Here we go.





BAHAN-BAHAN :

Daging kambing (ikut korang berapa slices nak)
2 biji tomato (buang biji dan dipotong dadu)
1 camca kari daging
Lada hitam
Jintan manis
Ubi kentang
Air
Gula 
Garam
1 biji bawang besar (blend@potong)
3 biji cili padi



CARA-CARA :

Potong daging kambing kecil-kecil kemudian basuh.

Rebus daging kambing tadi sampai kering air.


Untuk bagi daging lembut : Masukkan daging dalam kuali dan isikan air sampai hapus daging tu. Kemudian masukkan sedikit gula. Biar sampai kering air or daging tu lembut. Kalau tak lembut lagi, tambah air lagi.



Untuk kuah, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.

Tumis bawang yang dah diblend@dipotong tadi sampai naik bau.

Masukkan tomato dan masak sampai jadi pes, kira sampai hancur laa dan masukkan cili padi.

Masukkan lada hitam dan jintan manis, make sure lada hitam dan jintan manis ditumbuk bagi halus dulu. Kemudian kacau sebati.

Masukkan kari daging dan kacau. Kemudian masukkan sedikit ait, lebih kurang setengah cawan sebab takmau bagi pekat.

Masukkan ubi kentang dan biarkan mendidih.

Perasakan dengan sedikit gula dan garam.

Last, masukkan daging kambing dan gaul semua sekali.



Boleh dimakan dengan nasi. Selamat mencuba ^^



さようなら

No comments:

Post a Comment