Spaghetti Carbonara - SVIORS

Friday, September 23, 2016

Spaghetti Carbonara

Assalamualaikum dan hi.


Hari aku rajin lebih sikit haha. Masakan hari ni ala-ala western iaitu Spaghetti Carbonara which is my favourite. Aku ni suka makan spaghetti tak kira laa bolognaise ka apa janji sedap. Hahaha. Untuk resepi ni, resepi from kakak aku. Simple saja cara nak masak. Takdak laa detail macam kat kedai-kedai western or any restoran, just untuk makan kat rumah jaa.




BAHAN-BAHAN :

Untuk spaghetti.
-Spaghetti
-Air
-Garam


Untuk kuah.
-Sos carbonara (aku guna yang tin, yang color biru tu)
-Sosej (dipotong nipis-nipis)
2 biji bawang merah (blend @ dipotong)
-Air
-Garam
-Gula




CARA-CARA : 

Untuk spaghetti, masukkan air dalam kuali dan letakkan sedikit garam.

Kemudian masukkan spaghetti dan biarkan sampai lembut. Ikut korang la nak lembut macam mana.

Dah masak, toskan spaghetti tu dan ketepikan.



 Untuk kuah, panaskan kuali dan masukkan minyak. 

Masukkan bawang yang dah diblend@dipotong tadi dan kacau sampai naik bau.

Kemudian masukkan sos carbonara (aku letak separuh ja) dan kacau kan.

Masukkan air, jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat. Agak-agak ja.

Perasakan, letak garam sikit and gula sikit. 

Kacau sebati dan last sekali masukkan spaghetti,  gaul semua.




Dah siap untuk dimakan. Selamat mencuba.
Aku buat spaghetti ni untuk 2 - 3 orang makan.






さようなら



No comments:

Post a Comment