Thursday, May 21, 2020

Life in 2020 | Hari raya, Korban Kasih and Laptop.


Assalamualaikum everyone. Tak lama dah nak raya, yay!


Sambutan Hari Raya.

Hari raya tahun ni takdak lah meriah mana, kurang kemeriahannya sebab along dengan angah aku tak boleh balik. Nak buat macam mana kan, kena patuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Bukan untuk orang lain pun, untuk kebaikan diri sendiri jugak. Kalau kita tak jaga tak didik diri kita sendiri, sapa lagi kan? Itupun ada lagi yang dok gigih nak try balik kampung jugak, cuba nasib katanya.

Persiapan raya?

Persiapan tu tetap ada tapi tak seberapa, rumah tu wajiblah kena kemas. Dari segi kuih raya pulak, tahun ni aku buat sendiri -lagi sedap dan puas hati, kek pun aku buat jugak. Baju raya ada jugaklah sepasang, itu pun along belanja -terima kasih! Untuk menu wajib raya setiap tahun di runah aku iaitu laksa yang ayah aku buat dari kuah sampai laksa tu sendiri tetap ada. 

Sebenarnya raya bagi aku agak kurang meriah sejak tok aku meninggal, dah 5 tahun macam tu -rasa tu 'agak' suram. Sekarang ni, cukup sekadar sambut bersederhana (bagi aku laa) dan bersyukur kerana masih boleh sambut hari raya bersama keluarga. Alhamdulillah.

Persiapan raya hampa macam mana?



Drama Korban Kasih.

Pakat dah tengok ke drama ni? Best jugaklah, ada bab kehidupan, kekeluargaan dan tak dilupakan bab percintaan. Not too sweet and just nice, memang aku sukalah drama ni. Bagi aku one of the best drama melayu yang aku tengok memandangkan aku ni jenis kurang tengok drama melayu, hahaha. 


Drama lakonan Dynas Mokhtar, Saharul Ridzwan, Umi Nazeera, Azrel Ismail, Zara Zya, Ezzaty Abdullah. Lagu ost drama ni pun best, boleh pi cari kat youtube - Sampai Syurga nyanyian Ezad Lazim & Idayu. Drama ni panjang sikit episod dia, semua sekali ada 30 episod dan hari Sabtu ni adalah episod akhir.

Aku tulis sinopsis sikit untuk gambaran, 


Saharul Ridzwan (Jalil) | Azrel Ismail (Jamil) | Zara Zya (Fatimah) | Ezzaty Abdullah (Along)

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil, adiknya Fatimah dan Kak Longnya.


Untuk maklumat lanjut, masuk di sini : Korban Kasih



Laptop and laptop recon.



Ah laptop, one of the most important thing buat aku sebab dengan adanya laptop, macam-macam benda aku boleh buat. Aku nak print dokumen-dokumen penting kena guna laptop. Kadang-kadang nak tengok movie nak download lagi, wajib guna laptop hahaha dan yang penting nak berblogging. Kalau guna handphone tu boleh saja tapi aku tak akan puas hati dan tak berapa seronok -sebabnya saiz screen tu kecik. 

Aku ada beli laptop baru-baru ni tapi yang recon saja laa, laptop lama aku dah innalillah -sedihnya lahai. Kena jugak beli sebab memang nak guna, recon pun oklah janji boleh buat kerja, nak beli yang ori tu kena tunggu duit cukup sikitlah -laptop recon ni murah jugaklah harga dia, RM499 and dapat free mouse + bag. 
Nice!

Jaga dan sayangilah laptop anda.




Nantikan new post dari aku ya! Adios~

12 comments:

  1. layan juga drama korban kasih tu, sakit hati tengok..haha

    ReplyDelete
  2. persiapan raya dalam kesederhanaan tu indah =)

    cerita tu time berbuka so kadang2 tertengok sebab ada orang bukak channel tu hehe

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya sis, MMH takde buat persiapan, beli kuih sikit2 je, baju pon tak beli sebab raya sorang-sorang, tak dapat rentas negeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihnya sorang-sorang :(
      Selamat Hari Raya sis!

      Delete
  4. Salam ceria.
    Jaga jarak sosial anda sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
    Kerap cuci tangan, pakai topeng, dan elak perhimpunan.
    Ingatlah orang yang tersayang.
    Berhati-hati di jalan raya.
    Berhati-hati raya.
    Syawal jauh di mata, dekat di hati.

    ReplyDelete
  5. hari raya sepi hanya ditemani laptop saja ;_;

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya! Makin besar rasa raya ni macam biasa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya too, Rasya! Betul-betul.

      Delete