Tuesday, February 6, 2018

Jadi doktor pakar bedah di penjara dalam 'CROSS'.


Assalamualaikum dan hi.


I've just finish watching three episodes of this new korean drama, Cross. My first impression of this drama is really good, sebab drama ni bertemakan kedoktoran. Hampa mesti tau kan kalau drama korea pasal doktor ni best-best belaka sebab depa tunjuk adegan bedah itu sendiri. Lagi satu walaupun drama ni pasal doktor tetapi jalan cerita dia berbeza, bagi aku sangat berbezalah dan tak sama macam Doctor Stranger or Romantic Doctor, Teacher Kim or Brain -seriously NO!



Aku tengok drama ni sebabnya, yang pertama semestinya drama ni bertemakan kedoktoran dan aku sangat suka drama macam ni. Kemudian ada salah satu pelakon lelaki kegemaran aku si comel ni, Ko Gyung Pyo -sapa laa yang tak suka dia, dah laa comel lepas tu rupa dia soft sangat haha. Dan yang ketiga sebab disebalik kisah kedoktoran ada diselitkan tentang balas dendam.



 
   

The casts of Cross.


Ko Gyung Pyo sebagai Kang In Kyu
Cho Jae Hyun sebagai Go Jung Hoon
Jeon So Min sebagai Go Ji In
Kim Ji Han sebagai Lee Joo Hyeok
Jang Jin Sung sebagai Son Yeon Hee
Heo Sung Tae sebagai Kim Hyeong Beom






Synopsis :

Kang In Kyu’s father was brutally murdered 13 years ago. To take revenge on those who are responsible for his father’s death, he becomes a doctor. Kang In Kyu volunteers at a prison medical office where the murderer is imprisoned.


Drama ni tentang Kang In Kyu yang nak balas dendam untuk kematian ayah dia 13 tahun dulu dan dia ambik keputusan nak belajar dan seterusnya menjadi seorang doktor -tapi nak jadi doktor di penjara. Mesti hampa pelik kan, kenapa dia nak balas dendam tapi dia nak belajar dan jadi doktor? Macam ni, dulu ni ayah Kang In Kyu ni dijumpai mati dekat kawan bukit-bukit dan sebenarnya pembunuh ayah dia ni bedah ayah dia dan ambik organ dalaman tu. Jadi sekarang mesti hampa faham kan, dia sebenarnya berusaha nak jadi doktor tu sebab dia nak bunuh pembunuh ayah dia dengan cara yang sama ayah dia kena -which is bedah pembunuh tu dan ambik organ.



Lepas tu kenapa doktor di penjara? Sebabnya pembunuh (Hyeong Beom) ayah dia tu masih ada di penjara tetapi pembunuh tu tak kenal Kang In Kyu ni walaupun depa pernah jumpa time pembunuh tu kena tangkap dan waktu tu Kang In Kyu ni kecil lagi. Bila polis tanya Hyeong Beom ni kenapa bunuh dan ambik organ tu, dia jawab sebab duit. Haa kat sini boleh nampak yang sebenarnya ada orang atas yang bagi arahan untuk buat kerja ni tapi aku taktau lagi sapa.




Bila dia volunteer nak jadi doktor di penjara, dia pun pergi ke Shingwang Prison untuk interview tetapi ada sorang doktor ni ragu-ragu nak terima dia sebab semua keputusan exam dia tersangatlah bagus dan Kang In Kyu ni top student di universiti dia, dia jugak bagus dalam aktiviti kokurikulum. Mana ada orang yang bagus dan pandai macam tu nak jadi doktor di penjara, dan sebab tu doktor tu curiga. Tapi Kang In Kyu ni cool orang dia, nampak relax dan pendiam saja -nampak baik laa tapi dia sebenarnya menyimpan dendam.

Dan aku suka ayat Kang In Kyu ni; 

I'm different from other doctors. I didn't become a doctor to save people.
I did it to kill people, to get revenge.




Disebabkan satu inciden yang jadi di penjara tu, dia akhirnya diterima bekerja tapi masih diragui oleh doktor (Baek Ji Nam) tadi. Lepas tu Kang In Kyu ni sebenarnya dah buat peta dah sekali dengan gambar-gambar orang yang dia dah jumpa tadi. Satu lagi nak bagitau yang Kang In Kyu ni macam special sebab mata dia tu lain sikit -maksud aku bila dia tengok seseorang tu, dia boleh tau yang orang tu sakit apa dan sebagainya.

Lepas tu Kang In Kyu ni ada seorang adik perempuan tapi dah mati waktu kecil dulu sebab sakit apa ntah. Bila masukkan dia dalam hospital memang tak boleh diselamatkan dan mati, dalam masa yang sama Go Jung Hoon ni pergi ambil organ adik Kang In Kyu ni bagi dekat orang lain -haa mengamuk dia sebab bagi tanpa pengetahuan dan kebenaran Kan In Kyu sendiri. Go Jung Hoon ni boleh aku katakan macam bapak angkat kepada Kang In Kyu laa sebab dia selalu tolong Kang In Kyu waktu kecil-kecil dulu. Aku dok rasa yang organ adik Kang In Kyu ni, sekarang ada dalam badan Son Yeon Hee. Nak tau sebab apa? Haa kena tengok laa drama ni.


Aku harap kalau nak ada romantic scene tu sikit-sikit dah laa kot haha. So untuk sesiapa yang tak tengok lagi drama ni, aku sangat recommend untuk hampa tengok. 

13 comments:

  1. ada Somin la hehe.. skrang tengok Somin blakong mesti rasa klakar..

    ReplyDelete
  2. I’m definitely going to watch this drama! TQ for sharing tau. Siqah sekarang tengah tengok Black Knight je. Drama Robot dah habis. So takde cerita nak tengok. Minat cerita doktor. For now, Romantic Doctor Teacher Kim paling favourite 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes you should Kak Siqah! Hahaha, kita tak tengok lagi Black Knight.

      Delete
  3. Baru tengok 2 episodes. I'm not hooked yet, rasa macam nak drop but maybe I'll give a try for another 2 episodes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkpa nanti tengok lain, ambik feel dulu. Hehehe.

      Delete
  4. anis ja rasanya yg tak berapa suka drama doktor2 mcm ni TT>TT sbb haritu pernah tgk drama genre mcm ni, at last terlena depan laptop hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tudia sampai terlena dia tngok. Mungkin la sesetengah org takberapa suka tapi best sebenarnya haha.

      Delete
  5. If you're trying to lose fat then you absolutely need to jump on this totally brand new tailor-made keto meal plan diet.

    To create this keto diet, certified nutritionists, fitness trainers, and professional chefs united to develop keto meal plans that are useful, decent, money-efficient, and satisfying.

    From their grand opening in 2019, thousands of individuals have already transformed their figure and well-being with the benefits a smart keto meal plan diet can provide.

    Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-proven ones provided by the keto meal plan diet.

    ReplyDelete