Pelbagai Ragam Sesetengah Masyarat Apabila Menaiki Tren #pengalaman

Assalamualaikum dan hi.

Source : google


Akhirnya aku kembali setelah beberapa hari - minggu dan sebagainya untuk menulis entri terbaru sambil mendengar lagu Charlie Puth - Attention, boleh tahan best jugak lagu ni. Entri ini aku nak kongsikan tentang sikap juga adab akan sesetengah masyarakat kita pada masa ni apabila menaiki tren. Zaman sekarang dah semakin membangun, sudah canggih. Nak pergi Alor Setar dah boleh naik tren dan tak sampai sejam dah sampai Alor Setar kalau hampa pakat-pakat naik dari Perlis (Padang Besar or Bukit Keteri or Arau). 

Kalau dulu aku dan keluarga nak pergi Sungai Petani untuk melawat angah aku memang agak susah tau dak, bukan apa nak kena cari waktu yang sesuai sebab nak bagi aku, mak dan ayah aku boleh pergi sekali. Lepas tu, ambik masa yang lama jugak nak sampai ke Sungap Petani tu dan kos tol lagi kan memang agak sukar. Tetapi sekarang dengan adanya tren nih, aku dah boleh pergi ke Sungai Petani dengan senang dan aku kadang-kadang pergi sana sorang-sorang saja kemudian angah aku akan ambil aku kat Sungai Petani. Tambang tren dari Bukit Keteri ke Sungai Petani hanyalah RM 8.10 seorang, kalau untuk warga emas dan OKU hanya RM 4.10 seorang - dalam masa sejam macam tu dah sampai Sungai Petani.


Source : google

Aku sebenarnya dah banyak kali naik tren ni jadinya macam-macam perangai manusia yang aku jumpa, seriously geram bila nampak atau terjadi kat diri sendiri. Ada yang tak bagus tetapi ada juga yang bagus dan tak semuanya berperangai buruk. Baru-baru ni, aku dengan mak aku pergi Sungai Petani dalam pukul 7.37 pagi naik tren dan macam biasa tempat duduk dalam tren banyak kosong sebabnya tren tu dari Padang Besar (tak banyak orang naik + awal pagi). Bila sampai saja Arau, ada sekumpulan gadis-gadis (4 orang) naik dan terus duduk depan kami berdua. Boleh pulak yang sorang dari 4 orang tu duduk silang kaki dengan biadapnya depan mak aku, dalam hati aku memang dah cakap 'Eh biadap betul budak nih.' - memang kaki yang dia angkat tu dihalakan ke arah mak aku and mak aku pun tengok macam tu jaa. 

Bila lepas jaa stesen Anak Bukit, budak yang aku panggil 'biadap' tadi ni duduk sebelah aku (selang dua kerusi), dan sekarang dia dengan kawan dia yang 3 orang tu rancak bersembang pulak. Dalam masa tu, aku tau depa masih student dan aku tau kat mana depa study dan jugak kos yang depa ambik. Depa sembang punya sembang, masa tu aku tengah seronok pemandangan dan tiba-tiba rasa macam ada orang sentuh kaki aku. Bila tengok sebelah, MasyaAllah hangat hati betul - budak tu duduk silang kaki sampai sentuh kaki aku sambil main handphone. Bila aku tengok dia, boleh pulak dia buat tak tahu jaa - 3 kali kena weh tapi aku still diam sebab malas nak 'buat hal' cuma aku jeling macam tu jaa dengan tepuk-tepuk seluar aku but still dia buat bodoh jaa. Aku cerita kat mak aku then mak aku kata "Awat tak tegur jaa." Hahaha, malas laa mak. 


Source : google

Lepas tu waktu balik Ahad kelmarin, aku dengan mak aku naik tren dari Sungai Petani balik ke Bukit Keteri pukul 7.59 pagi. Kali ni ramai orang sebab tren datang dari Butterworth kan, tambah-tambah hari Ahad, negeri Kedah kan hari bekerja. Nasib baik mak aku ada tempat duduk tapi aku berdiri - It's okay, I'm fine. Sebenarnya tempat duduk tu ada cuma tak boleh nak duduk, ada seorang lelaki ni tengah tidur dan sebelah tu dia letak beg dia - malas pulak aku nak berkata-kata hahaha. Wahai cik abang kalau tau nak tidur peluk laa beg tu, tolong prihatin sikit dekat penumpang-penumpang lain. 

Satu lagi pengalaman aku - masa ni aku nak balik dari Sungai Petani seorang diri dan memang full kena berdiri aku dari Sungai Petani sampai Bukit Keteri hahahaha, lenguh kaki weh tapi masih boleh berdiri lagi. Besama dengan aku dalam tren tu ada satu family ni nak pergi Padang Besar (aku ternampak tiket depa), family tu ada pasangan warga emas dalam lingkungan 60-80 tahun macam tu. Yang nenek ni dah boleh duduk dah tapi yang tokwan ni tak boleh duduk. Apa yang aku dapat lihat kat sini, yang duduk tu semuanya muda dan sihat belaka tapi takdak sorang pun yang nak tawarkan tempat duduk dekat tokwan tu, depa nampak tapi buat tak tahu. Kesian aku tengok tokwan tu, satlagi dia berdiri macam ni dan satlagi dia berdiri macam tu - sakit kaki weh. Bayangkan dari Sungai Petani sampai Arau, (Sungai Petani - Gurun - Kobah - Alor Setar - Anak Bukit - Kodiang - Arau - Bukit Keteri - Padang Besar), lepas tu dia boleh dah duduk sebab ada satu dua tempat kosong. Tolong laa prihatin, dah ada sticker dalam tren tu utamakan yang memerlukan beserta gambar.


Source : google

Ada bulan lepas aku pergi Sungai Petani jugak dengan mak aku, again. Ada sorang perempuan ni, umur lebih kurang 40 tahun macam tu tapi rock gitu siap dengan mekap sambil berselfie bagai dia sorang dengan tablet dia tu - dia naik dari Bukit Keteri sama dengan kami. Sampai saja Kodiang, ada seorang kakak ni naik dengan anak dia- lelaki, umur lebih kurang 3-4 tahun. Bayangkan, sebelah perempuan yang umur lebih kurang 40 tahun tu ada satu saja tempat kosong tapi dia letak beg dia dan dia buat tak tahu jaa sambil main tablet dia tu. Nasib laa ada sorang makluk Allah ni prihatin bagi kakak tu duduk. 


**kebanyakan yang naik tren ni suka tidur dan main handphone mamcam nak masuk jaa dalam handphone tu**


Ok, setakat ni dulu penulisan entri aku ini. Aku cuma ceritakan pengalaman aku kat sini, hampa macam mana pulak? Pernah terjadi kat hampa atau pernah nampak? Tinggalkan komen/share kat bawah ni. 


Have a good day! 


2 comments :

  1. teringin pulak nak naik tren tengok ragam masyarakat.
    BV belum pernah lagi naik tren. hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti naik laa bv, best sebenarnya haha

      Delete

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates