SHORT STORY : WITHOUT WORDS - INTROVERTED GIRL

Friday, November 4, 2016

SHORT STORY : WITHOUT WORDS



Assalamualaikum and hi.





Characters : 

Yoojung, Bogum and Nana










"Bogum, kita putuskan saja hubungan ini."Yoojung bersuara tiba-tiba.


"What? Are you serious?"tanya Bogum dengan riak yang terkejut sambil memandang tajam pada Yoojung.


"Saya serius, Bogum."balas Yoojung.


"So awak nak jumpa saya sebab nak bagitau pasal benda ni?"tanya Bogum lagi.


Namun Yoojung tidak membalas pertanyaan Bogum, dia hanya mampu menundukkan kepalanya.


"Memang ni kan yang kau nak kan selama ni? Kau dah ada lelaki lain kan?"tahap kesabaran Bogum sudah meninggi, dari saya awak bertukar kepada kau aku.


"Bukan itu punca saya putuskan hubungan ni."balas Yoojung dan masih tidak mampu untuk memandang Bogum.


"Sudahlah, aku dah penat dengan semuani. Sia-sia saja cinta aku bagi kat kau selama ni."Bogum berlalu meninggalkan Yoojung sendirian dengan hati yang amat sakit.


Pedih.


Bagai ditusuk-tusuk.


Sakit.


Bagai dikoyak-koyakkan.



Bagi Yoojung, keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik untuk Bogum dan dirinya juga. Dia ingin melihat Bogum bahagia pada masa yang akan datang.


Ya.


Bogum harus bahagia.



Bersama dengan wanita yang dia sayangi.


Tapi


Bukan dengan dirinya sendiri.






"Kau dah gila ke Yoojung? Asal kau tak bagitau perkara sebenar je kat Bogum?"marah Nana, sahabat baiknya itu.


"Nana, itu yang terbaik buat dia. A-Aku ta-"Yoojung tidak mampu untuk menghabiskan kata-katanya apabila dia mula menangis.


"Yoojung, aku minta maaf weh Sudahla tu, aku faham."kata Nana dan kemudian memeluk Yoojung.


"Aku tak sanggup kehilangan dia tapi aku takdak pilihan lain."balas Yoojung.


"Dahla tu, aku faham. Stop crying, okay?"Nana kemudian mengesat air mata Yoojung.




3 minggu kemudian...


"Nana, lambat lagi ke? Lama betul kau pilih baju tu."rungut Yoojung sambil merayau-rayau di dalam kedai baju itu.


Sebaik saja dia memandang keluar, dia terkejut apabila melihat seseorang yang amat dia kenali, dia rindui bersama seorang gadis yang agak seksi pakaiannya sambil memautkan tangannya pada lengan lelaki tersebut.


"Bogum."hanya itu yang mampu Yoojung sebut sebaik saja Bogum dan gadis tersebut berlalu.


Tanpa membuang masa, Yoojung berlari mendapatkan Bogum dan menjerit memanggil namanya, "Bogum."


Bogum yang mendengar namanya dipanggil dari belakang menghentikan langkahnya dan kemudian menoleh ke belakang.


Terkejut.



Bogum terkejut melihat gadis di hadapannya.


Gadis yang pernah dia sayangi, cintai


Suatu ketika dahulu.



"Sayang, who is this?"tanya gadis disebelah Bogum.


"Bogum."tutur Yoojung dan senyum kepada Bogum.


"Sayang?"


"O-Oh. She? Entah, I tak kenal dia pon."balas Bogum kepada gadis tersebut.


"Are you sure? Dia panggil nama you tadi."sambung gadis itu lagi.


"Mungkin dia silap orang kot. Irene sayang, bukan I je yang guna nama Bogum tu."tipu Bogum. 


Yoojung yang terkejut akan kenyataan dari Bogum menahan dirinya daripada menitiskan airmata di hadapan lelaki tersebut.


"You ni siapa?"tanya Yoojung tiba-tiba.



"I tunang dia. Why?"terang Irene.


"Tunang. Oh."apa yang Yoojung inginkan selama ini termakbul juga, sesungguhnya Bogum sedang bahagia sekarang dan Yoojung tidak perlu risau lagi akan keadaan Bogum.


Dia tersenyum.


Pahit.


Tawar.



"Yooj-"Nana terkejut tatkala memandang Bogum disamping gadis seksi disebelahnya.


"Weh jom kita balik, aku dah habis shopping."Nana menarik lengan Yoojung yang berdiri kaku dihadapan mereka itu dan berlalu pergi.



"Yoojung? Kau ok ke?"tanya Nana tiba-tiba sebaik saja memasuki kereta Myvi tersebut.


"Nana, lepas ni aku dah tak perlu risau pasal Bogum lagi. Dia dah bahagia weh."balas Yoojung tersenyum sambil airmatanya mengalir laju.


"Yoojung, kau kena bagitau perkara yang sebenarnya kat dia. Tengok, dia dah salah faham kat kau."nasihat Nana pada Yoojung.



"Tak perlu dah, yang penting dia bahagia sekarang."



"Nana, aku letih la. Aku nak tidur kejap eh."kata Yoojung sambil membetulkan duduknya.


"Nana, aku sayang kau tau."sambung Yoojung lagi.


"Kau nak tidur tu tidur jelaa. Ye, aku sayang kau juga. Dah tidur, sampai japgi aku kejutkan kau."balas Nana lalu ketawa sambil memandu keretanya itu.



Sebaik saja sampai dirumah mereka, Nana mengejutkan Yoojung dari tidurnya.



"Yoojung, bangun. Kita dah sampai ni."kejut Nana.


Namun Yoojung masih tidak bergerak.



"Eh Yoojung, bangun laa."Nana menepuk bahu Yoojung.


Masih sama seperti tadi, Yoojung tidak memberi apa-apa reaksi.



"Yoojung, kau jangan main-main."kali ini Nana menggongangkan badan Yoojung sambil airmatanya mengalir laju.


"Yoojung, jangan tinggalkan aku. Yoojung."sambung Nana yang kini menangis teresak-esak sambil memeluk Yoojung.



"Yoojung !!"





Seminggu kemudian...


"Asal kau nak jumpa aku? Mana perempuan tu?"kata Bogum dengan nada keras.


"Nah, Yoojung mintak aku bagi ni kat kau."balas Nana sambil menghulurkan sampul berwarna coklat kepada Bogum.


"Satu lagi, Yoojung suruh bagitau kat kau yang dia sayang kau selama-lamanya."sambung Nana dan berlalu pergi meninggalkan Bogun.



Bogum kemudian duduk diatas kerusi batu dan membuka sampul berwarna coklat tersebut. Ianya surat, surat yang ditulis oleh Yoojung buat Bogum.



Bogum,


Ketika awak sedang membaca surat ini, saya dah tiada lagi di dunia ini. Maafkan saya sebab merahsiakan semua ini daripada awak, Bogum. Sesungguhnya semua ini untuk kebaikan awak. Saya memang tak layak untuk awak, saya menghidap kanser dan kanser yang saya hidapi ini tidak boleh diubati lagi. 


Awak, ingat satu perkara ya yang saya sentiasa sayangkan awak. Saya doakan, semoga awak bahagia bersama Irene.






Yang merinduimu,
Yoojung.



"Yoojung, maafkan aku."jerit Bogum keseorangan sebaik saja dia habis membaca surat tersebut. Bogum menangis teresak-esak sambil menyesali perbuatannya terhadap Yoojung suatu ketika dahulu.



Menyesal.


Bogum menyesal.


Kini


Dia sudah terlambat.



Yoojung telah benar-benar tinggalkannya.



Tanpa bicara.







THE END.





Okay, boring hahahha. Enjoy reading yah.


3 comments:

  1. Touchingg pagi-pagi. Sob sob. :(

    ReplyDelete
  2. Ala... Sediah dibuatnya.. Nice story.. Short but touching tu..

    ReplyDelete
  3. selalaunya bila dah hilang selamanya baru nak menyesalkan.. huuwaaa

    ReplyDelete