7 DAYS 1 WEEK BLOG CHALLENGE - A Movie Review - SVIORS

Tuesday, November 15, 2016

7 DAYS 1 WEEK BLOG CHALLENGE - A Movie Review

Assalamualaikum and Hi.



Day 2A Movie Review








Hari nak tulis pasal satu movie ni memandangkan semalam ada masalah internet, it’s Tamil’s movie; SALIM. Movie ni aku tengok kat TV ja sebab macam aku bagitau yang entri hari tu, movie tamil ni susah nak download yang gred dia A+ gitu, yang ada pon muat-muat hampa tengok kat handphone ja.

Movie SALIM ni antara salah satunya movie yang aku tengok banyak kali, dah 5-6 kali aku tengok dan tak membosankan. Well sesetengah movie tu tengok sekali ja lepas tu jemu kan but mobie ni bagi aku, tengoklah berapa kali pun aku takkan jemu.




MAIN CAST.

Vijay Anthony 



ROUGH SYNOPSIS.


SALIM; bermula kisahnya tentang seorang doktor lelaki bernama Salim and dia kerja kat hospital swasta. Salim ni sangat baik orangnya as  kata kasarnya ‘baik gila’ hahaha, orang kata kat orang maki kat dia sekali pun, dia macam ‘baiklah’ ‘ok maafkan saya’. Sampaikan bila ada orang kacau tunang dia, dia tak marah orang tu tetapi sebaliknya dia suruh tunang dia tu bersabar like ‘dah laa tu, jom kita balik.’  Haaa geram pulak aku tengok, macam aku ja nak p tengking orang tu.He never say NO kat sesiapa pun, geram kan? Aku jenis pendiam jugak but atleat kalau ada orang maki sekalipun, aku angin jugak. Hahaha.

Salim ni rajin tolong orang, kiranya kalau ada orang yang takberapa mampu tapi sakit + tak mampu jugak  nak bayar rawatan kat hospital tu dia akan bagi free ja kat depa tu. Duit dia tak kira sangat yang penting mesti dapat rawatan yang secepat mungkin. Dalam dia buat kebaikan tu, ada laa beberapa doktor lain yang iri hati dengan sikap baik doktor Salim ni and jadinya depa yang tak puas hati tu p report kat atasan.

One day, dia on the way nak balik rumah and tetiba dia ada orang potong kereta dia dan langgar cermin sisi belah kanan. Then dia pon berhenti laa tepi but orang yang langgar tu tak berhenti pun. Well, baik hatikan so dia buat tak endah jaa. Kemudian dari jauh dia nampak ada sebuah kereta putih kat tepi jalan and tak sampai lima minit ada laa dua tiga orang budak laki dari semak samun then masuk dalam kereta tu and blah gitu jaa.

Bila kereta putih tu blah dari situ, Salim ni p laa masuk dalam semak tu nak check kot kot ada apa-apa kan and dia terkejut sebab terdengar tangisan seorang perempuan. Masuk punya masuk, dia nampak seorang gadis yang memang lemah and penuh dengan darah. Tanpa buang masa, dia terus bawak perempuan tu p kat hospital yang dia keja tu. Lepas bagi rawatan semua, dapat tau yang perempuan tadi kena rogol.

Pada masa yang sama, Salim ni ada tunang and cantik orangnya. Nak dipendekkan cerita, depa dua ni putus tuning sebab si perempuan tu nak; katanya Salim ni tak best sebab dia ni tak tegas and tak reti nak marah, always jadi ‘bahan’  jaa.

Then ada satu malam tu, geng hospital tu buat satu majlis kat kelab malam, macam jamuan antara staff laa, ramai jugak. Cakap-cakap semua, si ketua depa ni bagi ganjaran kat setiap seorang doktor kat situ macam rumah laa kereta laa and benda mewah-mewah sebab dah banyak buat duit untuk hospital,  kira depa ni tak jujur laa. Bila tiba ja kat Salim, si ketua tu bagi sebatang pen jaa kat Salim sebab dia seorang pekerja yang sangat jujur and doktor tu sambung lagi kata yangmajlis yang depa buat ni untuk meraikan last day Salim keja kat situ.

Bila si ketua tu cakap macam tu, yang lain ni pakat gelak la kat Salim ni + bahan dia, adalaa seorang kawan baik Salim yang risau tengok Salim tak dak reaksi langsung. Then depa ambik beg Salim tu and main baling-baling sambil gelak.  Itu laa orang kata, setiap kesabaran tu ada tahap jugak. Rasa terhina bila teruk dipermainkan, Salim bangun and tarik alas meja; semua pinggan botol and lain pecah habis. Haa semua terkedu kot terkejut tengok Salim yang diam baik  jadi berang.

Lepas apa yang dah jadi, dia dapat tau angkara sapa yang rogol perempuan yang dia jumpa dalam semak tu; anak menteri rupanya. Lepas tu, dia buat keputusan culik anak menteri and kawan-kawan dia tu kat hotel. So bila orang lain dapat tau, depa report kat polis and polis serbu hotel tu, semalaman jugak r polis + wartawan duk kat situ sampai menteri pun kena panggil.

Salim ni suruh menteri tu mengaku and mohon maaf di khalayak ramai diatas tindakan anak dia yang rogol perempuan tu, and menteri tu pun dengan tebal muka buat apa yang Salim nak kalau tak buat dia akan kerat jari anak menteri tu.

Bila dah mengaku tu, Salim lepas kawan-kawan anak menteri tu tapi yang anak menteri tu dia tak lepas sebaliknya suruh menteri tu ambik kereta anak dia. Bila dah dapat kereta, Salim dengan anak menteri tu keluar dari hotel and p jalan mana ntah; tempat yang sunyi r.

Tetiba Salim suruh berhenti and suruh si anak menteri tu turun dari kereta then call ayah dia. Menteri tu happy r bila dapat tau yang anak dia selamat and suruh orang suruhan dia drive lori and langgar kereta yang Salim drive tu. Akhirnya, bila orang suruhan dia langgar kereta tu, tengok-tengok anak menteri tu sendiri yang mati. Haa terkejut laa menteri tu.

So bila flashback balik  rupanya Salim ni buat gimik jaa, dia sebenarnya yang turun and anak menteri tu drive. Dia memang dah tau padahnya bila buat hal dengan orang jahatkan, kot mana pon depa takkan lepas.







Last sekali, aku memang syorkan kat hampa semua untuk tengok movie ni, aku bagi 9.5/10 hahaha, takleh perfect sangat luls. 

4 comments:

  1. macam best pulak!! ok rii nak dondlow skg juga.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Waa. Berkobar-kobar semangat nak tengok lepas baca review Rii. ><

    ReplyDelete
  3. @Unni Anje : Hahaha, kat youtube ada rasanya. Memang best.


    @Amira : Yup mesti tengok, best kot. Kira puas hati laa.

    ReplyDelete
  4. Wahhh rii suka tengok cerita tamil eh? Bila baca kisahnya menarik.. rii dah terang sampai habis dah. Dah boleh imagine camne kisahnya. Hehe. Tindakan salim part last tu bagus, last2 anak menteri yang mati. Haa orang yang kena 'bahan' selalu bijak tau sebenarnya :D

    ReplyDelete