MV EXPLAIN - The Eye by INFINITE - SVIORS

Monday, October 3, 2016

MV EXPLAIN - The Eye by INFINITE

Assalamualaikum dan Hi.



Alhamdulillah, hari dapat la sikit update entri baru. Beberapa hari dah off, aku dah join segala giveaway-giveaway dan segment-segment  tu dan aku juga akan blogwalking dan follow. Aku baru saja balik dari Sungai Petani, p melawat angah aku kat sana.

Jadi, untuk entri kali ni, aku nak terang sikit pasal music video korea; Infinite –The Eye. K-Idol lelaki dari Korea. Untuk yang berminat, boleh baca. Yang tak berminat, ikut suka. Hahha. Takdak laa, aku nak bagi penerangan ni sebab mungkin ada yang tak berapa paham dengan jalan cerita yang nak disampaikan dalam music video tu.

Sebelum mula, aku perkenalkan dulu ahli-ahli kumpula Infinite ni. Semua ada 7 orang
NAMA diorang dengan POSITION diorang.
















Ok now, kita mulakan penerangan. First skali macam biasa setiap music video mesti akan ada label entertainment dioranglah. Untuk INFINITE ni diorang punya adalah Woolim Entertainment.

Ok, dalam music video ni watak utama dia ialah Myungsoo. At first korang akan nampak yang myungsoo ni macam muram sedih and tak bermaya jaa, sebab dia pasal cinta kalau tak silap aku; putus cinta macam tu. Lepas tu, dia macam kena dera and terjatuh. Bila dia jatuh, korang akan nampak ada satu kotak kat tepi Myungsoo tu; ada tarikh 9 JUN 2010 (tarikh diorang debut). Suddenly, Myungsoo ni tetiba capai beg kertas and tutup muka dia. Masa ni memang blur la sebab tak tau punca cerita kan.









Well, setiap music video mesti ada time menarinya haha. Ok, lepas tu korang akan nampak lambat infiniti kan? Haa tu lambang group diorang and kalau korang perasan kan, ada 6 perasaan kat situ, Maksud aku yang ni :

HATE - Benci
FEAR - Takut
SADNESS - Kesedihan
DESPERATE - Terdesak
COURAGE - Keberanian
REGRET - Menyesal

And then, nampak kotak tu lagi haha. Aku tak tau apa function kotak tu actually.










 1. Sungyu.



Aku nampak, Sungyu ni akan tutp mata Myungsoo ni then dia tarik Myungsoo ni daripada tengok ke luar macam tu. Dan korang akan perasan something kat kusyen kuning kalau taksilap ada tulis COURAGE yang maksudnya keberanian.






2. Hoya

Hoya ni dilihat selalu ja cari gaduh dengan Myungsoo, macam tak puas hati jaa kat dia. Ada satu part tu, depa gaduh atas katil, well it's not adegan panas ya, itu sebenarnya diorang tengah gaduh. Ada sesetengah orang yang dah salah paham part ni hahaha. Then korang akan nampak perkataan lagi kat katil tu, HATE yang bermaksud benci.







3. Sungyeol

Waktu ni aku nampak ada tangan tarik Myungsoo dari belakang masuk dalam almari. Oh, rupanya Sungyeol. Kalau tengok ni, Sungyeol ni macam takut sikit sebab dok sembunyi dalam almari. Then satu lagi, kat tepi almari tu aku nampak perkataan FEAR yang bermaksud takut.






4. Woohyun

Gambar first tu aku nampak Myungsoo ni tiba-tiba terkejut sebab Hoya ni tiba-tiba jadi Woohyun. So diorang berhenti gaduh. Lepas tu part Woohyun pegang bahu Myungsoo ni, macam rasa menyesal gitu.










5. Sungjong

Ok Sungjong ni lelaki ya, bukan perempuan. Untuk part dia, aku nampak Myungsoo ni sedih ja reaksi dia then Sungjong ni macam kesat air mata laa kt Myungsoo ni.







So setelah aku tengok balik semua tu, 'Oh macam ni rupanya.' 
Apa yang aku paham, Sunggyu, Hoya, Sungyeol, Woohyun dengan Sungjong ni hanyalah perasaan Myungsoo saja. Perasaan kan kita akan rasa so diorang berlima ni tunjuk depan-depan laa perasaan Myungsoo ni macam mana.


HATE - Hoya
FEAR - Sungyeol
SADNESS - Sungjong
COURAGE - Sungyu
REGRET - Woohyun



Part ni pulak, kan tadi aku explain yang Myungsoo ni kalau setiap kali dengan Hoya mesti keja gaduh ja kan. But kat sini aku nampak Myungsoo ni tidur atas Hoya. So aku rasalaa perasaan marah Myungsoo ni dah pelan-pelan hilang, dah boleh move on laa.





Untuk part ni nak habis dah weh hahahaha, aku nampak hanya Sungyu seorang saja yang pegang lampu lepas tu dia senyum then dia tetiba ON lampu tu. Kemudian tetiba ja Myungsoo yang awal tadi sarungkan beg kertas kat kepala dia, buang beg kertas tu.











So apa yang aku nampak kan, kiranya hanya Sunggyu saja yang bagi harapan kat Myungsoo. Maksudnya, masih ada harapan lagi, jangan mengalah haa. Kena move on, maju ke depa macam tu.
Tapi satu ja yang aku tak dapat, hahahaha.
Mana Dongwoo? Tak nampak pon part dia berlakon dalam ni. Hahaha.
Di manakah Dongwoo??



So guys, aku harap korang paham laa. Hahaha. 
Adios ~

2 comments:

  1. Details penerangan. Hehe. Bersungguhnya tengok satu-satu babak siap terangkan semua. Siqah kalau tengok video, kira faham jela. Hee

    ReplyDelete
  2. Drooling saya baca explanation akak. Berkobar-kobar semangat nak tengok MV ini. Ya, saya tak sempat nak tengok lagi T_T

    ReplyDelete