Monday, July 24, 2017

A Story of My Pre-Convocation

Assalamualaikum dan hi. 

#sayadahkonvo !!

Alhamdulillah akhirnya aku kembali ke dunia blogging ni. Dah lama sebenarnya berniat nak update tapi macam-macam dugaan yang datang ; kemalasan  dan yang lain jugak hahaha. Lama jugak kan aku tak update blog dan mungkin ada yang dah tak ingat kat aku? Hahaha. Nama blog pun aku dah tukar sebenarnya dari SAVIORS kepada INTROVERTED GIRL tetapi aku masih Rii yang sama haha. Oklah aku teruskan dengan cerita tentang pre-convo aku nih, anyway aku dah konvo weh haha. Alhamdulillah yay!. 



A story my of Pre-Convocation.



Kisahnya bermula dengan aku bangun pagi pukul 5 lebih sebabnya aku nak tumpang kak aku pergi politeknik (tempat aku belajar) pukul 6.45 pagi, awal kan? Biasalaa weh, kak aku masuk office dia pukul 7.30 so kena keluar awal sebab rumah aku dekat dengan sekolah and nanti akan mengalami kesesakkan pulak. 

Dah sampai kat politeknik aku terus pergi kafe untuk sarapan, hahaha rindu kot makanan-makanan kat kafe tu sebab dulu waktu belajar kalau sempat aku dengan kawan-kawan akan sarapan dulu kat situ - (my sarapan ; nasi goreng + sosej + wedges + mayo & sos). Sedap weh hahaha rindunyaa. Lepas makan tu aku lepak dulu kat office kak aku (haha kak aku kerja di politeknik sebenarnya) sambil tu baca buku cerita yang aku bawak tu. Sebelum tu, aku ada janji dengan kawan aku nak pergi ambik jubah sesama dalam pukul 10 pagi but in the end kami pergi ambik jubah pukul 12 lebih. Kawan aku tu takdak transport pada mulanya then dia pinjam kereta abang dia. 

Lepas dah jumpa semua, kami bergegas pergi jabatan kami iaitu JTMK (Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi). Pergi jumpa PA kami then kena isi soalselidik apa ntah and lepas tu kami pergi ambik jubah dekat bilik BKJ2 - best kot jubah tahun ni ada sekali dengan topi, sebelum ni takdak weh so senior yang dah konvo tu jealous dengan geng yang konvo kali ni hahaha. 

Lepas dah selesai pasal jubah tu, kami keluar kononnya nak pergi photoshoot pre-convo laa tapi masing-masing lapar so nak kena isi perut dulu hahaha. Kami stop kat kedai makan tokwan kawan kami and makan bagi kenyang semua, lepas tu baru pikiaq balik nak photoshoot kat mana. Bincang punya bincang, kami buat keputusan nak shoot kat Tasik Melati




p/s : gambar-gambar nih, aku blurkan hahaha
and dalam gambar ini ada aku, ida, mekna, qina dan yang lelaki tu namanya din.









2 comments:

  1. Wah nak konvo dah! Tahniah in advance, rii! :)
    Good luck with your future endeavour! :)

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wah, bestnye dah nak konvo ! tahniahhhhh :D

    ReplyDelete