Monday, January 23, 2017

HATI DAN PERASAAN - Chapter 1





"Hah!! Termenung sorang-sorang." Irene menyergah aku dari belakang dan ketawa kerana melihat gelagat aku.


"Woi, kau ni Yerin. Agak-agak laa nak sergah macam tu, nasib baik aku takdak sakit jantung tau." Aku memarahinya, gilalah sapa jaa yang tak terkejut bila disergah macam tu sekali.


"Relax la, aku bergurau ja. Kau ni sensitif sangat la, ha mana si mulut murai tu?" Aku ketawa apabila mendengar soalan daripada Irene. Si mulut murai? Semestinya Yuta sebab dia ni memang rajin sangat bercakap mengalahkan orang perempuan dan Yuta juga salah seorang kawan baik aku...bukan, kawan baik kami.


"Entah la, aku dari tadi duk tunggu dia but still tak muncul-muncul ni." Aku membalas sambil mata meliar-liar mencari kelibat Yuta.


"Ha itupun dia. Kau tengok tu, boleh pulak duk menggatal dengan junior. Kita ni punya la lama tunggu dia." Aku merungut, selain daripada banyak bercakap Yuta jugak merupakan pelajar yang sangat popular dan mempengaruhi di kalangan para pelajar perempuan di universiti ini. 


Macam-macam cerita jugak aku dengar tentang Yuta ni, selalu keluar malam dengan perempuan and then selalu tukar-tukar perempuan but entahlah bagi aku dengan Irene, Yuta ni still ok saja dengan kitaorang. Mungkin sebab kami berdua ni kawan baik dia kot.


"Yo what's up, Sorn. Oh hi si cantik manis, Irene." Yuta menyapa kami berdua tetapi dengan nada yang berbeza.


"Sorry korang, aku ada hal tadi sebab tu lambat." Jelas Yuta sambil merampas botol air mineral aku lalu meneguk laju.


"Ada hal konon, percaya sangat." Aku memerli Yuta.


"Eh, betul laa. Tengok Irene, si mata bulat ni tak percaya pulak." Yuta mengadu kepada Irene dan Irene hanya mampu tersenyum melihat gelagat kami berdua.


"Eleh, macam laa aku tak nampak kau tengah dok menggatal dengan junior tu tadi. Kau ni kan pantang nampak perempuan cantik." Aku memarahinya.


"Ah malas la layan kau. Baik aku berbual dengan Irene lagi baik daripada dengan kau. Irene faham aku, kau tak." Yuta terus beralih kepada Irena dan memulakan bicaranya.


Walaupun Yuta kawan baik aku dan juga Irene tetapi layanannya terhadap kami berdua sangat berbeza. Dia lebih gemar bercakap kasar dengan aku tetapi sebaliknya pada Irene.

Jujur aku katakan, aku ada juga menyimpan perasaan cemburu tatkala situasi tersebut berlaku tetapi tak dinafikan, mungkin Irene lebih cantik dan memahaminya tetapi tidak bagi aku yang hanya biasa-biasa dan selalu memarahinya.

Saat ini apabila aku melihat keakraban diantara Yuta dan Irene di hadapan aku, terasa air mataku akan mengalir pada bila-bila masa tetapi aku kuatkan diri aku untuk menahannya dari keluar. 


"Sorn? Sorn, kau ok ke tak ni?" Tiba-tiba bahu aku ditepuk oleh Irene yang sedang berdiri di hadapan aku.


"Y-Ya? Apa Irene?" Aku kembali kepada realiti dan kini dihadapan aku berdirinya Irene dan juga Yuta sambil memandang aku.


"Kau nak ikut kitaorang pergi tengok wayang tak? Jom la sekali." Irene memujuk aku untuk pergi bersama-sama mereka.


"Tak perlu kot nak ajak dia ni, dia takdak lagi aman kot." Belum sempat aku menjawab, Yuta tiba-tiba mencelah sambil ketawa. Aku faham baginya mungkin ianya hanya gurauan tetapi pedih juga hati ini apabila mendengar kenyataan tersebut.


"Takpa la, aku ada hal kejap lagi. Korang pergi la, have fun okay." Aku membalas dan kemudian melambai-lambai kepada mereka. Sebaik saja mereka berdua hilang dari pandangan aku, air mataku tiba-tiba mengalir laju membasahi pipiku.



'Ah macam ni rasanya apabila cintakan seseorang tetapi tak mampu untuk luahkan.' 






[ bersambung ... ]

8 comments:

  1. Looking forward on the next chapter.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for reading :)Stay tuned for the next chapter.

      Delete
  2. I like Yuta a loooooot hua tapi sampai hati buat Sorn gini ;v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too and he's so cute !!
      Thank you for reading :) Stay tuned for the next chapter.

      Delete
  3. cutee, remind me on my days masa ada crush dulu. can't wait for the next chapter :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for reading :)
      Stay tuned for the next chapter.

      Delete
  4. hikhik cepat cepat tak sabar nak chapter baru!

    ReplyDelete
  5. Lahh ni chapter 1 rupanya.. hehe. Waiting for the next chapter rii :) Cepat sambung <3

    ReplyDelete