Thursday, December 1, 2016

Why KPOP ? - Bahagian Satu

Assalamualaikum dan hi.


Hari ni aku nak tulis tentang ‘Why KPOP?’, kenapa aku minat KPOP? Ada apa dengan KPOP? Apa yang best dengan KPOP tu? Eh KPOP tu apa? Plastik? Hahahaha lol, aku pernah jumpa yang pasal ‘plastik’ tu kat twitter. Amboi, punyalaa benci kat yang dinamakan KPOP ni macam KPOP ni dah buat jenayah besar haha.


Kebanyakkan peminat KPOP sekarang ni muda-muda lagi, maksud aku hampa tau dak peminat kpop zaman-zaman sekarang umur berapa? Bahkan lagi expert + lagi banyak pengetahuan tentang ‘oppa’ depa daripada old kpoppers (peminat kpop). Kadang tu aku tergelak sorang-sorang, yalaa depa lagi tau perkembangan kan hahaa; haa umur depa ni ada yang 10 tahun kalau tak silap aku laa yang penting muda-muda belaka.

Oh back to my main topic which is – Why KPOP? Aku sebenarnya minat KPOP ni bukan main reason dia sebab ‘oppa-oppa’ kat Korea tu, iya aku mengakulaa depa tuu handsome tak sangga kan boleh gila pulak aku hahaha but no that’s not the first reason why I like KPOP. Ok, ni Cuma pendapat aku saja, dari aku and jangan ada yang kecam aku sudah haha.


1 Drama-drama yang best dan menarik.


Yes, drama-drama korea ni bagi aku memang best walaupun jalan cerita nak sama kadang tu tapi ending dia tak sama hahaha. Selain tu, jalan cerita yang sangat menarik serta kreatif and sebagai contoh ; W – Two Worlds. Well cerita tu ada jalan cerita yang kreatif bagi aku, sebab? Sebabnya drama tu melibatkan dua kehidupan dunia iaitu satu tu kehidupan dunia sekarang macam kita nih and satu lagi kehidupan dari komik. Kreatif kan? Haha.





Selain tu dalam drama-drama korea ni takbanyak sangat yang dikatakan ‘drama’ hahaha, romantic tu tak laa romantic sangat just biasa-biasa; bagi aku laa. Macam drama ni ; Cheese In The Trap, drama ni tak banyak kiss scene just ada dua –tiga macam tu jaa + taklaa romantic sangat. Sapa yang tak tengok tu kena laa tengok haha and aku nak bagitau banyak lagi drama-drama korea yang best-best yang aku dah tengok, satgi aku senaraikan.









Ok, kat bawah ni aku senaraikan antara drama-drama korea yang best and aku dah tengok; drama ‘legend’ + drama baru. Mana tau ada yang tak tengok lagi mana-mana dram yang aku list ni haha. Ni yang aku dah tengok laa, ada lagi yang tak tengok haha. Yang aku bold tu yang baru start, yang lain dah complete episodes.


1 Full House
2 Boys Over Flowers
3 Secret Garden
4 Secret Love
5 Kill Me Heal Me
6 Winter Sonata
7 Moorim School
8 Hyde Jekyll and I
9 Descendents of the Sun
10 Love in the Moonlight
11 Cheese in the Trap
12 W – Two Worlds
13 The K2
14 Cinderella and Four Knights
15  Romantic Doctor, Teacher Kim
16 The Legend of the Blue Sea
17 Weightlifting Fairy Kim Bok Joo
18 Beautiful Mind
19 Coffee Prince
20 My Love From Another Star
21 Princess Hour
22 Iljimae
23 Sungkyunkwan Scandal
24 3 Days
25 It’s Okay, That’s Love







2. Pelbagai Variety Show yang best.





Ok untuk variety show pulak tapi aku lebih suka sebut entertainment show hahaha – whatever. Untuk yang ni, ada macam-macam jenis show yang best-best and lawak-lawak belaka + ada yang biasa-biasa saja tapi kebanyakkan bestlah bagi aku dan tak membosankan. Contoh yang paling terkesan sekali ; Running Man. Haa show tu dah memang famous dah, baik peminat KPOP tak pun yang tak minat hahahaha. Sebahagian tu minat sebab drama-drama korea ja yang best tapi yang lain tak tengok. Apa kata try tengok dulu kan macam mana.





Selain daripada Running Man, kalau hampa yang jenis minat budak-budak haa boleh tengok The Return of Superman. Tengok gelagat si ayah ni menguruskan anak-anak depa sendiri manakala mak depa ni diberi pelepasan untuk p bercuti. Memang lawak laa tengok gelagat depa ni and hampa boleh tengok jugak Hello Baby; yang ni artis korea yang kena jaga budak-budak.


Next, kalau hampa jenis macam aku yang suka tengok kebolehan orang menyanyi so tengoklaa I Can See Your Voice; show ni artis jemputan kena teka sama ada peserta-peserta iaitu orang biasa boleh menyanyi atau tak boleh. Kat bawah ni aku listkan antara variety show yang best.









Games/Sports
1 Running Man
2Dream Team Season 1 & 2
3 Cool Kiz On The Block

Sings/Performances
4 I Can See Your Voice
5 Duet Song Festival
6 Fantastic Duo
7 Duet Song Festival
8 Hidden Singer

Real Life / Artists
9 Weekly Idols
10 3 Meals A Day
11 The Showtimes EXO, Infinite, Mamamoo and Gfriend, B2ST
12 NCT Life
13 Star Show 360

Kids
14 The Return of Superman
15 Hello Baby
16 Oh My Baby

Dances
17 Dancing 9
18 Hit The Stage

Adventures /Others
19 We Got Married
20 2 Days 1 Night
21 Infinity Challenge
22 Law in the Jungle

                   






Ini hanya sekadar perkongsian, hampa boleh laa download + watch online kat mana-mana laman web untuk drama korea; freemoviesub, dramafever, kissasian atau cari kat youtube jaa or mungkin jugak ada kt tonton.





Adios, sviors.

9 comments:

  1. Mai tak berapa sgt kalau lagu , tapi drama mmg fav la, dan running man plak jgn cakap la, kalau tgk berdekah satu rumah, hahahaha.

    ReplyDelete
  2. BV kalau lagu minat jugak. tapi takla kenal sangat dgn artis kpop. kenal gitu2 je la. hahahhaa. kdrama memang minat dan lagi2 variety shows. banyak jugak layan variety shows nie. dari variety show nie jugak boleh kenal dgn artis2 korea n idols. :D

    ReplyDelete
  3. full house <3 .. hahahaha sokong kat rii zaman2 minat kpop tu, zaman unni belasan smpai 23..skg da tak blh bnyk komitment kegilaan da hilang... gile kpop satu ketika dulu.. sbb tu tercipta nama UNNI.. opsss..

    ReplyDelete
  4. i was hooked to j-pop and j-dorama until accidentally came across gdragon's dance practice on beep (pussycat dolls) and pre debut bigbang's group dance on drop that heater (omarion).. and that lead me to dbsk banjun drama, and i was like, who is this pretty girl? (yeah.. u guessed him right.. haha).. then i became a k-drama maniac starting with he's beautiful and the 1st shop of coffee prince..

    ReplyDelete
  5. Saya pun bukan terjebak dengan Kpop sebab mereka handsome. Tapi sebab memang mereka berbakat. Pelakon ada bakat sendiri, penyanyi ada bakat sendiri. Yang paling penting, mereka hardworking. Itu yang dok buat contoh sebenarnya. n_n

    ReplyDelete
  6. Sebab suka tengok Korea sekarang dia punya program lain dari kebiasaan. Thats why sy lebih suka layan variety show depa esp RM, sangat berbeza pembawaan jalan program dia. Tp kalau melayu nak tiru no hal just maybe sy lebih prefer yang original punya.

    ReplyDelete
  7. Sis minat sangat tonton drama Korea macam Rii cakap.. drama dia banyak kelainan.. satu lagi diorang memang serious bila berlakon.. kalau hodoh tu memang hodoh betul.. hehehe..dan rancangan realiti dia memang best...

    ReplyDelete
  8. a SHINee-CNBLUE-Girls Generation fangirl is here. hehehe. group lain minat lagu je, tapi tak kenal orangnya sangat. Kdrama mmg best..Kshows lagi lah..especially Running Man and yang babies tu. omg. hehe. WGM tengok 1 je sampai habis and boleh ulang2, WGM YongSeo :D

    ReplyDelete
  9. saya dari umur 13 tahun sampailah dah tua bangka 20 tahun ni tak boleh lagi nak tinggalkan k-entertainment. memang tak tahu langsung cite atau lagu melayu/english hahaha macam parah je bunyi.

    ReplyDelete