SFRNFZL
  • WRITER
  • DISCLAIMER
  • ART GALLERY
  • TUTORIAL
  • K-STORIES
  • MOVIE

Sunday, December 12, 2021

ARI review buku | Dia Tetap Sempurna oleh Anjell

 Assalamualaikum dan hellooo!

Kali ni aku nak cuba untuk review buku pulak nah, sebelum ni asyik dok review lagu dengan filem-filem saja takpun drama korea. Jom cuba kelainan pulak.


Tajuk : DIA TETAP SEMPURNA
Karya : ANJELL
Terbitan : KARYA SENI

Sinopsis kulit belakang.

Versi pertama pertemuan mereka. 
Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya, dengan gaya selekehnya. Lelaki ini hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. 
Ya. 

Dikejar kucing!

Versi kedua pertemuan mereka.
Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-Clorox! Yang muncul di depan kini umpama putera raja turun dari kayangan. 
Kacak maut!

dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang.

Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai sepasang kekasih jadian.

"After all, until the cruise ends, I'm all yours." - Eskandar Arasyah


Ya... Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu.

Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya : Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu membuatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya.

No access.


"Aku tak sempurna, Dara." - Eskandar Arasyah


"Nobody is perfect." - Dara Nailufar


"Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima." - Eskandar Arasyah


"But you have everything." - Dara Nailufar


Bagi Dara, tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia tidak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukan Dara berpegang pada kata-katanya itu?


___________________________________________________


Dari sudut aku;

Aku dah baca dua karya ANJELL ni (Dheos; review coming soon) dan ya dua-dua buku ni mempunyai jalan cerita yang menarik bagi aku. Plot-twist di setiap buku jugak tidak ketinggalan, dan yang seronoknya plot-twist tu benda yang aku tak jangka.


Eskandar Arasyah; Pertemuan pertama di antara dia dan Dara menampakkan dia seorang yang agak sombong dan agak kurang ajar akan tetapi pertemuan kedua dia dan Dara menampakkan dia adalah sebaliknya.

Aku sebenarnya suka akan watak Eskandar ni sebabnya, dia ni bukanlah seorang yang betul-betul sombong mendabik dada semua tu, sebenarnya boleh aku katakan yang Eskandar ini adalah seorang yang cool, pendiam dan suka bersendirian (buat hal sendiri). Pada masa yang sama jugak, dia boleh jadi sweet, manja dan caring pada seseorang yang dia suka (mungkin ya).


Bila dah lama sikit baca, aku dah tau si Eskandar ini bukanlah dari golongan orang yang biasa-biasa ya dan dia jugak tersangatlah misteri. Aku suka sangat vibes misteri yang penulis gambarkan tentang Eskandar ni, he's not a simple person. Sukar untuk ditafsir, sukar jugak untuk 'ditembak'. 


Dara Nailufar; Wow, what a unique name, cantik! Karakter seorang Dara ni pun aku suka jugak sebab dia ni bukan jenis yang gedik-gedik atau terlalu manja. Bagi aku, dia ni seorang yang senang berkawan dengan orang, senang mesra gitu -seperti mana dia mudah mesra dengan Audi walaupun baru kenal. Dara jugak bukanlah wanita yang lemah, she is very strong and independent woman. 

Love that!


Antara karakter-karakter lain yang ada dalam buku ini adalah -


Audi - Perkenalannya dengan Dara bagaikan anjing dengan kucing tapi lama-kelamaan hubungan mereka bertukar menjadi sahabat baik yang selesa untuk berkongsi masalah diantara satu sama lain.

Sera
- Love her character too tho and trust me, she's a good and kind woman.

Adri - Dara's past. 

dan tak ketinggalan, Fendi.

Kemunculannya membuatkan Eskandar tidak senang duduk dan Dara tertanya-tanya. Siapakah Fendi? Apa kaitan diantara dia dan juga Eskandar serta Dara? 


Favourite lines.


Being broken is an accident. But to stay in it is a choice.


"We all have poems inside of us that paper cannot handle." - Eskandar




In reality, 

mungkin kita pernah terbaca kisah-kisah 'ketidaksempurnaan' orang lain yang agak berat untuk diterima akan tetapi bersediakah kita untuk menghadapi ketidaksempurnaan yang ada pada seseorang yang sangat kita sayangi dan ianya tidak pernah kita terbayang, tidak pernah terdetik dalam hati kita bahawa benda ini akan terjadi pada diri kita sendiri.
Mampukah?


atau pada akhirnya akan terjadi,

'walaupun sepuluh kebaikan mahupun seribu kebaikan yang kau pernah buat, akan tetapi satu keburukan yang kau buat, seumur hidup orang akan ingat'.

 

Rate : ✰✰✰✰✰
Why? Because I really enjoy reading it. It's not too simple, not too cliche. The story line was so good! 

We

at December 12, 2021 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, December 6, 2021

CERITA PENDEK 001 : Dah Tahu Ke?

 Nota Tangan;

All short stories are mine, I write them all by myself and this short story is just for fun to read. I'm writing this just to fill my free time and all the characters are not real, I'm just using names only.

ANY SIMILARITY IS JUST COINCIDENCE.


_____________________________________________


Pernah tak korang keluar nak pergi mana-mana lepas tu tengok-tengok handphone habis bateri. Ha macam tulaa yang jadi kat aku sebab aku ni jenis tak ambik hal pasal telefon ni. Bila kawan lama ajak lepak, aku on saja dan bila nak keluar terus capai handphone sekali.

Aku ingat lagi malam tu aku tengah kemas meja aku dan bersiap sedia untuk balik rumah. Macam ni laa aku, jenis rajin bekerja sampai malam. Kawan-kawan pejabat aku ada jugak nasihat kat aku macam 'Ingat Rey, jangan kerja sampai lewat malam' 'Sudah sudah la tu Rey, dah lewat ni' tapi aku biarkan saja, malas pulak aku nak layan diorang tu lagipun aku ni jenis yang kena siapkan kerja dulu baru hati ni lega dan tenang.


Sedang asyik aku menyiapkan kerja-kerja aku yang bertimbun di atas meja, 
tiba-tiba handphone aku vibrate. Inilah perangai aku yang tak bagus sebab suka silentkan handphone, aku lebih suka biar silent dan vibrate ja lepas tu bila dah sampai rumah baru aku off silent tu. Aku capai handphone aku dan terus baca whatsapps yang diterima.


Adam;
Reykal, aku baru ja sampai KL semalam. 
Jom lepak malam nanti?

Reykal;
Kau ni, serius ke? 
Asal tak cakap awal yang kau nak datang sini?
Lama gila kot tak jumpa kau.

Adam;
Haha, saja nak buat surprise kat kau. 
Jom laa malam ni eh?

Reykal;
Saja ja kau ni. 
Ok ok, balik keja nanti aku terus g cari kedai lepak dulu. 
Nanti aku 
send location kat kau.

Adam;
Ok cun.
Jumpa kejap lagi.


Jam menunjukkan sudah pukul 8.15 malam dan aku bergegas masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta aku dan cepat-cepat beredar dari tempat kerja untuk mencari tempat lepak yang best buat kami bergosip. Gilalah, memang lama kot tak jumpa dengan kawan baik aku sendiri. Bukan senang dia nak datang KL, dah alang-alang ada kat sini baik jangan lepaskan peluang yang ada.

Setelah hampir 45 minit mencari tempat lepak untuk kami bergosip, akhirnya aku tenampak warung kecil di tepi jalan. Aku memarkir kereta dihadapan warung tersebut dan aku melihat sekeliling warung tersebut. Cun lah warung ni, pelanggan pun ada seorang dua saja tambah pulak dengan persekitaran yang bersih di warung ni.

Sebaik saja aku keluar dari kereta, aku terus menuju ke meja untuk duduk dan ingin menghantar whatsapps kepada Adam. Tetapi nasib malang menimpa aku di mana handphone aku tiba-tiba habis bateri. 


'Aduh,  habis bateri pulak handphone ni. Inilah balasannya bila tak peka.'


Ketika aku sedang merungut seorang diri, tiba-tiba datang seorang pakcik berbaju kemeja lengan pendek yang berwana coklat dan sangat lusuh serta berkain pelikat biru sambil tersenyum kepada aku.

"Anak ni nak minum apa?"Pakcik tu tanya aku dan terus aku jawab, "Saya nak air kosong je dulu."

Sebaik saja pakcik tu beredar, tiba-tiba Adam muncul di hadapan aku. 'Woi Adam, bila masa kau sampai ha?" Gila terkejut kot tiba-tiba ja muncul.

Adam yang kini duduk di hadapan aku hanya mampu tergelak apabila melihat wajah terkejut aku. "Mesti kau terkejut kan, aku baru ja sampai ha."

Sedang asyik kami bersembang, pakcik tadi datang ke meja kami sambil membawa makanan dan minuman yang kami order tadi. Aku makan nasi goreng biasa dengan teh ais lepas tu Adam pulak hanya order air kosong saja.

Aku melihat jam tangan aku, alamak dah pukul 2 pagi laa. Kemudian aku bergegas bangun pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Selesai saja membuat bayaran, aku meminta diri untuk beredar sebab dah lewat sekarang, esok kena masuk kerja.

"Adam, nanti bila-bila kau datang sini lagi kau roger aku tau. Bukan senang kita nak lepak macam ni."

"No hal bro. Jumpa lagi bro dan jaga diri."Adam membalas dan kemudian melambai-lambai kearah aku. Sebaik saja aku memasuki kereta, aku terkejut apabila mendapati kelibat Adam yang tadi berada di hadapan kereta aku kini tiada.

'Aik, laju ja Adam ni jalan. Aku baru ja masuk kereta.'Aku membebel seorang diri.

Ketika sampai di persimpangan Kampung Meja, aku tiba-tiba teringat yang aku tertinggal jaket aku dekat warung tadi. Niat di hati tu nak ambik esok ja tapi jaket tu jaket kesayangan aku kot, jadinya aku cepat-cepat patah balik dan memandu laju untuk sampai ke warung tadi.

''Aik, aku rasa warung tadi ada ja kat sini.''Aku mengomel sendirian.

Aku tak puas hati sebab warung yang aku berhenti lepak dengan Adam tadi tidak kelihatan lalu aku membuat keputusan untuk meneruskan lagi perjalanan aku untuk mencari warung tersebut. Dah hampir 40 minit aku memandu sepanjang jalan ni tapi warung tadi masih tak kelihatan. Mungkin malam kot lepas tu gelap pulak dan akhirnya aku membuat keputusan untuk datang ambik jaket aku keesokkan harinya.

Apabila sampai saja di rumah, aku meletakkan beg aku dan kemudian terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Sebaik saja selesai membersihkan diri, aku kembali ke ruang tamu untuk menonton televisyen sebelum aku masuk tidur.

Sedang aku asyik menonton ulangan drama korea Goblin , baru aku teringat yang handphone aku habis bateri. Kemudian aku mengambil handphone aku dan mengecasnya lalu aku letakkan di atas meja di hadapan aku.

Aku baru ja nak pegang remote control tapi aku mematikan niat aku itu, aku kemudian memandang tajam handphone aku dan cepat-cepat aku on handphone tu. Sebaik saja handphone aku dah on, terus aku bukak whatsapps dan mesej Adam.


Reykal;
Kau ada kat mana bro?


Aku teringat kembali yang aku tak sempat hantar location kat Adam tadi tapi macam mana Adam boleh muncul pulak. Lepas tu aku perasan yang Adam ni diam dan senyum ja tadi, aku pulak yang petah berbicara.

Pelik.

Aku melihat mesej yang aku hantar kat Adam, grey-tick. Mungkin tengah drive kot aku rasa. Baru ja nak letak balik handphone atas meja, tiba-tiba ada call pulak yang masuk.

Mak.

Tiba-tiba pulak mak aku call tengah-tengah pagi buta nih.

"Assalamualaikum, ya mak."

"Reykal, kamu ni tak reti ke nak tengok handphone kamu tu? Tak reti ke nak jawab call dari mak? Berpuluh kali mak call kamu tapi langsung tak angkat."Mak memarahi aku bertubi-tubi dan aku hanya mendengar bebelan mak itu.

"Ye mak, orang salah. Orang mintak maaf. Kenapa mak call nih?"Aku mengakui kesalahan aku sebab aku tau selagi aku tak cakap macam tu, mak mesti tak berhenti membebel.

"Ni haa mak nak bagitau yang Adam kemalangan pagi tadi. Sekarang dia ada di hospital, masuk ICU."Terang mak.

"Eh mak ni, takpayah nak buat lawak. Tahulaa orang tak jawab call mak tadi tapi jan-"

"Reykal, benda-benda macam ni mak tak suka buat main-main tau. Mak Adam call tadi cakap Adam accident."Terang mak aku lagi.

Tidak sempat mak aku meneruskan kata-katanya, aku segera memutuskan panggilan tersebut. Apa yang dah berlaku ni? Habis dengan sapa aku lepak tadi? Bermacam-macam soalan muncul dalam kepala aku dan aku tidak senang duduk. Sekarang dah pukul 3.30 pagi lepas tu aku pulak duduk sorang dalam rumah ni, memang tak kelakar la mak.

Aku kemudian membuka whatsapps untuk melihat mesej yang aku hantar kepada Adam tadi, blue-tick. Ah, tiba-tiba ja aku rasa seram sejuk. Selang beberapa minit kemudian aku menerima mesej whatsapps dari Adam.


Adam;
Aku kat belakang kau, Reykal. 



Sebaik saja aku membaca mesej tersebut, jantung aku berdegup kencang.

Tak kelakar weh.


Tiba-tiba...

Kedua-dua belah bahu aku dipegang erat dari belakang.


Adam berbisik,


''Dah tahu ke?''




_____________________________________


Thank you for reading my writing and feel free to leave your thoughts, comments and I would love to read them.

I'm still learning :) 

Thank you for your kindness.


Loves,
sfrnfzl

at December 06, 2021 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

HELLO,

My photo
Ri.
A 1995 citizen and introvert. You can call me ARI. Food and anime lover.
View my complete profile

CONTACT,

Email : sfrnfzl@gmail.com
Social Media :
Facebook | Twitter | Instagram

KTM Tasek Gelugor

KTM Tasek Gelugor


FRIENDS,

YOUR WORDS,

THEM

  • GALAKSI VIRAL
    ANITA SARAWAK : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN
    1 day ago
  • budakvanilla's
    life update | second half of the year 2024
    3 months ago
  • Nurul Rasya
    The patient doesn’t have much time left to live
    6 months ago
  • Amazing Distance - Basically, Books & Everything Nice
    Read With Me #8: Woodwitch by Skye McKenna Review
    2 years ago
  • This is M3
    Distracted Week
    3 years ago
  • MOON
    Wanted : A New Blog List for March-July 2020
    5 years ago
  • SIQAHIQA
    Beauty Talks | Review Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature
    6 years ago
  • SFRNFZL
    Check Out a New Hit Korean Film, Along with the Gods : The Two Worlds
    7 years ago

OLD STORIES,

  • May (1)
  • March (1)
  • February (5)
  • January (1)
  • December (2)
  • August (2)
  • August (1)
  • June (2)
  • May (7)
  • March (2)
  • February (13)
  • January (8)
  • December (7)
  • October (2)
  • September (5)
  • August (4)
  • July (2)
  • May (1)
  • April (2)
  • March (1)
  • February (6)
  • January (9)
  • December (7)
  • November (23)
  • October (16)
  • September (10)

WANNA READ, MAYBE?

  • Cara Nak Dapatkan Semula Sijil Peperiksaan Melalui POS
    Assalamualaikum dan hi. Hari ni aku nak kongsikan kat hampa macam mana nak dapatkan semula sijil melalui POS sebab benda ini pentin...
  • 5 Top Commenters in My Blog, January until 8th of Febuary !
    Assalamualaikum dan hello. Alhamdulillah aku ucapkan kepada rakan blog mahupun 'visitors' yang rajin tinggalkan jejak, tingga...
  • BOYS24 Isaac Voo from Malaysia
    Assalamualaikum and hi. Sebelum ni Erul bekas pelajar Akademi Fantasia 9,(sapa kenal dia?) ada masuk satu program kat korea ...
  • Ji Chang Wook : From Cute Boy to Handsome Man
    Assalamualaikum and hi. Ji Chang Wook ; First aku kenal dia ni waktu tengok dia berlakon drama Smile, Donghae kat KBSWorld. Wa...
Powered by Blogger.