Sunday, December 24, 2017

Jonghyun, although he is gone but he will always be remembered.




Assalamualaikum and hi.

Aku sebenarnya nak tulis pasal ni dari hari Rabu lagi tapi apakan daya laptop ada masalah dan Alhamdulillah sekarang aku boleh menaip dan publish entri ni. Pertamanya aku adalah salah seorang peminat kpop tetapi tidaklah sefanatik sesetengah peminat kpop yang lain, maaflah jika entri yang akan aku taip ini mengguris hati hampa tapi sebenarnya aku takdak niat pun nak sakitkan hati apatah lagi nak 'bash' -ianya hanya sekadar pendapat aku saja. Aku mula 'masuk' dalam dunia kpop ni pada tahun 2009 dan waktu tu lagu yang tengah hot adalah lagu Ring Ding Dong by SHINee, dan dengan itu ku telah menjadi salah seorang peminat SHINee atau gelarannya SHINee World (Shawol). 

Bila dapat tau yang salah seorang ahli SHINee iaitu Jonghyun ni mati aku terkejut, macam tak percaya yang dia bunuh diri sebab apa yang aku tau dia seorang yang boleh aku katakan happy-go-lucky laa dan dalam masa yang sama aku tau jugak yang dia ada masalah depression. Jonghyun ni memang aku kenal so aku jadi macam "Eh, biar betul dia mati ni.", tiga hari jugak laa aku jadi termenung sorang-sorang dan agak ambik masa nak back to normal hahaha but Alhamdulillah sekarang aku ok balik dah. 

Sedih tu sedih laa dan menangis tu adalaa sikit tapi aku takdak laa meratapi pemergian dia tu. Aku menangis time tengok video dekat youtube yang time ahli dia angkat keranda dan berarak pergi letak dalam kereta tu. Sedih weh tengok ahli-ahli SHINee termenung tengok keranda tu, menangis depan tu -dah bertahun depa ni kenal dok bersama dan dah macam adik beradik, keperitan tu boleh dirasai laa.

Macam biasalah, bila bab kpop ni ada saja yang membenci tetapi bila bab kematian ni bagi aku tak baik laa nak buat mainan. Nak benci kpop takdak hal punya tetapi jangan bermain dengan kematian orang lain dan lagi satu jangan laa taksub sangat minat tu sampai nak meratapi, bagi aku biasa-biasa sudah laa -nak minat takdak masalah tapi jangan sampai melanggar. 


Aku suka tweet-tweet dari Da'i Wan ni, best-best semua dan yang kat bawah ni tweet dia pasal kpopers yang taksub. Hampa baca dan hadam ya dan terima kasih Da'i Wan untuk nasihat ini.





Sampai sini dulu, sekian.

4 comments:

  1. Pernah minat shinee but lama dah tak update pasal diorg bila sambung belajar, so 3 years mmg tak amik tau langsung pasal diorg, so bila tau jonghyun suicide, terkejut and I cried masa angkat keranda tu and I cried a bit seeing his latest songs and performance sbb he's been yelling for helps.. But banyak kali ingat kan diri, dia bukan islam so jangan over sedih..

    ReplyDelete
  2. pasal kpop2 ni memang aku tak ambil peduli ar sebab tak minat kpop..

    ReplyDelete
  3. I was so shocked too when I first read the news although I'm not a Shawol.

    ReplyDelete
  4. Terkejut and sedih juga bila dapat tau berita ni :'(
    Bab peminat fanatik join candlelight vigil tu honestly, Lya tak blame diorang coz I know what they're feeling and maybe, just maybee bagi mereka mungkin event tu takde melanggar apa-apa dari sisi agama Islam. Kalau ikutkan pon ia bukan melanggar hukum apa-apa cuma ia adalah culture agama lain dan seeloknya kita tak terikut sebab Nabi ada bersabda, ‘Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk bagian dari mereka” (HR Abu Dawud, hasan)

    ReplyDelete