Jalan cerita yang 'mind-blowing' dan 'plot twist' yang menarik dalam Black.



Assalamualaikum dan hi.

Akhirnya dapat jugak aku nak menaip tentang drama korea yang satu ni, Black. Lama jugak aku dok agak nak taip pasal ni tapi biasalaa kemalasan melanda diri ini haha. Aku yakin mesti ada dari hampa yang dah tengok drama ni kan? Untuk yang dah tengok tu, best ka atau pening dak tengok drama ni? Bagi aku drama ni memang gila hahaha sebab stress teruk bila aku tengok setiap episod, bayangkan nak kena tunggu tiap-tiap hari Ahad dengan Isnin untuk tengok episod seterusnya. 

Bagi yang jenis menonton hanya sekadar tengok saja drama ni memang takkan faham dan cepat bosan  -in the end akan ada ayat macam ni "buat penat ja tengok" tetapi jenis yang nak memahami jalan cerita atau yang jenis suka genre macam ni macam aku, memang best la drama ni. Pasai apa aku tulis macam tu? Haa satgi aku terang kat bawah ni.

Pertamanya jom 'kenal' dulu dengan watak-watak utama dalam drama ni sebab takut nanti bila hampa baca apa yang aku taip kat bawah nanti hampa konfius hahaha. Aku hanya bagi nama saja dulu, nanti aku akan tambah nama dekat bahagian caption kat gambar ya.


WATAK UTAMA.
Song Seung Hoon sebagai Han Moo Gang / Black / Kim Joon@Joonie dan
Go Ara sebagai Kang Ha Ram

P/S : Baca dulu baru tengok gambar.

Han Moo Gang ni adalah seorang detektif yang sangat slow bila buat keja dan dia tak boleh tengok benda-benda yang banyak darah dan makanan mentah, kalau nampak ja mesti akan termuntah kat situ jugak. Kang Ha Ram pulak seorang gadis yang boleh nampak bayang-bayang hitam pada sesetengah orang dan bila dia sentuh bayang-bayang tu dia boleh nampak macam mana cara seseorang tu boleh mati. Sebab tu dalam drama ni kadang-kadang dia akan pakai cermin mata hitam. 

Bila depa dua ni berjumpa, Han Moo Gang ni macam percaya tak percaya jaa bila dengar apa yang Kang Ha Ram cerita tapi bila benda tu jadi betul baru Han Moo Gang ni percaya dan depa dua ni mula bekerjasama untuk selamatkan orang -tapi kalau kalau seseorang tu mati disebabkan penyakit memang Kang Ha Ram ni tak boleh tolong. 
Han Moo Gang 

Kang Ha Ram


Ada satu kejadian yang terjadi kat Han Moo Gang dan dia kena tembak dan disahkan mati, dan dekat bilik mayat ada seorang lelaki ni cuba nak cungkil mata Han Moo Gang ni tapi tak boleh sebab dia tiba-tiba hidup. Rupanya Han Moo Gang ni, badan dia ada grim reaper masuk -kira pinjam badan laa dan time ni dia adalah Black.




Mula tu aku ingatkan saja-saja jaa suka masuk dalam badan Han Moo Gang rupanya Black ni nak p cari grim reaper yang lari dari bertugas dan takmau kembali ke alam depa tu. Niat asal Black memang yang tu saja tapi dia tersangkut dengan masalah yang Han Moo Gang hadapi, so nak tak nak kena tolong jugak laa sebab Black ni sangatlaa biadap dan sombong dan jugak dia benci manusia hahaha.

Dalam cerita ni sebab utamanya adalah si penjahat nak cari satu video tape yang dalam tu ada video dia buat benda yang tak bagus (sebenarnya dia terakam benda tu) dan dia takmau bagi nama dia tercalar sebab sekarang dia adalah wakil rakyat, dalam dok cari tu berlaku laa beberapa pembunuhan sebab nak cari video tape tu punya pasal. Penat tau aku tengok drama ni lepas satu kes ada pulak kes lain. 
Real Black

Grim reaper yang lari


Lepas dah tangkap penjahat semua tu aku ingatkan dah habis laa pasal ni tapi dak sebenarnya, Black ni mengadu dekat geng grim reaper dia tu yang dia tak boleh keluar dari badan Han Moo Gang ni. Rupa-rupanya badan yang dia masuk tu adalah badan adik dia (bukan adik kandung), sebenarnya mak Han Moo Gang ni ambik jantung dia bagi dekat Han Moo Gang sebab dia ni ada masalah jantung kecik-kecik dulu. Satu lagi, grim reaper yang Black dok cari tu rupanya duduk dalam badan Leo.
Leo



Hampa tau dak pasai apa Kang Ha Ram boleh nampak bayang-bayang hitam ni semua? Sebab dia adalah separuh manusia dan separuh grim reaper, sebenarnya ayah Kang Ha Ram ni dah mati sebelum wujudnya Kang Ha Ram tetapi ada grim reaper ni masuk dan hidup dalam badan ayah dia.
Ini grim reaper tu

Ini ayah Kang Ha Ram




Rupa-rupanya badan yang dia masuk tu adalah badan adik dia (bukan adik kandung), sebenarnya mak Han Moo Gang ni ambik jantung dia bagi dekat Han Moo Gang sebab dia ni ada masalah jantung kecik-kecik dulu. 


Sat mesti hampa yang baca ni pening kan pasal yang atas ni?  
Meh sini aku bagi hampa paham.


1. Yang watak utama sekarang ni adalah Han Moo Gang, dan yang masuk dalam badan Han Moo Gang adalah Black.

2. Black atau nama lain dia No.444 ni grim reaper, wajah dia random jaa dulu sebab dia tak jumpa mayat dia yang sebenar dan kalau dah jumpa mayat sebenar baru wajah random tadi akan bertukar jadi wajah asal depa. So second last episode hampa akan tau yang Black tu adalah Kim Joon.

3. Kim Joon pulak abang kepada Han Moo Gang (bukan abang kandung) dan disebabkan bukan abang kandung, mak Han Moo Gang ni sanggup ambik jantung Kim Joon untuk bagi pada Han Moo Gang.

4. Kang Ha Ram pulak dia rapat dengan Kim Joon ni dan dia ingat Han Moo Gang ni Kim Joon sebab tu dia selalu panggil Joonie.

Han Moo Gang waktu kecik

Ini laa Kim Joon
Ini mak Han Moo Gang
Ini waktu nak ambik jantung tu
Ini mayat Kim Joon


Inilaa dalang utama, si penjahat tu
Orang suruhan #1
Orang suruhan #2

Ok setakat ni dulu aku taip, jangan kata hampa saja yang pening aku ni yang dok menaip pon pening dah hahaha. Apa-apa pun kalau hampa tak paham, tinggalkan komen kat bawah -tanya. Aku tau jalan cerita untuk drama ni dan aku paham cuma kalau nak taip semua panjang laa entri ni hahaha. Ingat, tak paham or pening tanya jaa, aku reply nanti hahaha. Bye.

15 comments :

  1. Rasa macam terbaca spoiler pula. Hahaha. Saya tengok Black ni sampai episode 4 je. Lepas tu drop terus sebab takde masa. Maybe nanti boleh tengok balik la kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sorry tak bagi amaran. Nanti sambung tengok tau :)

      Delete
  2. laa ni rupanya crita yang anis cari selama ni, trnmpk short video pasal ni tpi malas nak cari tajuk dia :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha haaa nanti jangan lupa tengok :)

      Delete
  3. dah tinggal drama ni macam malas pula nak sambung tapi bila baca spoiler awak mcm nak tengok balik..nantilah..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha nanti sambung laa, best drama ni lawak pun ada.

      Delete
  4. dah tgk dah drama black ni, mmg best. Ikutkan hampir nak drop drama black ni lepas episod 2 hahaha nasib baik x drop n sambung tengok lagi, start episod 4 drama black ni dh jadi best giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan Mencabar pun ada jugak hahaha. Jangan drop tau haha.

      Delete
  5. Replies
    1. Minat tu minat tapi takdak laa fanatik sgt, hanya sekadar minat -biasa2 jaa :)

      Delete
  6. Haha ini malas ni kalau mcm ni. Macam dia complicated kdrama tapi sebab ramai kata best. Tidak ke saya kena nengok juga sebab nak tahu and lebih faham :) hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mmg complicated tapi best, tengoklah dgn tenang hahaha. Tak boleh skip haha.

      Delete
  7. Akak tengok sampai ep 6 je drama ni. Minat dengan both hero dan heroin tapi entahlah, maybe pening dengan jalan cerita kot. Hee. Dan dalam masa yang sama, tengah tengok drama lain so lebih tertarik dengan drama lain itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sambung laa tengok nanti, best! Hahha biasa laa sekarang dah banyak drama korea terbaru.

      Delete
  8. My brother duk paksa I tengok cerita ni tapi takde kesempatan lagi. Dia kata cerita ni best gila. Sebab I ni minat kdrama, dia paksa I tengok haha. Baru je habis tengok Longing Heart, so lepas ni tengok Black pulak.

    ReplyDelete

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates