Friday, December 29, 2017

Keganasan yang 'extreme' dalam 'In Hell'


Assalamualaikum dan hai.

Semalam aku join ayah dan mak aku tengok movie english ni, In Hell. Ingatkan biasa-biasa tapi best rupanya ada lawan-lawan. Aku kalau ada scene lawan ni memang syok nak tengok haha, so aku tengok dari awal sampai habis -cuma scenes yang sembang banyak tu aku skip sikit laa. Movie ni jangan bagi budak-budak tengok sebab ada keganasan yang melampau, ada pukul sana sini, mati dan sebagainya lah dan kalau nak tengok sambil makan tu bagi aku better hampa makan dulu laa sampai habis then baru tengok haha.


Van Damme, 2017

Dalam movie ni ada Van Damme, salah seorang pelakon kegemaran aku dan sekarang dah tua lebih kurang 50 lebih umur dia but still kacak lagi. Movie-movie yang dia berlakon memang best dan action semua so memang seronok tengok bagi aku laa yang memang minat genre jenis action/thriller ni.

By the way, movie ni yang lama punya iaitu tahun 2003.


As usually, kenal pelakon utama untuk movie In Hell ni,

Van Damme sebagai Kyle LeBlanc
Lawrence Taylor sebagai Inmate 451
Marnie Alton sebagai Grey LeBlanc


Kyle LeBlanc ni adalah seorang pekerja yang bekerja di Rusia dan pada suatu malam, dalam telefon dia terdengar isteri (Grey LeBlanc) dia ni diserang dan kemudia di cepat-cepat balik ke rumah dia tetapi isteri dia tu tak sempat diselamatkan -mati. Lepas tu dia kejar laki tu dan bila dah dapat depa dua ni kena p mahkamah tetapi lelaki yang bunuh isteri dia tu iaitu Sergio, didapati tidak bersalah -rasuah mungkin. Bila dapat tau keputusan tu Kyle tak puas hati dan dia terus capai pistol polis yang berdiri dekat dia tu dan tembak Sergio tu berulang kali sampai mati.

Disebabkan itu Kyle dijatuhi hukuman penjara tanpa hukuman, dan ditempatkan di penjara (aku lupa nama penjara tu) yang pegawainya jahat-jahat belaka dan menerima rasuah. Kat dalam penjara pulak, ada kawan bilik dia nama Billy Cooper berumur 21 tahun selalu kena pukul dan diperkosa oleh seorang banduan jahat ni -he's gay! 

Ada satu malam tu Kyle p serang banduan jahat tu tapi depa gaduh sat jaa sebab ada pegawai tu tahan depa dan Kyle ditempatkan di penjara bersendirian, kemudian dia kena pindah p sel sebilik dengan Inmate 451 -dia ni selalu bunuh rakan sebilik dia.
Inmate 451

Billy


Dalam masa yang sama pegawai atasan ni selalu buat pertaruhan dengan geng-geng dia bila ada pergaduhan terancang. Mula tu Kyle tak join tapi lama kelamaan dia join lawan dengan banduan jahat yang aku kata gay tadi tu, Kyle ni lawan sampai dia tu mati. Lepas dari kejadian tu Kyle ni dipaksa untuk lawan dengan orang lain dan dia pun lawan dan selalu menang. Lama-lama dia sedar, apa yang dia buat tu sebenarnya dipertaruhkan dan dia berhenti daripada berlawan tapi pihak atasan tak puas hati dan terus gantung dia kat tengah-tengah tempat lawan -banyak hari jugak dia kena gantung dan banduan-banduan lain tak mampu nak buat apa.




Ending dia, pegawai penjara yang jahat tu dengan pegawai atasan kena bunuh oleh Inmate 451 dan dia tolong Kyle untuk melepaskan diri dari penjara tu. Movie ni best haa walaupun yang lama punya, cuma aku cerita sekarang ringkas dan kalau nak tau lebih lagi hampa kena tengok sendiri laa haha.



Ingat jangan bagi budak-budak tengok, bagi aku tak bagus untuk tontonan mereka hahaha. Sampai sini dulu ya, see you next time!



Thursday, December 28, 2017

Thank you and farewell, 2017.



Assalamualaikum dan hi.


Tinggal beberapa hari saja lagi nak masuk tahun 2018 dan umur kita pun akan bertambah hahaha, semakin tua semakin matang bukan semakin muda ya. Banyak yang ingin aku cerita apa yang jadi dalam tahun 2017 dalam blog ni dan akan aku taip satu persatu biar nampak terurus. Sama macam orang lain, dalam setahun ni ada banyak benda, banyak perkara yang kita hadapi baik sedih mahupun gembira cuma mungkin dengan cara yang berbeza.

Biar aku taip dahulu apa yang aku nak cerita.


1. Finally aku dah graduate!

Alhamdulillah tahun ni akhirnya aku dah konvo, biasalaa lama jugak belajar untuk nak dapatkan diploma ni cuma sekarang aku tak sambung belajar lagi untuk degree. Aku tengah cari kerja sekarang, itu pun susah laa nak dapat kerja -nak yang ada pengalaman. Sedih tu sedih laa tapi nak buat macam mana takdak rezeki lagi. Aku ada tulis pasal pre-convo aku dalam blog ni dan hampa boleh baca haha.

A Story of My Pre-Convocation


2. Naik tren dari Bukit Keteri ke Sungai Petani.

Aku sebenarnya jarang untuk keluar rumah satunya mak ayah aku tak bagi aku keluar sorang-sorang , bukan apa depa risau takut apa-apa jadi kat aku -itu dulu laa masa belasan tahun. Lagipun aku ni bukan jenis keluar pun aku lebih suka duduk di rumah sambil tu baca buku and tengok movie, kalau ada kawan-kawan ajak lepak baru aku keluar laa haha. So sekarang memandangkan angah aku kerja di Sungai Petani dan adanya kemudahan KTM ni lagi mudah laa untuk aku p melawat angah aku, dan untuk kali ini aku p sana sorang-sorang -angah aku akan p ambik kat stesen KTM. Macam biasa, bila naik tren ni hampa boleh tengok perangai orang macam mana dan hampa boleh baca pengalaman aku naik tren kat bawah ni.

Pelbagai Ragam Sesetengah Manusia Apabila Menaiki Tren


3. Pulau Pinang, USM dan konvokesyen.

Alhamdulillah tahun ni akak aku pun konvo jugak di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang dan aku p teman dia untuk konvo, dan suami dia jugak -suami akak aku ni kerja kat Pulan Pinang. Aku saja laa sebab mak dengan ayah aku tak p, depa tak sihat dan angah aku pulak dia kerja, memang tak boleh cuti. Sebelum pergi sana akak aku dah tempah hotel, iaitu Nashmir Hotel. Best jugak kat situ dan bagi aku memang selesa laa. Bila hari konvo tu, akak aku masuk dewan and aku just jalan-jalan kat tapak pesta konvo tu. Boring tu boring laa sebab dah sorang jaa kan tapi nak buat macam mana kena hadapi laa haha.


4. Beli dua buku baru.

Hujung tahun ni aku sempat beli 2 buah buka saja hahaha iaitu Split oleh Nurul Ain Syuhada dengan Hater oleh David Moody. Aku ada review pasal Split ni tapi untuk Hater belum lagi sebab baru jaa beli minggu lepas and baru baca jaa -so far, not bad buku ni bagi aku. 

#BookRev - Split by Nurul Ain Syuhada



5. Dapat 'souvenir' dari Korea

Haa kawan baik aku pergi Korea dengan kawan pejabat dia, wah bestnya weh. Jeles tu ada tapi takdak rezeki lagi untuk aku jejakkan kaki ke Korea, InsyaAllah one day maybe. Aku ingatkan dia tak beli apa-apa kat aku hahaha tapi hari tu dia ajak jumpa then dia bagi benda-benda ni kat aku, haha seronok bila ada orang ingat kat kita nih.



6. Farewell, Jonghyun

Ah pasal ni, sedih sebenarnya dan masih tak percaya tapi nak buat macam mana dah itu pilihan yang dia nak buat. Orang sekerang memandang 'depression' itu hanya masalah sampingan, biasa-biasa saja tapi tidak, ia adalah satu penyakit yang boleh membawa kepada bunuh diri. So kalau ada kawan-kawan or sedara yang ada depression, jangan laa dibuat main -ajak dia bersembang dan mungkin boleh kongsi masalah yang dihadapi. Sebenarnya sebelum dia mati, dia keseorangan waktu tu -itu apa yang aku baca dekat twitter. Ingat, sedih tu boleh tapi jangan melebih tau -ada aku tulis pasal Jonghyun dalam blog ni. Aku pun minat kpop jugak tapi tahu batas :)


Jonghyun, although he is gone but he will always be remembered



Ok sampai takat ni saja aku nak cerita dalam blog ni hahaha, mungkin nanti aku aku tengok balik apa yang aku dah buat pada tahun 201 hahahaha.




Azam aku untuk tahun 2018

1. Nak bekerja dan ada gaji sendiri.
2. Nak jejak kaki ke Mekah dengan mak ayah dan jugak nak pergi Korea.
3. Nak ada kereta sendiri.


Moga-moga ada rezeki dan tercapailah azam baru aku ni,  dan moga azam hampa yang tengah baca ni tercapai jugak.




InsyaAllah amin.




Wednesday, December 27, 2017

Pelbagai ragam kehidupan di penjara dalam 'Wise Prison Life'



Assalamualaikum dan hai.

Haa aku baru saja habis tengok drama korea yang baru iaitu Wise Life Prison baru sampai episod 10, mula-mula tu tak berminat nak tengok tapi hari ni rasa nak tengok pulak. Ingatkan macam biasa-biasa saja tapi best jugak drama ni sebenarnya. Aku taip sikit ja pasal drama ni sebab baru ada 10 episod saja dan semuanya ada 16 episod.


Macam biasalaa jom 'kenali' para pelakon dulu tapi hanya pelakon utama saja sebab untuk drama ni banyak jugak muka-muka yang selalu ada boleh dikatakan setiap episod ada hahahaha.


Park Hae Soo sebagai Kim Je Hyeok
Jung Kyung Ho sebagai Lee Joon Ho
Krystal sebagai Ji Ho






Kim Je Hyeok ni seorang pemain besbol (pitcher) yang sangat popular dan terbaik di Korea, dia juga akan ke U.S untuk sign kontrak dengan pasukan liga utama tetapi pada suatu malam tu dia dengar adik perempuan dia menjerit tiba-tiba dan dalam masa yang sama dia nampak seorang lelaki ni lari keluar dari apartmen dia. Kim Je Hyeok kejar lelaki tu dan berlaku pergelutan antara depa dua ni, akhirnya lelaki tu cedera parah. Disebabkan benda tu, Kim Je Hyeok ni kena hukuman penjara setahun. Lepas tu, Lee Joon Ho ni pulak kawan baik kepada Kim Je Hyeok ni tetapi dia seorang pengawai di penjara -dia selalu jaga Kim Je Hyeok.




So bila dah masuk penjara ni macam-macam kejadian yang Kim Je Hyeok ni hadapi dan hampa boleh tengok laa macam mana kehidupan di dalam penjara. Sesetengah tu masuk penjara sebab kena tuduh padahal orang lain yang buat jahat, lepas tu ada yang sorang ni muka nampak baik/nerd tapi rupanya buat benda jahat. Ada jugak yang baik (tolong Kim Je Hyeok) walaupun sebenarnya dia masuk penjara sebab kes berat. Macam-macam laa nanti yang hampa boleh tengok keadaan hidup kat penjara dalam drama ni.

Oh watak Krystal sebagai Ji Ho dalam drama ni, dia adalah kekasih kepada Kim Je Hyeok dan ada ahli kumpulan Winner, Seungyoon. Aku ingatkan drama ni macam serius ja kan tapi dak pun sebenarnya ada part yang sedih dan ada jugak part yang lawak. Nanti hampa tengok hampa tau laa, give it a try okay? Dan satu lagi ada si comel  ni, Jung Hae In -dia jadi Captain Yoo pulak dah.


Bagi aku drama ni tak boring dan semestinya best. Aku taktau ending drama ni macam mana, hopefully takdak sad ending sebabnya Kim Je Hyeok ni ada kanser perut.

Haa aku sertakan beberapa gambar drama ni ya.










Monday, December 25, 2017

Jalan cerita yang 'mind-blowing' dan 'plot twist' yang menarik dalam Black.



Assalamualaikum dan hi.

Akhirnya dapat jugak aku nak menaip tentang drama korea yang satu ni, Black. Lama jugak aku dok agak nak taip pasal ni tapi biasalaa kemalasan melanda diri ini haha. Aku yakin mesti ada dari hampa yang dah tengok drama ni kan? Untuk yang dah tengok tu, best ka atau pening dak tengok drama ni? Bagi aku drama ni memang gila hahaha sebab stress teruk bila aku tengok setiap episod, bayangkan nak kena tunggu tiap-tiap hari Ahad dengan Isnin untuk tengok episod seterusnya. 

Bagi yang jenis menonton hanya sekadar tengok saja drama ni memang takkan faham dan cepat bosan  -in the end akan ada ayat macam ni "buat penat ja tengok" tetapi jenis yang nak memahami jalan cerita atau yang jenis suka genre macam ni macam aku, memang best la drama ni. Pasai apa aku tulis macam tu? Haa satgi aku terang kat bawah ni.

Pertamanya jom 'kenal' dulu dengan watak-watak utama dalam drama ni sebab takut nanti bila hampa baca apa yang aku taip kat bawah nanti hampa konfius hahaha. Aku hanya bagi nama saja dulu, nanti aku akan tambah nama dekat bahagian caption kat gambar ya.


WATAK UTAMA.
Song Seung Hoon sebagai Han Moo Gang / Black / Kim Joon@Joonie dan
Go Ara sebagai Kang Ha Ram

P/S : Baca dulu baru tengok gambar.

Han Moo Gang ni adalah seorang detektif yang sangat slow bila buat keja dan dia tak boleh tengok benda-benda yang banyak darah dan makanan mentah, kalau nampak ja mesti akan termuntah kat situ jugak. Kang Ha Ram pulak seorang gadis yang boleh nampak bayang-bayang hitam pada sesetengah orang dan bila dia sentuh bayang-bayang tu dia boleh nampak macam mana cara seseorang tu boleh mati. Sebab tu dalam drama ni kadang-kadang dia akan pakai cermin mata hitam. 

Bila depa dua ni berjumpa, Han Moo Gang ni macam percaya tak percaya jaa bila dengar apa yang Kang Ha Ram cerita tapi bila benda tu jadi betul baru Han Moo Gang ni percaya dan depa dua ni mula bekerjasama untuk selamatkan orang -tapi kalau kalau seseorang tu mati disebabkan penyakit memang Kang Ha Ram ni tak boleh tolong. 
Han Moo Gang 

Kang Ha Ram


Ada satu kejadian yang terjadi kat Han Moo Gang dan dia kena tembak dan disahkan mati, dan dekat bilik mayat ada seorang lelaki ni cuba nak cungkil mata Han Moo Gang ni tapi tak boleh sebab dia tiba-tiba hidup. Rupanya Han Moo Gang ni, badan dia ada grim reaper masuk -kira pinjam badan laa dan time ni dia adalah Black.




Mula tu aku ingatkan saja-saja jaa suka masuk dalam badan Han Moo Gang rupanya Black ni nak p cari grim reaper yang lari dari bertugas dan takmau kembali ke alam depa tu. Niat asal Black memang yang tu saja tapi dia tersangkut dengan masalah yang Han Moo Gang hadapi, so nak tak nak kena tolong jugak laa sebab Black ni sangatlaa biadap dan sombong dan jugak dia benci manusia hahaha.

Dalam cerita ni sebab utamanya adalah si penjahat nak cari satu video tape yang dalam tu ada video dia buat benda yang tak bagus (sebenarnya dia terakam benda tu) dan dia takmau bagi nama dia tercalar sebab sekarang dia adalah wakil rakyat, dalam dok cari tu berlaku laa beberapa pembunuhan sebab nak cari video tape tu punya pasal. Penat tau aku tengok drama ni lepas satu kes ada pulak kes lain. 
Real Black

Grim reaper yang lari


Lepas dah tangkap penjahat semua tu aku ingatkan dah habis laa pasal ni tapi dak sebenarnya, Black ni mengadu dekat geng grim reaper dia tu yang dia tak boleh keluar dari badan Han Moo Gang ni. Rupa-rupanya badan yang dia masuk tu adalah badan adik dia (bukan adik kandung), sebenarnya mak Han Moo Gang ni ambik jantung dia bagi dekat Han Moo Gang sebab dia ni ada masalah jantung kecik-kecik dulu. Satu lagi, grim reaper yang Black dok cari tu rupanya duduk dalam badan Leo.
Leo



Hampa tau dak pasai apa Kang Ha Ram boleh nampak bayang-bayang hitam ni semua? Sebab dia adalah separuh manusia dan separuh grim reaper, sebenarnya ayah Kang Ha Ram ni dah mati sebelum wujudnya Kang Ha Ram tetapi ada grim reaper ni masuk dan hidup dalam badan ayah dia.
Ini grim reaper tu

Ini ayah Kang Ha Ram




Rupa-rupanya badan yang dia masuk tu adalah badan adik dia (bukan adik kandung), sebenarnya mak Han Moo Gang ni ambik jantung dia bagi dekat Han Moo Gang sebab dia ni ada masalah jantung kecik-kecik dulu. 


Sat mesti hampa yang baca ni pening kan pasal yang atas ni?  
Meh sini aku bagi hampa paham.


1. Yang watak utama sekarang ni adalah Han Moo Gang, dan yang masuk dalam badan Han Moo Gang adalah Black.

2. Black atau nama lain dia No.444 ni grim reaper, wajah dia random jaa dulu sebab dia tak jumpa mayat dia yang sebenar dan kalau dah jumpa mayat sebenar baru wajah random tadi akan bertukar jadi wajah asal depa. So second last episode hampa akan tau yang Black tu adalah Kim Joon.

3. Kim Joon pulak abang kepada Han Moo Gang (bukan abang kandung) dan disebabkan bukan abang kandung, mak Han Moo Gang ni sanggup ambik jantung Kim Joon untuk bagi pada Han Moo Gang.

4. Kang Ha Ram pulak dia rapat dengan Kim Joon ni dan dia ingat Han Moo Gang ni Kim Joon sebab tu dia selalu panggil Joonie.

Han Moo Gang waktu kecik

Ini laa Kim Joon
Ini mak Han Moo Gang
Ini waktu nak ambik jantung tu
Ini mayat Kim Joon


Inilaa dalang utama, si penjahat tu
Orang suruhan #1
Orang suruhan #2

Ok setakat ni dulu aku taip, jangan kata hampa saja yang pening aku ni yang dok menaip pon pening dah hahaha. Apa-apa pun kalau hampa tak paham, tinggalkan komen kat bawah -tanya. Aku tau jalan cerita untuk drama ni dan aku paham cuma kalau nak taip semua panjang laa entri ni hahaha. Ingat, tak paham or pening tanya jaa, aku reply nanti hahaha. Bye.

Sunday, December 24, 2017

Jonghyun, although he is gone but he will always be remembered.




Assalamualaikum and hi.

Aku sebenarnya nak tulis pasal ni dari hari Rabu lagi tapi apakan daya laptop ada masalah dan Alhamdulillah sekarang aku boleh menaip dan publish entri ni. Pertamanya aku adalah salah seorang peminat kpop tetapi tidaklah sefanatik sesetengah peminat kpop yang lain, maaflah jika entri yang akan aku taip ini mengguris hati hampa tapi sebenarnya aku takdak niat pun nak sakitkan hati apatah lagi nak 'bash' -ianya hanya sekadar pendapat aku saja. Aku mula 'masuk' dalam dunia kpop ni pada tahun 2009 dan waktu tu lagu yang tengah hot adalah lagu Ring Ding Dong by SHINee, dan dengan itu ku telah menjadi salah seorang peminat SHINee atau gelarannya SHINee World (Shawol). 

Bila dapat tau yang salah seorang ahli SHINee iaitu Jonghyun ni mati aku terkejut, macam tak percaya yang dia bunuh diri sebab apa yang aku tau dia seorang yang boleh aku katakan happy-go-lucky laa dan dalam masa yang sama aku tau jugak yang dia ada masalah depression. Jonghyun ni memang aku kenal so aku jadi macam "Eh, biar betul dia mati ni.", tiga hari jugak laa aku jadi termenung sorang-sorang dan agak ambik masa nak back to normal hahaha but Alhamdulillah sekarang aku ok balik dah. 

Sedih tu sedih laa dan menangis tu adalaa sikit tapi aku takdak laa meratapi pemergian dia tu. Aku menangis time tengok video dekat youtube yang time ahli dia angkat keranda dan berarak pergi letak dalam kereta tu. Sedih weh tengok ahli-ahli SHINee termenung tengok keranda tu, menangis depan tu -dah bertahun depa ni kenal dok bersama dan dah macam adik beradik, keperitan tu boleh dirasai laa.

Macam biasalah, bila bab kpop ni ada saja yang membenci tetapi bila bab kematian ni bagi aku tak baik laa nak buat mainan. Nak benci kpop takdak hal punya tetapi jangan bermain dengan kematian orang lain dan lagi satu jangan laa taksub sangat minat tu sampai nak meratapi, bagi aku biasa-biasa sudah laa -nak minat takdak masalah tapi jangan sampai melanggar. 


Aku suka tweet-tweet dari Da'i Wan ni, best-best semua dan yang kat bawah ni tweet dia pasal kpopers yang taksub. Hampa baca dan hadam ya dan terima kasih Da'i Wan untuk nasihat ini.





Sampai sini dulu, sekian.

Thursday, December 14, 2017

#BookRev - Split by Nurul Ain Syuhada

Assalamualaikum dan hi. 


Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk update satu lagi entri baru, macam biasa masih menaip dan post entri melalui telefon hahaha. Hari ni aku nak tulis pasal satu buku yang aku beli,  baru jugak laa beli-2 bulan lepas masa aku p Pulau Pinang teman akak aku konvo.

Buku yang aku maksudkan itu tajuknya SPLIT.  Bila aku tengok saja tajuk buku ni,  aku dah boleh agak macam mana  cerita dalam buku ni sebab aku pernah tengok movie english yang tajuknya sama, Split jugak.  Mungkin antara hampa ni dah pakat tengok dan cerita dia lebih kurang macam drama korea Kill Me Heal Me.  Haaa,  peminat drama korea mesti tau kan?

Tapi of course laa jalan cerita nya berbeza walaupun apa umumnya mengisahkan tentang personality disorder.



Antara karakter penting dalam buku ni adalah Maryam, Mikael/ Hafez dengan Aryan.  Ada banyak lagi karakter lain tapi aku just bagitau yang utama jaa.


... ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Apakah kejutan itu?  Ada tiga sajakah personaliti Mikael? 


Hahaha nak tau lebih lagi?  Hampa kena laa beli di kedai buku yang berdekatan.  Bagi aku best weh buku ni, overall aku bagi 4 bintang daripada 5 sebab umumnya aku dah tau tentang apa buku ni tapi tak rugi beli.


Ok,  itu saja dulu dari aku.  Jumpa lagi nanti!

Monday, December 11, 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Assalamualaikum and hello. 

Again,  Alhamdulillah finally I can post an entry for today but I'm writing all of this using my phone since the internet cannot be used for my laptop, it got problem with mswsock.dll things. So let's start! 



To enter this giveaway you need to answer 4 questions that given by them and for more information please go here - CLICK ME! 


a.  Do you remember the first product that you ever purchased online?  What was it and how was your experience?

Of course I remember, it was a pair of sneaker.  At first I am a little bit scared about it because that was my first time ever doing online shopping.  I am also worried about the sneaker that I had ordered,  probably i will not received it because  these days there are a lot of scammers but Alhamdulillah, I finally received my sneaker,  my first ever product that I purchase online.


b.  Which types of products would you prefer buying online?

For me,  I like to buy any products online but I  more comfortable and prefer buying products like shoes and bags.


c. What to you love about online shopping?

First of all, it is very easy to deal when I am at home by using a laptop to make online shopping and I also can use a mobile phone through an application now. There are also many options that I can choose and buy products that I like.  Sometimes it is hard for me to find some products that I like when I go to shopping mall but now I can buy it online.  Last but not least,  it saves my time too because I don't have to get ready and go out to buy products, I just need a laptop or a mobile phone to buy it through  online.

d.  Which products did you buy or planning to buy on Lazada during Online Revolution Sales?

The products that I planning to buy on Lazada during the Online Revolution Sales are a pair of Carlo Rino Flat Sandal,  a NaVa DIY Color Sand and my favourite waterproof digital watch-SKMEI Outdoor Man Sports Waterproof Watch Digital LED.






So what are you waiting for? Come and join me and others by participating this awesome contest and also don't forget to join others purchasing online during Online Revolution Sales at Lazada now!!

Oh one more important thing, this contest will take place from 11 November until 14 December, don't miss this wonderful opportunity!