Friday, August 18, 2017

Plot Twist in The Visit !

Assalamualaikum dan hi.



Petang kelmarin dah alang-alang tengah mengasuh anak sedara, then why not sambil-sambil tu tengok movie kan. Selalu asyik bagi dia saja tengok kartun dia - Badanamu, Pink Fong, kadang tu nak tengok Upin Ipin, so kali ni bagi peluang dekat acu dia laa tengok movie hahaha. Tapi aku bagi laa dia tengok kartun kegemaran dia tu melalui handphone aku.

Movie yang aku pilih kali ni adalah movie english yang boleh dikatakan seram bagi aku iaitu - The Visit. Movie ni dah lama keluar cuma aku ja yang tak berkesempatan untuk tengok tapi Alhamdulillah petang dapat jugak tengok. Kali ni aku tengok tak skip cuma biasalaa movie genre seram ni adalaa aku tutup mata sikit hahaha. Aku hanya menulis ringkas-ringkas saja untuk jalan cerita ni dan untuk yang dah tengok boleh nak teruskan membaca but untuk yang tak tengok lagi, 


you better watch this movie first before you read this post okay?!



Start!. 



**sebelum tu, sebenarnya bila kita dah start tengok movie ni semuanya dirakam 
oleh Bella and Tyler - macam dokumentari + ada interview but actually it is a movie tho


Movie ni bermula dengan si anak tengah merakam si emak tu bercerita tentang kehidupannya waktu dulu-dulu. Emak tu lari dari rumah sejak umur belasan tahun (kalau taksilap aku) sebab ada salah faham dengan parents dia. Lepas tu muncul Bella dan adiknya Tyler iaitu si anak yang dok rakam emak tadi tu. Depa berdua ni nak pergi ke rumah datuk dan nenek depa yang depa panggil Nana and Pop Pop

Emak depa ni cuma hantar depa dua di lapangan terbang jaa kemudian depa kena p sendiri ke rumah Nana and Pop Pop tu. Sampai saja kat rumah Nana and Pop Pop tu, depa disambut elok then Pop Pop tunjuk bilik dan depa pun kemas baju semua. Bila time malam Bella tengah tengok balik video yang dirakam sambil bersembang dengan Tyler and then muncul Pop Pop suruh depa ni tidur awal. Katanya kat sini kena tidur awal - pukul 9.30 malam dah kena tidur dan depa dua pun patuh arahan. Tapi malam tu Bella tak boleh tidur, waktu tu baru pukul 10 lebih dan dia buat keputusan nak turun makan biskut yang Nana buat pagi tadi tu.





Dia keluar ja dari bilik sambil membuat rakaman then sampai saja dekat tangga Nana tu muncul mungkin dari bilik tidur dia menuju kedapur sambil muntah-muntah and sambil berjalan tapi dia tak nampak laa Bella yang berdiri kat tangga tu. Bella apalagi terus lari balik bilik laa sebab terkejut dan terus peluk adik dia yang tengah tidur tu. Dan lepas tu ada lagi kejadian-kejadian pelik yang terjadi sebenarnya, Bella dengan Tyler ni tak sedap duduk dah - Tyler ni dah fikir bukan-bukan tapi Bella ni still okay lagi dan dia cakap yang Nana and Pop Pop ni dah tua sebab tu jadi macam tu. Aku pun hairan tau tengok awal tu, kenapa perangai Nana and Pop Pop macam teruk dan pelik padahal awal-awal tadi emak depa cakap yang Nana and Pop Pop ni kaunselor.

Lepas tu pagi tu ada seorang perempuan datang rumah tu bawak kek sebab nak bagi sebagai hadiah kepada Nana and Pop Pop tapi malangnya depa keluar tapi Bella dengan Tyler ada laa. Kemudian perempuan tu kata Nana and Pop Pop ni dah banyak bantu dia waktu dia sakit dulu tapi sejak kebelakangan ni perempuan tu dah tak nampak Nana and Pop Pop sebab tu laa dia datang melawat. Esoknya tengah Bella dengan Tyler lepak kat dapur tiba-tiba depa dengar suara bising kat luar so depa pun tengok kat tingkap and rupanya perempuan kelmarin tu datang balik tapi macam tengah bergaduh dengan Nana and Pop Pop. Bella dengan Tyler pun hairan laa kenapa macam bergaduhkan, then depa tengok Nana and Pop Pop ajak perempuan tu masuk dalam rumah tapi tak nampak pun bila perempuan tu keluar.



Bila dah tak tahan dengan perangai pelik Nana dan Pop Pop, depa tu buat video call dengan emak depa dan terangkan perkara sebenar, benda pelik dah jadi kat Nana and Pop Pop. Emak depa hairan laa dan tak percaya sebab parents dia takkan buat macam tu. Lepas tu emak depa tanya mana Nana and Pop Pop kemudian Tyler ambik laptop dia tunjuk Nana and Pop Pop yang tengah bersembang berdua kat luar. Bila dah tengok, tiba-tiba emak depa cakap, "Listen, that's not my parents."


Pehh, hang dah duduk kat situ dah berapa hari lepas tu berdepan pulak dengan perangai dan kelakuan pelik nenek dan datuk hang tapi bila tunjuk kat mak hang keadaan nenek dan datuk hang, tiba-tiba mak hang cakap yang tu bukan mak ayah dia. Weh seram + takut  dan memang gilaa laa bila jadi macam tu, habis sapa sebenarnya depa dua tu?

Okay aku tulis sampai sini saja dan memang saja aku buat tergantung hahahaha jahat dak aku lol, yang selebihnya kalau nak tau pergi laa cari dan download tengok atau tengok online jaa hahaha. Bagi aku boleh tahan laa cerita ni. Aku bagi 7/10 jalaa sebab aku tak puas hati bila tengok movie yang rakam sendiri segala gerak-geri tu, then bila time depa terjatuh or tengah lari so skrin tu jadi bergetar dan jadi tak tenang pulak nak tengok hahaha. 





Overall aku bagi 4 bintang daripada 5 !




6 comments:

  1. yup.. Nurul dah tengok cite ni.. memang agak seram.. tapi seriously best.. kesian budak-budak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kesian kot kat depa. Yang bpaling kesian Tyler, kena dgn Pop Pop tu.

      Delete
  2. dia macam director cut punya version ke? HUAAAAAAAAAA den pernah tgok trailer dia pastu takut naktengok :')

    ReplyDelete