Assalamualaikum dan hi.
Lama benor tak post entri dalam blog ni, aku ada jaa tak
kemana cuma tulaa dua tiga hari tu sakit gigi. Hampa tau laa kan bila dah sakit
gigi, dia punya sakit tu nak buat apa pun takmau dah. Bukan takat takmau buat
apa, nak bercakap pun takmau sebab takdak mood hahaha.
Menderita jugak laa aku dua tiga tu mana dengan takmau nak
bercakap and selera makan pun takdak, seriously sangat-sangat tak selesa. Bila
time malam ja gigi ni rasa sakit gila sampai takleh tidur. Macam-macam cara aku
buat untuk nak hilangkan sakit gigi ni.
Mulanya bila time nak tidur aku telan ubat tahan sakit yang
memang kuat, yang color biru punya. Dua malam berturut-turut aku telan ubat
tahan sakit tu tapi tetap takdak hasil, geram jugak laa sebab memang dah sakit
sangat gigi ni; gigi berlubang actually. Malam tu, aku buat air garam dan berkumur tapi gigi bertambah sakit hahaha.
Lepas tu, Rabu hari tu aku keluar p Kangar dengan mak aku
and then terus ajak mak aku singgah kat kedai runcit sebab nak beli ubat gigi
Sensodyne, aku pernah guna ubat gigi Sensodyne tu and memang berkesan. Bila dah beli balik tu terus cari bilik air, lepas tu terus gosok gigi; haa nampak dak semangat nak bagi hilang sakit gigi tu. Aku guna dalam dua hari but still tak lega jugak, tapi aku tak putus asa; aku sapu minyak panas pulak dekat pipi aku, bahagian luar tempat gigi sakit tu tapi masih sakit lagi.
Sabor dulu aku tak menyerah lagi hahaha, aku mula google cara nak bagi hilang sakit gigi. Cari punya cari dapat laa satu petua iaitu tumbuk bawang putih dengan garam, bila dah lumat tu sediakan kapas (kapas muka pun takpa, kecil dah laa) lepas tu letak sikit bawang putih + garam yang ditumbuk tadi pada kapas tu. Last tu letak pada gigi yang sakit tu, rasa dia tu takyah cakap laa sebab aku ni jenis yang tak makan bawang hahaha.
Aku buat semalam jaa yang bawang putih tu tapi tak membuahkan hasil, maksud aku sakit gigi tu masih tak hilang. Ingat esok tu nak try sekali lagi yang bawang putih tu but then mak aku cakap, "Try guna bunga cengkih." Aku pun ikut laa cakpa mak aku, aku ambik bunga cengkih tu then tumbuk sampai jadi serbuk and still guna kapas and letak pada gigi yang sakit tu.
Alhamdulillah, akhirnya sakit gigi ni hilang. Betapa bersyukurnya aku sebab yalaa sakit dah hilang so aku dah boleh buat kerja dengan selesa. Bayangkanlah bila sakit gigi, semua benda nak buat memang takjadilaa jawabnya. Nak cabut gigi boleh tapi hahaha takut sebenarnya, InsyaAllah lepas ni aku p cabut.
p/s : Giveaway aku buat tu dah tamat, pemenang akan dihubungi melalui email ya.
Kak ana dah masuk seminggu sakit gigi. Hari2 letak serbuk cengkih tapi tak jalan jugak. G klinik buat scaling pun hilang gak. Huhu. Sekarang ni tahan jer lah. Buat tak tau jer. 😅
ReplyDeleteSabo jelaa bila sakit gigi ni tak hilang, geram pun ada jugak TT_TT
DeleteBunga cengkih terbaik. Last time, sakit gigi. Perghhh berguling guling. Last last tidur dengan bunga cengkih kat gigi. hehe
ReplyDeleteBaru tau pasal bunga cengkih tu.. Bawang putih + garam tu pun baru tau.. hahaha.. Selalu kalau sakit gigi, buat tak tau pastu suka ketap tempat yang sakit tu lama-lama.. Sedar-sedar je dah hilang.. XD
ReplyDeleteSiqah baru tahu pasal petua guna bunga cengkih tu.. Berkesan nampaknya. Siqah save entri ni. Hehe. Manalah tahu kan. Sakit gigi tak kira masa. Kalau sakit gigi memang mood takde. Nak marah orang je pun ada gak.. hahaha.
ReplyDeleteLya tak pernah lagi kena sakit gigi so taktau lah macam mana rasa sakit tu tapi kalau ikut orang sekeliling memang sakit gila kan. Nice info pasal bunga cengkih tu, taktau pulak! Boleh guna bila kena nanti
ReplyDeleteAwesome article.Really looking forward to read more. Keep writing. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do, your source for the web's best reviews and travel ...
ReplyDelete